Followers

Friday, June 12, 2009

Nasi Goreng Tom Yam


Beshnye... dapat pujian dari birthday boy. Sedap katenya. Ohooo... sebenarnya ini adalah makan malam untuk birthday boy semalam. Dan lagi satu sebenarnya... malam kelmarin Cikgu Noriah datang ke rumah. Bersamanya dia bawa satu borang. Katenye ade satu pertandingan suka-suka masak. Tapi kena masak nasi goreng saja. Cikgu Noriah yang tahu aku ni suka masak-masak suruhlah aku masuk pertandingan tu. Aku cakap, aku masak untuk suka-suka je bukan nak masuk pertandingan. Tapi Cikgu Noriah kate, ini pun untuk suka-suka juga. Pertandingan suka-suka ni dianjurkan oleh KEMAS. So, aku pun ikut sajelah.

Ruper2nye sebelum itu, Cikgu Noriah dah siap telefon hb, minta izin nak ajak isterinya ni masuk pertandingan suka2 nih. Heheheee Cikgu Noriah siap kate, "Sofie dah izinkan dah..."
So malam ini aku akan ke PJS 8, Bandar Sunway. Masak dari rumah. Di sana nanti tinggal buat hiasan ringkas2 saja. Jadi semalam tu, aku masak untuk bagi birthday boy juri utamalah. Katenye sedap jugak. Resipi ni boleh bawa ke pertandingan tu.

Terima kasih buat Mak Yung Hana sebab resipi ni aku ambil dari My Resipi oleh Mak Yung itu. Kite lihat nanti macam mana keputusannya. Walaupun hanya suka suki tapi kalau dah namanya pertandingan tentulah harap2 dapat menang ye tak... tapi kalau tak menang pun tak apa. Adatlah tu (ayat skema!) :P

Ketika n3 ni keluar, aku dah berada di PJS8, Bandar Sunway.
N3 ni aku buat autosaved...

Mierza, peace...!


Okeis...

Rehat sekejap bab makan-makan. Mari kite layan kisah anak teruna kecilku ini.

Tengok senyumannya itu... Hohohoooo sangatlah comey. Aku sangat geram.

Actually kan... gambo ni bukan aku yang tangkap tau. Tau2 dah ade jek dalam kamera. Si boy yang tangkap. Diam-diam mase aku tengah bersilat kat dapo depe adik badik main tangkap2 gambo. Dan kisahnya... yang nampak tangan sebelah kat tepi Mierza tu adalah si Baby. Tapi gambar ni aku terpaksa edit ambil gambar Mierza saje.

Kenapa gambar Baby tak boleh enterframe? Sebab dia naked! Huh...! Eh, taklah naked. Tapi over seksi. Hanya berseluar dalam saje. Excited sangat nak bergambar sampai tak sempat nak sarung baju.

Sekarang ni Mierza ikut saje apa yang abang dan kakaknya buat dan cakap. Kadang-kadang apa yang papa dan mamanya buat dan cakap jugak. (Emp, kene alih tidur sendiri dah ni...) Yang dalam gambar ni Mierza tengah buat peace le kunun... hiks Tapi lihatnya jarinya itu... apakah...???

Yang paling ketara adalah... dia ambil kaler pensel abang/kakaknya dan duduk mengadap tv sambil apitkan kaler pensel tu kat celah jari. Kemudian letakkan kat bibir, tarik nafas, keluarkan pensel tu dan hembuskan nafas. Korang dapat tangkap tak apa yang dia tengah buat? Hah, dia kengkononnya merokok!

Kite cerite kan birhtday boy. Hairan birhtday boy tu... apo nak dihairankan bang oiii... gitulah perkembangan anak yang sihat. tak gitu kengkawan sekalian?

Pankek wif Sos Coklat Hersheys


Bf kami empat beranak. Tidak termasuk birthday boy ye... (boy ke? Hohohoooo) Birthday boy tu tak biase amik sarapan di waktu pagi kalau hari-hari bekerja ni. Tapi kalau hari-hari tak bekerja memang biase bebeno. Lepas makan doklah bertapa dalam bilik termenung seberapa lame yang dikehendaki. Tak sape nak marah. Tapi kalau hari bekerja, amalan begitu tidak boleh dilakukan. Itu sebablah dia taknak makan pagi sebelum pergi kerja.

Okey, adunan pankek ni aku pakai yang readymade dari jenama Nona. Yang dalam kotak kaler merah tu. Aku pakai perisa pandan. Perisa lain ade yang plain dan blueberi. Masa kacau dengan air tu, memanglah amat harum bau pandannya. Not bad lah adunan ni. First try dan dah jatuh hati. Kite bancuh 1/2 adunan, dapat 8 keping.

