Followers

Wednesday, February 23, 2011

Kuching Sarawak - Part 3 (Melilau Di Bandar Kuching)

... disambung ...

~ hari ke 2 ~

Awal2 pagi dah bangun... kalau bab berjalan memang cepat dan tuntas aku... walaupun tempat tidur selesa, tetap pagi2 mesti dah bangun eheheheee... pertama sekali cari breakfast. Dah cakap awal2 dengan en hb, hari tu nak makan mee kolok. Ape ke rasenye??? Tapi aku ingat, haruslah makanan jenis2 camtu dijual tengahari. Ok, sambil2 melilau mencari breakfast, (inilah untungnya juga jalan berdua. Kalau dengan anak2 sure fenin & kesian kat anak2 sbb kena berjalan kaki) kami singgah di tugu Kuching. Kata Ogy, inilah bukti kalau dah sampai ke Kuching, Sarawak. So Ogy... gambar di bawah khusus untuk tatapan ko! Hahahahaaaa....


Sudahnya, kami berjalan balik ke arah Tune Hotel. Makan di kedai belakang hotel aja. Kedai dan stall ni kami nampak masa kami nak berjalan ke arah tugu kucing tadi. Nampak ada tulis dia jual mee kolok dan tanda nama dia - Mohamad Lim. Lelaki yang separuh botak tu memang nampak macam cina tapi seorang perempuan yang menolong dia melayu, pakai tudung. Seorang lagi pembantunya, budak lelaki, anak dorang agaknya... Macam biasa, kedai tu kepunyaan orang Cina, stall2 di kedai tu orang Melayu yang berniaga. Tapi untuk pagi tu, cuma kedai Mohamad Lim yang buka. Yang lain tutup. Rasa2nya mereka2 tu berniaga malam.

... mee kolok chinese style ...

Rasa mee kolok???
Pada aku macam kita makan wantan mee... cuma Mohamad Lim punya mee kolok warna merah dan rasa manis. Kata Nushkha (our guide tour-bgtau setelah kami dah nak balik :( ), mee kolok Mohamad Lim dengan mee kolok sarawak yg sebenarnya, lain. Mee kolok Mohamad Lim ni lebih kepada Chinesse Style. En hb order roti bakar 1 set. Sudahnya, dia cuma makan 1/2 je roti bakar tu. Lagi 1/2 masuk mulut & perut aku sebab mee kolok tu aku tak habis makan. Tak kena dengan tekak aku makanan manis2 ni... En hb pula cuma kuis2 je mee kolok tu. En hb tu mmg tak cerewet makan, tapi keadaan2 tertentu, dia akan amat2 cerewet!

... merehatkan diri. kerusi urut ni ada tersedia di depan kaunter Tune Hotel. RM1 - 3min ...

Lepas makan, kami kembali ke hotel. Duduk2, fikir2 mana nak pergi. Dalam kepala nak pergi Damai Resort. Tapi kamera aku takde bateri. Betul2 tinggal sebatang yang bila2 masa je boleh padam. Waktu terus menganjak. Naik bilik dulu, charge kamera. Baterinya kong semacam. Geram sungguh aku dengan kamera ni! Sementara tunggu bateri kamera di caj, kami baring2, rehat2 dlm bilik. Nak keluar tak boleh, sebab style Tune Hotel ni, klu keluar dari bilik, cabut kad, semua saluran elektrik terpadam. Kalau tak cabut kad, camne pulak nak masuk dalam bilik semula nnt...


Oh yes, terlupa... b4 that kami pergi ke Dayang Salhah Kek Lapis di Kampung Gersik. Naik penambang 40 sen sehala. Beli 5 kek lapis takde percuma. Beli 10 kek lapis, ada percuma 1 kek lapis - kata pembantu kedai tu. Sebelumnya aku ada tengok kat Main Bazaar, orang2 yg berjualan kat situ jual kek lapis - beli 5 kek lapis dpt percuma 1 kek lapis. Jadi aku tanya dengan pembantu di kedai Dayang Salhah, kenapa macam tu. Dia kate, mereka guna marjerin sedangkan Kek Lapis Dayang Salhah menggunakan butter. Wallahualam...
Pun ada juga aku singgah di Afifi Kek Lapis dan beli 2 kek lapis dengannya. Nyaman....

