Followers

Wednesday, March 28, 2012

Terung Sambal Tumbuk

Salam pagi Rabu... Arghhhh banyak betui n3 tertangguh. Cukup malas nak meng'n3'... Entah ngape pun tak tau....

Terung Sambal Tumbuk ni kite masak semalam. Actually memang selalu juga masak macam ni. Bukan saja terung,kadang2 kite gantikan dengan kacang buncis, telur mata dan macam2lah. Tapi hari ni kite tepek resipi yg kite selongkar2 dari dapur Kak Diana-Sky Blue. Resipi asal dr Kak Umi Kuantan. Terima kasih pada keduanya. Kite tumpang tepek resipi ye....


20 ulas terung mini (boleh juga guna terung lain) - sy sprt K Diana, goreng terung sekejap dlm minyak cetek.

3 biji cili merah (buang biji)*

4 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

1 inci belacan dibakar* (semua bahan * ditumbuk kasar) -sy x letak

1-2 sudu besar cili kering kisar - sy x letak

1 sudu besar air asam jawa

6-9 biji cili padi thai - diketuk (sy tumbuk sekali dgn bahan *)

2 sudu besar gula/secukup rasa

Garam

Minyak untuk menumis

Taburan ikan bilis yg direng rangup-sy tambah.


Cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan * hingga naik bau.

2. Masuk cili kering kisar. Goreng hingga naik minyak.

3. Masuk air asam jawa dan perasakan dengan garam.

4. Masukkan terung. Gaul rata dengan bahan tumis. Angkat.


Cara saya: biarkan kuah agak2 pekat sikit dan tuang atas terung. Tabur ikan bilis.

Sedia dimakan bersama nasi panas.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 26, 2012

Peanut Candy - Ready Stock

PEANUT CANDY - READY STOCK


3 Perisa:

1-BARLEY PEANUT CANDY

2-COFFEA PEANUT CANDY

3-SESAME PEANUT CANDY


SENARAI HARGA :

300gm - RM13

500gm - RM19

1kg - RM38

*boleh campur2


APA BEZANYA PEANUT CANDY KAMI DENGAN KACANG TUMBUK YANG TERDAPAT DI PASARAN..??

1. Barley Peanut Candy dikeluarkan oleh sebuah syarikat yng mengungguli makanan organik di Malaysia.

2. BPC diperbuat dari bahan-bahan asasnya ; kacang tanah, barli, dan gula yang ditanam dan diproses secara organik

3. BPC lembab dan tidak berderai dan berdebu seperti kacang tumbuk yang terdapat dipasaran luar.

4. Ia adalah campuran kacang dan barli, dilitupi dengan camppuran gula barli. HALAL.

5. BPC merupakan snek kurang gula. anda tidak jemu mengunyah kerana kandungan gula yang rendah dan tidak memuakkan.

6. Ia snek sihat yang sesuai untuk seisi keluarga dari kecil, hingga dewaa. anda tidak akan menyesal memilih untuk membeli BPC dari kami kerana harga berpatutan dan rasanya yang enak.


Call/sms - 017-3113 226 / 03-8322 1708(r)

Emel - sofie2_za@yahoo.com PM fb-rafizah nordin


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 23, 2012

Cheezy Macaroni Nugget

Salam pagi Jumaat...

N3 tertangguh sekian lama... Hihii

Resipi simple terinspirasi dari teman maya. Terima kasih banyak2 kerana menimbulkan inspirasi padaku. Ternyata anak2 suke bangat. Bertambah2 makannya sampai habis stok macaroni mama yang telah kian lama tersimpan sunyi dalam gobok. Yok tengok...

Tapi sebelum memulakan resipi, harus dipastikan yg korang ade JALAPENO CHEEZY POWDER. Kat mane nak dapatkan JALAPENO CHEEZY POWDER tu??? Boleh dapatkan dari kite. 200g/RM12. Boleh call/sms 017-3113 226. Atau call rumah 03-8322 1708. Terpaksa kite uar2kan no tel rumah sbb line hp kat rumah baru ni ala2 sipot sedut.1 bar jeeeee semedang! Kadang2 langsung hilang.... :((


Bahan

>macaroni

>butter

>serbuk lada hitam (opt)

>jalapeno cheezy powder

>nugget


Cara

> goreng nugget hingga garing. Angkat dan tos minyak. Potong2 kecil.

