Followers

Friday, July 01, 2011

NIKON D3100 UNTUK DIJUAL


As salam semua....

Pinjam ruang nak mengiklan ni ye.... aku ingat nak let go kamera yang aku sedang gunakan ni. Kepada yang berminat boleh hubungi aku. Sebarang pertanyaan dan urusan runding merunding harga juga boleh hubungi aku.

Details adalah seperti di bawah
:-

Beli - February 2011

Keadaan - Baik (Complete Set), Under Guarantee

Sebab - upgrade

Harga - RM1,900 (boleh dirunding)

Hubungi - Fiza Nordin (017-3113226) atau email sofie2_za@yahoo.com

Cash out... tq Nuffnang!



Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.... Ni kali ke-3 dah aku merasa duit blogging. Bakal merasa yang ke 3 actually. Sebab baru pagi tadi cash out, payment pun masih dlm proses dan cek pun belum sampai di tangan.

Berapa jumlah RM exactly tu, biarlah rahsia ye... Segan nak tunjuk. Blog kite bukan glemer mane pong! Tapi jumlahnya boleh dikatekan agak banyak gak la... bolehlah wat belanja p Langkawi borong cekelat nnt... hehehee Harap2lah cek sampai sebelum fly2 away to Langkawi :D

Pengumpulan sejak Nov' 2010 hingga June' 2011. Terima kasih nuffnang... Saat begini rasa bersemangat sungguh nak update blog... hahahaaa!!!

alhamdulillah, setakat ni ada 6 earning buffered di 3 blog kepunyaan aku...

TQ once again, nuffnang :D

Akan ke Langkawi....


.:: hasil carian google ::.

As Salam,

Tengok gambar kat atas ni sure ramai yang tahu kat mane... yup, kat Langkawi...

Insya Allah andai dipanjang umur, dimurahkan rezeki dan sekiranya tiada aral melintang, kami sekeluarga akan bercuti & shoping raya di Langkawi pada 11 August, 2011. Semestinyalah berholiday pada bulan Ramadhan yang mulia, kami akan merasa berpuasa dan berbuka dengan suasana berbeza tahun ini. Harap2 semuanya dipermudahkan olehNya, amin!

Percutian ini agak panjang juga - 11 August, 2011 (Khamis) hingga 16 August, 2011 (Selasa). Kami akan menaiki penerbangan Air Asia pergi dan balik, Insya Allah.... tapi klu nnt percutian itu agak membosankan, kami bercadang untuk pulang lebih awal dengan perkhidmatan kenderaan yang lain. Tengoklah, naik bas ke, naik keretapi ke.... apa2pun tengok keadaan nnt...

Apahallah, holiday di bulan puasa, kan???
Sebenarnya tiket ni dah lame aku book. Dari tahun 2010 lagi... kalau korang ingat holiday aku ke Sarawak dengan En hubby haritu, tiket ke Langkawi ni dah terlebih dahulu aku booked. It's a free seat promotion by Air Asia masa tu. Tapi setelah dicampur dengan pelbagai charge kena jugalah RM105. Oklah tu, jangan manyak bunyik, kan....! Heheheheee....

Aku memang sangat teruja masa mem'booked' tiket masa tu... tu yang aku tak perasan bulan 8 tahun 2011 adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bila everything dah done, barulah one of a friend kate, bulan 8 puasa. Habis nak buek camno????
Tak apalah, kan.... redha ajelah.... Harap percutian ini bukan hanya percutian biasa nnt....

Semasa n3 ini ditaip, kami belum lagi decide nak menginap di mana semasa di Langkawi nnt. And actually, anak buah en hubby ada tinggal, bekerja dan berkahwin dengan orang Langkawi. Tapi kalau nak menumpang di rumah dia (walaupun dia ada pelawa) tapi kami agak keberatan juga nak terima pelawaan tu. Nama pun holiday, takkan nak menempek kat umah orang, kan.... nak juga privasi. Lagi pulak aku dengan anak2 yang hiperaktif, ni. Bukan senang weihhhhh... kena pulak kawan tu dah biasa rumah senyap sunyi, aman damai sbb dia belum dikurniakan cahayamata. Tetiba anak2 aku mengharu-biru. Takutlah juga. Kite bukan biasa sangat bertemu muka. Selalu sembang2 kat fb je & bertahun sekali baru jumpa... huhuhuuu tak kenal hati budilah, senang cakap!

Boleh dikatekan, holiday kami membajet jugaklah. Jadi kami decide nak cari motel aje rather than sewa apartment atau hotel. Ada 2/3 motel yang dicadangkan kawan2 dan aku pun dah surf tengok2 apa yang ditawarkan. Ada juga yang aku dah email tanye rate dan sebagainya. Insya' Allah akan tiada masalah dengan hal ni...