... nama2 kek lapis tak ingat. Yg ingat, lapis coklat cheese & lapis bluberi cheese je ...


... yang ni beli di Afifi Kek Lapis. Sedap! Kalau ada peluang ke Sarawak lagi, aku prefered beli di sini ...

... bersambung ...
~ Damai Resort & Top Spot Seafood Centre ~

Tuesday, February 22, 2011

Kuching Sarawak - Part 2 (Laksa Sarawak, Menyelusuri Sungai Sarawak & Waterfront)

... sambungan ...


Bangun dari tido selepas melepaskan lelah, terus berjalan menuju ke Waterfront. Masa tu dah pukul 3 lebih. Dari Tune Hotel ke Waterfront taklah jauh mana... sepelaung je kate orang tua2... hehehee... agenda utama adalah mencari makan. Perot lapo memasing. Pusing punya pusing... takde kedai Melayu yang jumpa. Kedai Cina, memang banyak. Hadoi... masalah!!! Itu pun kedai2 cina tu tengah kemas2 nak tutup. Lagi satu halamak...

Masa kat China Town, aku tanyelah dengan seorang kakak yg sedang tulis surat saman kat kereta yang diparkingkan kat situ. Dia kata kat Main Bazaar ada 2 buah kedai makan halal punya. Ok, teruslah kami ke Jalan Main Bazaar.

Sebelum tu, sambil2 berjalan cari2 kedai makan, adalah kami singgah-menyinggah. Almaklumlah, kite ni kan pelancong. Berhenti tangkap gambo dan sebagainyalah... hahahaa!!!


... berlatar belakangkan ASTANA ...

... bahaya betul tempat ni lebih2 lagi kalau ada anak kecil. kalau terjatuh, terus tergolek masuk Sungai Sarawak. Choiii!!! ...

... tak tau kenapa muka aku macam ni, hisk! ...

Tapi mcm Tua Pek Khong yang merupakan tempat orang Cina bersembahyang tu, kami hanya bergambar di luar sajalah.

... di hadapan Tua Pek Khong. kalau surf internet, tempat ini merupakan salah 1 tempat tarikan pelancongan. tapi kita orang Melayu / Islam, ape ke halnya pulak nak p melawat tempat cam ni ek... bergambar sekadar untuk kenangan ...

Di Jalan Main Bazaar tu kami jumpa 1 kedai. Dengan confidentnya melangkah masuk sebab nampak ada seorang pelanggan yang duduk di situ memakai tudung. Kalau akak tu takde, haruslah kami waswas nak melangkah masuk. Apa yang boleh dilihat di sini, tuan kedainya Cina dan orang Melayu menumpang berniaga dalam kedai tu. Tuan kedai cuma buat air je...

... Laksa Sarawak - RM4.00 semangkuk. Boleh tahan sedap ...

Kami order Laksa Sarawak. Aku memang teringin nak makan. En hb kalau boleh tu nak makan nasi sebab dr pagi belum pekena nasik lagi. Tapi bila tengok lauknya yg tak kena dengan selera, sekali juga minta Laksa Sarawak. Mee kolok dah habis pulak masa tu... huhuhuuu... masa kami tengah makan tu, aku tengok pembantu dalam kedai tu sibuk mengemas. Hairan sungguhla.... rupernye kedai tu dah nak tutup. Lor.... deme ni memang meniaga sampai petang aje... bukan sampai ke malam. Main Bazaar di waktu malam memang mati! Tapi beralih ke Waterfront dan Riverside... maknenya kalau nak shopping, waktu siang saja. Malam, kedai2 di Main Bazaar tutup....

... Jalan Main Bazaar ...

... salah 2 kedai yang menarik perhatian - ANIKA BORNEO ...

... pak cik penambang dah tunggu kat belakang, aku sempat pose dulu ehehehee ...

