Followers

Monday, November 21, 2011

Mee Goreng Mamak

Dengan ada kerajinan serba sedikit ni, kite pun menggorenglah mee ni untuk makan petang diri sendiri dan anak2. Lagipun kesian pula tgk anak2 melopong je depan tv, takde kudap2.


Pada kite, goreng mee ni simple je.... Yang pentingnya, kesudahannya mee tu boleh diterima oleh tekak atau tidak. Kite takde rahsia dan tips istimewa pun. Dan sememangnya kite ni kalau masak suke yg serba ringkas aje. Yang penting, tekak ini bisa menerima. Alhamdulillah....


Bahan2

Mee kuning

Bawang besar

Bawang putih

1 keping tauhu-dihancurkan

Udang

Ayam - dipotong kecil

Taugeh

Daun kucai

1 1/2 sb cili kisar

2 1/2 kicap cair

Garam

Serbuk perasa

3 sb minyak-untuk menumis

Air


Cara2

Panaskan minyak dalam kuali. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.

Masukkan tauhu. Goreng seketika.

Masukkan cili kisar. Goreng hingga agak garing.

Masukkan udang dan ayam. Kacau dan goreng lagi.

Perasakan dengan garam dan bahan perasa.

Tuang 1 cawan air. Kacau dan biarkan merenih.

Masukkan mee kuning dan gaul sebati.

Masukkan daun kucai dan taugeh.

Rasa mee yg sudah digaul rata. Jika perlu tambahkan garam.

Kalau nak mee basah2, tambahkan air dan kacau sebati.

Biarkan seketika dan tutup api.


Sedia untuk dihidang. Kami suka makan ketika ia masih panas dan suam. Kalau dah sejuk, kena panaskan semula then barulah boleh makan semula. Ikut tekak lah ye....


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wraps!

Selamat pagi Isnin...


Cuti sekolah telah benar2 bermula... Ni breakfast kami hari ni, alhamdulillah!

Kite gunakan kepingan wraps wholegrain jenama Mission. 1 paket ada 8 keping. 1st time beli & not bad.

Cara gulungan tu terispirasi dari gambar yang ada kat packet tu. Jom tengok resipi dan caranya...


Bahan2:


2 keping wraps

2 biji telur

2 batang sosej

1 helai daun salad

1/4 biji tomato - potong dadu

Garam

Serbuk perasa - lada sulah/lada hitam/aji

Cheese spread

Mayonis - 1 sb & untuk dressing

Cili sos


Cara2:


Goreng sosej tanpa minyak hingga masak dan ketepikan.

Layangkan kepingan wraps atas pan hingga sedikit garing. Jangan garing sangat sebab nanti susah nak lipat/gulung. Angkat dan sediakan atas piring leper.

Pecahkan telur dalam mangkuk. Letakkan 1sb mayonis. Perasakan dengan garam/lada sulah/lada hitam/aji. Panaskan pan dan tuang separuh. Gelekkan pan mcm kite buat kulit kuih dadar/ketayap. Dah garing, tanpa membalikkan, terus terlangkupkan telur atas kepingan wraps.

Sapu permukaan telur dengan cheese spread.

Susun daun salad dan tabur tomato.

Letak cili sos dan mayonis.

Letak sosej.

Gulung wraps dan potong tengahnya.


Selamat mencuba :D


Published with Blogger-droid v2.0.1

Saturday, November 19, 2011

Udang Goreng Sos Cili Thai

As salam...


Kite menghadapi kesukaran hendak menghapdet blog sejak kelmarin setelah pc kite corrupt. Entah kenapa tgh taip2 kat fb pg semalam, keluar mcm2 warning. Klik sane, klik sini sudahnya semua icon hilang dan skrin pun gelap gulita. Waaaaaa!!! Tapi memang diketahui yang pc tu mmg dah uzur. Lame dan banyak sangat dah baktinya. Tiba masa berehatlah tu gamaknye... Hihihiii


Ni kite hapdet menggunakan g.tab. Mula2 tu mmg bengang dan tensen sgt sbb banyak function kat g.tab ni kite tak pandai guna. Then, kite buatlah status luahan perasaan kat fb. Terima kasih pada teman2 fb yang bg semangat. Salah seorangnya rakan mommies, Aellynn yang suruh kite d/load B oren kat Market Andoid. Setakat ni mmg terasa senang sikitlah. Tak taulah klu ada masalah kemudian. Dan kalau ada masalah pun lepas ni, kite rasa kite dah tau nak rujuk kat mane... Hihihii


Ok... Berkaitan dengan gambar di atas tu... Resipi ni kite terinspirasi dr blog Kak Tun - Rabiatun sweettouch. Resipi asal dari Kak Nor - Secubit Garam. Terima kasih kepada kedua-duanya. Mohon untuk sharekan resipi kat sini ye. Terima kasih sekali lagi.


