Followers

Sunday, May 17, 2009

Roti Goreng Bercheese


Tak tahulah yang ni buat kali yang ke berapa. Tapi kali ni kes nak menghabiskan roti sebelum xpired. Lagipun mama ni dah tak tahu nak buat ape tuk bf. Yang pastinya kalau buat camni memang mendapat sambutan yang menggalakkan dari anak-anakku.

Friday, May 15, 2009

Sawi Bening Bertelur


Resepi simple ni adalah kesukaan suamiku yang terchenta. Kalau aku masak camni pun anak2 suka ambil kuahnya. Sayurnya tu selalunya mama & papalah yang tukang habiskan... :D

Esok hari Sabtu... emp, tak sabarnya, syioknye... kenapalah agaknye eh...? Sebab hari Sabtu dan Ahad aku dapat pergi jogging dan bersenam chi kung dapat beriadah. Tu yang seronok tu... Hari biasa payah banyak... :D

Salad Buah-Buahan


Ampun... actually salad buah-buahan ni bukan buat semalam ke, hari ni ke... tapi aku buat dah agak lama juga. Terlupa nak tepek n3. Agaknye masa tu terlampau rajin sampai banyak beno gambo masakan yang Q utk publish. Sampai terlepas pandanglah pulak. Masa snap ni aku belum selerakkan dengan sosnya. Alahai lama gak rasanya dah tak buat salad nih...

Thursday, May 14, 2009

Test Power, Wakaka!

52 perkataan

Speed test



Eda oo Eda!!!
Inilah hasilnya. Walaupun aku selalu menaip tapi aku rasa tak sama gayanya menaip sambil melihat perkataan yang tersedia dengan menaip melalui yg buah fikiran. Jadi, inilah saja kelajuan aku...

Bungkusan Dari Nihon


Hahha... setelah menanti dengan penuh kesabaran, akhirnya yang sampai juga ke dalam tangan. Terima kasih kepada Cik Puan Hana aka mak yung kerana berusaha gigih. Kesian sungguh, penuh tragis dalam penghantaran barang ni. Tapi bak kata orang, kalau dah jodoh tu tak ke manalah kan... heheheeee

Terima kasih gak kat Hana sebab meng'surprise'kan daku dengan takoyaki ingredientsnye sekali. Memang sangat2 menghargainya. Cayang Hana, cup cup muah!!! Emp, bilerlah agaknya nak pecah dara takoyaki ni. Yang pasti mestilah dalam masa terdekat ni. Rasa macam nak bawak tidur lak. Punyelah seronok, wakaka!!!

Upss, satu lagi ingredient (tepung) tak snap pic. Mierza wat main. Baling2 lak tu. Nasib baik tak pecah. Kalau tak nangis la mama...

Wednesday, May 13, 2009

Pajeri Nenas


Pajeri Nenas ni pun masak semalam gak. Digandingkan dengan udang goreng sos tiram aku tadi. Ini merupakan kali kedua aku masak pajeri nenas. Kali ni masak tak tengok bukulah sebab dah pernah buat sebelum ni kan. Hahaha!!!

Aku ni macam dah terbiasa pulaknya pakai nenas dalam tin tu. Kalau beli nenas biji bukan hape, malas nak mengerjakan kulit dan matanya yang seribu itu. Kalau pakai nenas dalam tin sonang baitu. Cumanye modal tu kene lebih sikitlah kan. Tapi aku bijak sikit, masa beli barang dapur awal2 bulan tu, aku siap2 ambil 2/3 tin. Hahaha... tapi hb takleh nak halang sebab kalau aku masak pun dia yang pulun.

Resepi amik kat MyR le kan... mane lagilah source yang lebih senang dan disukai kalau bukan di MyR...

Udang Goreng Sos Tiram


Resepi godek menggodek. Blur kepale hotak, tak tahu nak masak apa dah... Sedap gak rasanya. Main campak-campak jek dalam kuali, udah jadi lauk, heheheeee

Tuesday, May 12, 2009

Puding Pelangi

Nyum nyum nyum... sangat sedap. Makan sejuk2 lagilah sedap. Lagi2 tengah cuaca panas2 ni. Alkisahnya aku terkurang serbuk agar2 (7g) dan masa tuang air terlebihlah pulak (668ml). Tapi alhamdulillah... puding aku tak lembik kebek. Masih boleh dipegang dengan tangan. Dan wallah lembutnya.

Actually ni kali kedua buat. Hari Sabtu tu, dalam sibuk2 dengan suka perpaduan, sempat gak menggodek puding ni. Tapi tak sempat nak tangkap gambo, udah kene sambo. Sukan perpaduan kami hari tu dihadiri oleh YB kawasan ni - YB Nik Nazmi. Tengah kaum wanita (termasuklah aku) dok prepare hidangan tuk YB tu, satu bekas kosong. Tak da makanan nak letak dah. Adalah satu akak tu tanya aku, "kau ada buat kek tak? Bak sini sikit, jamu YB ni." Aku cakap kek tak de tapi puding adalah... Dia orang pun dengan berbesar hatinyalah nakkan puding aku tu. Huhuhuuuu puding pelangi ku yang menjadi penyelamat!

So hari ni buat untuk makan sendiri pulak. Sedap, lemak2 gitu...

Resepi dapat kat MyR oleh Alma
Terima kasih tuan punye resepi
:D

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)