Kami jalan2 kat Waterfront. Masa berhenti kat jeti, seorang pak cik yg bawa penambang tegur, "naik bot RM25-1/2 jam..." aku pandang en hb dan pandang pak cik tu semula. "Tak apalah... RM20 sudah..." Set ajelah... Kami menyelusuri Sungai Sarawak. Melalui tebing2 kampung. Menurut kata pak cik tu, penduduk2 yg tinggal di tebing tu kebanyakkannya bekerja pemerintah (orang kerajaan). Namun ada juga yang bekerja sendiri & nelayan.

... pandai pak cik snap gambar pasal kamera aku ni klu tak betui gaya pegang, gambar gegar ...

... berlatarkan ASTANA ...

... Masjid Negeri (klu x silap) ...

... anak2 Sarawak sedang bermandi-manda. harus pandai berenang ...

... penambang. hanya 40sen seorang, bayarannya ...

Masa pusing balik tu, kami minta diturunkan di satu hentian yang mana di situ boleh pergi ke Taman Orkid. Itu pun aku tanya seorang kakak (orang tempatan) yg mula2 sama naik penambang dengan kami. Perjalanan ke Taman Orkid dari jeti tu lebih kurang 100m. Tapi bila dah sampai, tengok dari luar mcm tak menarik je. Jadi kami cuma bergambar di luar aje... tak masuk pun....



... hadapan Taman Orkid ...


... suka dengan gambar ni. guna self timer. tapi orang2 di belakang tu, mengacaulah! ...

... aku ...

... dia ...

Kembali ke Waterfront, kami duduk2 di dataran berhadapan dengan Tugu James Brooks. Bergambar dan berbual kosong sambil tengok orang lalu lalang. Malamnya sudah ada agenda... lewat petang baru kami kembali ke hotel...


Riverside... malam baru hidup... siang, kuyup... huhuhuuuu

... bersambung ...

Kuching Sarawak - Part 1


Alhamdulillah... honeymoon kami di Kuching, Sarawak kelmarin berjalan agak lancar juga... syukur kepada Ilahi... tiada kejadian tidak diingini berlaku melainkan yang baik2 saja. Kalau pun ada yang tak puas hati & ralat, semuanya dapat diatasi dan diterima minda.


Cerita2 honeymoon bermula...

Our tickets...

Flight kami ke Kuching dari KLIA pukul 7.20min pagi - 16hb Februari, 2011. Seawal pukul 4.30pagi kami dah bangun dan bersiap2. Kami bertolak dr rumah kakak aku di Tmn Sri Bayu, Bagan Lalang. Since yesterday nya kami dah sampai ke rumah Kak Yong. Sementara kami ber 'honeymoon', Kak Yong lah akan jaga & tengok2kan anak2nda tu... Kami minta tolong abang ipar aku - abang Mat yang hantarkan kami ke KLIA. Pukul 5pg keluar dari rumah. Masa tu anak2 semua tidur lagi. Kami bersiap2 pun perlahan2 & penuh hati2... takut ada yang terjaga. Lebih2 lagi Mierza. Haruslah dia menangis meraung nak ikut kalau dia terjaga... Boy & Baby ok je... tapi takut aku pulak yg sedih hati nak tgk anak2 ditinggalkan. Ngeh3...


Pukul 5.30pg sampai KLIA... kaunter dah buka. Teruslah check in. Kami bawa 1 bag seorang. Guna back pack aje... fikir2, senang nak bergerak. Aku yang baru 1st time nak merasa naik kapal terbang ni, memanglah tercangak2 sikit. Bukan 'batak' ek...hahahaa but still of cozla... control!!! 6.20pg dah berada di waiting area no. 8. Dari waiting area tu dah nampak kapal terbang yang bakal naiki sedang diselenggara. Perasaan tak sabar tu semakin meluap2lah... hehehee...

awal pagi... matahari baru nak menampakkan diri...


Masa kapal terbang mula laju menuju naik ke udara, mmg ada rasa gerun sikitlah... tapi ok je... begitu juga bila masa kapal terbang tu 'buat leap'... hahahaaa. Tidak dapat dinafikan perasaan amat teruja melihat permandangan sekitar dari tempat tinggi... aku beria2 mencari mana rumah kakak aku. Tapi haram tak nampak sebab mata aku memang melilau... nak pandang itu dan ini. Pencarian tak concentratelah! Hehehee... Sepanjang perjalanan, aku asyik memandang keluar. En hubby pula menyambung tidur... ini orang memang suka tidur! Haiya....

bukti... ini orang mmg suka tidur!



ni masa kapal terbang menunggu 'q' nak berlepas...

