Followers

Tuesday, March 03, 2015

Puding Roti Berkuah Kastad

Holla...!

Yump yump! Ini throwback ye sayang2 sekalian. Buat Puding Roti Berkuah Kastad ni minggu pertama tahun 2015. Sedap nauzubillah. Kalau tak kenang susahnya nak kurus aritu, mau makan bertambah2. Tapi cukuplah sepotong di atas ni. Alhamdulillah, hilang tekak yg gatal nak makan manis2, lemak2 berkrim.

Sumber resipi sy ambil dari video yg disharekan di fb oleh 'Kerja Dari Rumah'. Video kepunyaan 'Try Masak'. Rajin2, bolehlah try ye...

Bahan A:
10 keping roti
3 cawan susu rendah lemak
4 biji telur ayam
4sb gula pasir
1st esen vanila
sedikit kismis - sy ganti coklat chip
sedikit marjerin - dilengser pd loyang

 Bahan B:
2 cawan susu rendah lemak
3 sb gula pasir
1st esen vanila
2sb tepung kastad

 Ni buat sekali 2 adunan untuk jamuan bual mesra bersama jiran2 lorong 15/3.
- sebelum bakar -

Cara membuat:
1) Sapu loyang rata2 dengan marjerin.
2) Carikkan roti kasar. Susun dalam loyang sambil selang-seli taburkan dengan kismis. Ketepikan.
3) Dalam mangkuk lain, dr bahan A: masukkan susu, gula, esen vanila dan telur. Sebatikan.
4) Tuang dalam loyang berisi roti n kismis. Tekan2 sikit supaya roti terendam dan lembut. 
5) Masukkan loyang ke dalam oven. Bakar pd suhu 200c selama 30-40 minit.

Sos Kastad:
1) Dalam periuk, campurkan susu, gula, esen vanila n tepung kastad. Sebatikan.
2) Masak atas dapur dgn api kecil. Kacau selalu hingga kuah agak pekat. Tutup api dan sejukkan.

Selamat mencuba :)

Skytrex, Bukit Cerakah, Shah Alam


Assalam....

Throwback lagi ni.... bukan kejadian baru. Aktiviti lama yg baru ada peluang (baru nak rajin sebenaqnya) nak kongsikan di blog ni. Kejadian sebenar kalau tak silap pada 2 Januari, 2015.

Kita ni pantang aje d ajak. Boleh aja menjoinkan diri klu ade lapang masa n memang berkehendak sangat buat aktiviti tu. Selalu dok dengaq cerita je. Lagipun kalau kita join ramai2 camni fee dapat murah sikit dr harga asal tau. Tang tu yg xleh nak lepas peluang tu beb! 

Yang kenal dalam grup ni cuma seorang je - Zura - geng Jom Kurus #3. Yang lain seramai 5 6 orang (klu x silap) adalah kawan2 office Zura. Dorang pun ok je, kite pun on la. Xla segan sangat, kan...

Actually paginya kite ada d Dataran Putra, depan masjid. Melunaskan nazar utk Scouts #4 (nnt kite cerita lebih lanjut dalam next2 n3, insya Allah.). Bila Zura cakap dalam grup wasap dia nak g Skytrek, menjorenglah kate nak follow. Zura kata boleh aje. Ape lagi.... habis je lunaskan nazar 500x jumping jack, terus pecut ke Shah Alam. 

Mujurlah masa sampai, Zura n geng office dia masih menunggu kawan yg lain. Hihiii... lega!

Syiok jugalah xtvt ni. Memang kegemaran syalah ni. Sy bayar rm30+ je aritu.Kite amik stage yg x berape tinggi. Ade 1 lg yg lebih tinggi, lebih panjang trail nya n opcoz lebih adventure la.

Gambar semasa d atas trail n ketika membuat aksi xde sekeping pun. Sebab hp memang tak bawa, simpan dalam locker. Takut jatuh. Tapi ade je orang bawak cuma if anything happen pd hp, kamera tu atas tanggungjawab sendiri la. Lagipun klu mcm aku ni, klu bawak hp/kamera pun habis2 selfie je la... sebab semua halangan kite kena buat sendiri2. Lambat tinggallah belakang, kalau cepat jauhlah ke depan. 



