Followers

Monday, May 17, 2010

Hari Sukan S K La Salle, Petaling Jaya



Salam...

Cerita hari Sabtu - 15.5.2010...

Sekolah Boy - Sekolah Kebangsaan La Salle mengadakan sukan pada hari tu. Seperti tahun2 yang lepas, aku mestilah ke sekolah tu. Kalau tak p, kesian kat Boy. Sebagai ibu bapa kita kena bagi semangat kat anak2kan... Lebih2 lagi kalau anak kita ada masuk acara.

Macam Boy, dia cuma masuk 1 acara saja. Dan walaupun dalam permainan tu dia cuma dapat tempat ke tiga, tapi tetap alhamdulillah... tahun depan cuba lagi! Kalah tak apa... yang penting semangat kesukanan tu sangat kuat.





Acara dimulakan dengan perbarisan dan pakaian beragam oleh warna rumah. Acara perbarisan dan pakaian beragam ni dijayakan pelajar tahap dua saja (darjah 4, 5 & 6)




Sementara Boy bersukan ni, Baby pula di sekolahnya - Sekolah Kebangsaan Assunta 2, Petaling Jaya kerana menghadiri kelas Bahasa Cina. Hari Sabtu tu merupakan hari pertama kelas Bahasa Cina dia. Setiap Sabtu dari pukul 8pg - 10.30 pg. Takde gambar... sebab aku tak masuk dalam. Sekolah Baby ni bukan macam sekolah Boy - ibu bapa bebas masuk. Assunta ni strict banyak. Tapi pada aku ada juga baiknya. Pertamanya anak2 akan berdikari sendiri. Dan yang keduanya, boleh menghalang orang2 yang tak berkenaan keluar masuk sekolah. Maklum ajelah, pelajarnya semua perempuan. Memang nak kena jagalah tu...

1 comment:

Anonymous said...

Terkenang zaman blaja kat skolah...1993-1998...Rumah Biru...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)