Salah satu biskut yang aku buat semasa sambutan syawal yang lepas. Resipi ni colek dari blog Hana. Tak ingat dia ambil resipi ni dari mana.
Bahan-bahan
240g tepung gandum
100g gula kastor
80g almond powder
200g butter
90g susu tepung
400g coklat masakan yang dicairkan
2 s/b butter
1/2 cwn badam hancur
Cara-cara
Satukan semua bahan. Uli hingga jadi doh. Padatkan dalam loyang berukuran 10" x 10" dan bakar +-15 minit. Sejukkan.
Coklat masakan dan butter dicairkan secara double boil dan curahkan di atas biskut. Taburkan badam hancur. Biarkan coklat masakan mengeras. Keluarkan biskut dari loyang dan dipotong.
*Gunakan pisau yang betul-betul tajam untuk mengelakkan biskut hancur dan pecah semasa proses memotong.
No comments:
Post a Comment