Bahan:

300gm udang

1/2 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil serbuk kunyit

~~~~~~

3 ulas bawang putih ~ dicincang

3 ulas bawang merah ~ dihiris halus

3 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos ikan

carrot

bunga kobis

5 bj cili api ~ diketuk dan dipotong dua

sedikit daun ketumbar ~ dihiris

1 sudu besar jus limau nipis/lemon

sedikit garam jika perlu

minyak


Cara:

Gaul udang bersama garam dan serbuk kunyit.

Goreng sekejap atau sehingga udang bertukar warna. Angkat dan ketepikan.

Tinggalkan minyak dlm kuali lebih kurang 2 sudu besar.

Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau.

Masukkan bawang merah dan goreng hingga bawang layu.

Masukkan sos cili thai, sos ikan, cili api, carrot dan bunga kobis.

Gaul2 rata dan masukkan udang.

Masukkan garam jika perlu tp hati2 sbb dah ada rasa masin dr sos ikan.

Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan jus limau nipis.

Kacau sekejap dan padamkan api.

Angkat dan hidangkan panas2.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, November 16, 2011

Langkawi - Day 1...


As salam... cerita-ceriti holiday bermula... untuk tatapan pengunjung yang sudi singgah ke blog kite ni dan untuk tatapan kenangan diri sendiri dan anak2 kemudian hari nanti, insya Allah.... Flight kami pada hari Jumaat (11 Nov, 2011) pukul 10.50am dengan penerbangan Firefly. Ni merupakan kali kedua kite naik kapal terbang dan 2/2nya dengan penerbangan Firefly. Untuk anak2, ini merupakan kali pertama mereka naik kapal terbang. Dari rumah, kami naik teksi jiran tingkat 5. Dia ikut meter and it cost RM14.

Dari rumah pukul 8.30pg. Memang keluar awal sebab takut Federal Highway jem. Sampai di Skypark Terminal, Subang pukul +-9.15am. Sebab dari rumah belum breakfast, kami terus ke food court dalam terminal tu. Dalam kepala memang dah agak, sure mahal tak hingat kalau makan kat tempat tu. So, ambil makanan ala2 ajelah. Perghhhh, mmg mahallah pada aku. Tak berbaloi sungguh - RM18.80. Mee dan mee hoon tu bukannya dia masak fresh, tapi yang jenis dah siap masak banyak2 tu. Tunggu nak cedok dalam pinggan je. Huhuhuuu....



Dekat2 pukul 10am, kami ke kaunter check in. Sepatutnya sampai je tadi, terus ke kaunter check in, sebab kite perasan, kaunter dah buka masa tu. Atau sekurang2nya bertanya dulu sama ada boleh check in then baru p bf. Sebab dah agak lewat check in, flight dah penuh. Seats yang tinggal, jauh2. Maka tercampak merata2lah kami dalam flight tu. Cuma 3 seat yang berdekatan. 2 seat lg pun terpisah agak jaun juga. En hubby & Boy yg ambil 2 seat terpisah jauh tu. Kite risaukan anak2 sebab dorang 1st time naik flight. Tapi mujurlah, dorang ok. Boy sangat independent. Mierza sibuk nak duduk dengan kakak Baby. Sedangkan kite paling risaukan dia. Kite nak duduk dengan dia, dia sibuk nak juga duduk dengan kakak Baby.

Akhirnya ikutkan juga sebab dalam flight tu, suara dia je yang lebih. Kite duduk di tempat duduk belakang. Bila pesawat dah naik, barulah kite tukar tempat duduk dengan kakak Baby. Kena juga tukar tempat duduk sbb cabin crew dah mula serve minuman dan snack. Risau tertumpah. Banyak pula kerjanya nanti. Dah dekat2 nak sampai, Mierza pun dah naik bosan. Sekejap2 dia nak bangun, berdiri dan nak bergurau2 dengan kakaknya di belakang. Jenuh jugaklah memujuk dan ajak dia bersembang. Tunjuk permandangan luar melalui tingkap kapal terbang tu... hihihiii alhamdulillah berjaya juga ralitkan dia.