> rebus makaroni hingga lembut. Angkat dan tos air. Letak dalam 1 mangkuk.

> letak potongan butter dan serbuk lada hitam gaul sementara makaroni panas. Gaul hingga butter mencair dan sebati dengan makaroni.

>dlm mangkuk kecil, bancuh jalapeno cheezy powder dengan air. Sukatan air bergantung pada kepekatan yang anda inginkan. Tuang dalam bekas berisi makaroni tadi.

> taburkan potongan nugget. Gaul makaroni,sos jalapeno cheezy powder dan nugget hingga sebati semuanya.

>sedia untuk dihidang.


Selamat makan ye... :D


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 21, 2012

Felt Craft



Salam Rabu semua...
Ada masa sikit masa cuti sekolah kelmarin. Buatkan keychain nama anak2 dan gantung kat beg sekolah dorang. Tapi nampaknye Mierza sorang je yang gantungkan pada begnya. Abang dan kakak letak kat pensil box.
Mereka teruja sekali, mama pun gembira :D
Balik2 dari sekolah, dua2nya dah bawak order dari kawan2. hahahaa tak pasal2 je menambah kerja nampaknye ni. Demi tak menghampakan anak2,buatkanlah juga. Tu masih dalam pembikinan. Nanti dah siap bolehlah buat tayangan amal hihii

Ada ke sape2 rasa nak order?
kakakaka

Tuesday, March 20, 2012

Kembalikan Adik Nur Fatihah...

Dalam perjalanan menghantar anak2anda ke sekolah pagi tadi, dengar berita dari corong radio tentang kehilangan seorang remaja berusia 15 tahun. Adik Nur Fatihah dipercayai diculik oleh dua orang lelaki dan seorang wanita yang menaik sebuah kereta jenis Honda berwarna ungu. 

Allahuakbar!!! Sudah2lah berbuat jahat. Ingat2lah Allah S.W.T. banyak2 wahai penjenayah. Sedih betullah. Takut sangat.... Dunia ini sudah tidak selamat tetapi ke mana kite nak pergi??? 

Walaupun tidak kenal ibuayahnye tapi kite tetap berkongsi sedih atas apa yang telah terjadi. Kepada yang menuding jari menyalahkan ibuayahnye, hentikanlah! Mereka juga tidak mahu anak mereka diculik. Kadang2 dalam kita berhati2 berbagai kejadian boleh terjadi. Dalam kite beringat, boleh jadi betul2 depan mata. Semoga apa yang berlaku ada hikmahnya. Cepat atau lambat, hanya DIA yang tahu...

Sama2lah kite memperingatkan anak2 kita. Jangan bercakap dengan orang yang kita tidak kenal. Jangan ikut kalau diajak ke mana2. Jangan ambil pemberian orang yang tidak dikenali. Jangan itu, jangan ini. Jangan! Jangan! Jangan!

Hakikatnya mereka juga ingin bebas bermain di luar sana. Melalui zaman anak2 seperti mana kite dulu. Tetapi zaman ini sudah tidak sama seperti dulu. Jenayah ada di mana2. Manusia semakin tidak waras. Jiwa kacau rata2nya. Sekali kita terlepas pandang, buruklah yang menanti.

Nauzubillahhu minzalik... Sama2 kite berdoa moga anak2 kite dihindarkan dari malapetaka dan mara bahaya. Ya Allah, selamatkan anak2 kami. Lindungi mereka, ya Allah!

Kepada ibuayah Nur Fatihah, tabah dan sabarlah. Banyak2 berdoa semoga Nur Fatihah dikembalikan dalam keadaan selamat. Amin...!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 19, 2012

Peanut Candy a.k.a. Kacang Tumbuk

As salam...

1 lagi produk yang sy jual... Boleh dapatkan terus dari sy ye....

Kalau memang you'll suka makan kacang tumbuk, inilah dia. Kalau tak berapa gemar pun boleh beli sikit2 dulu dari saya. Rasanya tak manis sangat dan sangat2lah crunchy nye!

Di datangkan dalam 2 perisa iaitu perisa original, bijan dan coffea. Yummeyh!!!!

300g - rm12.00

500g - rm19.00

1kg - rm38.00

* perisa tu boleh campur2 ye... Klu nak 1 perisa saja pun no problem!


