Followers

Monday, July 30, 2012

Biskut Tutku -

Buka Untuk Tempahan

rm25/50pcs
*fillin coklat hazelnut

call:03-8322 1708/ sms:017-3113 226/ email: sofie2_za@yahoo.com

cepat, cepat, stok terhad!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 29, 2012

Tart Nenas

As salam, ramadhan ke 9 hari ni, alhamdulillah!
Ok, ni biskut raye aku yg pertama untuk tahun ini. Bila terasa nak buat tu, terus je buat. Laju je kejadiannye. Alhamdulillah, begitulah klu memang Dia izinkan.
Sejak2 merajinkan diri buat biskut rase dr beberapa tahun lepas, inilah kali pertama aku buat tat nenas gini bentuk dan gayanye. Sebelum ni memang buat tat gulung saja. Usaha tu p beli acuan hihihiii dan yg pastinlepas ni aku kena geledah lagi tool biskut & kek cari acuan tart nenas aku. Masa pindah aritu, aku tak ingat mane ntah aku letak. Klu x jumpe, kenalah beli lain nampaknye. Start esok nak mula buat untuk tempahan.
Oh yes... aku memang tak uwar2kan untuk terima tempahan sebarang biskut sangat tapi aku terima je klu ademorg yg nak tempah. So,klu ade yg nak tempah bolehoah call/sms 017-3113 226/03-8322 1708. Boleh juga email sofie2_za@ yahoo.com Kalau rajin, x payah tempah. Boleh try cuba test buat ikut resipi kat bawah atau google resipi kawan2 lain occay....

Bahan2
250g marjerin
2sb gula kastor
2sb ovellette
2 bj telur (kuning saja)
1sb esen vanila
1sk pewarna kuning
1/2 cwn tepung jagung
Tepung gandum (kuantiti sehingga jadi doh lembut.)

Cara2
Mixer marjerin, gula dan ovellete hingga sebati.
Masukkan telur dan esen vanila. Terus dipukul hingga kembang.
Masukkan pewarna kuning, pukul lagi.
Masukkan tepung jagung. Terus mixer hingga sebati.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diuli hingga jadi doh yang tak melekat di tangan tapi lembut. Janga terlebih tepung, sakit jari jemari nak memicit dlm acuan tat nnt...

Selamat mencuba :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 27, 2012

Cucur Udang - Iftar 6

As salam ibu2, kakak2, adik2....
Alhamdulillah, dah hari ke 6 puasa... moga amal ibadat dan puasa kite diterima & diterima olehNya, amin!

Hajat nak mencucur udang tertangguh semalam. Sepatutnya nak buat semalam tapi dah lewat sms en asben mintak belikan daun kucai dan taugey. Tak sampai beberapa saat sent sms, dah terdengar bunyi motor en asben depan pagar. emp..... Memula rase nak redah jugak buat tapi fikir2 xmolah tgopoh gopoh-gapah sgt... mcm xde esok dah, kan. Jadinye sabarkan je la hati.

Dedulu mase meniaga bazaar ramadhan, aku ade buat cucur udang ni utk jualan. Tapi bukanlah tandanye dah xpert sgt,kan... kali ni buat still jugak menggoogle cari dan tengok2 resipi orang lain. Hasilnye aku jumpa ade yg letak serbuk pati ayam atau ikan bilis. Ade yg letak baking powder instead of ibu roti mcm aku buat dolu2. Jadi aku try2 la campur dan gabungkan. Alhamdulillah, hasilnye tak menghampakan. Okeh, jom tgk resipi!

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
3 sb tepung beras
1/2 sudu makan baking powder
15 ekor udang kertas sederhana besar
4 batang daun kucai - potong pendek-pendek
1 genggam taugeh
1 labu bawang besar - cincang
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk pati ayam knorr
1 1/2cawan air - agak2, tgk kepekatan dan kecairan tepung
minyak

Cara:
1. Dalam mangkuk, gaul kesemua bahan di atas kecuali udang dan minyak. 
2. Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng terendam.
3. Panaskan senduk besi bertangkai di dalam kuali.
4. Bila senduk dah panas, sudukan adunan tepung dan letak seekor udang di atasnya.
5. Rendam semula senduk besi bersama adunan tadi dalam kuali. Goyang-goyang sikit supaya adunan tertanggal daripada senduk atau boleh guna penyekit utk tanggalkan cucur udang dr senduk. Balik-balikkan cucur udang supaya masak sekata. Angkat dan toskan.
6. Buat sampai selesai.
7. Cucur udang sedap dinikmati dengan sos cili, sambal cili dan kuah kacang. Ikut tekak masing2 lah ye...