Tapi kalau ada kawan2 nak suggest, suggestion anda adalah amat dialu2kan :D
Begitu juga kalau ada aktiviti, kedai makan yg best, tempat shopping yang berbaloi, barang yang patut aku beli mahupun yang tak berbaloi aku beli ketika di sana, tempat2 menarik yang boleh dilawati dan apa2 saja berkaitan Langkawi, bolehlah berkongsi dengan aku ye... Ucapan terima kasih didahulukan! Komen anda amat aku hargai :D


Ok, jumpa lagi di next n3, Insya Allah...

Potong!!!


Tanggal 8.6.2011 (Rabu) yang lalu, rambut Mierza yang kami simpan sejak bertahun lalu dipotong. Aku dengan nekadnya bawa Mierza ke kedai gunting. Of coz sebelumnya mendapat persetujuan daripada en hubby. Mierza pun yang sebelumnya tak nak potong rambut bila ditanya, beria2 pula nak potong rambut sejak beberapa hari tu. Jadi, sebelum dia ubah pendirian dan kehendak, cepat2lah aku bawa ke kedai. Sementelah papanya pun setuju rambut anakandanya di'ketong'. Hehehee...

gambar agak blur sbb sambil berlari2 anak snapnye, mengejar dia yang berlari2 mengejar2 abang & kakaknya di hadapan.

Of coz, lepas aje potong rambut tu, jenjiran terdekat mahu pun jauh yang nampak Mierza terkejut dan tercengang. Ada yang macam tak percaya, itulah budaknye yang sebelum ni mereka nampak berambut panjang tu. Dan ada juga yang mengeluarkan ayat, "la... selama ni ingatkan dia perempuan, tu pasal berambut panjang. rupa2nya budak lelaki???" Owh, ok.... ;P

"aunty gunting kasi hemsem hooooo"

Pada mulanya, aku simpan ekor dr rambut asalnya. Tapi tak sampai seminggu, aku sendiri yang potong ekor tu. Mierza pun tak marah & protes. Dia ikut aje, redha aje rupernya aku buat keputusan untuk rambut dia tu. Agaknya dia sendiri dah rimas dengan rambut panjang dia tu...

masa ni dah selesai potong... rambutnya yang berekor tebal.

Masuk yang ni, kali ketigalah potong rambut dia sejak kelahirannya - 12.7.2008. First masa dlm pantang - cukur habis. Lepas tu 3 Syawal masa usia dia nak masuk 2 tahun dan yang ini - ketika usianya nak mencecah 4 tahun. Lepas ni tak tahulah nak simpan balik rambut dia atau potong bila nampak panjang. Rasanye tak simpan panjang dah kot... sebab dia pun sekarang ni amat teruja dengan style rambut pacak yang dia sebut "kacak". Tentu2lah abang dia (Boy) yang mengajar... Jantan sulong aku tu dah pandai bergaya. Kalau p beli barang awal bulan - gel rambut dia harus dibelikan. Nak yang ada nama & demanding pulak... huhuhuuuu

Di mata aku sendiri, nampak anak jantan aku tu mcm 'pengkid' pulak hahahaa!!! Dan di mata aku juga nampak, anak jantan aku tu ya amatlah hemsemnye!!!! Kehkehkehhhhh


arghhhhh cunnya!!!!!

* actually n3 ini akan keluar pd 30.6.2011 tp sbb blogspot bermasalah tak boleh sign in semalam, terpaksalah delay.... *

Wednesday, June 29, 2011

Kuching Sarawak - Part 8 (The Spring, Kuching Int. Airport & Arrived)


As salam,

Masih berhutang 1 n3 (last n3) tentang holiday kami di Sarawak kelamarin. Ye, ye, aku tahu... dah basi cerite tu... tapi untuk rekod blog ini, aku lunaskan jugaklah... kalau ikutkan memang dah banyak yang lupa tapi aku cuba recall mane2 yang boleh, Insya Allah :)

Masa ketika makan petang + dinner kat Raja Ayam Penget, hujan turun dengan lebatnya. Hinggakan memaksa kami pindah meja sebab tempias. Dah selesai makan pun, hujan masih turun. Blur nak ke mana. Disebabkan hujan, banyak rancangan terpaksa dibatalkan. Flight masih lambat. Memang kena singgah mane2 dulu dari terus melangut kat airport. So, Norlyn's decide p kompleks beli-belah The Spring. Kompleks yang masih agak baru dibuka dan kalau tak silap, ianya merupakan kompleks terbesar di Sarawak (betulkan klu sy salah).



