Followers

Tuesday, May 26, 2009

Paru Goreng Berlada


Pepagi tadi g pasar kat kedai Zul. Tinggalkan Boy dan Mierza kat rumah. Sebelum tu dah siap2kan bf dia orang. Pagi ni bf ape? Mama ade sikit malas. Jadi mama goreng naget jek dan bancuhkan milo. Sebelum keluar, siap2 pesan dengan Boy, kalau ada orang panggil2 dari luar, buat tak tahu saja. Kalau orang tu panggil2 nama mama pun biarkan saja. Susah nak beli lauk kalau bawa Si Mierza. Habis semua ikan nak dipegang. Tapi aku tidaklah ralit. Beli2 barang terus balik. Takde singgah menyinggah. Kalau jumpe sesape kat sepanjang jalan tu pun takat tegur gitu jek. Takde sembang2. Risau gak tinggalkan dorang berdua jek kat rumah. Alhamdulillah setakat ni, Boy boleh diharap. Cuma kalau masa tu Mierza tidur, bila aku balik mesti Mierza dah jaga. Dia kejutkan adik dia sebab dia kate dia boring. Huh...

Okey... sebenarnya resepi paru goreng berlado ni aku pernah buat. Resepi ambil kat Myr oleh Kak Fida. Tapi aku amatlah baik hatinya dan terlebih rajin. So, aku tepekkan resepi kat sini untuk sesiape yg ter'ngences' tgk gambo aku yg idak le berape cantik. Di snap dengan 'dslr' murahan aku tuh jek. Check this out...!

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 1 kilo paru* - dipotong besar,4-5 ketul dan cuci.
  • 5 helai daun salam*
  • sedikit garam*
  • (bahan bertanda * di atas direbus dgn secukup air hingga empuk)
  • 8-10 batang lada merah-dikisar
  • 7 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 3 biji limau kasturi ambil jusnya
  • 2 sb gula merah tanjung
  • 1 sb gula pasir
  • 1 sk garam
  • minyak masak secukupnya untuk menggoreng paru dan menumis lauk

Cara-cara

  1. Paru rebus dipotong tipis2 lalu digoreng terendam dgn secukup minyak hingga garing.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sebentar diikuti dgn lada merah hingga naik baunya.Kemudian masukkan gula,garam dan kacau rata.
  3. Masukkan pula jus limau kasturi, kacau rata diikuti dgn paru goreng dan kacau lagi hingga sebati.


Monday, May 25, 2009

Takoyaki


Hiks... Breakfast kami 3 beranak di pagi Isnin minggu ini. Boy sangat suker. Begitu jugak dengan Mierza. Mama pun suker tapi kite ni sebagai ibu, biler tengok anak2 suker makan mesti nak bagi anak2 yang merasa lebih, kan? Jadinye mama cume makan 3 ketui jek. Selebihnya Boy ngan Mierza yang habiskan.

Macam Okonomiyaki, untuk Takoyaki ni pun aku tak pakai tepung yang Hana poskan untuk aku tuh. Masih gunakan tepung gandum, air, garam dan telur. Dan alhamdulillah kali ni aku buat menjadi. Tak macam 1st time dulu. So, lepas ni bolehlah agaknye aku pakai tepung tu. Barulah seronok dan senang hati biler yang dibuat tu menjadi...

Okonomiyaki


Breakfast pagi semalam - Ahad. Balik2 dari rumah kak yong terus menggodek mende alah ni. Hb 1st time makan. Memule dia kate tak teringin. Nampak pelik jek. Tapi biler dah makan makan tak cukup pulak. Muahaha!!! Aku pun makan beberapa kerat jek. Aku potong pakai pemotong pizza tu. Anak-anak lagilah. Siap selet2 jari kat pinggan. Suke dengan sos dan ikan kering tu.

Ni aku tak pakai tepung takoyaki tu. Aku pakai tepung gandum je. Sayang nak pakai tepung tu. Kahhhh!!! Bukan sonang nak dapek. Jauh nak import tuh. Aku bancuh cam biase jek. Letak telur sebiji & garam. Itu jek... Hehehee

Pagi tadi aku buat Takoyaki. Alhamdulillah kali ni menjadi. Sat-sat lagi aku masuk n3 k...

Bun Kentang


Meroti lagi! Tapi roti ni bukan buat hari ini atau semalam. Roti ni aku buat malam Khamis minggu yang lalu. Maknenye bf kami di pagi Jumaat le... Heheee ampun le bebanyak. Lambat mengupdatekan blog aku nih.

