Followers

Sunday, July 10, 2011

Wheelchair....


Memang nostalgia sungguh aku kalau ternampak dan tengok kerusi roda. Rasanya kakak2 aku pun begitu juga. Of coz bila memandang kerusi roda, aku (kami) akan teringatkan arwah mak....

Nak dijadikan cerita... satu tengahari ketika aku dan Mierza keluar ke satu tempat.... dalam perjalanan kami selisih dengan seorang mak cik disorong seorang perempuan (anaknya barangkali). Perasan di pandangan aku, kaki mak cik tu tiada sebelah separas betis. Bila tengok bahagian tempat kaki sebelah kanannya tiada, lagilah meyakinkan aku bahawa kaki mak cik tu memang tiada sebelah. Tak pastilah tiada sebab penyakit atau kerana cacat sejak azali atau kerana kemalangan. Sama macam kerusi roda milik arwah mak. Lepas operation buang kakinya, abang ipar aku buka tempat letak kaki side yg potong tu.

Perbualan singkat aku dan Mierza setelah melepasi mak cik dan perempuan yang menyorong kerusi roda itu....

Mierza :
"Orang tu sakit nak meninggal ye?"

Aku :
"Emp, kenapa adik cakap camtu?" Hairan pandang Mierza dengan soalan dia.

Mierza :
"Opah macam tu... sakit dastu (pastu) meninggal. Mati."

Aku :
Telan air liur...

Masa arwah mak meninggal dunia, umur Mierza lg 2 hari nak genap 2 tahun. Mungkin dia terlalu kecil masa tu tapi aku percaya sikit2 memori tentang arwah opahnya ada dalam kepala. Cuma kerana dia terlalu kecil, dia tak pandai nak luahkan apa yang dia ingat tentang arwah opahnya.

Aku :
"Arwah opah sayang adik sayang sangat2 tau...."

Mierza :
"Adik pun sayang opah... sayang papa... sayang kakak... sayang abang...."

Aku :
"Mama nak merajuklah. Adik tak cakap pun adik sayang mama..."

Mierza :
"Eh alamak! Terlupa pulak. Adik sayang mama!"

Pandai ko berlakon ye dik......

Emak Dalam Kenangan...

... arwah mak diapit cucu2nya - eza, ima, aishah dan fatrah ....

As salam...

Al-Fatehah untuk arwah bondaku - Zainah Binti Som yang telah kembali ke Penciptanya pada 10/7/2009.


Masa terus berlalu... belum sesaat daku melupakanmu...

... klu x silap, inilah gambar terakhir sblm arwah mak sakit dan pergi. terpaksa edit gambar ni sbb masing2 (arwah mak & mak Ina - my 2nd akak) tak pakai tudung. dan sebenarnya gambar ni ditangkap secara spontan saja. masa ni kami tengah buat bakar2 ikan dan makan2 adik-beradik di rumah kak yong (my 1st sister). mak kelihatan sangat gembira tengok kami 3 beradik berkumpul bersama keluarga masing2 ...

Jah sayang mak... kami rindu mak!

Friday, July 08, 2011

Tengah Gilo Kat Lagu Ni ..... Thaqif - Luahan Hati



Pertama kali ku bertemu denganmu
Sayunya hatiku merindukan dirimu
Walaupun baru kita baru bersua muka
Namun aku telah jatuh cinta

Pertama kali ku bertemu denganmu
Hatiku terpaut melihat senyumanmu
Aku mengharap engkau menerimaku
Kerna aku pun sedang menyintaimu

Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jika kau meninggalkan aku
Terhiris hati
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu

Oooo biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti

Ooooo sayangku pimpinkan tangamu
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
oooo kasih

Memang khilafku menyayangimu
Memang khilafku mencintai mu
Tapi ku tahu semua itu tak akan kembali lagi

Bukan ku pinta segunung janji
Tidak ku harap sinaran ini
Cuma ku ingin setulus kasih
Kasih yang kekal selamanya

Ohhh oh Syakila
Senyummu enggan pergi
Tawamu mengiringi
Wajahmu ku terbayang
Hadirmu bagai mimpi
Seumpama bidadari
Potretmu ku tatapi
Mengharap kau kembali

Bukan ku rindu saat bersamamu
Tidakkan mampu melupakanmu
Cuma ku tahu semua itu tak akan kembali lagi

Haiyoooo... mmg sedang sangat gilo kat lagu ni... dah download kat hp... klu dlm kereta, aku offkan radio dan guna music player dengar lagu ni ulang2 kat hp heheheee Memalam sebelum tido pun dok layan dulu lagu ni seround dua... klu dengar memalam sebelum tido tu, dengar lenggok suara mamat ni, feelin habis aku... haishhh rase nak mengalir ayo mate lak... huhuhuuu

Layan...!

Serawa Kuini


Semalam tayang yang pedas... hari ni tayang yang manis plak... huhuhuuu Serawa kuini, fevret nehhhh... ada yang satu sampan tak??

Bila buat menda2 camni teringat kat kedua orang tua yang telah pergi kepada Penciptanya... arwah apak & mak suka beno buat pemanis mulut camni. :( Al-fatihah untuk kedua2nya. Moga tenang di sisiNYA.

Selalu aku buat, aku masak sekejap santan tu dengan garam sikit dan gula. Tapi yang ni aku kaco2 je sampai sebati. Sebab lepas tu terus je minum. Taklah takut santan tengik atau masam. Maaflah, takde sukatan untuk buat serawa ni. Semuanya aku main cempak je... ikut sesedap tekak :D

Thursday, July 07, 2011

Sambal Ketuk Kuini


Kuini atau kuinin???
Bachang atau Machang???
Konfius... memang konfius....

