Followers

Friday, June 19, 2009

Kari Ayam


Our dinner...

Masih macam semalam. Blur jek tak tahu nak masak apa. Keluarkan saja ayam dari peties tu... Dalam kepala hotak ni dah terbayang nak masak yang senang2 saja. Yang senang2 tu kalau pada aku ialah 'ikan kurung' atau masak yang berkicap sajalah. Tapi terfikirlah pulak... semalam dah masak daging masak kicap... takkanlah hari ni nak masak ayam masak kicap pulak. Uhuk... siannye hb & anak2 aku... mama asyik masak kicap jek... Jadi buatlah kari ni.

Sengaja buat lebih sikit. Esok pagi boleh buat lempeng.
Cicah dengan kuah kari ni...

:D


Ada n3 lagi lepas ni... tunggu ya...

:D

Banana Split


Banana Split lagi... last edition untuk sementara inilah ya... menghabiskan stok eskrim tu... juga menghabiskan stok pisang yang dah mula nak bertukar kaler. Sebelum masuk mulut tong sampah ada baiknya masuk mulut orang. Puas hati!

TAG dari Cik Wan

Ahoi... daku di TAG oleh Cik Wan yang punye anak kembar dua yang cumey. Tak yah celoteh banyak-banyak. Jom kita layan...

NAMA-NAMA TIMANGAN ANDA:
Aku memang mempunyai nama timangan yang banyak. Tapi yang paling familiar ialah 'Jah' dan Pija. Bukan setakat kaum keluarga yang panggil dengan nama itu tetapi juga-juga kawan-kawan sekolah yang rapat. Then bila sekarang udah berblogging, Cik Puan Hana Jepun tu pulak panggil aku gitu. Macam dia tahu2 jek. So aku memanglah tak kisah heheheee

ANDA SEORANG YANG :
Suka berseronok. Lambat mesra tp klu kene dengan yang satu kepala memang tak hingat donia punye mesra alam. Cepat serik lagi-lagi kalau sesuatu perkara yang telah menyusahkan orang lain. Cepat mengaku salah silap sendiri. Yang lain-lain tu kenalah tanya orang yang rapat dengan aku. Kerana kadang2 kite tak kenal diri kite sendiri kan...

INSAN TERISTIMEWA?? DESCRIBE APA YANG MEMBUATKAN DIA TERLALU ISTIMEWA DIMATA ANDA

Paling istimewa tentulah my hb... dia menerima diri aku ni seadanya sebagaimana aku juga telah menerima dirinya seadanya. And dia juga telah banyak membentuk aku dari berperangai kebudak-budakkan hinggalah kadang2 aku tak terfikir aku boleh berfikiran matang begitu. Dia banyak mendewasakan diri ini. Tq abang cayang!

LAGU KESUKAAN ANDA:
Slow & Romantik...

MAKANAN KESUKAAN ANDA??
Aku ni pemakan orangnya. Suka mencuba apa2 juga jenis makanan... yang penting HALAL.

WARNA KESUKAAN ANDA :
Warna yang cerah. Tak pedulilah warna apa. Kalau Merah, mesti nak merah yang cerah, bukan yg malap. Kalau biru, nak biru yang cerah. Gitulah...

SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS:

Tengok mood aku macam manalah masa tu. Aku boleh jadi manusia yang langsung tak kisah kalau mood aku tgh baik dan boleh juga jadi sebaliknya.

TIGA BENDA YANG MESTI ADA DALAM BEG ANDA:
- Beg duit
- Handphone
- Kunci

KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS DAN KENAPA??
Tadi... aku tgk SIARAN ULANGAN amazing race. Masa mak pasangan yg pekak & bisu tu pengsan. Aku kesian tgk si bisu tu cemas dan risau pasal mak dia pitam kepanasan kat Thailand. Wakaka.... siaran ulangan je tu...!

TAG 6 RAKAN ANDA:
1) Kak Asma
2) Atie Chumel
3) Kak Watie
4) Kak Maz
5) Mak Ayam Irma
6) Mak Ayam Ila

Buat jangan tak buat... Jangan buat2 tak nampaklah ye! heheheeee



Thursday, June 18, 2009

Daging Masak Kicap


Aduhai...! Hajat di hati tak kesempaian. Sebenarnya dari pagi tadi aku ingat nak masak Asam Pedas Tetel dari blog Cik Mat Gebu. Tapi idak le aku guna daging tetel. Aku pakai daging biase ajelah.
So pepagi aku dah mengetuk pintu umah Cik Mat Gebu nak usha resepi. Ingatkan kalau ade ape2 bahan yang tak ada kang aku singgahlah kedai beli masa balik dari hantar Boy dari sekolah. Memang itulah yang terjadi. Bahan2 yang tak ada cuma daun kesum dan bunga kantan. Cari punya cari daun kantan tak ada. Huks... tapi aku fikir tak apalah. Bunga kantan je... tak cacat rasenye kot. Aku pun masihlah berkobar-kobar nak masak.

