Followers

Monday, December 07, 2009

Sup Makaroni


Salam...

Dah puas tgk Barbie Doll Cake kite? Eheheee... Okey jom kite layan resipi simple tapi syedap ni...

Buat sup makaroni ni dah lame sebenarnya. Tapi tertangguh-tangguh nak masukkan entrynya. Alhamdulillah tekak aku dapat menerimanya. Begitu juga dengan tekak anak2. Lebih2 Mierza yang memang suka makanan yang berkuah2 sup macam ni. Cumanya masa aku buat sup makaroni ni, stok dalam peti ais kureng. Jadi aku cempakkan apa2 yang ada ajelah... jadilah tu erk.... next time kalau buat lagi, bolehlah pastikan semuanya ada dalam simpanan...

Bahan-bahan
  • Makaroni (secukupnya)
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk/cincang
  • 1sdk lada hitam - tumbuk
  • bebola daging - secukupnya
  • 2 kiub lembu/tulang rusuk
  • 2ltr air/ secukupnya
  • segengam soohoon ~ hehehe yg ni lupo nak letak
  • sayuran- kobis & carrot - dihiris (resipi asal x de pongg)
** resipi asal gunakan sup dari air rebusan tulang & daging

Bahan sampingan
  • ikan bilis kecil/halus - digoreng
  • daun sup/bawang - dihiris
  • bawang goreng
Cili tumbuk
  • Segengam cili padi
  • garam
  • 1 sdb jus limau kasturi - aku guna cuka mkn jer sbb limau kasturi x stok
** Cili padi ditumbuk halus kemudian campurkan dengan garam & jus limau kasturi - kacau

Cara Penyediaan
  • Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk - kacau sebentar
  • Masukkan air & kuib lembu/tulang rusuk - biarkan mendidih - tutup periuk bg mengekalkan wangi bawang putih & lada hitam tadi
  • Masukkan bebola daging - biarkan mendidih & bebola setengah masak
  • masukkan makaroni - bila sudah hampir lembut, masukkan sayuran tadi & soohoon - kacau sebati & biarkan mendidih sebentar kemudian bolehlah tutup api (x perlu lama jika tidak sayur akan jd lembik) - jika perlu tambah garam
  • Taburkan bahan hiasan & tambah cili tumbuk semasa menghidang... sure x cukup semangkuk!! :)
** Kesedapan & istimewa sup makaroni ni ialah campuran ikan bilis halus/kecil yg digoreng rangup & sambal tumbuk yg rasa masam2 tu... perghhhh... :P

Resipi di copy dari blog Kak Nor. Terima kasih...

Thursday, December 03, 2009

Barbie Doll Cake



Salam...

Tempahan Barbie Doll Cake yang pertama aku terima daripada Kak Rafidah daripada Sungai Buloh. Direkomen oleh kakaknya, Kak Tun, Sentul. (Pernah order 2 biji kek lapis asam manis daripada aku lepas2 raya aritu...). Terima kasih kepada Kak Rafidah dan Kak Tun. Semoga berpuas hati ye...

Dan semoga lepas ni adelah terima tempahan yang kedua, ketiga dan seterusnya. Seronok menyudahkan job ni. Sangat interesting! Keseluruhannyalah...


Dari membakar kek sampailah mendeko dan bermain dengan fondant, seronok! Alhamdulillah segalanya dipermudahkan olehNYA. Semuanya berjalan dengan smooth aje...

Aku memang tak de mould khas utk gown Barbie ni. Jadi aku gunakan mangkuk stainless steel untuk bahagian atasnya (yg melengkung tu). Nak bakar pakai mangkuk pyrex, mangkuk pyrex aku tu besar sangat. Nanti banyak pulak lebihan kek yang terpaksa dibuang. Rugi dan membazir... nak suruh anak2 makan, dia orang dah jemu.

the beezzzz...


ladybird...


pandangan dari belakang...


Nama birthday girl... NAJWA
Happy birthday sayang...
:D


uppsss... actually alphabet ni aku letak kat cc sebab atas board dah tak muat nak letak. Sementelah lebihan dari bancuhan kek tu ada. Cukup2 aje dapat 13 ketui cc... gambo cc lupe nak upload plak... haiyaaaa!


ulat bulu kaler2... eheheee


gabungan 2 warna... terinspirasi dari blog bibu aka wilda. Thanks bibu!


Wednesday, December 02, 2009

EOE Photo Printing


Salam...

Ni cerita lama sudah... Mungkin ada di antara kawan2 blogger dah tahu pasal eoe online photo printing ni. Tapi aku baru tahu dan aku dapat tahu pasal ni ketika berjalan-jalan ke blog babyibu yang mana aku pernah menyertai contest anak2 di blog ni.... tapi aku tak menang, ekekeeee...

Pada akulahkan... boleh tahan murah jugalah charge yang dikenakan di sini. Untuk saiz 4R photo yang diprint akan dicharge 30sen saja sekeping. Sementara untuk saiz 5R - 50sen sekeping. Kalau print photo melebihi jumlah RM35.00, charge untuk penghantaran sebanyak RM5.00 akan dimansuhkan. Dalam erti kata lain, tiada charge penghantaranlah... PERCUMA lah tu...

Penghantaran adalah melalui kurier skynet. Terus di depan pintu rumah anda. Senang, cepat dan mudah. Ewah, mcm iklan plak!!! Tapi serius, aku puas hati... Cume lepas ni kena kumpul gambar banyak2 dulu baru sent utk print out... eheheee...


Saturday, November 28, 2009

Salam Aidil Adha....

Salam...