Sabtu kelmarin balik kampung... inilah buah tangan yang dibawa pulang. Alhamdulillah dapat bawa balik 6 biji. Sebiji bagi Kak Am - tingkat 10. Agak rapat dengan jiran ni. Anakanda Ej pun selalu mengulang p umah dia. Ada orang melayan - Kak Dayah (anak Kak Am yg berusia 20++ dan masih belajar).

Buahnya manis. Dah masak sangat jadi tak boleh nak simpan2. Kena terus proceed ape nak dibuat dengan dia. Tinggal 5 biji kat kami. Aku decide buat sambal ketuk ni 2 biji dan 3 biji lagi buat serawa. N3 serawa kuini kemudian nnt, insya Allah :D

Tak habis makan sekali hadap... jadi bekal elok2 dan letak dalam peti ais. Saat n3 ini, sambal ketuk kuini dah jadi baja, upssss sorry!

Biskut Marie Batik


Kali kedua buat biskut marie batik ni.... first buat dah lama dulu. Rasanya masa dok kat 'umah' lama - fotopages. Memang lama sangat dah tu, kan.... 1st time buat dulu tak berapa menjadi. Langsung tak boleh potong sbb coklatnya mencair. Biskut tak melekat antara satu sama lain.

Kali kedua buat ni pun, lebuh kurang camtu gak... :( huhuhuuu... tapi much better dr yg 1st dululah. Seperti yang dilihat dalam gambar, masih boleh dipotong dan biskut tu melekat antara 1 sama lain.

Next time kalau buat lagi (entah bilelah tu...) kena masak adunan coklat cecair tu betul2 pekat dulu sebelum dimasukkan biskut dan digaul. Harap2 aku akan merajinkan dirilah nnt hehehee....

Resipi Biskut Marie Batik
Source : Kak As @ mynurkasih.blogspot.com

Bahan2:

350g biskut merie
125g butter
2 bj telur
1 cwn koko
1/2 cwn milo
1 cwn air
3/4 cwn gula @ 3/4 tin susu pekat

Cara2 :

1) Patah2kan biskut dan ketepikan.
2) Dalam periuk, campurkan koko, gula, milo & air. Dengan api sederhana gaul semua bahan sehingga larut.
3) Masukkan butter dan gaul lg hingga butter cair.
4) Pecahkan telur dlm mangkuk berlainan dan kocak sikit. Tuang dalam periuk. Kacau hingga adunan agak2 pekat (+- 3 minit). Padamkan api.
5) Masukkan biskut dan gaul rata.
6) Tuang dalam loyang. Padat2kan. Bila dah sejuk sikit, masukkan dalam peti ais sebelum dipotong2 dan dihidangkan.

Wednesday, July 06, 2011

Nak join tak????


Hikhikhik....

Kalau ada sape2 nak join, silelah masuk dapur sendiri & masak sendiri ye.... sorry, sorry selori kalau ada yang terliur pulak. Pada yang tak terliur tu, boleh dok diam2...

Actually aku bukanlah penggemar tegar maggie. Tapi adat tekaklah... bile lama tak makan tu, teringin. Tapi bila masak tu, tak boleh kosong je. Mesti nak letak sayur sikit. Paling suka kalau letak kobis bunga ni. Krup2 & rasa manis2 sayur tu mmg kena sungguh kat tekak ambe....

Layan!!!

PENSONIC Warehouse Sale


Sekadar berkongsi info....

PENSONIC akan mengadakan jualan gudang bermula 8hb Julai, 2011 (Jumaat) - 10hb Julai, 2011 (Ahad) selama 3 hari berturut-turut. Jangan lepaskan peluang untuk berbelanja di sana ye - Lot 11B, Jalan 223,Section 51A, 46100 PJ, Selangor

Hari Jumaat lepas aku ke pejabat PENSONIC untuk ambil mixer yang aku hantar untuk repair. Sebab under gurantee, kosnya tidak berbayar a.k.a. FREE. Then kerani Pensonic tu bagitau aku yang pada tarikh di atas, Pensonic akan buat warehouse sale. Owh, thanks for the info. Walaupun takde dalam kepala hotak aku nak memborong ape pada warehouse tu nanti, tapi boleh jugalah jadi modal nak update blog. Macam n3 ni ha..... heheheee....

Beberapa tahun lepas aku pernah jugak ke Pensonic Warehouse ni hasil uar2 bekas kawan sekolah - Islindah. Masa tu aku memang teruja beno nak ada breadmaker. Jadinya di warehouse sale itu aku belilah breadmaker. En hubby pula beli televisyen 29 inci.

Lo ni BM jadi tukun, sejuk semedang - berselimut dok dlm stor. Syian dia.... bukan rosak. Tapi tuannya malas nak meroti. Huh, teruk kalau kena penyakit tadak ubat tu.... TV pulak baru sat2 hari ni padam. Tak taulah apa masalah. Lo ni pakai tv game Boy untuk tonton tv. Udahlah ujung2 minggu bergaduh anak beranak. Yang papa mama nak tgk tv. Yang anak sibuk nak main game. Tu dia aihhhhhh.... Tapi tiada perancangan pun kami laki bini nak beli tv baru. Rasa macam tak berape penting je selagi masih ada sesuatu yang boleh digunakan. Walaupun dok berkelahi dengan anak. Heheee...

Ok, pada yang pergi warehouse sale tu nnt, selamat shopping yep... :D

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)