Followers

Wednesday, June 17, 2009

Nasi Lemak Homemade


This is actually our dinner yesterday.

Semalam punyelah malas nak masukkan n3. Pastu duk pulak mengadap manuskrip. Tak sedo masa berlalu. Tup-tup tengok hb dah terpacul depan pintu. Dia baru balik main badminton. Tengok2 jam dah pukul 12.15tgh malam. Dan-dan pulaknya mata mengantuk.

Kalau ikut-ikutkan hari hb main badminton hb tak nak makan nasi. Tapi disebabkan ada petai, dia yang request nasi lemak ni. So layan ajelah...

Tuesday, June 16, 2009

Banana Split

Emp... lamenye tak pekene eskem... wallah sedapnye korang... walaupun sekarang ni berjerebu, matahari tak telus sangat. Tak panas sangat tapi heaven gak kalau pekene eskem. Janganlah ada yang menyumpah aku ye... kalau korang teringin glah kedai carik eskem dan makan sepuas-puasnya. Makanlah sampai lebam!
Aiskrim ni aku beli semalam. Balik dari hantar Boy dari sekolah (Kak Maz, profession kite samelah... driver kepada anak2! heheheeee) terus singgah Checkers. Beli buah2an sebab stok buah dalam peti es dah kehabisan. Encik hb tu dah merengek minta dibuatkan salad buah2an. Dah lame beno tak makan katenye. Iyokanlah... tengah dia nak makan kite buatkan. Nanti biler dia dah takmo makan kite cari resipi lain yg bisa menyentap tekaknya itu.Okeylah... ingat tak semalam aku ada cakap ada satu lagi permintaan Boy masa dia demam kelmarin yang belum tertunai selain durian? Ha, aiskrimlah! Masa dia demam haritu dia nak sangat2 makan aiskrim. Tapi aku tak bagi. Jadi sekarang dah baik demam barulah tunaikan permintaannya tu. Kira-kiranya 'tertunailah hasrat di hati'lah ni... heheheee ampun Kak Ina KL... pinjam wording jap. Tengok... bukan main sakan. Tersengih sampai nampak gigi kapak 2 batang. Hahaha!!!

Bening Bayam wif Sambal Belacan


Adakah yang terliur melihat sambal belacan ini? Kalau terliur hari ni bolehlah p ketuk. Kalau hari ni dah ada menu, tukarlah... masih sempat. Kalau stok belacan xde, kang g pasar jangan lupe beli ye.

Sajelah nak bagi pesanan kepada mereka2 yang berkenaan (yg dok flat,dok apartment,yg dok kondo, yg dok umah kedai dan sbgnya). Kalau buat sambal belacan ke, tumbok ape2 sambal yg menggunakan lesung batu, tolonglah lapik bawah lesung tu dengan kain. Lipatlah kain tu tebal2 sikit. Jangan jadi macam jiran umah atas aku ni. Asal ketuk sambal habis satu flat bergegar. Adoi!!!! Aku yang duduk bawah dia ni yang tensen tak hingat donia. Kalau aku fikirkan esok nak pindah, memanglah aku jeritkan dia. Jadi tarzan macam Cik Kiah (jiran bawah umah aku pulak). Tapi aku entah bilerlah nak pindah. Nanti2 jumpe gak muka dia balik. Huhuhuuuuu serba salah! Perkara ni dah bawak ke mesyuarat. Ada cik kak tu siap mention name jiran atas aku ni tp dia tetap buat dek. Macam tak ada apa-apa yg berlaku.
Uwaaaaaa! Kenapalah dia tak ada perasaan???

Uuish... adalah aku mengata jiranku sendiri? Emp terpulang pada penilaian korang. Tapi pada aku ini pesanan sebagai satu contoh. Yang buruk kita jadikan sempadan. Yang baik kite jadikan teladan, tak gitu? Luahan perasan di pagi hari...

Lepas ni n3 besh tau... tunggu!!!

Ikan Bawal Masak Kicap


Ini lauk dinner kami semalam. Mahap le lambat n3. Semalam ya amat bz menguruskan rumahtangga yang sudah macam kapal pecah. Sambil2 mop lantai, sambil2 itu jugaklah goreng ikan, masukkan air dalam mesin basuh, basuh pinggan dan tengok2kan modak kecik yang jugak teramat sibuk menyepahkan rumah. Sape lagilah kalau bukan Mierza ku cayang itu.

Oh ya... sambil2 itu juga bebelkan si Boy yang baru nak mula sekolah macam yang lain2. Suruh dia kemas bukulah... suruh dia mandilah... tapi matanya tak sudah2 asyik pandang tv. Eiii geram betulah!

Lauk2 berkicap macam ini memang feveret orang dalam rumah ni. Buatlah ayam masak kicap ke... sotong masak kicap ke... apa2 yang berkicaplah... mesti sekali hadap jek habis. Dari papanya sampailah ke anak2nya. Mamanya pun sekalilah... (sambil sengih2 malu...) Jadi bila dah feveret tu memang tak takut dan risaulah kalau2 tak habis. Sure habis punye!