Selamat Mencuba!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, July 25, 2012

Biskut Coklat Rice


As salam...
Salah 1 biskut raya aku...? owh tidak... Biskut ni aku buat dah beberapa minggu lepas tapi terlupa nak update.
Resipi aku amik dari blog Kak Hanieliza dan aku tambah serbuk roti untuk lebih crunchy. Alhamdulillah rasenye taklah menggangu rase. Sedap di tekak aku, i'Allah... jom kite tengok resipi... Terima kasih ye Kak Hanielitza.

Bahan2
250g butter
150g gula halus
1 biji kuning telur
50g tepung jagung
230g tepung gandum
30g serbuk koko
50g serbuk roti -aku tambah

Hiasan
paper cup - aku tak guna
coklat rice
badam cincang -aku x letak
1 biji telur putih
Cara2
- Pukul butter dan gula hingga sebati.
- Tambah kuning telur.
- Ayak tepung jagung, tepung gandum danserbuk koko. Masukkan dalam adunan butter sedikit demi sedikit berselang seli dgn serbuk roti.
- guna acuan bunga dahlia untuk pattern. Pam dalam paper cup. - Aku roll tebal +- 5mm dan potong2 4 segi guna pisau.
- Hias dengan coklat rice dan badam cincang - aku sapu permukaan cookies dgn telur putih dan tabur coklat rice.
- Panas oven 175c. Bakar 25 minit atau hingga mask.
- Simpan dalam balang setelah sejuk.
Selamat mencuba...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Karipap Kentang Ayam - Iftar 4

As salam... alhamdulillah, hari ni dah memasuki hari ke 5 berpuasa. Semoga dipermudahkan olehNya.

Takziah diucapkan kepada suami dan keluarga Allahyarhaman Rohani Akil atas pemergiannya kembali ke rahmatullah jam 12.45 tgh malam semalam. Arwah yang biasa saya panggil Kak Ani, adalah salah seorang jiran saya semasa tinggal di Flat Desaria, Taman Medan. Arwah seorang yg ramah dan senang gelak itu meninggal dunia kerana kanser rahim, penyakit yg telah lama ditanggungnya. Arwah meninggalkan suami yang setia dan selalu berada di sisinya juga anak2 yang masih kecil, Amira (10 thn), Arissa (9 tahun) & Alif (7 tahun). Semoga suami, anak2 dan keluarga redha dgn pemergian arwah dan di doakan semoga roh arwah di tempatkan bersama orang2 yg soleh... amin!

Untuk berbuka kelmarin, aku gentel karipap request en suami. Sebenarnya dia dah request dari hari ke 2 puasa, tapi baru semalam aku buatkan. Waktu amat terbatas, maafkan isterimu ini ye bang, hihiii Seperti dalam n3 sebelumnya, klu buat karipap, memang tak payah nak terasa penat sgt. Sebab tgk suami dan anak2 makan, memang puas hati. Suke je dorang... tapi kenalah tengok resipinya. Mereka suka kulit karipap yang liat selepas sejuk. Ada sekali haritu, aku buat ikut resipi yang kulitnye tetap rangup walaupun dah sejuk, sambutannya adalah tidak begitu menggalakkan. En suami dan anak2 tak suke plak. Aishhhh macam2 kan... tapi xpe, at least dah cuba dan dah taulah macam mane penerimaan tekak si tukang makan. Yang tukang buat ni, memang dari zaman budak2 tak berapa berkenana makan keripap hihihiiii
Jom, moh tengok resipi!

Bahan2 - doh
300g tepung gandum
3 sb marjerin yg dipanaskan
air + garam secukupnya

Cara2 - doh
Dalam mangkuk, gaul tepung dengan marjerin cair. Biarkan 10 minit.
Tuang air sikit2 sambil digaul. Uli hingga tepung menjadi doh yang tak melekit di tangan.
Gentel doh kecil dan biarkan seketika sebelum digelek.

Bahan - inti
Kentang - potong dadu
Bawang besar - mayang
Bawang putih - mayang
Halia - mayang
Isi ayam
Cili kisar
Serbuk pati ayam
Serbuk kari
Air secukupnya
Garam

Cara 2 - inti
Panaskan minyak. Goreng isi ayam hingga agak garing. Masukkan bawang besar, halia dan bawang putih. Goreng hingga naik bau.
Masukkan ubi kentang. Goreng hingga ubi kentang empuk.
Masukkan cili kisar dan goreng hingga cili garing. Selalu dikacau supaya kentang tak melekat di kuali.
Masukkan serbuk kari. Gaulkan sebati dan goreng terus.
Tabur serbuk lada hitam, serbuk pati ayam dan garam. Gaul. Masukkan air untuk,lembutkan kentang.
Dengan api sederhana, biar air sejat sambil sesekali dikacau.
Tutup api dan biarkan sejuk sebelum digunakan.