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua pengunjung blog aku ni... semoga ceria dan gembira hendaknya ye.... ampun dan maaf atas keterlanjuran kata di dalam gurauan... sesungguhnya tidak bermaksud hendak melukakan hati kalian (seandainya ada...).


Okey... tahun ni serba serbi macam serba tak kena. Lihat saja mee goreng aku tu... bogel tak cukup bahan. Pergi kedai semalam, semate2 beli mee dan fishcake. Sayur2 dah habis. Ingatkan nak singgah kedai lain lepas tu tapi aku boleh zoom terus balik rumah dan terus melupakan. Pagi bila nak goreng barulah teringat. Ish, ish, ish...

Disebabkan tahun ni aku takde masak rendang dan lauk2 yang seangkatan dengannya, hendak tak hendak aku memang kena jugak goreng mee tu. Kalau tidak, jawabnya nanti hb balik dari solat hapah satu menda makan pun takde nak dingap. Dengan aku2lah kebulurnya, ye tak...? eheheee...

Kenapa tak masak rendang dan lauk2 seangkatan dengannya? Jawapannya senang, aku malas! Penat dan tak de mood nak masak... boleh gitu...? Boleh je, maka terjadilah seperti seadanya. ekekekeee... teruknye aku!

Alhamdulillah, ketika aku sedang sibuk2 nak memotong bawang segala, gril pagar rumah aku diketuk Kak Norlia (jiran depan rumah aku). Dia bagi sepiring nasi impit dan semangkuk kuah kacang. Terima kasih banyak2... rezeki!

Lepas makan2 yang ala kadar tu... kami bersesi tangkap gambo plak. Disebabkan tiada siapa yang boleh diharapkan untuk meng'snap'kan gambar kami, aku buat time setting. Kami2 dah okey, tapi Mierza... adui...

okeylah tu... erk!

Nasi impitnya dah habis, kuahnya masih banyak berbaki. Cadang2 ngan hb, petang nanti nak buat cekodok tepung. Makan cicah dengan kuah kacang. Tapi tengaharinya, Mierza buat kerja sorang2... habis tumpah kuah kacang ke lantai...
takde rezeki le tu....

Wednesday, November 25, 2009

Biskut Raya.....

Salam...

Jom layan biskut raya yg dah dibuat ni ha... separuhnya untuk memenuhi tempahan. Dan separuhnya untuk makan anak2... sesape rase nak dapatkan 1, 2 botol (1 botol - 55pcs), boleh call / sms aku. Stok terhad. 1st come, 1st serve....


Crunchy Choc Cornflakes
RM15-00
55 pcs


Almond London
RM20-00

55 pcs




Hazelnut Love Ball
RM20.00
55 pcs




Sarang Semut
RM15.00
55pcs

:: NOTA ::

Tempahan TIDAK hanya dibuka pada musim perayaan.
Hari-hari biasa pun boleh order kalau rasa2 teringin nak makan okey....

Monday, November 23, 2009

Choc Indulgent Cake - Order Dari Nik

Salam...

Jom layan gambar2 ni...

*

*

*





*

*

*

Tempahan diterima daripada Mak Hayam Nik untuk meraikan kejayaan adik lelakinya mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang lalu...

Tahniah!!!

Semoga kejayaan terus mengiringi perjalanan hidupmu, dik...

Ayam Bakar wif Sos Cili Thai


Salam...

Emp.... lauk biler tah... aku pun dah tak ingat lauk hari apa. Tapi dalam minggu lepas la... ekekekeeee...


Ayam tu aku lumurkan dengan garam dan kunyit, pastu masukkan aje dalam oven. Bako sampai masak. Dah tu, keluarkan, siramkan dengan sos cili Thai yang ade gambo akak pakai baju putih tu. Aku memang suka beli sos tu. Manis-manis pedas. Anak-anak aku yang kengkadang tak makan pedas pun suka dengan sos tu...

Resipi simple je, tapi anak2 aku sangat suke...

Sunday, November 22, 2009

Kek Gula Hangus

Salam...

Secara jujurnya... aku tak suke makan kek ni. Tak tahulah kenapa... Dulu masa kakak aku yg kedua (Mak Ina) dok sini (sekarang dia dah dok Bagan Datok), dia memang ambil tempahan buat kek ni. Kalau dekat2 nak raye, tak menang tangan dia menerima tempahan buat kek ni. Hari2 biasa pun dia buat kek ni buat jual bersama2 dengan kuih sri ayu dan putu beras. Tapi masa tu aku sikit pun tak terliur tgk kek gula hangus tu sampailah sekarang ni... eheheeee... teruk tul selera aku...!

Tapi yang ni aku buat bukan untuk makan2 sendiri. Bukan juga untuk tempahan. Hari Jumaat, hari terakhir sekolah, Cikgu Noriah (Cikgu sekolah tadika Baby) ada buat bengkel keibubapaan part terakhir. Jadi aku buatlah kek gula hangus ni untuk dibawa ke sekolah tu. Buat jamu2 bebudak dan mak2 budak...

Aku perap pun tak lama... tak sampai pun setengah jam. Ntah nape tah... tak sabo2 rasenye nak mengukus. ekekekeee... tapi ada setengah orang buat, tak perap lame pun still jadi jugak dia punye sarang tu. Aku punye ni, korang tengok ajelah sendiri, kakakkaaaa... warnenya pun tak hangus sangat. Tak seperti namenya, kan? Bolehlah dikategorikan "Indah Khabar Dari Rupe..." Ngeh, ngeh, ngehhhhh!!!

Resipi dari Widad @ MyR
Thanks!

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)