Hubungi saya 017-3113 226 / 03-8322 1708 (r)

Emel: sofie2_za@yahoo.com atau PM fb-rafizah nordin


Syiokkkk argh!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, March 18, 2012

Ayam Goreng Rangup Uncle Bob

As salam & selamat tengahari Ahad...

Ni lah dia salah satu lauk kami hari ni. Alhamdulillah... Benarlah bagai dikate, betul2 same dan serupa seperti yang sering2 sy beli di pasar malam semasa tinggal di Tmn Medan dulu.

Jadi, kepada yang nak dapatkan tepungnya, boleh berhubung dengan saya di 017-3113 226 atau 03-8322 1708(r). 1 set RM15. Anggaran untuk menggoreng hampir 2 ekor ayam. 1 pek tu mengandungi 300g tepung goreng rangup dan 40g setiap satu seasoning dan serbuk cili. Cara penyediannya mudah saya. Hanya lumurkan tepung pada ayam dan goreng dengan minyak yang betul2 panas dan banyak. Untuk hasil yang baik, ayam tu biar sampai tenggelam dalam minyak dan minyak tu biar betul2 panas. Bahagian2 yang tebal tu, tujah2 sikit dgn gunting atau pisau supaya daging ayam tu masak rata.

Pada yang dah beli tu, selamat menjamu selera. Pada yang dah buat pre-order tp belum b/in payment, cepat2lah buat bayaran. Esok sy dah boleh hantar. Pada yang dah bayar pula, sabar ye... Esok pasti akan sy poskan pada anda.

Jumpa lagi di lain n3 :D


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 15, 2012

Pre Order - TEPUNG GORENG RANGUP UNCLE BOB & MASHED POTATO wif BROWN SOS

As salam... Saya buka PRE ORDER untuk 2 PRODUK BARU jualan saya. Penerangan produk seperti di bawah.

1) Tepung Goreng Rangup Uncle Bob

> Sangat terkenal di pasar2 malam sekitar Lembah Kelang. Beratur orang nak membelinya. Tapi yang dijual di pasar malam tu cuma ayam goreng. Kalau anda memiliki tepungnya, bukan hanya ayam yang boleh digoreng tetapi juga sotong, udang mahupun tempe dan cendawan. Tepung ini serbaguna.

> Kerangupannya tahan berjam2 lamanya berbanding menggunakan tepung biasa.

> Cara penyediaan yang ringkas, mudah dan cepat. Amat sesuai untuk kita yang dihambat masa.

> Didatangkan dengan 3 pek yang terdiri dari 300g tepung goreng rangup, 40g seasoning dan 40g serbuk cili.

Harga Jualan:- RM15/set


2) Mashed Potato wif Brown Sos

> kepada yang gemar makan whipped potato di KFC, harus dapatkan produk ini. Sooo creamy!

> Penyedian yang mudah, ringkas dan cepat. Hanya bancuh dengan air dan kacau hingga sebati. Hidang dan sedia untuk dinikmati.

> Di datangkan dengan 2 pek yang terdiri dari 150g mashed potato flakes dan 40g brown sos powder.

Harga Jualan:- RM9/set


PRE ORDER juga dibuka untuk Jalapeno Cheezy Powder - RM12/200g


Kalau dah ada 3/3 produk ni, tinggal nak beli ayam dan kentang wedges sajalah. Lepas tu dah boleh buat hidangan chicken chop di rumah!


Yang berminat boleh call/sms Fiza - 017-3113 226 / 03-8322 1708 (rumah) atau PM fb - rafizah nordin atau email - sofie2_za@yahoo.com

* Pengeposan via poslaju. Caj pos rm7.

* Setelah bayaran penuh diterima barulah urusan pos akan diuruskan.

* cc kan bayaran anda sama ada di hp sy (017-3113 226) atau emel (sofie2_za@yahoo.com) atau inform sy setellah bayaran dibuat.


!!!Serious Buyer Only!!!

~gambar dari boss saya. Terima kasih!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, March 13, 2012

Asam Pedas Daging

Sudah jadi baja hohohoooo

1st time le kite masak asam pedas daging. Tapi kenyataan dan hakikatnye pun kite memang amat2 jaranglah masak asam pedas. Bile tengok2 resipi sebenarnya masak asam pedas ni bukanlah payah sangat. Same je macam masak yg lain2 tu. Tapi sebab sambutan kurang memuaskan, maka jarang amatlah masaknye...

