as salam dan selamat bercuti semua....
Buat kuih ni kelmarin2 sudah. Selamat dah dlm perut pun... Selamat juga dah jadi baja hiihihii
Kite guna tepung serbaguna seperti dalam gambar. Not bad, suka rasanya. Alhamdulillah, tidak menghampakan. Cuma tinggal tambah santan, gula dan sedikit garam. Then kacau atas api perlahan hingga pekat. Tuang dalam loyang dan sejukkan sikit. Bolehlah masukkan dalam peti ais seketika sebelum dipotong dan dihidang. Mudah saja...
Yang menimbulkan persoalan melalui tajuk n3 ni bila gambar kat tiub berlainan, nama dan gambar kuih pun berlainan tapi bahan2 yg digunakan sama. Sukatan tu pun boleh dikatakan sama je, cuma dilebihkan sekali ganda. Heeheee
That means, klu kite nak buat kuih tako tapi cari tiub tu xde, boleh je ambik tiub kuih talam. Begitulah sebaliknya. Sebab same aje pun....
Followers
Monday, December 26, 2011
Kuih Talam... Kuih Tako...?
Friday, December 09, 2011
Salad
4/5 hari ni n3 menggunakan bahan makanan yg di beli kat Cameron la ek.... Masa beli rasa2 tak banyak. Tapi bila dah sampai umah dan simpan dalam peti ais, wallah... Banyaknye stok. So ni 4/5 hari ni sessi menghabiskan stok la.... Sebelum ia layu lesu dlm peti ais.
Salad ni actually kite buat beberapa hari lepas. Tapi baru hari ni dapat n3 sbb droid ni ade problem plak nak meng 'n3'. Nape tah....
Kite gunakan salad, jagung, tomato ceri, telur rebus dan kentang rebus. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Just gaul2 dengan sos thousand island, siap!
Wednesday, December 07, 2011
Ombak Rindu
Ewah3... Bukan main lagi anak dara kite posing kat poster Ombak Rindu tu ek....
Sejak hari Isnin yang lalu, lepas je en hubby keluar pepagi p kije, tinggalkan kami 2 beranak je kat rumah. Udah tinggal berdua aje, bukan main panjanglah langkah mama deme, kan hihihiii Boy dan Mierza mengikut anak2 buah kite ke Sepang. Ngelejat sangat nak ikut, hahhhh pegi!!!
Hari ni kami berdua p menonton Ombak Rindu, filem yang sedang hangat hangat ke??? dan laris laris ke??? di pawagam.
Kite tak reti nak komen pasal filem2 ni. Pada kite syiok aje... Feeling saje... Lagi2 tenung Aaron Aziz tu... Hahahaa ke lain le pulakkan... Tapi tengok Maya Karin pun suke jugak...
Hemp.... Besh3!!!
Tuesday, December 06, 2011
Sandwich Sardin
Selamat pagi semua...
Breakfast sandwich sardin kite... Sebenarnya sardin ni lebihan masak kelmarin. Dah tak habis tu kite masukkan dalam peti ais. Pagi2 hancurkan sikit dgn garfu dan sapu atas roti. Sebelum tu sapu garlic butter kat roti.
Alhamdulillah...
Monday, December 05, 2011
Kincam Goreng Oyster
Arghhh.... Alhamdulillah, holiday singkat 2 hari 1 malam ke Cameron Highland kelmarin selamat pergi dan balik. Lama betui tak panjat Cameron. Kali terakhir pergi masa zaman bercinta dengan en hubby. Sekarang dah anak 3 baru sampai lagi hihihiiii..... Kami pergi dengan 7 buah kereta semuanya. Bersama2 jiran2 tempat tinggal kami ni. Kite bawa anak2 buah - fafa, eja dan Ema. Memang penuhlah kereta di tambah dengan beg pakaian. Huhuhuuu masa tu terasa tak besar mana pun alza tu hahahaaa
Masa ke Cameron tu adalah beli sedikit sayur-mayur. Act hajat utama ke Cameron tu bukanlah sebab nak beli belah pun. Lebihnya nak jalan2. Tapi dah sampai tu, soping2lah sekali, kenssss... Kite tak fikirlah pasal harga pun. Beli sebab terasa nak beli dan benda tu memang kite nak je...
