Followers

Friday, September 28, 2012

Pau Goreng Lembut


As salam... 

Beberapa hari lepas terpesona dengan donut cekelet Izahdaut... pastu tengok Ijah Bangkok pula buat tayangan amal. Dari 1 adunan yang sama beliau buat donut dan pau goreng. Dan lepas itu aku dapat tempahan mendadak dari cafe TM, Cyberjaya yang mana rumah pekerjanya di sebelah rumah aku ni... rezeki2... terus teringat nak buat pau ni. Memang izinNya betul sebab semua bahan adalam gobok. Terus keluarkan en bm yang telah lama berselimut tu. Setialah dia menguli sampai 2 kali hihihiii

Sangat2lah berpuas hati dengan kejadian pau goreng ni. Memang lembut sungguhla... bahan2 yang nak digunakan pun simple2 belaka. Ini yang aku suke sangat ni!

Minta izin Izah Daud untuk kongsikan resipinya kat sini. Dan minta izin dan terima kasih pada Ijah pula untuk kopipes resipinya dikongsikan kat sini.

Pada yang nak try, dialu-alukan. Memang tak menghampakan! 


Bahan2:
  • 2 sk yis mauripan
  • 1/4 cawan air suam
  • 1sk gula 
  •  **satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.
  • 3 cwn Tepung gandum
  • 4 sb gula
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb susu tepung>>takde stok jadinya tak masukkan
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan air - kurang lebih>> yg ni guna fresh milk sbb tak masukkan susu tepung n air kita lebihkan
  • 2- 21/2 sb butter / marjerin>>kita gantikan shortening n separuh mentega

Cara2: 
  • Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
  • Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
  • Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
  • Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
  • Sedia dinikmati.

#setiap sebiji seberat 25g

penggunaan BM:
Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.

Wednesday, September 26, 2012

Kota Kinabalu, Sabah




As salam...

Ok, n3 terakhir untuk cuti2 Kota Kinabalu, Sabah. Mungkin akan agak panjang n3 ni... kalau xde yg sudi baca pun x apa... yang penting kenangan dan memori untuk aku termaktub di sini, di blog sendiri.

Seawal pagi kami dah bangun. Memang dah plan hari terakhir ni nak jalan2 pulau. Takde nak ambil banyak2 pulau - satu saja sebab masa yang agak suntuk. Beg dan semua barang tinggal di hotel Imperial Mutiara. Check out pukul 12 thari. Dari Kg Air, tanye dgn budak reception hotel kat mane Jesselton Jetty. Dia kate dekat saja. Keluar dari pintu hotel, terus saja, katenye. Kalau naik teksi memang tak berbaloilah, katenye sebab dekat sgt dan tambang katenya sekitar rm8. Ok, kami decide untuk bjalan kaki sajalah. 


Bila kita tak tahu jalan, terasa jauh sangatlah perjalanan tu. Berpeluh2 ketiak dibuatnya hihii... apelagi breakfast belum lagi tu. Tanya dengan orang, dia pun kate, terus aje ke depan. Confident sikit. Akhirnya sampailah juga, alhamdulillah...


Snap sikit2 sane sini, terus ke kaunter belian tiket untuk ke pulau dengan bot yang disediakan. Sebetulnya waktu ni aku memang dah lupa berapa caj bot semua tapi aku rujukkan pautan link ke blog Nana. Memang betullah rate tu. B4 nak ke KK ni aku memang 'ulang-alik' masuk blog dia baca n3 perjalanan dia semasa bercuti di sana. Siap dengan kira-kira perbelanjaan. Budak kaunter tu mula2 minta aku RM22 tapi aku kate, "bukan rm17, ke?" ewah2 hahaha
Budak tu pun terus kate, "ok, sy bg akak RM17..." uhuhuuuuu

Boat rate adult : RM17/person x2 = RM34
Terminat fee : RM7.20/person x 2 = RM14.40
Sewa snorkel+mask+life jacket = RM15 
Bayaran masuk kat jeti pulau manukan : RM3/person = RM 6.00


Aku sewa snorkel, mask & life jacket tu 1 set aje. Gilir2 dengan en hubby. Bukan beria pun hihii. Sebelum masuk ke tempat menunggu bot tu, kami beli makanan untuk bawa ke pulau. Yang ni pun aku baca kat blog Nana juga. Tqsm, Nana... for your info :D
Kami berada kat pulau ni sampai pukul 11 pagi. Dah tukar2 baju nak jalan2 sekitar pulau tu mcm tak sanggup pula tengokkan jalan yang mendaki sikit tu hihii kepenatan....





Sangat jernih... suke sangat!!!




see... kan muke kepenatan tu hikhikk...

Ok, lepas tu bergegaslah balik ke hotel. Sampai2 hotel pukul 12.45 tengahari. Terus check-out, masuk bilik, bersih2kan badan dan keluar. Mujurlah budak reception tu agak bertimbang rasa. Walaupun agak lewat, dia tak charge lebih masa, terima kasih :D

Berkelanalah kami... flight pukul 9.25mlm. Masa yang sangat2lah banyak terluang ni, xtau nak p mane. Macam terasa2 juga nak rehat2 kat hotel dulu. Dah petang sikit baru keluar. Tapi rasa macam tak ye pulak... 