Kami mendarat di Kuching International Airport seperti waktu yg dijangkakan - pukul 9.20min pagi. Lapor diri di Imegresen. Terus menuju ke kaunter Taxi Airport. Bayaran dari Airport ke Tune Hotel - RM30 dengan menaiki kereta Innova. Agaknya yg bawa kami tu orang tempatan. Sebab Innova tu langsung takda cop sesuatu company. Dan mungkin kerana itu bayarannya lebih dari yang sepatutnya cuma - RM10 seorang. Huhuhuuuu....

Disebabkan kami pergi ni tanpa bawa tuala dan sebarang toiletries, aku minta kami diturunkan di Kompleks Tun Jugah. Kami sepatutnya check in pukul 11pg (early arrival, +RM15. Check in sepatutnya pukul 2pm). Sampai Komplek Tun Jugah, lagi 5 minit pukul 10pg. Banyak kedai tak buka lagi. So we decided cari kedai makan untuk bf dulu. Pusing punya pusing, tak jumpa kedai Melayu. Kedai Cina aje banyak... bila perut dah lapar, badan pun mulalah terasa penat. Akhirnya jumpa juga 1 kedai. Itu pun buat kami yakin kedai Melayu sebab ada 3 orang Melayu sedang duduk di kerusi, kaki lima kedai tu. Pesan sekeping roti canai kosong utk en hb & roti canai telur utk aku, teh & nescafe tarik - cost RM7.80.

Sungai Sarawak... permandangan dari atas kapal tobang sebelum landing turun airport...

Komplek Tun Jugah tu kedai2 yang tiada berkenaan dengan kami. Kami masuk dan keluar semula. Kami try pulak masuk Sarawak Plaza. Betul2 depan pintu masuk, ada information kaunter. Tanyalah cik adik cantik molek tu di mana Tune Hotel. Alamak, tak tahu! Tak pernah dengar katanya. Haiyooooo!!!! Ini orang mane datang???? Kahhhhhh Tapi dia bg kami Map Travel Guide Kuching, Sarawak & highlightkan no telefon Tune Hotel. Suruh kami call sendiri & carilah sendiri. Hisk!!! Dah siap beli apa2 yg patut (tuala & toiletries) dlm market kecil (Eversave nama market tu, klu x silap) tingkat bawah, Sarawak Plaza tu, kami bergerak keluar utk cari Tune Hotel. Aku ada surf internet, katenya Kompleks Tun Jugah cuma walking distance aje dengan Tune Hotel. Jadi tentulah same juga jaraknya dengan Sarawak Plaza sebab kompleks ni berdepan je...

me... suka tangkap gambar kerut2 kening... dah mcm habit pulak... tak suke!!!

Kami berjalan ikut langkah kaki je... tak kuasa nak call Tune Hotel & bertanya arah. Sampai di bawah bangunan Riverside Majestic, en hb tanye dengan pak guard situ. Nak senang katanya, dia suruh kami masuk building tu, ada Parkson. Naik tingkat 2 dan keluar semula dari building itu. Jalan ke hadapan. Tune Hotel cuma di belakang building itu aje, katenya. Ikutlah arahan... tapi berpeluh juga nak sampai ke bangunan Tune Hotel dr yg dimaksudkan 'cuma di belakang' bangunan... huhuhuuu.... but then bila dah petang, kami jalan2 sekitar situ, barulah perasan. Kalau kami tak masuk Parkson tu, sebenarnya perjalanan akan lebih dekat. Hadoiiii la.....!

Sampai hotel dah pukul 11.35pg. Dapat bilik no.255. Masuk je bilik terus tidur. Terbongkang kepenatan laki binik! hahahaa....

.... bersambung ....

Wednesday, February 16, 2011

Bersiaran Dari Tune Hotel, Kuching, Sarawak!!!

Salam untuk semua....

