Followers

Thursday, May 21, 2009

Sambal Sotong


Masak bening tu dilawankan dengan sambal sotong nih. Korang rase kene tak lawannye? Pada aku dah kene sangat. Tapi lain tekak, lainlah seleranya, kan...?

Eh, Hana... Ijah... betui ke masak bening ni masakan Jawa? Jawab sat...

Okey ye korang... actuallykan... labu air bening dan sambal sotong ni bukan lauk kami hari ni tau. Tapi hari Selasa punya lauk. Hiks, ampun! Terlambat nak masuk n3...

Labu Air Masak Bening


Masak bening-bening ni memang feveret en hubby tuh. Jadinye kalau buat ni memanglah mendapat sambutan yang menggalakkan. Sonang plak tuh nak buat. Sume bahan potong2 then cempak jek dalam piuk.

Ni 1st time masak labu air. Sebelum ni tak pernah beli pun labu air. Labu air ni pun bukannye aku beli. Tapi dapat free mase beli ikan kat Pasar Ikan Zul (kedai jual ikan, sayur & barangan runcit) dekat ngan umah aku ni. Kedai Pasar Ikan Zul ni agak popular kat kawasan sekitar tempat tinggal aku ni. Kalau beli lauk2, dia mesti sedekah apa2. Sambil bersedekah sambil menarik hati pelangganlah gitu. Kengkadang dia bagi petola, daun sup, daun bawang dan lain2 sayur lain masa kite bayar barang2 yg kite beli. Sebelum ni aku memang jarang2 sangat beli kat sini. Seminggu dua ni jek aku merajinkan diri sebab sejak aku bercampur gaul dengan kaum wanita kat sini depa dok cakap kedai tu memang murah berbanding kedai2 biase kat kawasan ni.

Wednesday, May 20, 2009

Jumpe Mak Ayam Irma!

Kami...
Mak yong Irma, aku, mak yong Nas, Faezah dan Bibuuuuu
Aku dan Irma
Tengok muke dia... macam Irma Hasmie kan...
Kelas kau mak yong... muke ala2 artis!

Ini kali kedua aku bersua muka dengan Irma Hasmie! Upsss, sory Irma Ramli heheeee... walaweiii muker nak same, name pun nak same. Nama ayahanda jek yang lainnye.

Irma yang dok Sabah ni balik sini tuk jalan2. Tengokkan perutnya yang besar tu mati-matilah aku ingatkan dia nak balik nak beranak sini. Upernye baru enam bulan lebih. Cis, tipah tertipu!

Semalam Boy ada kelas mandarin. So hantar dia awal. Lepas jek hantar Boy, aku terus g lrt Asia Jaya. Dah janji dengan Faezah nak g sesame. Elok2 tengah masuk parking, Faez tpon kate tumpang kawan dia jek. Kebetulan kawan dia nak g Ampang. Emp, meraselah naik Suzuki Swift baru yang diidam2kan laki aku. Heheee

Sampai sane tgk2 Irma ngan Alyn sedang bersantap. Bibu tengah q beli KFC. Pastu Sya sampai. Sembang, gelak2... kul 1.45pm kami gerak. Balik naik lrt ngan faez. Ambil kereta dan hantar Faez ke opis....

Ada yang tertanya2 mane anak2 aku? Aku tinggalkan kat rumah dengan mak aku. Sebelum aku pergi aku dah siap2 masukkan Mierza dalam buai. Makanan mak aku pun aku dah siap2kan. Dan disebabkan itu jugaklah aku tak leh lelame bergather2 since depa pun kerja memasing keluar lunch our tp extended hour le. Lantak korang kene balun ngan bos korang!

Gulai Taucu


Gulai taucu ni memanglah masakan kegemaran mak. Di sebabkan mak aku ada kat rumah aku sekarang ni, aku masaklah lauk kegemaran dia. Bukan mainnye dia makan. Dah kenyang makan dengan nasi, dia meratah pula. Jadi aku memang masak lebih sebab tahu gulai tauchu ni memang kegemaran dia...

Tuesday, May 19, 2009

Pandan Kaya Bun


Ha, inilah dia projek dengan Homemade Sri Kaya Pandan tadi - Pandan Kaya Bun. Memule sekali terkesima tengok kat umah Cik Mat Gebu. Siap2 dah amik resepi. Tapi agaknye belum sampai seru. Jadinye resepi tu terbiar jek la sepi. heheheee
Pehtu nampak lak kat rumah Kak Suzi. Aduyaiii, layan gakla rase malas tu 2/3 ari. Then sampai gak seru nak meroti. Semalam petang, sambil2 tangan menggodek sri kaya atas dapo, BM ku yang terchenta menggodek tepung le pulak. Apa yang penting... kerjasama! Ish, nyanyi lagu wonderpets lak, hiks!