Akhirnya kami decide p kompleks 1Borneo. Klu x silap, dpt info dari tenet juga, ade sediakan shuttle perjalanan percuma kalau nak ke 1B tu. Tunggunya di Warisan Square. Pak cik yg jaga tiket tu minta ic aku, tulis nama dalam buku rekod dia. Minta resit aku menginap di hotel. Mula2 cuak jugak sebab resit yg aku ade tu siap tulis dah check out. Rupanya dia cuma nak pengesahan yang aku ni pelancong, bukan orang tempatan. 

Untuk sekali perjalanan klu x silap aku cuma 18 org saja. Dah cukup kenalah tunggu next trip every 1/2 hour (klu x silap) .


tiket shuttle 


shuttle yg bawa kami. bas pendek je, ala2 bas mini gitu tp ade air-condla...

Sampai kat 1B, pertama yang aku cari adelah tempat simpan beg. Nak berjalan dengan tenang, ala2 window shoping gitu, kan... Tapi xde! Menebalkan muka aku p tanye orang sane sini, dorang kate xde khidmat itu. Sampai aku masuk Tune Hotel yg dekat sgt kat situ. Tanye kot2la ade khidmat menyimpan beg. Katenye kena sewa bilik dan harga kalau datang terus ke kaunter x sama mcm booking internet. Itu memang aku tau tu... ape kes la aku sekadar nak letak beg p sewa 1 bilik plak,kan.... tak kuasa! Dan kerana tak kuasa tu, mengusungkan beg pack sepanjang masa huhuhuuuu


en hubby berkenan dengan baju2 yang dijual kat stall ni... tapi takat tanya2 je, belinya tak...


late dinner kat restoran ni, dalam 1B ... not bad la...sambil mengecas hp & tab.


Kalau tak silap, masa aku pergi, kompleks ni baru dibuka. Kedai2 memang banyak tapi pengunjungnya macam kurang sikitlah. Ada juga kedai yang under reno. Aku takde beli ape2 pun melainkan makan kat restoran di tingkat 1 ni - Jaws. 
Tak tau lagi nak ke mana. Aku ajak en hubby ke Pasar Filipina semula. Kalau ikutkan memang shuttle bas akan hantar kami semula ke tempat kami naik mulanya - Warisan Square which is seberang jalan je dgn Pasar Filipina tu. Aku nak beli kudap2 sikit.

ok, dari hari pertama sampai, en hubby dan aku tak berapa senang dengan bau kat pasar filipina yg jual cenderahati tu-yg bahagian dalam kedai tu. Kami memang tak boleh masuklah dalam tu. Hidung aku bau kak t***s. Wallhualam... Even lalu tepi pintu pun hidung aku terhidu juga.

Kat pasar filipina yang jual kuih cincin dan jajan lain2 tu pun ade terbau juga tapi x sekuat yg dalam kedai. Mungkin sebab kawasan terbuka. Aku beli kuih cincin dan jajan2 tu semua. Habis rm50. Lepas tu terus ambil teksi di tepi hotel hari pertama aku menginap. Tambang ke airport rm30. Masa tu jam pukul 6++petang. Memang rase masih awal tapi sebab tak kuasa nak pikul beg pack, rase nak cepat je cari tempat yg boleh relax...

Sampai airport, check in dan elok2 duduk kat kerusi melepas lelah, dpt sms dr Air Asia. Flight delay till 11++ pm. Aduiii menyumpah dalam hati ni tau!!! Kalau dapat sms tu lebih awal, boleh aku repeat p makan udang, sotong, ketam bakar wahahaha en hubby kate boleh kalau nak minta keluar sbb flight lambat lagi,kan... tapi memikirkan nak amik teksi pulak ke pasar filipina tu sehala je rm30. balik semula ke airport nnt? gilo...! 

Jadinye duklah melangut kat air port tu. Dari seramai-ramai orang sampai tinggal beberapa kerat je manusia. Ish2... keluar dari pintu terminal, terkejut aku tengok kapal terbang yang nak bawak kami balik... lain macam da.....
Tapi alhamdulillah, selamat juga sampai...
Berakhir sudah cerita cuti2 KK, Sabah aku. Baru puas hati!


kapal terbang yang bawa kami balik...

Begedil Ayam


As salam...

Buat begedil ni buat masa bulan pose aritu. Kesian dia, di anak tirikan. Tak masuk2 n3 walau Syawal sudah berlalu pergi. Sorry selori ye...

Begedil ni sesuatu makanan kegemaran anak dara aku - Baby. Kalau p makan kat kedai Minang Tmn Dato' Harun tu, pertama sekali dia akan ingatkan papa dia ambil begedil ni. Seketul memang khas untuk dia sorang je. Takmo kongsi separuh2 dgn adik atau abang dia. Tak kisahlah, yang penting dan tamak2 camtu kena habis. Kalau tak habis memang kena jelingan mautlah dengan mama dia sambil secubit2 mulut mama ni juga yg kena sumbat kasi habis,kan hihiii

Resipi amik kat Diana aka skyblue. Terima kasih banyak :D minta izin kongsikan resepinya di sini. Moga perkongsian ilmu ini diberkati olehNya, amin...