Rasa2 macam 1 hari nak repeat p sini lagi. Nak cuba amik traik yg panjang n tinggi tu. Tapi nak kena ade geng. Kalau p sendiri2 tu boleh je la.... cuma kurang hevoxlah sikit, kan.... hihiii




Ok, Chiow bebeh!

Monday, March 02, 2015

Dulu n Kini.....

Assalamualaikum n halluuuu.....


Sy dulu n sy sekarang....
Tudung pink tu gambar lepas2 raya. Tahun bila tak ingatlah pula. Tapi yg pasti masa ni p Bukit Melawati dengan sahabat2 sekolah rendah - Shadila, Norzarina, Normah, Muzalina n Marliawati. Kira macam reunion kecil kami2 murid perempuanlah gitu.
Amacam pipi? Gebus dan tembon kan?
Hosnestly, ni guna camera 360. Hakikatnya masa ni muka ada jeragat!

Tudung hitam. Ada perubahan sikitlah kan....  Jeragat pun semakin menipis. Guna kamera biasa je ni. Masa ni dah lepas program Jom Kurus #3 n Scouts #4. Buat aktiviti sendiri2 je dengan geng2 yg tidak terputus hubungan n still keep in touch.

Berat target 48kg masih jauh. Statiknya kat 55kg sekarang. Paling2 dia turun 54kg. Pastu naik balik 55kg. Kata kawan2 air dah xde agaknya. Yang tinggal lemak. Tu yg payah nak turun berat. Kena workout kuat lagi. Arghhhhh!!!

Ramailah tanya, apa rahsia sy kurus?
Sy kedekut duit nak beli ubat2 kurus. Sekaligus penakut klu ada effect. Tak mau menderita kemudian hari jika mungkin terjadi.
Maka sy join fitness class. Ada bayarannya, bukan free. Sy lebih rela berhabis duit dengan cara gini. Ada coach yang jaga kite. Ajar kite nak buat workout. Bgtau n advice kite tentang pemakanan. Kita akan ada aktivit berkumpulan dengan peserta2 lain. Sekaligus kita dapat kawan yang sekaligus juga akan menaikkan semangat kita untuk bersenam. 

Ada yg berminat nak sama-sama kuruskan badan? Boleh contact coach sy ni - Ashraf Hasim 013-630 1490. 

Ok, nak beredar dulu. Insya Allah jumpa lg di lain n3.

Mendaki Bukit Puchong @Bukit Wawasan Hiking Start Point

Difahamkan, ni jalan nak ke air terjun Hutan Simpan Ayer Hitam. Tak boleh melepasi kawasan ni. Boleh kena denda sbb menderoboh. Kena tembak pun mau, kate deme. Waallahualam. Pernah google gambar air terjun kat dlm hutan simpan ni. Memang cantik tempatnya tapi......

Assalamualaikum, hello :)

Bersawang, bersawang, bersawang! Tenggelam timbul tuan tanah ni. Ok, sekarang ada rajin sikit, ada masa sikit. Kita menimbulkan diri di sini. Update ape2 yg kita buat sekarang ni.

Sekarang minat ada berubah sikit (menambah hobi, sebenarnya). Tapi itu tidak bermakna tak masak. Masak juga utk anak en suami n anak2 tersayang. Cumanya dah masak tu xdelah nak tanglap2 gambar bagai. Siap je terus ngap... finish!


Ahad kelmarin bersama dgn Dib n seorang kawan lelakinya (Sairul - tiada dalam gambar). Dib ni kawan sy semasa join Jom Kurus #3. Dan kebetulan Dib tinggal di La Cottage juga. Fasa je berlainan. Dib fasa 13 sementara sy fasa 15. 

Actually ni kali ketiga sy panjat bukit ni. Kali pertama masa join Jom Kurus #3. Secara tak langsung pertama kali jugalah tahu yg rupanya ada bukit boleh dipanjat di kawasan Puchong ni. Bukitnya tidaklah terlalu tinggi. Dalam masa kurang 40 minit dah boleh sampai puncak. Tapi peluh tetap berjejeh, N yg pasti bau hutam n udara segar sangat2 best dihirup pd pagi hari.

 Izzie, Kikin, Zura, Fieza, Shahril, Fazli, Kak D, Erin, Zetti, Asmah, Eja n Ain.

 Fieza, Zetti, Izzie, Eja (belakang), Asmah, Kikin (belakang), Ain, Kak D (belakang), me n Fazli.