Hujung minggu lalu aku terlalu sibuk. Bz mengalahkan Perdana Menteri lagi rasenye. Muahahaaa Pagi Sabtu pergi Seminar dengan Cikgu Noriah dan Kak Nor. Balik2 rumah pukul 5.30 petang, tgk2 mak ade. Orang Bumi Medik - org yg buatkan kaki palsu mak hantar ke rumah aku pulak lepas dia praktiskan mak aku dgn kaki palsunye. Padahal mak aku dtg tu betul2 sehelai sepinggang. Ubat2an & insulin tak bawa sekali. So aku mandi2 terus hantar mak ke rumah kak yong semula di Sepang. Risaulah kalau tgh2 malam tu nanti ape2 hal terjadi sedangkan ubat mak langsung sebutir pun tak de. Sampai rumah kak yong hb dah sakit kepala. Kami ambil keputusan tidur di rumah Kak Yong.

Pagi Ahad, pukul 9 pagi bertolak balik ke rumah. Rehat2 dan aku keluar semula bersama dengan Baby. Pergi Ampang untuk memeriahkan majlis birthday Jay anak Mak Ayam Ayien yg dikenali melalui M.Com. Lepas tu terus lajak ke rumah Yies di Segambut dengan Sya, Alyn, Yam & hbnya. Tengok baby baru dan melawat Yies yang di dalam pantang. Sory le... penyakit segan melanda aku sejak akhir2 ni. So aku cume bawa 'dslr' aku tu tp x keluarkan pun tangkap2 gambo. Hisk!

Sampai rumah pukul 6.30 petang. Terus mandi2 sebab lepas Maghrib ade jemputan bacaan Yassin bersama dengan Persatuan Wanita di Tingkat 14- rumah Kak Yatie. Balik rumah pukul 9.30, gosok baju sekolah anak2. Nasib baiklah baju hb ade 2 pasang lagi yang dah siap bergosok. Mate ni dah mengantuk giler. Sampaikan buatkan susu Mierza sebelum tidur semalam pun hb... hiks terima kasih abang!
Ohohooooo kesiannye roti aku! Gambar roti tp dok cerite diari hujung minggu lak eh... Resepi ni dari tokey roti Ros. Resepinya aku kongsikan kat sini ambil dari MyR. Terima kasih ye Ros. Di sebabkan tepung roti yg dah tinggal sikit, jadinye aku campurkan dengan tepung gandum. Hasilnye masih lembut dan gebus!

Bahan-bahan
  • 250 gram tepung roti/tepung high protein
  • 70 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek baru ditimbang
  • 120ml susu segar ( klu takde leh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis ataupun susu kacang soya.)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar marjerin
  • 4 gram yis ( 1 sudu kecil)
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • (untuk bancuhan sos kastard ) 2 sudu besar tepung bird custard
  • 1 cawan susu segar
  • 2 sudu besar gula

Cara-cara

  1. -Buat bancuhan kastard dulu- Campurkan semua bahan sos custard dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau sentiasa supaya tak bergentel, klu jadi terlalu pekat boleh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan akan di piping atas bun nanti.
  2. kemudian buat doh roti pula, kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
  3. klu guna tangan untuk menguli, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
  4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 10-12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, kemudian paipkan sos kastard di atas permukaan bun .
  5. Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit atau sehingga permukaan nye perang. Glis permukaan bun dengan sedikit marjerin supaya berkilat. Anda akan dapat doh yang lembut dan gebu walaupun bun ini tidak menggunakan bread softner, Ok dah siap Selamat Mencuba...
  6. Nak tambah sikit, doh ni lembik sikit ye, kalau buleh masa bentuk bulat2 tu lumur tangan ngan marjerin ye...pastu baru bulat-bulatkan....klu nak tambah tepung punbuleh jugak, tp jangan banyak sangat ye...doh ni akanjadi lembik sikit bila kita pakai telur yang berlainan saiz,.Ros pakai telur saiz M, klu pakai yang besar sikit tu sila kurangkan kuantiti susu tu ye..pakai 100ml aja..harap dapat membantu ye.

Sunday, May 24, 2009

Gulai Lemak Nenas & Ikan Masin


Tidak, tidak! Ini bukan masak hari ni. Semalam (Sabtu) dan hari ni (Ahad) adalah hari menggantung periuk dan kuali. Eh... tak jugak. Tadi aku ade wat Okonomiyaki sekeping. Pastu aku jerang air. Heheeee
Gulai lemak nenas wif ikan masin ni adalah lauk kami hari Jumaat. Macam biasalahkan, aku gunakan nenas tin dan letak air jus nenas tu bersama santan dan sedikit air. Pergh, pakal jek la malam tu hb nak g main badminton, kalau tak sure makan bertambah punye - kate dia...
Alkisahnye, aku ni terlupa dan mamai. Aku sangkakan hari Jumaat tu adalah hari Isnin sebab hari Khamis tu, kan hb aku cuti. Hiks... klu ikut2kan hari hb g main badminton aku tak masak nasi, kan... Tapi tersilaplah pulak. Dan pulaknye masak sedap2. Hahahaaa sian hb aku terpaksa ikat perut.