Bhn²  ( 30 biji bergedil )
1 kilo kentang - dikupas kulitnya dan dipotong bulat - Mas potong dadu sederhana besar
300 gram daging cincang _ ( Diana guna ayam ) - aku pun guna ayam
2 biji telur, asingkan kuning dan putih
3/4 cawan bawang goreng
Secekak daun sup -  dicincang
2 ulas bawang putih
2 sudu teh serbuk lada putih
Sedikit kiub ikan bilis - Mas tambah _ ( Diana pun bubuh )
Garam secukup rasa

Cara²
  1. Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat. Mas lenyek dengan garfu masa kentang masih panas².
  2. Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
  3. Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
  4. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa.
  5. Apabila bergedil garing, angkat dan toskan...sedap dimakan dengan soto atau dicicah ngan sos..makan gitu jerk pun sedappp...


Tuesday, September 25, 2012

Cash Out Nuffnang, tq!


As salam... sebelum memulakan bicara, nak minta maaf dulu dan nak terangkan sikit. N3 ni bukan niat untuk menunjuk2, bukan niat nak riak dan lain2 yg mungkin menimbulkan perkara2 negatif. Ia sekadar perkongsian, rekod untuk diri sendiri, kenangan dan memori yang boleh dikenang kemudian hari. Semoga n3 ni boleh jadi pembakar semangat untuk anda terus blogging ape saje genre yg hendak anda ketengahkan.

Alhamdulillah, 'menyimpan' sejak 2 Julai, 2011 sehingga 29 Sep, 2012... itulah yang aku dapat hasil blogging dengan 3 blog - blog ini, fiza-on9booth & fiza-ulatnovel (ditutup sementara untuk tatapan umum). 

Terima kasih nuffnang *senyum lebar sampai telinga*. Mungkin kot ada yang terfikir, jumlah itu terlalu banyak untuk blog yg selalu tak berupdate mcm blog aku ni. Ok, jumlah tu termasuk sekali dengan bayaran rm330 - nuffnang sponsored post. Boleh klik SINI untuk tengok. Kalau takde bayaran sponsored post tu jumlahnya baru rm180 camtu hihii

Sabar2lah menanti setahun atau 2 tahun lagi agaknye baru boleh cash out lagi. Ok, jumpe lagi di lain n3. InsyaAllah :D

Choc Cheese Oreo


As salam... 

Ahad kelmarin en hubby ade jamuan makan-makan dengan kawan-kawan bekas sekolah menengahnya di Rawang. Jamuan dibuat di rumah salah seorang kawan-kawannya itu. Makanya isterinya ni buatkanlah something untuk dibawa pergi. Sungguh orang lelaki pun, naklah bawa sesuatu sebagai buah tangan,kan... takkan nak datang melenggang kangkung je...

Choc Cheese Oreo jadi pilihan. Pernah buat ni lama dulu. Masa dok rumah Blok N, Desaria. Lepas ni kalau ada orang nak order, silakan ye :D
Yang rajin nak buat sendiri, resipinya aku kongsikan di bawah. Yang rasa nak buat sendiri tapi x kuasa nak menekan tart shell, boleh beli tart shell dari aku. :D

Bahan2 :-
250g krim cheese
150g mentega
100g gula halus
3 sb serbuk coklat
30g susu segar
1 biji telur

Hiasan:- oreo crust

Cara2 :-
> campurkan semua bahan dalam mangkuk mixer dan putar hingga sebati semuanya.
> sudukan dalam mangkuk tart shell.
> panaskan oven dan bakar 5 minit. Suhu 180c
> keluarkan dari oven. tabur oreo crust di atasnya.
> siap untuk dihidang

selamat mencuba semua :D

Monday, September 24, 2012

Kota Kinabalu, Sabah - Day 3

As salam... 
Yep, cerita ini adalah sangat2 sudah basi. Blan 6 kelmarin aku dan en hubby ke Kota Kinabalu, Sabah untuk bercuti berdua dan baru sekarang ni nak update. Macam-macam hal hingga cerita dan update tpaksa dibiar sepi. Antara sebabnya guna g.tab, payah dan tak puas nak meng'n3'. Sekarang dah ada lappy, duduk2 diam saja mengadapnye, terasa nak sambung semula cerita holiday tu.


us berlatar belakangkan Gunung Kinabalu yang diselimuti kabus...

Hari ke 3 - Happy Birthday to you my hubby! Hari ke 3 ni, kami berada di Kundasang. Cerita di Kundasang ni memang agak menyedihkan sikitla... eh, bukan sikit tapi sedih banyak. Semua yang diplan tak jadi seperti seharusnya. Memang Allah swt tu izinkan kami sampai je ke Kundasang tu, lebih2 tak dapat. 

Seawal subuh terjaga dari tidur tengok dah terang di luar bilik. Merongkas aku bangun ingatkan dah kesiangan. Terus teringat kata kawan2 dan baca2 di google, kalau nak tengok puncak Kinabalu kena awal pagi. Pukul 8++ camtu dah tak nampak. Owhhohohoo dengan tak mandinye tukar2 baju & sarung tudung. Tengok jam pukul 6.15pg. Erk... salah tengok ke? Uiks, terang kat luar tu macam kat sini pukul 7++ huhuhuuu tipah tertipu!!!