Selamat mencuba :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 23, 2012

Udang Goreng Mentega - Iftar 3

As salam...
Rasa dah ade, tapi rupe belum jadi seperti yg kami makan di restoran2 tu huhuuu! Malah terlebih garing pulak. Lame dulu (beberapa tahun lepas), last aku buat udang goreng mentega, masa tu pun tak menjadi. Malah kejadiannye lebih teruk dari ni. Masa tu memang aku rasa tobat nak buat lagi. Terasa nak makan, aku ajak en hubby p restoran dan order. hihihiii Tadi pun masa keluarkan udang dari dalam peti ais, aku ingat nak buat goreng tepung tapi tiba2 aje nak try test cuba buat ni... beberapa tahun berlalu, perasaan serik dah hilang agaknye...
Resipi aku tengok video kat Try Masak. Videonye aku x attach kat sini la ek... tapi aku kongsikan resipinya kat sini. Cuma kalau ikut resipi, ade lemon, ade oat tapi aku tak letak 2 bahan tu.

Bahan2
1) Udang sederhana besar - dibuang kulit (300g)
2) Telur - dikacau hingga pecah (2 biji)
3) Bijirin Oat (5 sudu besar)
4) Daun Kari (1 tangkai)
5) Cili Padi - dihiris nipis (5 biji)
6) Bawang Merah - dicincang (3 ulas)
7) Bawang Putih - dicincang (2 ulas)
8) Stok Ayam (1/4 cawan)
9) Mentega (3 sudu besar)
10) Serbuk Lada Putih (secukup rasa)
11) Gula (secukup rasa)
12) Garam (secukup rasa)

Cara2
Goreng udang dalam minyak panas selama 1 minit.
Angkat dan ketepikan.Kurangkan minyak dan masukkan mentega.
Setelah mentega cair, masukkan telur dan kacau rata.
Masukkan bawang putih, bawang merah, stok ayam, cili padi, daun kari, garam, serbuk lada putih, dan gula.
Apabila naik bau dan daun kari sedikit layu, masukkan udang dan bijirin oat.
Gaul sebati dan hidang.

Selamat Mencuba :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 22, 2012

Serawa Mangga-Iftar 2

As salam... moga ibadat puasa hari ke 2 tadi diterima olehNya.
Serawa mangga, dessert kegemaran aku dan encik suami. Anak2 kureng. Mujur ade bancuhkan air teh, jadinye mereka minum air teh saje.
Teringatlah kat arwah mak dan apak bila ni sbb ini pun kegemaran mereka. Buat serawa bacang, serawa durian, serawa kuini.... aishhhh!
aku xdelah bersukat2 sgt nak buat serawa. Sume main tonggeng je dalam periuk. Bahan2 yang diperlukan ialah santan, gula, garam, daun pandan dan mangga. Masak santan dengan gula dan daun pandan hingga gelegak. Sentiasa dikacau dengan api perlahan. Elakkan dari santan pecah lemak. Boleh tambah air sikit kalau tak suke santan pekat sangat. Tutup air dan biarkan sejuk.
Mangga tu potong kiub letak dalam jug. Tuang santan masak yang dah sejuk. Enak dihidangkan sejuk. Bolehlah letak ais cube dalam tu. Emppp nikmat....

alhamdulillah, selamat mencuba!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Kek Coklat Kukus

As salam...
Tempahan dibuka, untuk hari2 biasa juga istimewa Aidilfitri yang bakal menjelma.

rm30/sebekas
berat 1kg++
size 6x6 inci

Selain untuk makan sendiri dan dijamukan kepada tetamu, juga sesuai untuk dijadikan buah tangan ketika berkunjung ke rumah teman2 & sanak saudara.
Hubungi untuk tempahan: 017-3113 226/03-8322 1708 atau email sofie2_za@yahoo.com
tq