Tup-tup aku balik umah semangat tu terus merudum. Entah nape tah... jangankan merudum nak masak asam pedas tu, semangat nak masak pun hilang. Lemah longlai seluruh anggota badan ni. Ish... masa ni aku dah terbayang2 lauk kedai. Dah terbayang hp & call atau sms jek dia soh dia beli je la lauk sebelum balik umah petang nanti. Sementara dia nak balik tu kang pepandai le haku nak makan ape. Anak2 pun tak kisah. Nasi goreng pagi tadi pun ada lagi sikit. Cukuplah buat makan Baby dan Mierza tu. Selebihnya kang bancuhlah susu untuk Mierza dan milo untuk baby untuk tutup mulut dia orang.
Tapi... aku kuatkan jugak semangat nak masak. Apetah lagi difikirkan yang aku nak membaking muffin sekali. Sambil2 tu masaklahkan... Tapi inilah resepi yg jadi pilihan sebab malas nak menumbuk2 bawang bagai klu nak buat asam pedas tu.

heheheeee klu dah pemalas tu... mmg banyak aje alasannya kan??? Berderet2! Boleh buat cerpen!

Choc Chip Fruitty Muffin


Boleh tak aku bagi name Muffin ni cemni? Bolehla kan... sebab kat dalam muffin ni ada buah2an (hirisan pisang & strawberi) dan choc chip... Heheheee

Ni gara-gara tergoda dengan muffin Kak Nor. Jadinya aku membaking hari ni. Tapi aku tak ikut resepi dari Kak Nor yang diambil dari MyR oleh tokeynye sebab aku terlalu malas hendak mengeluarkan mixer. Malas nak duduk tunggu butter kembang bagai. Jadi aku buat dari resepi yang mudah, senang dan cepat.

Bahan-bahan

1 3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula kastor
1/4 cawan gula perang
1 bj telur - dipukul sikit dgn garfu
1 1/2 sk baking powder
1 sk soda bikabonat
1 sk garam
1 cwn susu segar
3/4 cwn minyak

Bahan sampingan
Hirisan pisang
Hirisan strawberi
Choc Chip

Cara-cara
Campurkan semua bahan dan kacaukan sebati. Biarkan 15 minit dan sudukan ke dalam paper cup. Bakar 200c selama 20 minit atau sehingga masak.

Kan dah cakap senang je...
:D

Wednesday, June 17, 2009

Gulai Lemak Nangka

1st time aku masak gulai lemak nangka sendiri. Sebelum ni kalau teringin aku beli saja dikedai. Begitu juga dengan gulai asam pedas batang keladi. Ada sekali beberapa bulan yang lalu aku masak gulai asam pedas batang keladi. Rasanya tak sesedap yang dibeli dikedai tu. Memang tak pandai dan rasa serik pula nak masak lagi.

So, inilah penutup n3 malam ni. Esok kite jumpa lagi k...
:D

Udang Goreng Tepung

Ini untuk dinner nanti. Jap lagi hb balik bersama Boy. Tapi biniknya masih dok ngadap pc. Jap g kelam-kabutlah hahaha!!! Mierza baru bangun tidur. Belum mandikan lagi tu.

Entah kenapalah ya... tepung tak bersalut kat udang tu. Agaknya bancuhannya cair sangat. Tapi kalau makan keledaknya memang crunchy tau...
Udang yang dah siap dibuang kulit dan diluruskan. Tapi bila dah digoreng dia mengerekot jugak...

Udangnya kecil sangat. Bila dah goreng lagilah nampak kecil...

Sambal Tumis Tempoyak


Yang ini juga request by my lovely hubby. Makan dengan nasi lemak tadi.

Sambal tumis ikan bilis ni masak macam sambal tumis ikan bilis yang biasa tu saja cuma masa cili tu dah masak, barulah masukkan tempoyak. Tempoyak Cikgu Noriah - Thanks Cikgu... heheheee...

Kalau ikut cara aku masak sambal tumis, first sekali aku akan goreng ikan bilis tu hingga garing dan ketepikan. Then baru proses masak sambal tu. Last sekali nanti barulah aku masukkan ikan bilis dan terus tutup api.

N3 masak2 hari ni akan menyusul nanti. Hari masak sedop tau...
:D

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)