Dua gambar di atas ni masa 1st time naik dengan geng-geng Jom Kurus #3. 
Ada Asmah yg sekarang ni dah 'nipis'. Sangat berbeza dulu dan sekarang.
Nama pun 1st time ofcoz masa ni rasa hazab sangat. Rasa bukit ni tinggi sangat. 
Tapi kali kedua naik.... serius... tercengang! Haaaa??? Dah sampai? Erk, baru nak klimaks.
Hahahaaa bunyi macam berlagak je. Tp masa tu memang betul2 tercengang. Tak sedar rupanya dah sampai puncak.

Kali kedua naik ni juga, sy bawah Boy bersama. 
Memang jiwa dialah memanjat2 ni tp Bukit Puchong x cukup adventure untuk dia.
Menonong2 je la dia naik dulu n terpaksa berhenti menunggu kami2.




2 gambar di atas ni pula masa panjat kali ke dua. Dengan Asmah n 2 adik lelaki dia - Daud n Musa. Ada Nadila n Dib.

Turun dari bukit ni p makan nasi kat Restoran Ayam Kampung Tuan Faridah @Bukit Puchong. Owh, apekah??? Hahahahaa
 

Thursday, September 11, 2014

Resipi Talam Durian


Yump yump.... sedap! Bau semerbak!

Assalamualaikum n selamat sejahtera pengunjung :)

Jom, takyah celoteh panjang lebaq. 
Saya kongsikan resepi Talam Durian resipi dr Chef Asma.
Resepi ni dimuatkan dlm majalah 'Nourish!' yg sy dapat masa beli Steamer Trio dr beliau.
Tapi masa buat Talam Durian, takle pulak sy guna steamer tu sbb masa tu tgh kukus talam serimuka n lain2 tempahan customer. Sekali jalanla mengukus. Malas nak keluarkan steamer dr kotak.

Aishhhh tadi kate xnak celoteh panjang lebaq kan...???
Hihiii jom3 layan resipi :)

Bahan2 utk bawah:
500g beras pulut - rendam 4 jam
300ml santan
300ml air
2tsp garam

Cara2:
Tapis beras pulut dan tuang ratakan dlm loyang 10x10x3" bentuk 4 segi.
Lapik loyang dengan plastik saiz 16x16"
Tuang santan yg dah dah digaul dengan garam. 
Kukus 30 minit.

Bahan2 utk atas:
(A)
140g tepung beras
60g tepung ubi
60g tepung gandum
140g gula halus
270ml santan
470ml air
1/4 tsp garam
1/4 tsp alkaline water
2 biji telur

(B)
100g isi durian diblend dgn 100ml air

(C)
1tsp kuning telur
1/2 tsp kuning lemon
1/8tsp pewarna hijau

Cara2:
Campur semua bahan2 A dan tapis.
Campurkan bahan2 A dengan bahan2 B.
Letak kedua2 pewarna kuning.
Kacau rata.
Masak dalam kuali dgn api perlahan hingga naik wap.
selalu dikacau.

Bahagi 3 bahagian. Ambil 3 sudu besar dari setiap bahagian dan warnakan dgn pewarna hijau.

Tuang 1 bahagian di atas pulut yg sudah dikukus. Titiskan adunan 3 sudu yg diwarnakan pewarna hijau tadi. Lorekkan dengan lidi.

Ulang utk langkah kedua bg adunan kedua n ketiga (habis).
15 minit utk setiap lapisan dan 20 minit utk lapisan terakhir.

Tunggu sejuk betul baru potong utk dapatkan potongan kuih yg cantik.

Nota:
Sy terus letak pewarna kuning lemon saja. Kukus sekali saja 30 minit.

Rajin, silalah buat. 
Tak rajin kalu boleh order je dr sy hihiiii
rm32 seloyang
call/whatsapp 017-3113 226


Wednesday, September 10, 2014

Soner Oven - Gadget baru!


Assalamualaikum n selamat sejahtera...
Setelah sekian lama menyepi, hari ni berblogging lagi.
Lebih aktif d fb. CTapi x tfikir nak berhenti blogging. Ada2 masa akan update juga sini.
Insya Allah :)

Ni nak kongsi dgn pengunjung blog.
Actually dan rembat oven ni lepas raya kelmarin. Barulah sekarang dapat peluang nak share.
Alhamdulillah, diizinkan olehNya, maka dapatlan apa yg dihajati.
Tahu pasal oven ni bila tengok sifoo K Hasnah Saidin guna. 
Biskut yg dibakar nampak cantik. Dan kata Kak Hasnah, boleh masukkan 4 layer sekali bakar dan tak perlu alih2kan loyang utk bagi biskut masak rata.