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, July 21, 2012

Puding Karamel Kukus

As salam...
Selamat menyambut ramadhan dan selamat berpuasa. Macam mana puasa hari pertama hari ni? ok...? Sy ok aje... Cuma Mierza tak puasa sampai akhir. Bertahan sampai pukul 12++ camtu. Oklah tu... belajar xlow2 :-)
Hajat di hati ni nak update blog setiap hari untuk Iftar tahun ni... hai entahlah terlaksana ke tidak, kan.... moga diperkenankan olehNya!
Ok, hari pertama Iftar tahun ini aku mulakan dengan Puding Karamel Kukus ni. Hemp... boleh tahanlah tp rasenye tetap x boleh lawan lagi rase lemak merdu resipi Kak Hanieliza yang sebelum ni dah 2x aku buat. Aku bukanlah selalu sangat pun buat puding karamel ni, tapi makan suke! Dan rasenye aku lebih puas hati dengan resepi puding karamel lapis coklat tu.
Tak apa2.... Take in positif way... sedap ni subjektif,kan... klu aku x suka atau kurang minat,,tekak orang lain belum tentu sama dgn tekak aku. jadi dengan itu aku sharekan. resipinya di sini. Yang nak try, silekan. Minta izin pada tuan punye dan terima kasih!

Bahan A
5 biji telur
1 tin susu cair (400ml)
1/2 cwn gula
1/2 cwn air
1 sb esen vanila

Bahan B
1 cwn gula
1 cwn air
* gunakan cwn yg sama
#aku kurangkan pada 1/2 cwn saja

Cara2
-panaskan pengukus.
-sediakan karamel. dlm kuali dgn api sederhana, tuang gula. biarkan gula cair sambil sesekali dikacau. Bila dah cair, tutup api dan tuang air. masa tuang air tu berhati2 sbb takut terpercik. pasang api semula dan masak gula semula dgn air hingga gula cair dan sebati dgn air. Biarkan karamel sejuk sikit baru tuang dlm bekas (klu guna bekas plastik. tp klu guna loyang besi tu, bolehlah terus tuang).
-satukan semua bahan A dlm 1 mangkuk. guna whisk sebatikan semua.
-bila air pengukus dah menggelegak, kukus selama 30-40 minit.
-bila dah masak, sejukkan dulu sebelum dimasukkan dlm peti sejuk. enak dihidang semasa sejuk.

resipi aku tengok kat blog ini >> http://nordaleela.blogspot.com/2010/08/resepi-puding-karamel-gula-hangus-kukus.html tapi step by step buat sendiri.

selamat mencuba!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, July 18, 2012

Blueberi Cupcake

As salam... lame x update... haish bukan lupa tp x bkesempatan + kena virus m 120%!
ok, sebenarnya nama resipi ni Blueberi Muffin tapi bile dah dibakar jadi cupcakes pulak... hihiii jadinye mintak ampunkan pada Kak Rinn Chan. Pepandai je kite tukar namanye, kannn...
Namun begitu aku suka dengan teksturenye yg lembut dan gebu. Muffin yg aku faham seharusnye bertekstur padat dan lembap. tapi yang ni tak..
Tak payahla panjang lebar berceloteh ye... tadak idea... mari2 aku kongsikan resipinye. Minta izin dari tuan punye dan teima kaih. juga terima kasih pada kak Norlie sebab aku gedek resipinye dr blog beliau...

bahan2
280g butter
240g gula caster
4 biji telur
2 sk esen vanila
250ml susu segar
*400g tepung gandum
*4sk baking powder
blueberi fillin secukupnye

nota:* aku gunakan tepung naik sendiri,baking powder tidak diperlukan.

cara2
- ayak tepung gandum dan baking powder 3x. ketepikan.
-pukul mentega dan gula hingga gebu.
-masuk telur sebij demi sebiji. pukul.
- masuk esen vanila dan susu segar. pukul lagi.
- kaup balik tepung dalam adunan sikit sikit hingga habis. jangan terlebih gaul.
*- isi dalam muffin cup separuh penuh. isi blueberi dan tutup semula dengan adunan 3/4 penuh.
- bakar 180c 25-30 minit atau sehingga mafin benar2 masak.

nota:* aku isi 3/4 penuh cup muffin dan letak blueberi filling. kemudian lorek guna lidi permukaan adunan.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, July 07, 2012

Homemade Jem Nenas - ready stok


HOMEMADE JEM NENAS
ready stok

rm17/1kg

pos: rm8/1kg/smnjg, rm11/kg/sabah & sarawak
ATAU 
cod La Cottage, Tmn Putra Perdana, Puchong

100% buatan bumiputera
100% halal, i'Allah...

call/sms: 017-3113 226/03-8322 1708
email: sofie2_za@yahoo.com
pm inbox @fb fiza nordin

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)