Followers

Monday, June 22, 2009

Gulai Tempoyak Ikan Kembung


Salam... ini n3 untuk hari ini ye... maaf le lambat masukkan. Selalu pun memang lambat ye tak... heheeee Ini tempoyak Cikgu Noriah. Last ni.... bekasnya pun dah basuh tadi. Terima kasih le bebanyak ye Cikgu... agak puas jugak makan tempoyak yang cikgu bagi walaupun bendenye sikit jek.

Hari ini Baby tak sekolah. Bukan sebab masih penat balik kampung semalam tau... bukan jugak sebab luka di tangan tu. Tapi semalam dapat tahu ada penduduk tingkat 9, Blok G, emaknya meninggal dunia. Jadi depe pakat ramai2 turunkan jenazah dan letakkan di dewan. Alkisahnya sekolah KEMAS Baby ni di dewan itulah. Abisnye bebudak tak sekolahlah hari ni...
Cikgu Noriah pun agak keberatan juga sebenarnya tapi macam tak boleh nak buat apa2. Ini soal kematian, nanti kalau ditentang dan banyak cakap apa pula kata orang... manusia ni kan...

Emp... pada aku pula... aku rase macam tak kene sikit keadaan ni. Bukan sebab anak aku bersekolah di situ dan mengganggu persekolahan anak2 saja... tapi... korang fikirlah sendiri. Memang... semua orang akan meninggal dunia tapi kalau diletakkan/ditumpangkan jenazah tu di tempat budak2 kecil bersekolah sehari2... macam... huhuuuu payah nak terangkan perasaan ni. Rasanya korang paham kot eh..

Resepi gulai tompayak ni aku rase tak payah le nak kongsikan ye. Masak macam biase aje tu... tak ada yang istimewa. Macamlah yang lain2 tu istimewa ye dak...?
Hahahaha!!!

Bun Coklat Berinti Krim Coklat


Kite berhenti dulu pasal n3 balik kampung. Kalau diikut2kan masih ada 2 n3 tertangguh tentang kampung yang nak aku kongsikan kat sini tapi nanti2lah ya. Takut korang muak pula. Jadiknya aku jamukan korang dengan roti cekelet ni. Resepi dari
Onigiri aka Ros kat MyR. Terima kasih ye Ros kerana resipi yang sedap dan roti yang lembut. Tapi akak tak letak filling sebab.........malaz! Uhuk, ampun! Jawapan sejujur dan seikhlas hati ni.. akak gantikan dengan meletakkan coklat cip kat dalam adunan tu...

Roti ni aku buat malam sebelum balik kampung tu. Dapatlah abg ipo, FIL dan biras aku merasa roti aku buat sendiri ni. Sedap katanya. Ikhlas ke idak tak taulah kan... heheheeee

Ni kalau ada mood nak tangkap gambo.Atas tutup bekas pun jadik wakaka!

Baby Merempit & Xcident lah!

Adoidoidoiiiii!!! Seronok sangat balik kampung sampai berdukalara! Tengoklah ape dah jadi??? Habis rabak tangan dan lutut si Baby ngan anak buah aku - Tasya. Dia orang naik basikal. Nak elakkan si Boy kat depan, jalan tu pulak menurun bukit dan berpasir. Apelagi... Nasib baiklah tak masuk parit. Betul2lah kat sebelah tu ada parit tempat orang kat kebun sebelah tu amik air nak sirap pokok bendi & kacang dia...
Anak2 aku ni kalau balik kampong bebas. Tu yang dia orang suka sesangat. Dan itulah yang hb aku takut nak tinggalkan anak2 tinggal kat kampung kalau cuti sekolah. Depan rumah tu ada kolam ikan, kalau dibiarkan maulah silap2nya anak2 aku berkubang dalam kolam tu. Habis!!!Tapikan... anak dara aku ni memang cengeng banyak kalau bab luka2 ni. Dia menurun papa dia, heheeee Betui... bukan nak bergurau ni. Hb aku pun kalau luka yang sampai nampak darah walau setitik, dia punye balut tgn dia mcm luka beso beno. Anak dara nilah penurunnya...! Luka sikit pun meraung mcm kena potong jari. Kalau luka beso camni korang bayangkanlah dia punye nangis???

Si Tasya siap cium jalan. Dahi, hidung dan dagu luka. Lengannya pun ada luka jugak.Tapi mujurlah tak teruk sangat luka yang di muka tu. Kalau tak... turunlah saham kau Tasya!!!
Tengok muka Tasya... aduilah....


Luka kat lutut Tasya...