Ni gambar roti sebelum dibakar. Aku buat 9 ketul dengan berat purata setiap sebiji 76g. Tapi kalau next time nak buat, aku akan kurangkan ke 60g le kot. Sebab 76g ni pun nampak besau walaupun still comey...Lihatlah dunia... betapa gebusnye saya! Hiks! Bf pepagi cicah ayaq kopi suam2 kuku, kelas kau!!!
Align CenterBAHAN-BAHANNYA :-)
350 g tepung roti (high protein flour)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk) - aku guna air sejuk biasa je
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan - tak letak
1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil
30 g mentega
1 camca teh pandan paste

BAHAN HIAS :-)
Kelapa kering secukupnya
Seri kaya secukupnya - saya guna perisa pandan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
  2. Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang.
  3. Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...ikut lah style memasing yeaa...
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit.

Sri Kaya Pandan

Buat ni petang semalam untuk satu projek yang dah agak lama terpendam. Tengok kat rumah CMG dan kak Suzi, terinspirasi sungguh.

Tengah aku menggodek-godek sri kaya ni, mak aku tanye dari depan, "ko buat ape tu? Dari pagi sampai ke petang asyik berulang ke dapur je kejenye..." ngeh ngeh ngeh... soklan mak aku. Habisnye dia nak aku duduk je sebelah dia, tengok tv dari satu rancangan ke satu rancangan. Uish, aku ni sebenornye bukan jenis gitu. Kecualilah cerita yang aku betul2 suke macam C.S.I. ke... Matahari ke... The Biggest Loser ke... ha, cerite2 camtu barulah aku dok dendiam depan tv. itu pun kengkadang sesambilnye aku masukkan kain dalam mesin basuh dan buat bende lain mcm lipat kain dan ajo anak buat keje sekolah. Dan tidak ketinggalan, melayari internet! Hehehee

Resepi Homemade Kaya Pandan ni aku ambil dari Noreen UK. Tapi dah edit banyak. Bukan niat nak menderhaka pada resepi tapi nak menyenangkan diri sendiri heheheee
Ampun ye Noreen...

Bahan-Bahan
3 biji telur
300g gula kastor - aku kurangkan ke 160g
200ml santan - aku guna 150ml santan, 50ml air
100ml jus pandan - dr 10 helai daun pandan - aku tak buat cenggini
tukarkan kepada
- 1 sk pewarna hijau
- 1 sb perisa pandan
- 80ml air

Cara-cara
Pukul telur dan gula dengan whisk - sebati.
Masukkan air campuran pewarna dan perisa pandan serta santan & air. Gaul rata.
Tapis dalam periuk non-stick - aku pakai periuk biasa dan tak tapis pun.
Masak dengan api perlahan hingga pekat.
Pastikan adunan sentiasa dikacau.

* Pekat yang dikehendaki adalah apabila disenduk, adunan tidak jatuh.

Monday, May 18, 2009

Mat Rempit Kenit!


Hahahaaa...! Tu dia! Beginilah gelagat Mierza kalau dapat topi keledar Boy. Bukan main seronoknye dia.

Kurang dua bulan lagi Mierza akan menjangkau usia 2 tahun. Emp, dah beso anak mama. Tapi janganlah risau adik... mama takmo tambah anak lagi. Kaulah yang akan memegang title anak bongsuku, heheheee

Mierza ni kalau dapat menyepahkan rumah dialah no. 1. Poning kepalo aku. Aku berkemas dalam bilik, dia buat keje kat depan. Aku kemas kat depan, dia selongkar almari dalam bilik. Kalau pensel tak boleh jumpe. Sekarang dia dah tak conteng dinding lagi. Tapi habis buku sekolah abangnya. Pantang saja lepa, memang meriahlah dia menyonteng.

Mierza... Mierza...

Kelmarin dia bukak laci almari solek aku. Dia keluarkan kertas-kertas dalam tu. Aku heplah dia, tapi dengan serta-mertanya dia ambil kertas tu dan sebut "a, o, a, e..." sambil tunjuk kat kertas tu dengan jari telunjuknya yang montoks itu. Aduhai... camnelah aku nak terus marah. Terus aku peluk dia dan gomol pipi dia. Taulah marah kene gomol wakaka
Kepala lutut aku yg nak jugak enterframe...
:D

Takoyaki


Nyum nyum... sedapnye... walaupun tak menjadi takoyaki aku tuh. Tak taulah di mana silapnye sampaikan adunan takoyaki aku melekat kat acuan takoyaki yang cantik molek tu tadi. Tapi yang pastinya memang rasenye sebijik dengan takoyaki yang dibeli di jusco tu. Lebih-lebih lagi bila bahan-bahannya lengkap semua. Terima kasih sekali lagi Cik Puan Hana yang disayangi!

Sayang kau rase nak guna tepung tu. Tadi pun pakai 100g je tepung tu. Jimat, jimat... nak order lagi dari Jepun segan lak rasenye. Wakaka! Yang pasti lepas ni nak try lagi. Tengoklah esok2...


Oh lupe nak habaq... mak aku ada kat rumah aku ni sejak dari hari Jumaat lepas. Tadi aku bagilah dia makan takoyaki ni. Bukan mainnye dia makan. Sampai kekenyangan, tak mo dah makan nasi hahahahhh!!! Tapi... sejak dia sakit ni, 'tangki' dia memang cepat je penuh. Makan sikit dah kenyang... maklumlah dah banyak umur...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)