Turun dari flight, menunggu dalam 10 minit, anak buah (Ina) en hubby pun sampai. Anak buah en hubby ni bekerja di Berjaya Resort, Langkawi. Mula2 dulu belajar, kemudian bekerja dan kemudiannya bertemu jodoh dengan orang sana. Maka menetaplah dia di pulau tu. Sebab dah tengahari, destinasi pertama haruslah lunch. Ina bawa kami ke restoran nasi campur Siti Fatimah. Tak tau pula berapa kos makan2 tu sebab en hubby yang p bayar. Lupa pula nak tanya.



... @ Makam Mahsuri. Action je sebenarnya ni... bukan buat bebetui pun ...

Lepas tu, terus pulang ke rumah Ina di Tmn Kenari @ Batu Asah. Percutian kami ni memang tak sewa hotel, motel aka tempat tinggal. Sebab anak buah en hubby pelawa kami stay kat rumah dia je. Alhamdulillah dan terima kasih banyak. Cuma kereta saja kami minta Ina carikan. Ina pinjamkan kereta kawannya and it cost RM70 sehari. Tapi keseluruhannya selama 4 hari kami di Langkawi, kami cuma guna kereta tu 2 hari saja (hari pertama dan ke 2). Hari ketiga, kami keluar dgn 1 kereta saja iaitu menggunakan kereta Ina & suaminya, Kadi.


Rehat2 sekejap di rumah Ina, mandi2 dan bersihkan badan, kami keluar semula. Destinasi pertama, ke Makam Mahsuri. Harga tiketnya bg kite, so so lah.... ikutkan hati, tak yah masuk pun xpa kot... tapi telahkan sampai, masuk ajelah. Dah nama pun ke pulau lagenda mahsuri, kan....


... rumah Diodrama tu ditutup masa kami p, jadi anak2 kite yg buat 'drama'. hihiii ...

... kakak Baby & Mierza yang buat pengukur kelapa kat Rumah Pandak Mayah macam motorsikal ...

... kenangan di Makam Mahsuri. Kos buat gambar kenangan siap edit ni - RM10. Frame tu beli kat Idaman Suri - RM5. Sampai rumah, terus hang kat dinding ...

Lepas ke Makam Mahsuri, Ina bawa kami ke Telaga Ayer Hangat. Aktiviti santai sambil rendam2 kaki dalam air panas. Nyaman sungguh. Ketika kami sampai adalah 4 orang (1 keluarga) yang sedang rendam2 kaki. Tak lama lepas tu tinggal kami2 je konker tempat tu. Then 1 family Arab (kot...) sampai. Lepas tu kami terus nyah dari situ setelah snap beberapa keping kenangan.




Hari kami sampai (Jumaat - 11.11.2011) tu, suami Ina - Kadi ada game volleyball inter hotel. Oh yes, suami anak buah en hubby ni pun kerja hotel juga - Tg Rhu Hotel. Mereka main kat Pantai Tg Rhu.

So lepas mengabdikan kenangan kat Kolam Ayer Hangat, kami terus ke Pantai Tg Rhu. Lepak2 tepi pantai, ambil angin petang. Mierza tengok mat & minah salleh berendam dalam laut, dia pun sibuklah nak mandi sama.



"Papa, adik nak mandi. Tengok dorang tu, smart je mandi..."

Merengek2 Mierza nak mandi. Tapi en hubby tak kasi. Hehehee syian kat dia tapi kite sendiri pun tak berapa nak bagi. Takde sape nak layan plus baju persalinan pun takde bawak. Takkan nak balik basah2 camtu. Bagi celup2 kaki pun kira dah bertuah tu...


... @ Tg. Rhu ...

Sebab Ina nak tunggu suaminya habis game baru nak balik, kami2 beransur balik dulu. Cuma Boy ikut Ina. Langkawi ni tak macam Kuching, Sarawak aritu. Signboard kurang. Memang agak kalut klu jalan sendiri. Kat Langkawi ni bukan main banyak signboard jadi agak konfidenlah kami nak bergerak sendiri. Plus, jalan kat Langkawi ni, pusing2, balik ke jalan tu jugak. Asal tak masuk jalan kecik dan tak kalut. Rasanya kalau masuk jalan kecik pun boleh pusing balik, cuma agak jauhlah perjalanannya nanti.