Sebab takde kenderaan, makanya perjalanan kami terkandas. Hajat hati nak ke New Zealand Malaysia - Desa Castle. Tengok lembu. Tak dapat ke tempat lain pun x ape, dapat ke situ saja dah cukup. 
Pakat dengan tuan homestay - Niah. Katanya, abang dia Jimmy boleh bawak kami ke situ tapi masa tu abangnye dlm perjalanan ke Ranau. Ada kerja sikit. Niah suruh kami tunggu di Pekan Kundasang sambil breakfast. Macam biasa, kat sini makannya itulah... mee hun sup. Encik suami makan roti bakar. Selera dia dah tumpul bila tengok menu yg sama. Itu, itulah jugak yg dimakan sejak dari hari pertama sampai Sabah ni. hahahaha

Tengah2 menikmati breakfast, sekali hujan turun daaaaa. Lebat juga. Punah harapan nak ke Desa Castle. Bincang2 dgn en hubby. Cancelllah. Kalau bjalan hari hujan camnelah pulak,kan sedangkan gambar2 aku tengok org2 yg g Desa Castle tu bukan ade atap pun. Kawasan terbuka aje... Makanya call Niah. Cancell je cakap kat Jimmy. Elok2 kami duduk2 dgn perasaan sebal, hujan pun berhenti. Matahari pun muncul. Perasaan masa tu... Ya Allah... tak tau nak kate camnelah. Aku call Niah semula minta cakap dgn Jimmy, aku nak on semula sbb hujan dah berhenti. Tapi Niah kate, Jimmy dah ada customer lain. Owhohohooo Redho sajelah,kan... nak buat camne. Memang tak izin olehNya...

Lemas rasanya duduk2 saja xde buat apa2 dengan perasaan sebal x sudah. Akhirnya kami berkemas untuk balik ke Kota Kinabalu. Call Niah lagi minta dia panggilkan teksi. Tunggu di bawah bukit, tepi jalan besar. Pukul 11++ kami dah terpacak tunggu teksi yang dikatakan. Lebih kurang 20 minit dalam teksi, Niah call tanye adakah aku dah selamat dpt teksi yg ditempahkan. Bagus service dia. Nanti kalau ke Kundasang lagi, bolehlah nginap di homestay beliau - 019-809 3992. Ramah juga orangnya.


Gunung Kinabalu di awal pagi... puas hati dapat tengok tersergam depan mata.



aku berlatarbelakangkan gunung kinabalu di awal pagi. Julie homestay ni pun ok juga. betul2 mengadap jalan. 

Sampai KK, minta pemandu teksi hantarkan kami ke Kg Air which is just sebelah je dengan stesen teksi tu. Sebab hujan lebat, aku minta pemandu teksi carikan hotel (x ingat nama hotel). Dia pun macam blur je & minta bayaran lebih rm5. X kisahlah bayar lebih. Yang penting sampai depan hotel tu sbb hujan lebat. Tapi pusing2 kat situ, x nampak hotel yang dicari. Akhirnya kami turun saja. tepi jalan tu. Hempppp bayar lebih for nothing la kan... xpalah....!
Turun aje, terus masuk hotel berdekatan. Tanye rate utk semalam. Rata2 rm80 ke atas. As backpacker (kononnye) nak cari yg lagi murah dari tu hihii dan akhirnya kami menginap di Impiana Mutiara dgn bayaran rm60++. Ok tu, kan... tp bilik xde tingkappunye type. Yg ada tingkap punye type dah penuh. Aku nak yg setingkat dgn reception kaunter sbb nak wifi connection. Tingkat 1 full book & tingkat 2 pulak x dpt wifi connection.

Rehat2, tidor... bangun, bersihkan badan & keluar. Perut lapar da tp nak simpan perut ni untuk makan malam kat pasar filipina tu. Tak boleh tahan kami makan kongsi nasi goreng sepinggan kat Ikan Bakar Station. Hahaha Dan malamnya barulah makan berentam kat pasar filipina yang ramainye orang jual seafoood bakar2. Makan di kedai yang berlainan dari hari pertama sebelumnya. Rasenye lebih best yg kat sini. Sambal dia kena dengan tekak aku.

Habiskan masa jalan2 di pasar malam filipina lagi. Masa untuk beli sourvenir dan buah tangan untuk diri sendiri, kakak dan anak2. Aku beli t-shirt, fridge magnet, dan keronsang set utk kakak2 aku. Aku beli gelang mutiara juga untuk kami 3 beradik :D Sebenarnya dah cakap dengan en hubby, percutian kali ni bukan nak shopping2 sgt tapi lebih pada jalan2 saja. Taknak jadi macam cuti2 Srawak kelmarin. Sampai terlebih kg, kena bayar pulak RM150++ dekat rm200!

** hari inilah kelihatan langit luar biasa di kota kinabalu yg masuk dlm berita dan surat khabar. tapi aku tak tengoklah sbb kejadian tu pagi-thari sedangkan aku sampai KK dah pukul 3 ke atas dan ketika tu ujan lebat **

Itu sajalah cerita di hari ke tiga. Catitan perbelanjaan untuk hari ke 3 tak ingat letak di mana. I;Allah nnt kalau jumpa aku edit di sini...