Anak-anak berkenan jugak. Apalagi bile makan dengan sos coklat hershey's tu... lagilah seronok dia orang. Tapi mama yang kontrol tuang sos coklat tu. Kalau dia orang yang tuang sendiri maunye pankek tu berenang dalam coklat!

Selamat Ulang Tahun Sayang...


Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Tiada apa harapan seorang isteri melainkan kamu terus sihat, ditambahkan rezeki dan dipanjangkan umur.
Sayang abang!

Thursday, June 11, 2009

Boy... Boy... Sambil Geleng Kepala...


Kenapa dengan budak ni???

Pagi2 lagi budak ni sudah bikin hati mama dan papa dia panas! Eiii... kalau aku turutkan hati memang pepagi makan pelempang. Bukan satu tapi dua - double! Satu dari aku dan satu lagi dari hb. Nasib baiklah tahap kesabaran kami masih ada. Kalau tak... entahlah! Ringan dah tangan memasing tadi.

Boy bangun awal pagi tadi. Masa papa dia dok siap2 nak g kerja dia dah bangun dah. Masa tu mamanya ni masih dok golek2 lagi atas katil. Berat tul kelopak mata ni nak terbuka. Tapi dah sedar dah...

Tak lama lepas tu, terdengar bunyi kaca pecah. Hb cakap, "apa pulak dibuat budak tu kat dapur..." Aku diam jek. Pastu dengar bunyi kaca pecah lagi. Kali ni makin rancak la bunyi pecahan tu. Hubby berlari ke dapur. Aku pun bangunlah. Ikut sekali ke dapur.

Ya Allah... api!!!! Boy... Boy... Dia dah panik. Terpelesuk kat tepi almari kat dapur tu. Tergagap nak terangkan apa yang terjadi. Hb terus capai paip air untuk mesin basuh dan bukak air. Pancutkan ke arah api yang boleh tahan juga maraknya. Nasib baiklah tak melarat.

"Kamu nak bakar rumah ke?! Apa yang kamu buat? Apa yang kamu bakar?" soal hb.
Boy? Menggelabah. Sepatah haram tak keluar dari mulut dia melainkan tergagap-gagap jek. Nak cakap tapi agaknya tak tahu dari mana nak mulakan dulu. Itu memang perangai dia. Kalau dah panik langsung tak boleh nak bercakap.

Aku pun membebel jugalah. Mane idaknya... baru jek celik bijik mate udah tunggu kerja. Mengemas dapur yang basah. Dengan kaca tingkap yang berderai ke lantai. Habis cermin satu naco tu pecah.

Bila dah reda semua barulah aku tanya dia, apa yang dia bakar sampai boleh jadi macam tadi tu.

Dia bakar dengan menggunakan lighter hb. Korang tentu perasan benang2 yang berjuntai kat bahagian bawah tuala 'good morning' tu kan... ha itulah yang dia bakar. Semalam alkisahnya aku duk membasuh semua kain-kain buruk. Pastu aku sidaikan kat besi tingkap tu. Beratur elok jelah... Benang yang terjuntai2 itulah yang dibakarnya. Siap ada stoking kat situ pun habis terbakar.

Hish... memanglah pagi ini pagi yang mencemaskan. Boy... Boy...
So hari ni hb aku grounded dia. Satu hari ni tak boleh keluar main basikal. Siap hb warning kat aku jangan benarkan dia keluar hari ni.

Tuesday, June 09, 2009

Melegakan tekak di kala panas membahang di luar sane... hiks!

Salam allz... pekabar semua? Harap2 semua sihat. Tapi diri sendiri ni yang tak berape nak sihat. Baru baik demam. Actually idak le kuat sangat demamnya tapi doktor kate kite ni stress. Period pun tak keluar lagi. Dah lewat 8 hari dah ni. Dah dua kali buat UPT tapi negatif. Negatif okeyyyy! So doktor bagi pil pelancar haid tapi nampaknye belum ade tanda2 nak turun darah pun. Bagi masa lagi 2/3 hari then nanti nak kene p spital buat pemeriksaan lanjut le...

Huhuhuuuu biler nampak tanda negatif tu lega tak tahu nak cakap. Masa menunggu urine tu gerak dan petak kecil tu menunjukkan 'line' tu perghhhhhh punyelah berdebo. Macam tunggu keputusan anak pertama dulu tapi kali ni dalam situasi yang berbezalah. Hahaha!!! But now biler dah berlanjutan harinye tetap negatif but darah tak turun2 lain le pulak punye risau yang datang menyerang. Adeh... memacamlah!

Pasal emak... belum dibawa balik ke Perak lagi. Mak Ina belum balik lagi. Tapi esok Mak Ina nak bawa mak ke Duyong, Melaka. Ada dengar kabo dari salah seorang nurse pelatih kat Hospital Serdang yang sebelum ni neneknya berubat di sane kerana penyakit kencing manis, kesnya macam emak juga. Sekarang alhamdulillah, neneknya tu dah sihat. So, Mak Ina nak try bawa mak ke sana berubat. Aku... tak dapatlah ikut. Baru baik demam & hubby pun tak dapat cuti.