Beli kat Kedai Bakery Yummie, Bangi.
Rm2200. Sekali datang dengan 4 dulang. Saya beli another 10 loyang tambahan. 
Persediaan.... rm30 1 loyang.
Loyang dia tak sama mcm yg ada2 jual kat kedai bakery tu tau. Loyang ni memang khas utk oven ni.



Walaupun beli dah lepas raya, tetaplah juga merasa melepas daranya dengan bakar biskut raya.
Alhamdulillah, tempahan biskut tak terhenti walaupun lepas raya.

Rasanya oven ni tak sesuai nak bakar kek sbb dia xde pilihan utk hentikan kipas. 
Juga tiada pilihan nak api atas bawah.
Tengok kat gambar oven tu, cuma ada 2 knob. 1 knob utk timer membakar n 1 knob lg utk suhu oven.
Bila on je timer, kipas terus outomatik on. Jadi klu nak bakar kek tu tak sesuailah.
Selalu kalau bakar kek, tak guna kipas yg katanya akan menyebabkan tekstur kek menjadi kering.
Wallhualam, kalau silap minta maaf ye. Kongsikan sekadar yg tahu dengar cerita kawan2 baker je. 
Kesahihannya tak dapat dipastikan.



Ok... cukup dulu utk setakat ini.
Insya Allah jumpa utk next2 entry.

Wasalam.

Wednesday, July 02, 2014

Puding Karamel


Assalamualaikum n selamat sejahtera,
Alhamdulillah selesai sudah iftar kita yg ke 3 semalam... moga segala amalan kita semua diterima olehNya.

Kelmarin sy menunaikan hajat anak dara... nak makan Puding Karamel katanya. Dia memang suka makan puding karamel ni.... 

Tak perlu nak celoteh panjang lebar. Banyak kerja menanti. Saya kongsikan di sini resepinya. Untuk sy rujuk di masa depan dan mungkin untuk anda mencuba :)

Puding Karamel

Bahan A (karamel)
100g gula pasir
2sb air
* masak gula hingga cair dan bertukar warna sedikit coklat. masukkan air. hati2 ye merecik. tutup api dan tuang dalam loyang.

Bahan B (puding)
5 biji telur - gred A
75g gula pasir
1 tin susu cair
1/2 sk esen vanila
* campurkan semua bahan dalam 1 mangkuk. gaul rata. tuang sambil di tapis ke dalam loyang yg ada karamel tadi.
* kukus 30 minit. 

#Pengukus tu dah dipanaskan terlebih dulu ye..

Dah masak, tunggu sejuk sikit n telangkupkan atas pinggan lebar.

Selamat mencuba :) 

Monday, June 09, 2014

Setelah berkurun tidak update.........


Assalamualaikum, salam sejahtera....
Yuhuuuuu, pekabo??
Sihat2lah hendaknya ye... Alhamdulillah sangat, masih dapat update blog yg dah lama terbiar ni. Bukan tak ingat nak update tapi ade masalah teknikal hingga tak dapat nak p kat 'dashboard'. Fenin lalat berbulan2. Nak tanya kat kengkawan, memalu miow2 plak. Bukan ape, nak xplain pun x reti yg kenapenya blog tu xboleh update. Makanya, terdampar sepilah blog ni sekian lamanya.
Entah macam mana boleh terfikir plak nak snap gambo n buat pertanyaan kat fb. Mujurlah ade kengkawan yg sudi bg feed back. Terima kasih banyak2 pada Pn Love Venistri Senthan yg bagi link. Klik sane, klik sini dan akhirnya terungkailah juga. Tidak dilupakan, terima kasih kepada Seri Kandi Tanah Jauhar (fb).
Tadaaaaa.... SAYA KEMBALI!
Insya Allah, dengan izinNYA dan dengan kerajinan yg x seberapa ini, sy akan update selalu. 
Banyak kisah anak2 yg dah terlepas nak dijadikan kenangan di sini. 

Kita jumpa lagi di lain n3 ye...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)