I' Allah akan menyusul n3 terakhir percutian Kota Kinabalu ni... i'Allah dan terima kasih kerana sudi berkunjung :D 

Kaw2 Burger Bakar @ Lokas Makana, Puchong Utama



As salam...

Cerita malam minggu kelmarin. Dinner burger bakaq kat Lokas Makana, Puchong Utama. Tak jauh sangatlah dari rumah... dalam 10-15 minit perjalanan. Tapi kalau every time lalu kat trafik lite tu hijau je lampunye, kurang dari 15 minit dah boleh sampai hihihiii meh jap aku kire berapa trafik light kena tempuh dari rumah ke tempat ni... hemppppppppppppp 4 trafik light!

Ok, harga utk yg boy makan ni rm11++ (x ingat exactly price). Adik yg amik order tu yg suggest,kan. Lagi 1 amik yg biasa punya - rm8++. Bila sampai kat meja, aku tengok tak banyak beza pun antara yg rm11++ & rm8++ tu. Cuma nampak yg boy punye tu atas cheese tu ade slice bacon (kottt). Tapi xpa... aku tak heran pun. 1st time makan makenye...for next time kite taulah nak order camne,kan...?


Yang aku punye, ni kat atas ni... sosej 3 batang tu order asing (rm1.50) sbb kengkonon nnt Mierza dan Baby boleh makan wat kudap2. Tapi tengok2 dorang lagi terliur makan roti canai sekeping sorang. Makanya sosej bungkus bawak balik hahaha!

Meriah juga suasana tempat makan situ. Cuma servis agak sopan santun, bak kata en hubby. Air yang aku pesan, sampai habis burger aku makan, tak sampai2. Padahal punyelah lelah nak menghabiskan burger yg berdaging tebal tu.

Just a suggestion, pelayan yg hantar2 order orang tu mungkin boleh jerit/panggil/sebut nombor meja sambil lalu. Tentu lagi meriah, ye tak??? So you'll x buang masa ke hulu ke hilir mencari nombor di atas meja yg banyak dan merata2 tempat tu. hempppp.......... tapi pada aku tempat tu mmg best jugaklah. Western ade, ikan bakar ade, char kuey teow ade... hakikatnye i'Allah kemungkinan akan repeat lg ke situ.

And actually, mase aku baru2 pindah sini, aku pernah singgah Lokas Makana ni tapi tak makan pun sebab masa tu mungkin baru buka kot. Adelah 2/3 meja yg diduduki pelanggan. Sunyi, suram je. Gerai yang berniaga pun tak banyak dan kebanyakkan kedai tutup. Tapi tadi aku pergi, memang nampak perubahan sungguh. Orang jual baju, tudung & barang2 lain pun ada gak. Nak parking kereta pun tercari2. Mujur juga dapat parking yang dekat dgn gate. Rezekilah tu :D

Ok, itu saje nak celoteh. Kepada yang nak singgah, dipersilakan.
Macam2 ada kat Lokas Makana tu... 

## ikhlas ni, pengurusan Lokas Makana x bayo pun suh promot hahahaha!!! ##


Sunday, September 23, 2012

Seri Muka Pelangi


As salam... selamat berhujung minggu untuk semua :D

Seri Muka Pelangi buat untuk minum petang semalam. Resipi ambil dr blog Che Siti. Tq.
Takde benda nak celoteh... jom layan resipinya. Yang nak cuba silekan... 

Kepada Che Siti, terima kasih dan minta izin sharekan resipinya di sini.

Bahan lapisan bawah:
2 cawan santan cair
1 1/2 cawan beras pulut - cuci dan rendamkan 3 jam
1 sudu teh garam

Bahan lapisan pelangi:
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula pasir (boleh tambah lagi jika suka lebih manis)
3 1/2 cawan santan (boleh tambah lagi jika perlu)
1 camca teh garam
Pewarna  Merah, Oren dan kuning.

Cara-cara :
1. Panaskan periuk kukus hingga air mendidih.
2. Satukan bahan lapisan bawah dan masukkan semua dalam loyang dan kukuskan.
3. Apabila pulut telah masak tekankan dalam loyang sehingga mampat - boleh juga alas loyang dengan plastik, agar senang nak keluarkan kuih nanti.
4. Satukan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna, blender halus dan tapiskan.
5. Bahagikan adunan lapisan pelangi kepada 3 bahagian sama banyak.
6. Masukkan setiap bahagian dengan satu warna kacau rata.
7. Kukus semula pulut yang telah dimampatkan.
8. Tuangkan lapisan dengan warna merah dan kukus selama 8 minit. Buat lapisan kedua kukus lagi dan seterusnya hingga habis.
9. Apabila telah habis semua lapisan, kukus semula selama 20-25 minit dan tutup dengan  tuala bersih pada tutup kukusan agar tiada air menitis atas kuih nanti. Sejukkan betul-betul baru dipotong kuih dengan pisau plastik.
10. Sesuai untuk minum pagi atau petang.