Okey... entahlah biler sapat berblogging lagi. Tapi yang pastinya daku rindu banget same you allz!

Ups... demam2 pun sempat tadi ke bake with yen, puchong then ke Tesco. Hiks... beli tepung roti. Lame dah tak meroti & berpizza. Anakanda dah rindu2an dgn pizza mamanye. Bukan susah mane pun... BM kan ade!
Haha!!! Jangan mare ye mereka2 yg ndak ade BM tuh...Cepat2 gomol cik abe mintak belikan BM... :P

Kikikikkkkkk!!!

Thursday, June 04, 2009

Alhamdulillah...


Salam kawan2 sekalian...

Alhamdulillah berkat ingatan, ucapan, doa dan pengharapan... emak kite dah keluar dari hospital tadi. Kite dengan Mak Ina (kakak kite yg no.2) yang bawa balik. Anak2 kite dan anak2 dia tinggal kat rumah sebab payahlah nak bawak g spital. Budak2 tu bukannye reti duduk diam. Ditegur sekali tak dengar, dua kali pun tak dengar. Lama-lama kang kite yang naik darah. So, better dia orang duduk rumah je la dengan suami Mak Ina (abang ipar kite).

Mungkinkah ada yang tertanya2 kenapa emak kite dimasukkan ke hospital? Okey meh kite cerite...

Seperti yang sesetengahnya sudah sedia maklum, mak kite ni ada kencing manis dan darah tinggi. Penghujung tahun lepas, emak dah menjalani operation memotong kaki kirinya separas atas lutut kerana masalah gangren (urat saraf terputus, mati). Okey... setelah menjalani pembedahan tu, mak memang berharap pada kaki kanannya yang masih ada tulah walaupun kaki tu tak kuat mane pun sebenarnya.

Sepatutnya, emak perlu masuk wad pada 2-6-2009 di Unit Jantung untuk melakukan pemeriksaan dan rawatan kerana sebulan sebelumnya emak ada masalah paru2 berair. Tetapi pada 31-5-2009 (Ahad), emak dah dihantar ke hospital kerana emak kelihatan tak bermaya dan lemah. Rupa2nye mak diserang strok. Bile dah diserang strok, pemeriksaan jantung tak dapat dilakukan. Terpaksa ditunda 2 bulan lagi. Doktor terpaksa beri tarikh baru.

Setelah diperiksa, doktor mengatakan yang strok tu menyerang di peti suara mak. Emak macam nak bercakap tali suaranya tak keluar. Hanya mulutnya yang kumat-kamit. Strok itu pun dalam proses untuk menyerang bahagian anggota badannya sebelah kanan. Tangan dan kaki emak dah mula kaku. Emak langsung tak nak gerakkan. Cuma jari2nya yang nampak bergerak, itupun sikit2 saja.

Tapi alhamdulillah... hari ni mak menunjukkan perubahan yang baik. Dah boleh senyum dan respon dengan apa yang orang kata. Tangan kanannya pun dah digerak2kan. Cuma kakinya tu masih tak daya. Kata doktor, mak kene banyak exercise di rumah. Kaki dan tangan kanannya tu kena banyak2 digerak2kan. Emak pun tak boleh dibiarkan baring2 saja. Mesti selalu didudukkan. Jangan bagi emak malas dan yang lebih penting orang yang menjaga emak tu tak boleh malas.

Insya Allah... emak akan ikut Mak Ina balik Bagan Datoh hari Sabtu ni. Mak Ina nak bawa dan cuba berubat di kampung pula. Manalah tahu kalau ada perubahan. Sayanglah... kaki palsu emak dah siap. Dah ada pada kami pun. Kalau kaki kanan emak tu tak kuat, pembuatan kaki palsu tu sia2 sajalah.

Akhir sekali... kite nak ucapkan TERIMA KASIH banyak2 pada kawan2 semua. Doa dan harapan kalian semua amat2 kite hargai! Sayang korang!

Tuesday, June 02, 2009

Mak Admit Lagi!

Salam...

Aduhai... baru jek sehari lebih tak menyibuk2 kat blog aku ni udah rindu bangat... Ni pun tak dapat nak berjimba lame2 kat sini. Just nak inform korang2 yang buat masa 3, 4, 5 hari ni aku akan terlalu busy. Kerana aku terpaksa berulang alik ke hospital menziarahi emak aku yang sakit di Hospital Serdang tu.

Aku ada masak2 tapi belum ada kesempatan nak d/load dan upload gambo kat sini. InsyaAllah nnti biler ada masa lebih sikit aku masukkan le n3nye ye...

Okey... bye!!!

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)