Boy rasa bersalah bila aku tanya2 dia, "Kenapa tak jaga adik?" Daripada mula Baby dan Tasya jatuh lagi dia memang dah menangis2, kata Tasya. Padahal bukannya dia yang jatuh. Dia kata dia takut papa marah. "Papa mesti bantai kite...!" Sebenarnya yang dia paling takut ialah hb akan gantung basikal dia!
Kat sinilah tempat kejadian tu...
Huhuhuuuu sadis tul!

I Nak Pergi Memancing!


Okey... pergilah memancing. Pancing ikan ye... jangan pancing orang sudah! heheheee... Kalau balik kampung ada sajalah xtvt hb aku ni. Malam pun nak pergi memancing. Tapi bukannya jauh. Dekat sungai atas sikit dari umah FIL aje. Tengoklah... siap dengan bekas ubat nyamuk kat tepi pinggang. Abang ipar (Alang) aku pulak lampu suluh kat atas kepala. Memacam korang ni...

Tapi jangan tak caya... perginya tak sampai 1 jam dah balik. Nasib baiklah balik ade bawak ikan. Dapatlah 2 ekor. Satu ikan manyit, kecik jek. Satu lagi ikan ape eh... alamak dah lupe pulak. Tengoklah gambar ni. Yang aku ingat Alang cakap ikan ni adik-beradik ngan ikan keli. Tapi ikan keli lagi keras isinya. Ikan ni lembut je. Aku makan gak... sedap... manis... lembut!
Bap siang-menyiang orang ni punye kerja. Aku goreng jek... heheheee
Inilah rupa ikannya sebelum disiang dan digoreng....
Dah siap goreng. Goreng garing2... mmg sedap!

Sunday, June 21, 2009

Kami Balik Kampong!!!

Salam kepada pengunjung2 blogku yang tidak seberapa ini... terima kasih ya... walau daku tiada tetapi ramai juga yang datang menjenguk. Alhamdulillah...

Adakah yang tertanya-tanya... ke manalah si Fiza & family ni agaknye ye... Pergi aquatik ke... pergi zoo... hakikatnya dua2 tempat tak pergi. Alkisahnyakan... pagi Sabtu tu lepas aku balik dari senaman Chi Kung, langit gelap. Nak hujan da... abis tu camne? Hb yang dah bangun baring balik. Siap tarik selimut tau... dia nak sambung tidur. Anak2 jangan cakaplah dia orang punye mente... kalau dah tahu nak berjalan tentulah dia orang kemaruk empat lima macam. Tapi nak berjalan macam mananya kalau dah ribu2 lemon turun dari langit? Ahoiiii...!
Akhirnya aku cakap kat hb, "klu dah susah2 sangat, kita balik kampung sajalah. Lagipun kita dah lama tak balik kampung." Hb pun setuju. Anak2 lagilah punye setuju. Dari cuti sekolah lagi dia orang memang nak balik kampung tapi sbb tiap kali hujung minggu mak aku ada kat sini, tak adalah nak ke mana2 pun. Jadi itulah kisahnya. Jom kite layan gambar2 yg sempat aku snap semasa di kampong....Buah Bacang... dapatlah bawak balik 2 biji. Yang kat bawah ni gambar buah durian yang menunggu masa untuk gugur. Tapi kata FIL, tahun ni durian tak berapa menjadi. Ada tu adalah... tapi setakat untuk makan2 gitu saja. Jadi kami beli buah durian daripada Aki Chik, jiran yang dah macam saudara depan rumah FIL. 6 biji - RM20. Itu pun dia tak letak harga. Bagi ikut ikhlas hati saja....


Jalan nak masuk ke rumah FIL. Rumah pak mertua den ni hulu tau... baru beberapa tahun nilah ada paip air kat rumah. Sebelum ni den nak mandi kat sungai. Pergi sungai nak mandi berpeluh,balik pun berpeluh gak, uwaaaa tapi den suko!!! Abish, kite ni orang bando. Biler dapat kehidupan kampung gitu tak ke batak jadinye??? wakaka!
Ni nak g merayap kampung ngan hb. Naik motor FIL. Pak mertuo den pakai EGO... huh! Tak madan orang tuo nih! Den pun pakai EX5 yo! Kakakaa
Masa ni Mierza dan Baby tengah tido. Boy pulak tengah main dengan anak buah. Apelagi??? Kami jenjalan bujang je la heheheee


Aktiviti HARUS... lepak bawah rumah...

Ni ape kes??? Makan mee goreng dengan durian? Gitulah... kalau dah hantu durian!