Wednesday, September 19, 2012

Kisah Hati by Sofieza Isqandar


As salam...

Ambil bungkusan hari Isnin kelmarin sempena cuti Hari Malaysia. Terima dari poslaju dah lebih seminggu kalau tak silap. Sebab bungkusan di alamatkan ke rumah arwah mak, kenalah tunggu free & kena tunggu penyewa yg tinggal di rumah mak ade di rumah, baru boleh dtg ambil bungkusan ni.

Terima kasih Fajar Pakeer. Masih ingat dengan penulisnya ini. 

Begitu lamanye menanti penerbitannya. Aku tak gusar, sebab aku tahu pasti akan terbit juga. Antara cepat atau lambat saja. Cuma kalau anda membacanya dan terlihat jalan cerita yang mcm dah out of dated, sila harap maklum, aku menulisnya sudah bertahun2 dulu.  Tapi rasenye tentu editor ada buat pemantauan tentang tu supaya jalan ceritanye up to date. 

Jujurnya, aku sendiri dah ingat2 lupa dgn jalan cerita keseluruhannya.Penulis sendiri nampaknye kena luangkan masa duduk dan baca balik ape yg dia dah karang hihiii... 

Harap menepati selera anda yang membaca :D

Harga Di Pasaran : RM24 smnjg & RM27 ss
Ketebalan : 699 muka surat
http://fajarpakeer.blogspot.com

Mari aku kongsikan sinopsis belakang novel...

"Qira tak macam gadis lain. Qira ni tak sempurna, bang," ujar Naqira perlahan, merendah diri.
"Tak ada manusia yang sempurna, Qira."
"Tapi Qira lain."
"Qira memang lain. Qira lain sangat di mata abang. Lain itulah yang menjadikan Qira terlalu istimewa di mata abang. Qira hanya satu dalam hati abang."

Aduh... romantiknya dia! Bahagialah hidup ini seandainya sikap Syahmie terus begini. Naqira kagum dalam malu, gembira dalam segan. Dia bangga menjadi seseorang yang istimewa dalam hidup seorang lelaki! Pada saat itu Naqira terasa dirinya terlalu berharga. Dia merasakan dirinya terlalu dihargai, sangat disayangi.
Namun, akan sampai bilakah Syahmie begini dengannya? Mungkinkah Syahmie akan mula pandai mengungkit nanti apabila perasaan sayang yang tulus ikhlas untuknya itu jadi memudar kerana sejarah keluarhanya yang tidak sempurna? Dan, ibu Syahmie yang hendak sangat berbesan dengan sahabat baiknya, akankah terima Naqira sebagai menantu sedangkan yang wanita itu mahu adalah Mastura.
Kisah hati ini akankah menjadi satu hubungan suci untuk selama-lamanya...?

Wassalam 
:D

Kek Pisang Simple


As salam dan selamat sejahtera...

Lame dah buat kek pisang ni. Kat fb dah buat tayangan amal. Kat blog baru ni nak share. Lupe, hilang ingatan... rase2 macam dah share. Rase2 pulak belum. Ish teruk betul daya ingatan ini. Banyak makang semuk kot hihiii

Kek pisang simple yang senang dan mudah sekali. Hasil meng'google', jumpe resipi kat SINI. Terima kasih banyak ye Kak An & minta izin kopipes resipi kat sini yek. 
Kena kat aku sume benda klu boleh nak yg mudah2 belake. Yang bahan sikit2 belake. Tak gemar yg banyak2 bahan, yang payah2 nak godek. Sebab kerajinan selalu low sesaje hikhikk. Resipi ni memang sesuawei sgt le dgn tahap kerajinan aku. 

Aku buat kek pisang ni untuk sambutan birthday anakanda kenit kat skul. Selalu buat tempahan orang, kek coklat moist, kek butter, red velvet... kengkonon untuk anak sendiri nak trylah buat kek lain sikit. Alhamdulillah, hasilnye tidak menghampakan. Malah puas hati. Aku buat 2 adunan dari resipi yang dikongsikan di bawah ni. Salut dgn choc ganache.

"adik nak gambar ben10..."
bagus anak mama, tak banyak cerewet, hihihiii 


Bahan-bahan:
4 biji pisang emas/ awak (saiz sederhana)- hiris nipis dan lecek
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla
Cara-cara:
1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah Celcius api atas bawah.
2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak atau kertas biasa AA
3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih. (3-5 minit)
4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung. Kacau rata dengan senduk.
5. Masukkan pisang, esen pisang dan air limau. Gaul sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven selama 45 minit atau kek keperangan seperti di dalam gambar. Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui kek masak sempurna atau tidak.
*** Letakkan kek di rak paling bawah oven ( kalau guna oven elektrik 21 l) api atas bawah sepanjang proses untuk hasil memuaskan.

Tuesday, September 18, 2012

27 tahun sudah...


As salam...
Masya Allah, sedar tak sedar, 27 tahun sudah persahabatan ini terjalin. Syukur kepada Mu ya Allah...