Monday, June 15, 2009

Kad Daripada Kak Suzi



Terima kasih banyak-banyak kepada Kak Suzi cayang sebab sudi berkongsi award dengan saya juga dengan teman-teman yang lain. Seperti Kak Suzi, saya juga berharap ikatan persahabatan di alam maya ini berpanjangan dan kekal selama-lamanya. Insya Allah..

Dan seperti Kak Suzi juga, saya ingin sekali berkongsi kad persahabatan ini dengan kawan-kawan blogger yang lain. Jangan segan2 silerlah ambil dan tepekkan di blog kalian. Ikhlas dariku...
:D

Jeruk Petai


Ini projek tengahhari tadi. Ala... bukannye buat banyak sangat pun. Mata petai dari 3 papan petai jek. heheheee...
Tapi kalau dah dikatakan teringin nak makan tu, buat jugaklahlah sikit pun... macam ni sekali hadap jek habislah. Kene pulaknya laki bini hantu petai tak sedo diri hahaha!! Baunye memang kureng menyenangkan tapi kalau dah suker... abaikan sajelah!


Tak dapatlah nak jemput makan sekali. Almaklum le mendenye sikit.
Jangan marah eiiiy... :P


Yeayyyy, Dapat Hadiah!!!!


Masih ingat tak pasal Pertandingan Masak Nasi Goreng tu...?
Hemp, malam tu aku memang tak menunggu sampai habis acara. Pukul 10 mlm macam tu aku dan Cikgu Noriah dah balik. Tapi rupa2nye ada juga diperuntukan hadiah untuk setiap peserta. Hadiah saguhatilah... emp, jadilah, kan... sekurang-kurangnya ada jugalah tanda ingatan dan kenangan.
Tapi masa aku pergi ambil Baby di sekolah, Cikgu Noriah bagi kat aku. Hahaha... tapi Baby tahu sajalah. Dia yang menyibuk. Menunjuk-nunjukkan kawan2nya yang mamanya dapat hadiah. Yang aku lak sibuk memanggil dia sebab takutkan abang dia lewat pergi sekolah. Si Boy dan Mierza dah siap tunggu dalam kereta. Hemp, inilah hadiah yang aku dapat. Pasu kecil yang comel. Walaupun rupernya tak berapa cantik (hahaha!!!) tapi aku tetap menghargainya. Inilah tanda ingatan dan kenangan pertama kali aku masuk pertandingan masak-masak...

Cerita Semalam...

Salam korang...

Semalam seharian tak update blog ni sebab semalam tak masak. (N3 masak2 utk hari ni jap lagi menyusul ye... :D)

Ni cerita semalam...

Pepagi dah keluar ke Subang Jaya berurusan perihal rumah teres yang kami beli dan terbengkalai tu. Entahlah... memacam hal. Nak aku terangkan status rumah tu pun amatlah berbelit-belit which is aku ni pun tidaklah terlalu familiar sangat. Jadi aku berserah sajalah kepada Puan Zulita Saad - AJK bergerak yang juga merupakan salah seorang pembeli rumah teres itu. Dia perlukan salinan S&P dan details berkaitan loan bank untuk dikumpulkan. Kalau perlu, pihak pembeli nak lantik peguam untuk lawan Continental Height (tuan tanah) projek La Cottage. Kalau nak saman Talam memang tak bolehlah sebab Talam & Metro Tegas (Pemaju) dah bankrup.

Serba sedikit yang aku faham, Continental Height akan melantik liquidator baru (yg ni aku tak berapa faham...). Dan kalau Continental Height melantik liquidator baru, liquidator baru itu akan minta kita tambah mungkin RM10k, RM20k atau mungkin lebih lagi kalau kita nakkan rumah itu siap. Apa2pun kita mesti nak rumah tu siap sebab kita dah tersangkut dengan bank. Lainlah kalau pihak bank boleh main cancel2 gitu. Memang dah lamalah aku dan pembeli2 lain cancel saja rumah tu. Tak kuasa nak tanggung beban. Nama saja ada beli rumah tapi rumah ditumbuhi lalang. Kita tetap juga duduk menyewa. Hutang bank tetap jugak nak kene bayo. Hati ni panaszzz jek...

Sebelum balik rumah kami singgah di Old Town White Coffea atas permintaan anakanda sulong - Boy. Papanya ikutkan saja. Kalau ikutkan mamanya suruh singgah kedai makan betul-betul sebab jam pun dah pukul 1 tengahari. Apalah sangat yang dimakan di Old Town White Coffea tu tengah2 hari rembang tu. Lebih baik makan nasi betul2, tentu2 kenyang.

Degil... pukul 3.30 petang papanya dah mengaduh lapo. Tu la... padan muka! Bawak2lah tido sementara nak tunggu petang. Pukul 5.30 petang hb dah g usha pasar malam. Balik-balik bawak durian 3 biji, apam balik kering yg saiz beso 1 keping, keropok nipis satu plastik beso dan 1 bungkus nasi lemak.

Beli durian tu pun sebab memenuhi janji pada Boy. Masa dia demam sebelum cuti sekolah hari tu dia nak makan durian. Tapi sebab masa tu dia deman, pospondlah. Semalam dah bayar janji. Ada satu lagi janji pada Boy belum tertunai. Emp... jap2 lagi kite gtau eh...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)