Mierza dengan biras aku - Kak Lang. Anak2 aku panggil - Ibu. Panggil abang hb aku tu, abah. Ikut panggilan anak depe le... Bukan main lagi poluk eh... kene marah dengan papa sebab main turun naik tangga. Padan muke! Tapi Ibu datang pujuk. Tu yang manja semacam tuh...
Ni Mierza dengan mama pulak...
:D

Okey untie2 sekalian... nanti mama masukkan n3 lagi masa kat kampung k...
Ada cerite sensasi tau... Kak Baby xcident la...
tu la... merempit lagi!
Tungguu k!!!


Saturday, June 20, 2009

Salad Buah-Buahan


Dah lama benar rasanya aku tak buat salad buah-buahan. Iyelah... sampaikan hb tu menyalak kerinduan kat salad buah2an ni ha... memula kononnya aku buat untuk diri sendiri saja. Manalah tahu hb tu suka. Ruper2nye dia lagi kuat punye hantu. Ish, kesian kat bininya nih... uhuk!

Ketika n3 ini keluar, barangkali aku belum balik atau mungkin baru balik atau mungkin juga dah lama balik tapi tengah terbungkang kepenatan. N3 ini dan n3 strawberi coklat shake itu aku menggunakan khidmat Auto Publish. N3 ni aku dah sediakan dari semalam pukul 12.14tghmalam.

Aku nak ke mana eh?
Semalam lepas makan malam dan sedang duduk2 dengan hb... aku cakap dengan hb "kasihan dengan anak2. Cuti sekolah pun tak ke mana2. Esok kita bawa dia orang ke zoo, nak tak?" Then hb cakap, "dia orang tak cakap apa2 pun..." Memang betul... anak2 tak cakap dengan hb sebab anak2 selalunya lebih suka mengadu, merungut dan sewaktu dengannya dengan aku. Tapi kalau tempat bermanja dia orang lebih suka dengan papanya sebab mamanya ni garang cikit (hiks, garangkah aku? kasar kot...)
Tapi hb kata daripada pergi zoo lebih baik bawa dia orang mandi kat Aquatik Shah Alam. Bayaran masuk ke Zoo Negara saja dah berapa ringgit sedangkan kalau pergi Aquatik baru RM3 seorang. Bermandi-mandalah selama 2 jam. Kecutttt!

Tapi aku kalau boleh malas nak mandi2 nih...leceh nak siap2kan anak2 lepas tu. Then hb hanya diam jek... Sudah2nya hb cakap, ikut sukalah. I ikut saja... So, belum tahu lagilah nak ke mana ni... tapi keluar TETAP!!!

Strawberi Choc Shake

Jom kite basahkan tekak dengan minuman ini. Tengahari rembang kalau dapat minum minuman camni memang heaven. Sekali buat dapat 2 gelas tapi 2 gelas tu minum sorang pun tak cukup rasanya.
Huhuhuuu...
kalau tak caya korang coba...

Bahan-bahan
5-6 biji strawberi

2 sb yogurt strawberi/plain pun boleh jugak
1 gelas susu full cream/low cream pun boleh jugak

2 sb gula (ikut tekak ye... :D )

1/2 gelas ais ketul (ikut suka ye :D )

Coklat sirap Hershey's


Cara-cara

Masukkan semua bahan kecuali coklat sirap Hershey's ke dalam blender (kes nak menjahanamkan blender dgn air ketul tu, wakaka!). Blend hingga semua sebati. Tuang dalam gelas dan paipkan coklat sirap ke dalam gelas itu.
Enak dinikmati ketika dingin.

Selamat mencuba... :D

Friday, June 19, 2009

Peria Tumis Udang Bertelur


Kari ayam tu digandingkan dengan sayur peria tumis ni. Sedaplah... Ada lagi satu, tapi tak tangkap gambar. Malas dan rasenye tak perlulah kan... aku goreng papadom. Keropok yang orang India selalu makan tu. Tapi sekarang ni kat kedai makan Melayu pun ada sediakan. Ye tak...?

Nak berkongsi dengan korang satu petua yang aku selalu gunakan bila masak sayur peria ni. Mungkin ada yang dah tahu dan biase buat begitu. Mungkin ada yang tak tahu bagaimana caranya nak hilangkan atau mengurangkan rasa pahit peria ni bila dah masak. Sebab sayur peria memang terkenal dengan kepahitannya, kan...?

Apa yang aku buat untuk mengurang/menghilangkan pahitnya ialah, aku rendam peria tu dalam air bergaram untuk seketika selepas dipotong. Petua ni, mak aku yang ajar. Dedolu mak aku memang selalulah masak lauk2 gini. Itu sebablah aku ni makan jek sayur2 gini...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)