Sabtu lepas (15/9), aku bersama Shadila, Ros & Normah menghadiri majlis perkahwinan adik Norzarina di Bandar Sri Damansara. Walaupun sesar melarat, tapi akhirnya sampai juga kami. Alhamdulillah...
Sahabat aku - Norzarina ni belum kahwin lagi. Kiranya adik dia yang kahwin ni langkah bendul la. Tapi kate Norzarina yang kami panggil Jenab, bukan langkah bendul dah, tapi terjun tingkap terus. Pasal ape kate gitu...? sebabnya bukan hanya Jenab sebagai kak long ni saja yang belum kahwin. Tapi juga kak ngahnye, dan abangnye. Kirenya yang kahwin ni adik perempuan bongsunye. Bawah pengantin perempuan ni ade 2 orang adik lelaki. Hihiii ape nak buat, kan... dah jodoh si adik sampai dulu. Kenalah kakak dan abangnya bagi laluan. Kesian pulak nak ditahan2.

Kalau ikutkan ade beberapa orang lagi kawan2 yang seangkatan ini nak ikut sama tapi iyelah, masing2 pun ade hal sendiri. Jadinye kami2 sajelah yang datang.


Sebab dah lewat petang, sampai pun dah agak lewat... kenalah beransur pulang. Kalau ikutkan hati nak berlama-lama kat situ. Macam2 nak cerita. Macam2 nak cakap. 

Aku berdoa semoga persahabatan ini kekal selamanya dan direstui oleh Yang Maha Esa. 
Amin...

dari kiri : aku, Normah, Norzarina (Jenab), Shadila & Ros

Monday, September 17, 2012

Lasagne Ayam



As salam dan Selamat menyambut Hari Malaysia hari ni. Selamat bercuti :D 
Minggu lalu anak2 hanya bersekolah sehari saja - Jumaat. Cuti sempena UPSR. Bila anak2 ada kat rumah, mama merajinkan diri sikit. Sikit saje, tak banyak mane pun. Hihii... Buat lasagne ayam ni. Anak2 suka sangat. Puas hati tengok dia orang makan. Begitulah sambutannye kalau jarang2 buat,kan... kalau selalu buat, dia orang pun tak pandang. Protes pulak lagi. Aish!!!
Ok, jom tengok resipi simple dimple ni. Aku kalau masak, tak suke banyak2 bahan. Banyak bahan, tinggi kos. Yang penting diterima tekak anak2 dan mereka gemar akannye, dah cukup alhamdulillah.

Bahan2:-
Kepingan lasagne
Sos Prego
Ayam kisar - aku guna jenama Ramly
Cendawan dlm tin
Bawang besar - potong dadu
Bawang putih - potong hancur
Serbuk lada hitam
Oregano herbs
Sos cili - pilihan
Minyak zaitun untuk menumis
garam
mozzarella cheese parut
parmesan cheese

Cara2:-
- panaskan minyak zaitun dalam kuali. tumis bawang besar & putih hingga layu & naik bau.
- masukkan daging. goreng sekejap hingga air daging agak2 kering & separuh masak.
- tuang sos prego (atau apa2 jenama) & sos cili. gaul rata.
- perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan sedikit oregano herbs. gaul.
- masukkan cendawan yang dipotong2. gaul rata2. biarkan seketika & boleh tutup api. ketepikan.

Lepas tu, sediakan pos putih. Dalam masa yang sama boleh celur seketika kepingan lasagne dalam air mendidih yang dicampur dgn sedikit garam dan minyak zaitun (guna minyak biasa pun boleh).

Penyediaan Sos Putih :-
Bahan2 :-
2sb marjerin
2 sb tepung gandum
250g susu segar (aku guna susu high calc)
1sb keju mozzarella/1 keping cheese 
garam

Cara2 :-
- cairkan marjerin. guna api sederhana.
- masuk tepung. kacau sebati.
- tuang susu segar & garam.
- masak seketika sambil kacau. agak2 pekat sikit, tutup api.  

* boleh buat double adunan klu nak hasil lasagne yg meleleh2, wallah!!!

~ sebelom kebakaran ~

Cara Melapis :-
- susun kepingan lasagne dalam loyang. aku guna loyang aluminium foil. guna loyang besi biasa pun boleh juga. loyang kaca pun boleh jugak.
- tabur dengan inti ayam menutupi kepingan lasagne.
- tuang sos putih menutupi inti ayam.
- tabur parmesan cheese dan mozzarella cheese di permukaan sos putih. klu xde parmesan cheese, mozzarella saje dah cukup. suke, cheese banyak2, taburlah banyak2.
- lakukan hingga 3 lapisan kepingan lasagne. itu standard la tu. kalau nak tinggi lagi, silekan. tak kena saman pun hahaha!! lapisan atasnye adalah seperti gambar di atas ni. 

Ok, selamat mencuba kawan2!

Tuesday, September 11, 2012

Re Stok!!!


As salam...

CHEEZY POWDER (rm12/200g) 
TEPUNG GORENG AYAM RANGUP (rm15/set  [300g tepung & 40g seasoning + chili powder])

Yang berminat nak beli boleh hubungi saya...