Masa perjalanan nak ke Tg Rhu, kami perasan kat tepi Jalan Ulu Melaka, nak buka pasar malam. Jadi dlm perjalanan balik dr Tg Rhu, kami singgahlah kat pasar malam tu. Adalah serba sikit jualan di pasar tu mcm jakun pada aku. Tapi kebanyakkannye sama aje macam pasar2 malam lain. Tak beli2 sangat pun sebab memang ingat nak singgah jalan2 je... en hubby yang memang penggemar jeruk, adalah beli jeruk campur2 (kedondong, salak, pelam kulit, kelubi dan cermai) dengan kos RM10.

... aku beli ni. Rasanya mcm apam balik tapi berintikan kelapa manis ...

Dah jumpa kawasan umah Ina, kami tak terus balik. Tapi meneruskan perjalanan mengikut hala ke Pekan Kuah. Sajalah nak jalan2 malam. Badan memang dah terasa penat, tapi tak peduli. Cuti2lah katekan... hikhikk Sebelum balik, nak isi perut dulu. Jadi sekali jalan2 malam, sekali cari kedai untuk makan malam. Takmo menyusahkan tuan rumah pulak. Dahlah tempat tinggal free, kan....

Kami singgah di kedai tomyam sepanjang jalan nak menuju ke Kuah. En hubby order nasi putih, tomyam campur dan telur dadar. Sementara kite order nasi goreng campur. Minuman nescafe tarik. Kos Rm13.50. Mierza dan kakak Baby dah tertidur dalam kereta. Jenuh kejutkan dorang bangun, tapi takmo jugak. Mujur paking kereta betul2 depan kedai. So matikan enjin dan buka cermin kereta. Dorang tidur dalam kereta. Sesekali jenguk juga, takut nyamuk pula. Lepas makan, kami bergerak balik. Perut dah kenyang, badan penat... mata pun mengantuklah.... habis sudah aktiviti hari pertama di Langkawi.

Insya Allah akan update cuti2 Langkawi kami di hari kedua nanti...
Beras Terbakar / Waterfall Telaga Tujuh / Cable Car / Shopping2!!!

Friday, November 11, 2011

Holiday....


Tgk gambar kat atas ni pun dah boleh tau kami2 nak berholiday ke mane, kan... ye, ye, ye... kami2 nak berholiday ke Langkawi. Langkawi jew.... hihihii

Ketika n3 ni publish (auto-publish n3), kami2 dalam perjalanan ke Subang Airportlah gamaknya.
Flight pukul 10.50am dan dijangka tiba di Langkawi pukul 12.05pm. Insya Allah... Dengan penerbangan tambang murah Firefly.

Kali ni pergi 1 keluarga. Actually nak ganti balik yang sepatutnya pergi pada Ramadhan lepas. Yang Ramadhan lepas tu dengan Air Asia, burn gitu aje. Nak buek camno, kan... nak jalan2 bulan puasa, kalau pergi bujang, daya jugak. Tapi dengan anak2.... risau pula dorang terkulat2 berpuasa. Kesian.... Tambahan pula masa tu anak2 tengah exam prestasi. Walaupun bukan exam penggal, tapi markah masuk report kad jugak. Pelajaran harus diutamakan. Duit boleh cari, cuti2 boleh pospond, ye tak...?

Doakan perjalanan kami pergi dan balik dengan selamat ye, kawan2....

Moga jumpa lagi... insya Allah & Amin!

Thursday, November 10, 2011

La Cottage, Putra Perdana, Puchong - Rumah Baru Kami...


As Salam.... Act, ambil kunci dah lama dah.... (sehari sebelum Deepavali kelmarin). Tapi atas sebab konon2 nak senang jadi susah, n3 ini terpaksa delay. Dan... n3 ini hanya sekadar ingin berkongsi rasa gembira dan kenangan pada diri sendiri. Tidak terlintas mahu bermegah2 dan mendabik dada. Semuanya harta dunia yang tidak kekal dan tidak bisa dibawa mati... kepada yang mungkin terfikir, "berlagaknya aku", "show off" dsbnya kemaaffan ku pohon dari hujung rambut hingga hujung kaki. Maafkan kekhilafan diri ini. Sesungguhnya yang buruk itu dariku dan yang baik itu dariNYA... daku hanya insan biasa...