Antara sayur-mayur yang dibeli adalah Kincam. Sejujur dan seingat2lah, belum pernah makan kincam ni. Tapi kite beli sebab Kak Pah (jiran duduk tgkt 3) kate sedap dan bgtau camne cara nak masak. Bila dah masak dan dah rasa, owh ok... tekak ni rasa macam makan sayur asparagus. Rangup2, sedap!
1 paket tu kite beli campur2 - 3 sayur - RM5. Kite campur2kan sayur kincam, baby kailan dan pak choy. Kincam tu kite masak 1/2 paket je. Sebab yang makan sayur pun kite dan en hubby je. Klu masak semua kang tak terabis pulak... Separuh lagi masak esok2 luselah....
Bahan2
1 mangkuk kecil sayur kincam
1 bj bawang merah (kecil - hiris)
1 ulas bawang putih - ketuk2
1/2 bj cili merah - hiris
7 ekor udang
1 sb oyster sos
Garam dan aji secukupnya
2sb minyak
Cara2
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah sekejap.
Masukkan udang. Goreng sekejap.
Masukkan kincam. Goreng sekejap.
Masukkan oyster sos.
Perasakan dgn garam dan aji.
Siap...
Friday, December 02, 2011
Ketupat Sotong
1st time buat sotong ketupat ni. Juga 1st time merasa makan. Sebelum ni tengok2 je orang buat. Teringin betul nak rasa. Hajat nak buat tu memang dah lama berputik dalam hati tapi bak kate orang, tak sampai seru lagi. Alhamdulillah dah kesampaian hajat di hati... Hasilnya, kite suka jugalah. Next time cadang2 nak cuba buat yang pedas pula. Yang ni kite buat yang manis punya.
Kite goggle resipi ni dan dapat kat MyR dari resipi Asiah Abdullah. Terima kasih kepada beliau. Kat bawah ni kite taip semula resipinya mengikut sukatan sendiri tapi bahan2 asal dari resipi di web MyR sebagai tatapan (dan mungkin panduan) pengunjung blog ini juga info untuk diri sendiri.
Bahan2
4 ekor sotong
3/4 cwn pulut - direndam semalaman
Santan
1 bj bawang besar-mayang
0.5 cm halia-hiris
1 sb brown sugar
Garam
Lidi untuk disemat
Cara2
Bersihkan sotong. Sumbat pulut ke dalam perut sotong dan semat dengan lidi.
Dalam periuk,tuang santan hingga sotong tenggelam.
Letak bawang besar dan halia.
Perasakan dengan garam dan brown sugar.
Dengan api perlahan, masak sotong dan santan hingga santan pekat.
* ada baca di bhgn komen mengatakan klu ditambah dengan serai dan halba, rasanya akan lebih sedap. Tapi kebetulannya kite takde serai dan sadisnya, kite tak tau halba tu macam mana rupernye ohoohooo...
Thursday, December 01, 2011
Popia Ayam
Minum petang kite dan anak2....
Act buatnya pagi semalam dan separuh darinya dah digoreng untuk breakfast anak2 semalam. Hari ni goreng untuk minum petang pula.
Alhamdulillah....
KFC a.m. breakfast!
Mornen!!!
Pagi2 lagi dah kejutkan anak2. Bangun3!
Agenda sebenarnya nak ke Tmn Jaya. Sambil2 mama buat exercise dgn peralatan senaman yang disediakan, bolehlah anak2 beriadah dan berlarian2 kat taman tu. Tapi sebelumnya memang ingat nak singgah KFC belikan breakfast dorang. Kelmarin ade dpt KFC flyer yg diselitkan kat dlm Harian Metro. Kat flyer tu ada kupon potongan harga dengan sebilangan hidangan yang disediakan. Bolehla save beberapa ringgit. Dan kad flyer tu pun ada tulis sedang promo cawan edisi khas sempena pembukaan cawangan ke 500 KFC. Boleh dapatkan cawan tu dengan pembelian RM20 ke atas.
Kalau ikutkan hidangan yg kite order utk 4 orang makan belum capai RM20, so tambah lg 1 hidangan. So total RM23 dan dapatlah cawan tu hehehee....
Kesudahannya tak jadi ke Tmn Jaya bila tengok2 dlm handbag, beg duit kecik yg terisi ic & lesen tertinggal kat umah. Dah beli, terus balik rumah. Nak patah balik ke Tmn Jaya malaslah pulak.....
Hempppppp.....
Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226
My Cute Banner