Masuk dalam kompleks tu, tiadalah nampak apa2 yang istimewa pun. Sama saja macam kompleks2 beli-belah kita di sini. Tak nampak apa2 yang menarik. So kami just jalan2 je la menghabiskan waktu. Lepak2 & snap sane sini. Nak ke food court, perut pulak kenyang. Kalau ada jual junk food, bolehlah juga lepak2 sambil ngunyah, tapi tak jumpa pula stall tepi yang jual junkfood. Jadinya meredha ajelah kami berdua laki bini. Norlyn & Nushkha ntah ke mane. Memang kami berpisah & janji akan jumpa balik pada waktu dijanjikan. So, lebih privasi nak bergerak.

Masa tengah lepak2 tu dpt sms daripada firefly mengatakan flight kami delay due tu weather... huhuhuuu mujurlah tak lame... klu tak silap 20min camtu. Oklah....

Pukul 8mlm camtu, kami jumpa balik Norlyn & Nushkha di tempat yang dijanjikan. Lepak2 sekejap ambil angin kat luar kompleks. Tengok remaja2 anak Sarawak yang keluar masuk kompleks. Agak bosan jugaklah masa ni.... tapi xtau nak buat apo....


Kurang 9 mlm, kami dah sampai airport. Kereta sewa kami serahkan pada Norlyn untuk serahkan semula nnt. Memang kami beri kepercayaan penuhlah pada dia. Alhamdulillah hingga sekarang, takdelah apa2 hal berbangkit yang timbul. Maknanya, budak tu memang boleh dipercayai dan boleh diharap. And of cozlah, kami berikan sedikit tips untuk dia. Juga pada Nushkha. Terima kasih, banyak2!



Kaunter utk check in belum buka tapi troli dan beg dah beratur panjang kat depan kaunter. Rombongan mak2 datin dah berkumpul kat tempat duduk yang disediakan. Riuh dengan anak2 (cucu2 sekali kot...). Lepak2 teringat pulak Banana Fritters Cheese yang aku tapau kat Restoran Ayam Penget Raja. Buka2 dah lenyo. Sebab pisang tu panas2 ditutup dgn bekas polisterene. Tak selera aku nak makan. Jadi aku kuis2 cheese aje. Selebihnya masuk tong. Bazir!!!

banana fritters cheese yg masuk tong. tapi tang cheese tu, masuk perut aku hehehee

Encik hubby punye hal, sibuk suruh wrap beg. kononnya takut barang2 dlm beg besar POOH tu tergolek2. Hambek, kena charge sampai rm25. padahal dia sendiri yang dah susun baik2 & padat2 dalam beg POOH tu. Kiranya potensi brg2 pun nak tergolek mmg takdelah patutnya. Ceh, u ni bang!!!

Bila kaunter check in dibuka, timbang2 berat barang dah lebih dari sepatutnya. Masa booking tiket kat internet aku ambil 15kg. Masa check in lebih 11kg. So kena caj rm170 (klu tak silap) Ohohohoooooooo!!!! Menshoping tak hingat, kan???!!!

selamat tinggal kuching... ada rezeki kami datang lagi...

Masa dalam flight, barulah terasa penat seharian tu ke sane ke mari. Tapi nak tidur, mata takleh lelap. Jadinya memandang keluar ajelah... tapi apelah yg nampak melainkan golap gelito yo... kena pulak, seat dekat sayap. Tengok ajelah hujung sayap tulisan 'firefly' tu bergerak2 melanggar angin. Hahahaha!!! En hubby ku, jangan cakaplah. Dia, kat mana2 pun boleh lelap. Walaupun katanya tidur2 ayam, konon!!!

Kapal terbang yang akan bawa kami. Nampak aerobridge tu-sedang bergerak mendekati exit door.


'akak' flight attendant yg sedang beri penerangan sblm berlepas...

B4 naik flight, sms kakak aku suruh standby kat KLIA 1 1/2 jam dari departure time. Memang masa keluar aje dr pintu tu, dah nampak kereta kami yang dipandu oleh abang ipar aku menunggu kat tepi jalan.

Baby & anak2 buah yg terjaga masa kami sampai rumah...

Alhamdulillah, percutian kami selamat pergi dan selamat kembali.

Kuching, panjang umur dan murah rezeki, kami sampai lagi nnt - Insya Allah :D

bonet kereta yg penuh mampat. masa ni dah nak balik rumah dr rumah kak yong...

Friday, June 24, 2011

Bora Asmara wif BFF



As salam semua... Lamanya tak update blog... bukan ke mana2 pun... ade je.... tapi mcm takde ape yg nak diceritekan.... walaupun hakikatnya... sebenarnya... ade jugak 2/3 kejadian yang boleh dikongsikan di blog ni. Kalau pun bukan untuk tatapan umum, tapi untuk dijadikan kenangan bg diri sendiri di kemudian hari. Takpelah.... kalau rajin nnt boleh jugak kongsikan di sini nnt.... blog ni kan aku yg punye... aku punye sukelah nak cerite ape pun, kan... heheheheee

.:: ni makanan yg aku order. Sory, not as I expected! ::.