Hai, hai, hai.... Alhamdulillah dengan penerbangan Firefly jam 7.20am dan mendarat pukul 9.05 am - 16 Feb. 2011, aku dan en hb sudah selamat berada di Kuching Sarawak. Sekarang ini seperti tajuk di atas, bersiaran dari Tune Hotel, tempat kami menginap. Setakat ini ok, ok saja perjalanan kami. Syukur.... tiada aral yang melintang... :D

Sampai2 terus titon... merehatkan badan terlebih dahulu sebelum menghabiskan masa di Waterfront dan jalan2 naik bot di Sungai Sarawak... Malam ini sudah ada agenda dan I'Allah esok juga. Harap2 percutian kami untuk hari ini, esok, lusa dan tulat akan smooth aje... Doa2kanlah ye....

Ok dulu untuk waktu ini... I'Allah kalau ada kesempatan akan update lagi nnt...

Sampai jumpa lagi....

Monday, February 07, 2011

.::. Khurafat .::.

.:: us... ::.

Terlaksana jugak hasrat di hati nak menonton filem 'Khurafat' di pawagam.... yang diuar2kan sangat seram & seronok. Memang serem, mengejutkan mujur pop corn ku tak terpelanting hahaa... entah berape kali ek, aku menjerit!!! Yes, ending yang langsung tidak saya sangkakan....

Kisah terjadi pada raya cine yang lalu (3.2.2011 - Khamis). Anak2 buah daripada Sepang datang ke rumah aku. Macam dah jadi xtvt wajib pulak... asal dia orang datang, kami keluar tengok wayang. Asal pergi tengok wayang, diaorang pun datang... heheheee pusing2 samo ja.....


Seperti biasa, tengok di Sunway Pyramid panggung TGV... pada asalnya nak berubah angin... nak tengok di Mid Valley (GSC) tapi kemudiannya tukar fikiran semula... 1st takut jalan jem. Nak naik komuter, takut pula nak tinggalkan kereta kat stesen komuter yg selalu beno sunyi sepi tu.... sila jangan cari pasal, beringat sebelum terkena apa2 yg tidak diingini.... nak minta en hb hantar ke stesen komuter, nnt bila nak balik pun menyusahkan dia lagi nak kena datang ambil pula.... 2nd, jgn carik pasal lagi sampai en hb muak & tarik balik pelepasan. Ekekekekeee....


.:: wif Eja, my anak buah yg hitam manis. sangat ringan tulang dengan kerja dapur ::.

Sampai Sunway Pyramid pukul 12.30 tengahari... cadang2 nak tgk show pukul 1tghari tapi tgk2 dah few. Next show pukul 4.45 petang. Macam lama sangat pula menunggu.... bukan tak sabar, tapi tak kuasa nak window shopping. Takut terbabit!!! hehehee.... Sampai kat kaunter sesaje tanye kat 'hendia' penjual tiket tu, dia kate klu ber 4, tak boleh. Sebab tempat duduk yang tinggal jauh2... oklah, tanpa ada sebarang pilihan, ambil jugalah show pukul 4.45petang.

Sementara menunggu masa show, kami berjalan2lah dalam Sunway Pyramid tu... masuk keluar Jusco.... masuk keluar kedai.... makan ais krim mc'd. Dan, seharusnya makan Hot & Roll pujaan hati.... eheheee.... tapi next time nak cuba try test mkn hot dog 1901... pernah makan lama dulu.... boleh tahan.... harganye je yg tak boleh tahan.... hahaaa!


Seperti yg telah dinyatakan di atas, cerita yang menarik juga. Endingnya aku tak menyangka begitu.... tapi memang tak mustahil kalau ada kejadian macam itu. Aku tak naklah cerita lebih2 kat sini apa ending yang tak disangka2 tu kat sini.... tak adil buat orang lain yg belum menonton dan bakal menonton nanti. So.... pergilah tengok ye....

hisk!

Oh ye.... harus dinyatakan, panggung kami penuh! Kalau kosong pun mungkin 3/4 seat je!
Syabas Syamsul!

Friday, February 04, 2011

Nugget wif Cheezy Sos (Jalapeno Cheese)


Buat untuk bf beberapa hari lepas.... cheezy sos yg juga dikenali sebagai Jalapeno Cheese ni boleh dipelbagaikan kegunaannya. Terpulang, ikut tekak sendiri, ikut selera dan ikut kehendak sendiri.