... my anak dara dah siap pose kat tangga ...

Alhamdulillah, rezeki Allah S.W.T. ... setelah sepuluh tahun, rumah pertama kami (yg hakikatnya telah jadi rumah kedua) selamat menjadi milik kami. Belum hak mutlak, kerana hutang dengan pihak bank masih belum lunas. Hihihiii... Kunci rumah telah berada dalam genggaman. Ura-ura untuk pindah ke rumah baru memang ada. Cuma belum tahu, bila. Tak mampulah pula hendak terus menyewa. Komitment semakin besar. Dengan anak2 yang semakin meningkat dewasa. Tahun depan, Mierza pun dah mula nak masuk sekolah. Komitment lagi tu....

... tempat ambil kunci. Cuma sebelah rumah kami je ni ...

Berbalik pada rumah yang telah terbengkalai selama 10 tahun ini. Dah dapat kunci, terus masuk dan check apa yang patut. (Sebelum tu bagi salam kuat2. Al maklum rumah dah lama terbiar. Hihihii) Retak sana sini, tak usah ceritalah. Yang pasti dalam tempoh 1 tahun ini, kita boleh buat aduan dengan pihak pemaju. Sehelai borang aduan telah disertakan semasa menerima gumpalan kunci. Prosedur biasa dengan rumah baru rasanya. Selagi tidak mengacau/mengubah struktur rumah sedia asal, sebarang kerosakkan, keretakkan, kebocoran dan sebagainya adalah tanggungjawab pihak pemaju. Untuk rumah kami tu, memang akan ada yang perlu di touch up dan diperbetulkan.
... atas: master bedroom / bawah: bilik ke dua & ke tiga. sebeleh tu ada bilik air ...


Seperti papa dan mama, anak2 pun teruja dengan rumah baru ni. Berulang2 tanya, bila nak pindah. Tapi tiada jawapan dari mulut mama sbb keputusan berpindah hanya pada papa. Hihihiii. Mama ikut aje.... Rumah teres macam tu, anak2 lebih bebas bermain. Itulah pun sebab utama dulu, masa beli rumah ni. Untuk kepuasan maksima, en hubby pilih rumah end lot. Itu yang mampu. Nak beli corner lot, memang tak mampu. Gaji pun kecil masa tu, walaupun masa tu anak baru seorang. Tapi ok jugalah... end lot, masih ada sedikit tanah tepi. Bolehlah, buat ruang anak2 nak berlari2 main bola dan basikal. Hihihiii....


... tanah tepi. untuk bercucuk tanam? hehehee ....

Tapi nak pindah sekarang pun masih belum boleh lagi. Sebab meter api belum pasang lagi. Haritu kami lambat bayar duit meter api sebab ketinggalan ambil tahu pasal rumah ni. Cuma meter air yang sudah dipasang dan air pun dah ada di rumah tu.
... my kitchen aka my 'opis' ...

Kalau ikutkan en hubby, dia nak renovate rumah tu... nak besarkan. Nak tarik ke depan, nak begitu, nak begini. Tapi kalau pada kite sendiri, cukup dah tu. Rumah besar2 pun, bukan rajin nak mengemas. Hahahaa alasan paling munasabah, kan!!!!

... lebihan tanah di bahagian belakang. kat sini le kot yg sesuai nak bercucuk tanam. jangan tanam lalang sudahlah ye ...

Owh yes.... rumah kami tu sepatutnya klu ikut pada S&P, dinding tepinya di ruang tamu ada 2 tingkap. Tapi rumah sebenar tingkap tu tiada. Hari tu, masa ambil kunci, kita cakap dengan Cik Zaini (pengawas di tapak projek). Beliau sendiri tak pasti sama ada boleh claim ke tidak. Sebab fasa rumah kami (Fasa 1D) tu, semasa di hand over pada pemaju baru ni (dari KPKT ke Rimbun Capital), rumah dah siap 90%. Maknanya boleh dikatakan rumah tu dah siap. Huhuhuuu... tak pelah klu tak boleh claim pun. Janji rumah tu dah siap dan dah selesai segala urusan.... alhamdulillah.....