Ni nak cerita pasal jimba2 aku dan my BFF friend. Kami selalu2 gaklah keluar2 p makan... jumpa, gosip2, sembang2 dan macam2lah... seronoklah released2 tensen dgn kawan2 yang sekapla, kan.... Pada mulanya ingat nak p steamboat kat Flaming, Sunway which is nak kali ke 3 dah kami p sana, makan2... naik muak pun ada rasanya.


Tapi last2 minit tukar plan ke Bora Asmara kat Kg Penchala. Dengan penuh semangatnya, aku yg memang dah lama teringin nak p Bora Asmara ni menawarkan diri untuk jadi driver pada kawan2 (Ros aka sedara, Ena & Ogy). Tak ngapele... deme pun dah selalu tompangkan aku dengan kereta deme... kali ni io le aku lak....

.:: aku & Aishah ::.

Kami memang expect jalan akan jemp sbb waktu tu lepas office hour (5.30ptg) tapi alhamdulillah taklah melekat. Sekejap2 aje berhenti2... selebihnya kereta tetap bergerak. Syukur sangat....

.:: tiramisu cake air tangan ambe ::.

Sebab sampai pun agak awal dari yang kami jangkakan, kami jalan2lah kat Kg Penchala tu. Ena dan Ogy yang agak familiar dengan Kg Penchala ni sbb suami2 orang situ, deme tunjukkan tempat2 makan yang agak2 seangkatan dengan Bora Asmara ni. Kiranya kalau ada hari2 beso, bolehlah ajak cik abang p mkn kat sane. Kalau sesaja, kena tunggu awal bulan atau dapat bonus, baru boleh p. Saja2 p, cekik tulang tgk bil nnt... kehkehkehhhhh

Jom layan gambo!!! Menyesal aku x bawak kamera.

Gambar2 yang ada ni mengharapkan gambar2 dr Ogy dan Aishah aje.....
jadilah ek... jangan banyak bunyi!



.:: us without Aishah ::.


.:: cak!!! ::.

Monday, May 16, 2011

Oblong


Makan malam kami hari Sabtu yang lalu...
Malas nak keluar cari makan...
Malas nak masak beria2 sangat...

Roti burger dah siap beli dari siangnya... apalagi???

Daging oblong ni berbentuk 4 segi panjang dan saiznya sebenarnya lebih besar dr roti hotdog. Oleh sebab itu, daging oblong tu aku potong dua. Masak 2 keping saja dengan 4 ketul roti sosej.

Alhamdulillah, settle makan malam kami!


Wednesday, May 04, 2011

Red Velvet Cupcakes wif Fresh Strawberries


Mula2 cuba buat Red Velvet untuk meraikan birthday BFF Ros aka my sedara... lepas tu alhamdulillah... aku terima tempahan dari seorang ke seorang. Syukur!!!

Minggu lepas... dalam sibuk2 dengan tempahan lain yang diterima, aku selitlah buat cupcakes red velvet pulak. Dan ini merupakan new item di blog jualan aku. Alhamdulillah, setakat ini permintaan menggalakkan.

Namun, ada juga yang mengeluh, "huh, boleh tahan juga harganya ye...."

Ok, mehla aku bgtahu kepada yang mereka2 yang berkenaan itu ye...



Adunan red velvet tak sama dengan adunan kek biasa ok... Rasanya juga lain dengan kek biasa. Ianya ada rasanya yang tersendiri. Mungkin kerana ada campuran bahan lain berbanding dengan kek biasa2 tu. Dan bahan lain itu, bukan semua kedai bakery ada jual. Juga bahan itu tidak tahan lama. Jadi aku kena beli bahan itu sedikit2. Tak bolehlah berhajat nak beli sekali banyak2 dan simpan buat stok dalam peti ais. Kalau tak digunakan, rugi pulak jika sudah sampai pada xpired datenye yang sangat singkat walaupun kotaknya masih belum dibuka.

Red Velvet ini juga disalut dengan krim cheese. Bukan dengan butterkrim. Dihias sebiji buah strawberri di atasnya. Disebabkan buah strawberri selalunya masam (sesetengahnya saja manis), aku celupkan dalam strawberi fillin'. Selain dapat 'memaniskan' buah tu, boleh mencantikkan strawberi tu sbb dia kan nampak berkilat2 gitu... then aku taburkan dengan crumb kek dan aku parutkan dengan dark coklat di atasnya.

Wallah!!! Lihatlah sendiri...

kalau ada yang terliur dan nak order... silelah hubungi aku ye.. jangan segan2, jangan malu2.


Fiza Nordin
017-3113226

1 set - M size - RM65.00 - 16pcs

v
v
v

Sudi2 berkunjung...

fiza-on9booth

Ayoh, cuci2 mate...!!

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)