Untuk dapatkan, boleh berhubung terus dengan Ummi @ fb dan deal terus dengan beliau. Tak mahal sangatlah.... ok je harga tu pada aku. Nak menggunakan pun tak susah. Hanya bancuh dengan air panas dan kacau hingga sebati. Sedia untuk digunakan. Takde banyak karenah!


Wallah!!!!

Thursday, February 03, 2011

Hadiah Birthday... Terima Kasih Anak2...


Macam dah terlewat je nak enterframe hadiah daripada anak2 masa birthday aku yang lalu.... tapi nak jugaklah enterframe kat sini sebagai kenangan di hari kemudian, InsyaAllah...

Terima kasih kepada en hubby yang bersusah payah bawak anak2 ke kedai.... sampaikan aku call petang tu sbb jam dah tunjuk pukul 6.15petang tapi 3 beranak tu belum jugak nampak batang hidung. Sedangkan seharusnya masa tu adalah masa anak2 pergi mengaji.... en hubby jawab, "emp... kejap2... ade hal sikit..." masa tu? tipulah kalau aku kata aku tak syak ape2kan.... maka tersengih2lah aku macam kerang busuk sengsorang. pasai masa tu Mierza tidur, makanya senyumlah sengsorang.... hahahaaaa!

Tak lama lepas tu, terdengarlah dua orang budak depan gril menjerit, "Assalamualaikum mama.... selamat hari jadi mama..." owh, terima kasih anak mama!


Gambar2 di atas dan di bawah inilah hadiah2 yang dibelikan oleh en hubby & anak2. And actually en hubby dah belikan hadiah lain lebih awal lagi. Tapi tak payah enterframelah kat sini. Tak sesuwei rasenye.... tangtu biarlah jadi rahsia kami2 je.... hikhikkk.... & sebenarnya kami2 ni bukannya sering2 bagi hadiah masa birthday aje... bila2 masa aje terasa nak belikan, belikan aje & bagi... cuma bile barang tu beli masa dekat2 pada tarikh yg harus diingati, teruslah anggap pembelian & pemberian barang tu sebagai hadiah bersempena dengan tarikh2 tertentu tu....

.::. mula2 letak frame gambar je atas rak cermin ni.... sudahnya sendat pulak dah.... .::.

Tuesday, February 01, 2011

.::. gambar carian google .::.

InsyaAllah andai diizinkan olehNYA, kami (aku & en hubby) akan fly2 away ke Kuching, Sarawak pertengahan bulan February (16hb - 19hb Februari...) nnt... ye, kami berdua saja... berdua lebih baik, kan... hahahaa! Gatai! Taklah gatai sangat, sikit2lah heheee...

Kami akan berada di Kuching selama 4 hari 3 malam. Hotel dah booking seawalnye... (Tune Hotel) alhamdulillah, walaupun lepas tu macam2 promo pulak keluar yang sepatutnya kami boleh lebih berjimat. Tak apalah... anggap saja bukan rezeki kita.

N3 ini bukan sekadar n3 kosong sebenarnya... jauh sekali hendak menunjuk2... (ala, ada orang fly lebih jauh dari kami, kan...) disebabkan ini pertama kalinya aku menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang,
nak minta tolong bloggers/readers berikan pendapat, pandangan, tunjuk ajar atau apa2 saja (tempat makan, shopping places, tempat pelancongan yg harus dikunjungi dsb.) tentang Sarawak ni... moga nanti boleh dijadikan panduan semasa berada di sana.

And actually, menjejakkan kaki ke di Bumi Kenyalang ni mmg pertama kali untuk aku but dah berkali2 untuk en hubby, sebab dia pernah bekerja selama 3 tahun di Kuching, Sarawak ni... tapi lebih 10tahun dululah...so, dia pun dah tak ingat banyak selok-belok Kuching. And for sure dah banyak perubahan di sana...

So, titipan komen daripada bloggers/readers adalah amat2 dihargai!
Aku dahulukan dengan ucapan "Terima Kasih :D"


Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)