Fiza Nordin
017-3113 226 (call/sms)
03-8322 1708 (rumah)
sofie2_za@yahoo.com (email)
pm inbox @ facebook

tq

Thursday, September 06, 2012

Kek Pelangi aka Rainbow Cake



As salam...
Rainbow cake ni aku buat sebelum puasa kelmarin. Buat untuk sambutan birthday anak2anda sekelian.
Kali kedua aku buat rainbow cake dengan resipi yang berbeza. Rasenye resipi yang ni lebih senang dan best. Untuk kali ni aku buat toping fresh krim.
Takyah nak celoteh panjang lebar, meh aku kongsikan resipinya. Hasil godekkan di MyR, resipi Syufa jadi pilihan. Terima kasih banyak2...

Bahan-bahan ( Satu Kek Bulat )
  • 2 cawan Tepung naik sendiri (self-rising flour)
  • 1 1/2 cawan gula pasir dikisar halus
  • 5 biji telur ayam (gred B)
  • 250gm butter
  • 550gm buttercream readymade (beli kat kedai jual bahan buat kek)
  • Pewarna (kuning,biru,hijau,ungu,merah,oren)
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan susu pekat + air, sukatan air tak kisah byk mana sbb untuk kurgkan kepekatan susu (untuk moist & lembutkan kek)
  • Sprinkle Star/Beads sebagai hiasan pada cream kek

Cara-cara

  1. Pukul butter dengan gula yang telah dikisar halus selama 15 minit sehingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan yang sedang dipukul tadi.
  3. Masukkan esen vanilla. Dan diikuti dengan tepung naik sendiri dan pukul lagi hingga adunan sekata. Masukkan juga susu + air.
  4. Setelah adunan sekata, asingkan adunan ke dalam enam mangkuk yang berlainan / mengikut bilangan warna yang diingini. Campurkan pewarna ke dalam adunan yang telah diasingkan mengikut warna masing-masing. Gaul hingga warna rata.
  5. Setelah habis menggaul untuk semua warna, masukkan adunan ke dalam loyang untuk dibakar.
  6. Adunan hendaklah dibakar selama 15 minit pada suhu 140°c. Apabila adunan telah masak, sejukkan terlebih dahulu.
  7. Buttercream perlu dipukul sehingga kembang sebelum disalut pada kek. Antara lapisan kek perlu disapu sedikit buttercream supaya lapisan kek melekat antara satu sama lain.
  8. Salut kek yang telah dilapis antara satu sama lain tadi, hingga rata dan hias mengikut kreativiti anda.
Untuk lihat lebih jelas step by step boleh klik >> http://www.myresipi.com/top/detail/15070

Monday, September 03, 2012

Kuih Bakar Pandan


Morning, Assalamualaikum...
Masih belum terlambat rasanye nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada pengunjung blog ni...
Alasan biasa, kebizian melanda membuatkan blog tak terlayan.
Kuih Bakar Pandan, aku buat semalam untuk jamuan minum petang. Panggil kawan2 dari rumah lama, kawan2 alam maya, saudara mara dan teman2 yang berdekatan. Yang hadir semalam diucapkan ribuan terima kasih. Yang tak dapat datang, tak apelah. Mungkin ade hal lain dan kepada yang tidak terjemput, maaf diminta. Mungkin lain kali, Insya Allah. Doa2kan semakin murah rezeki, dapatlah buat lebih besar dan boleh dengan senang hati menjemput semua kenalan. Alhamdulillah....
Selain kuih bakar pandan dibuat semalam, juadah yang aku sediakan adalah cheese tart dan kek coklat. Sementara juadah utama seperti mee kari dan kuah lontong minta tolong kakak sulong yg duduk di Tmn Sri Bayu, Sepang buatkan. Aku rebuskan nasi impit. Nasi impit tu ade dua pilihan nak makan dengan kuah lontong atau kuah kacang dari satay yang en suami tempah dari Satay Kajang Hj Samuri. 
Alhamdulillah, jamuan berjalan lancar. Kepada yang hadir, harap segala kekurangan dapat dimaafkan. 
Ok, aku sharekan resipi kuih bakar pandan yang dah lame aku simpan resipinya. Hasil kongsian resipi Joayee @myresipi. Terima kasih banyak2. Bahan2 simple dan cara penyediaan yang ringkas. Itu yang aku suka sangat. Pernah buat sekali lama dulu dan puas hati dengan hasilnya. Hanya guna blender untuk satukan semua adunan tapi sebab aku buat sekali dua adunan, banyak, aku guna mixer. Rata juga dia....

Bahan2
2 cwn tepung gandum
3 bj telur
1 cwn gula
1 cwn jus pandan - aku guna 1sb pandan emulco + secawan air
2 1/4 cwn (450ml) santan - aku guna 200ml santan kotak + 250ml air
2sb butter
1/2 sk garam
pewarna hijau - tak letak sbb guna emulco
bijan - taburan

Cara2
> campurkan semua bahan. blend hingga sebati.
> panaskan oven. 
> sapu minyak/marjerin pada loyang.
> panaskan loyang dlm oven untuk seketika. keluarkan loyang sapu minyak/marjerin sekali lagi pada loyang. 
> tuang adunan dalam loyang. tabur bijan di permukaan adunan.
> bakar 180c - garing, masak dan kecoklatan.

Selamat mencuba dan bertemu lagi di lain n3
;) 

  

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)