Friday, May 22, 2009

Budak ni kan...........

Ni lagi gambar Mierza dan nak berkongsi kisah ngan anak bujang kecilku. Ya Rabbi... ko ni dik! Benar-benar menguji kesabaran betul. Habis kain baju dan selimut2 dikumbas dan buat tempat dia main lepak2. Cadar tu dia selubung kepala dia dan buat macam bunyi hantu sambil kate, "ayokkkk..."


Ni dia tengah berangan. Kengkonon dia marahkan seseorang yang mengkelubungkan dia. Siap cakap heps!

Ni dia baru keluar dari kelubung.

Tahniah Untuk Mak Ayam Yies!


Yeay!!! Seorang dari geng mak ayam dah MALATOP! Yies dah BERANAK aka BERSALIN! Yang beshnye dapat baby boy yang sihat, cumey berhidung mancung. Tengok nnt dah beso sikit ade ruper my Mierza tak, heheeee. Sebab Mierza cam muke Kak Aqila, kan...?

Tahniah untuk Yies dan Sham. Dapat baby baru. Selamat menjalani tempoh berpantang ye Yies. Semoga semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Untuk Aqila, yeay Aqila dah jadi kakak!

Ha, ni dia baby cumey tu. Katenye nak letak name Aqil. Udah kakaknye name Aqila kan... Tgk idung dia... mancungnye!!! Nanti aku cari gambo Mierza baru2 tengok dunia. Kite tengok ade ruper tak...

Ohohooo jangan ada yg suruh aku beranak lagi. Aku cume teruje tgk baby orang tapi amat malas kalau ada baby sendiri!

Gambar baby ehsan dari Mak Ayam Ila. Thank you!

Thursday, May 21, 2009

Alahai Omak Den!

Gambar ni ambil lama dah...

Hari ni pepagi lagi aku dah keluar dari rumah. Hubby tak kerja hari ni. Alkisahnya petang semalam mak aku menangis2. Dia kata kaki dia yang masih ada tu sakit. Rasa mencucuk2. Aku dah risau. Dulu masa kaki yang dah dipotong tu masih ada, katenye sakit gitu gaks. Adakah perkara sama akan berulang? So, hari ni Hubby ambil cuti sebab nak bawa mak g spital. Alang2 nak g klinik, bila difikir2kan. Disebabkan mak aku memang dah ada kes kat Hospital Serdang tu, kami bawalah terus ke sana. Jumpa doktor, doktor kate orang yang menghidap kencing manis memang akan merasai sakit yang begitu. Penyakit tu menyerang urat saraf dari yg kecil sampailah urat2 saraf yang besar. Tiba2 rasa mencucuk2, kebas dan sakitnya tu lebih kerap menyerang di waktu malam. So memalam mak aku memang tak boleh tidur sbb sakit. Kate doktor tu lagi tadi, kalau tak jaga, tak makan ubat, makan tak pantang, insulin tak cucuk, memanglah semakin cepat ianya menular. Kalau kaki tu terluka, luka tu akan lambat baik dan mungkin tak boleh baik. Itulah yang jenis melarat2 tuh. Atau boleh juga jadi gangren (tisu mati) macam yang terjadi pada kaki mak aku yg dah kene potong tu. Jadi doktor memang tak boleh buat apa2 melainkan bagi vitamin untuk mengurangkan rasa sakit. Mengurangkan rasa sakit ya puan2... bukan menghilangkan rasa sakit. Doktor tu kata memang tak ada ubat yang boleh hilangkan rasa sakit tu. Aduiiii maknenye mak aku kene menanggung sakit jek la selagi ada hayatnye ni? Gulp!

Lepas dah habis urusan di hospital, kami terus ke rumah Kak Yong di Sepang. Mak nak ke rumah sana pula. Sampai rumah pukul 5 petang. Cadangnye tadi hubby nak g office sebab tak sudah2nye dapat sms dari engineer kat ofis tanye drawing itu dan ini. Hubby aku ni memang payah le kalau coti. Ade jek... tapi aku tak kisah. Faham dah dengan kerja dia tu. Tapi sampai2 rumah dah kepenatan. Titun tak sedar diri sume...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)