SEBAB RAMAI YANG BERTANYE NAMA PEMAJU, JADI SY EDIT DI SINI UNTUK KEMUDAHAN ANDA2 YANG BERKENAAN YE...

RIMBUN CAPITAL
Suite 8-LG-15, 
Lower Ground Floor, 
Menara MutiarBangsar,
 Jln Liku Off , Jalan Riong, 
59100 KL
Tel: 03-2282 8281

Wednesday, November 09, 2011

Carrot Walnut Cake


Salam hari Rabu... masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua...

Carrot Walnut Cake ni kite buat sebagai buah tangan pulang ke kampung kelmarin. Dan macam biasa, kite pulang ke kampung halaman en hubby. Al maklum kite ni hari2 balik kampung sendiri - Kampung Medan aka Tmn Medan. Hehehee...

Resepi Carrot Walnut Cake ni dah lama kite simpan resipinya. Sampaikan dah naik lupa kite salin kat mane. Kalau ada yang membaca dan rasa2 resipi ni you all punye, kite minta izin sharekan resipinya kat sini ye. Terima kasih juga kerana resipi kek ini, not bad rasanya.

Kalau tak silap, baru ni cuba buat. Kalau tak silaplah... kalau silap, mintak hampun ye... sebelum ni memang pernah bake carrot cake tapi menggunakan resipi yang lain.



Kek :-

Bahan2
> 2 1/4 cawan tepung gandum *
> 1 1/2 sk baking powder *
> 1 sk garam *
> 1 sk ground cinnamon *
> 1 sk ground ginger *
> 1 1/2 cwn gula kastor
> 3 biji telur
> 2/3 cwn minyak
> 1 1/2 cwn susu segar
> 1sb vanila essen
> 1/2 cwn parutan carrot
> 1/2 kismis
> 2 cwn walnut - dibakar

bahan bertanda * - campurkan semua dalam 1 bekas.

Cara2
> Panaskan oven - 180c (bergantung pada kapasiti oven masing2)
> Sapukan marjerin pada loyang (9inci). Taburkan tepung gandum. Ketuk loyang untuk keluarkan lebihan tepung.
> Dalam mangkuk, whisk gula dan telur. Masukkan minyak, susu segar dan vanila essen.Masukkan bahan2 bertanda *. Gaulkan sebati.
> Masukkan carrot, kismis dan walnut. Sebatikan.
> Tuang dalam loyang yang dilapik dgn kertas baking.
> Bakar +- 1 jam @ sehingga kek masak. Cucuk dgn lidi di tengah kek untuk pastikan kek benar2 telah masak.

Krim Cheese

Bahan2
> 8 ounc krim cheese
> 1/4 cwn butter
> 1/4 sk kulit oren
> 1 sk esen vanila
> 1 cwn gula aising

Cara2
> dengan menggunakan mixer, pukul krim cheese, butter, vanila dan kulit oren hingga gebu.
> Masukkan gula aising. Putar lagi hingga sebati dan lembut.
> Sapukan di atas kek yang telah disejukkan.

* Kite menggunakan loyang 4 segi (10 x 10 inci). Carrot Walnut Cake kite nampak mcm size brownies dan kite suke dgn saiz itu....



Wednesday, November 02, 2011

G.Tab


Alhamdulillah, terima kasih Allah S.W.T. kerana melimpahkan rezekiMU...

Beli pada 27hb October , 2011 (Khamis) yang lalu oleh en hubby bersama kawan officenya. Beliau belikan sekali bluetooth keyboard. Katenye "...senang u nak taip blog..." thanks abang!  

Masih gagau2 lagi dengan cara penggunaannya. Sampai naik tensen dibuatnya.

Terima kasih kepada Sari Yusa Ibrahim sbb sudi share cara nak upload gambar dr kamera ke tab. Dah buat dan berjaya. Banyak lagi yang perlu dipelajari tentang penggunaan tab ni... kepada kawan2 yg sedang guna atau pernah guna, minta jasa baik anda untuk share ape2 info mengenai tab ni ye....

Tq in advance...


Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)