Ni pun kite masak sikit je. Tapi sikit2 pun kite puas hati. Sebab rase betui enaknye di tekak kite ni. Sungguhpun kurang sambutan di rumah ni tapi kite suka dengan asam pedas. Sebab jarang2 masak dek kurang sambutan, klu makan di luar, nampak je gulai asam pedas, mesti kite amik. Selain gulai lemak nangka, gulai lemak rebung campur kaki ayam ata perut.... Hihiii suke sangat. Tapi klu nak masak, lebih baik jangan. Nanti sakit hati sendiri sebab cik abang tak sentuh. Hikhikkk

Ok, resipi ni kite amik kat 'umah' k jee. Cik kak ni dari zaman kite kanak2 ribena dulu tgk dia blakon kat tv. Tak sangka sungguh bile dah beranak pinak ni dapat bjumpa di alam maya. Walaupun taklah mesra. Bertegur sape tak pernah. I ni kan penyegan... Penyeganlah sangatkannnnn Tapi bila beliau terima add kite di fb,wallah besarnye hati. Kwang3 ferasan aku! Jom2 tgk resipi yg kite copy dr blog k Jee. Minta halal ye kak....

BAHAN2

1kg daging (Kjee guna batang pinang, kite guna daging biasa je jadi kena rebus dulu sampai daging empuk)

3 labu bawang besar (sederhana besar)

*2 ulas bawang putih

*1 inci halia

*1 sudu kecik serbuk kunyit

*2 inci belacan

*secekak daun kesom

1 mangkuk cili kering kisar (nak pedas tambah lagi. Kjee guna mangkuk tauhu faa)

1 cawan air asam jawa 

CARA:

Daging dipotong ikut sukan dan rebus sampai lembut. Kalau guna daging batang pinang tak payah rebus. Potong, cuci dan tos hingga kering. Panaskan periuk. Bubuh minyak kira2 ½ cawan, kemudian tumis semua bahan bertanda * yang telah ditumbuk halus.Apabila sudah naik wangi, masukkan cili kisar dan goreng sampai terbit minyak guna api sederhana. Kemudian masukkan daging (kalau direbus, masukkan airnya sekali) dan masaklah perlahan2.Apabila daging batang pinang sudah kecut, masukkan air asam jawa dan juga tambah lagi air mengikut kepekatan yang kita mahu. Masukkan daun kesom dan/atau daun limau purut.. Bubuh garam dan aji (kalau guna). Kalau tidak, bubuh sedikit gula.

Selalunya, selepas semua bahan sudah masuk ke dalam periuk, Kjee perlahan api ke tahap sederhana dan biar asam pedas ini reneh sehingga Kjee puas hati dengan kepekatannya. Ada orang suka cair tapi Kjee suka kalau sedang2. Kite nakkan berkuah jadi kite buat cair je...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 08, 2012

Kek Lapis Cheese Milo Persona

Uiks semacam punye tajuk resipi,kan... Mintak ampun terlebih dahulu pada tuan empunye resipi - RyoAzhar. Sebab sudah pandai2 kasi edit dia punye resipi asal. Bukan tujuan nak menderhaka tapi kite buat ikut selera kite. Namun harus juga berterima kasih kerana telah membangkitkan inspirasi terhadap resipi sebegini. Tocheeee!

Next time KALAU kite buat lagi, nak kurangkan ketebalan cheese tu. Agaknye sbb terlalu tebal membuatkan dia cepat lembik bila dikeluarkan. Lagipun kalau tengok Ryo punye mmg nipis2 je lapisan cheesenye. Huhuuu Dan dek kerana cepat lembik tu, en hubby kite makan kek ni secara mengapitkan di antara roti bakar. Katanya rasa macam ais krim. Belasahlah bang.... Hihiii

Minta izin Ryo untuk kongsikan resipinya di sini ye... Terima kasih sekali lagi... 


Bahan A

2 bungkus biskut marie perisa coklat

500g susu segar - dipanaskan


Bahan B

500g cream cheese (philadelphia/tartura)

10g susu segar

1/2 cwn gula halus


Tambahan sendiri:- serbuk milo


Cara2

1) Satukan cream cheese dan gula halus. Pukul hingga sebati. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit. Jangan sampai adunan terlalu cair.

2) Sediakan bekas yang dilapik dengan plastik atau baking paper. Kite guna bekas aluminium foil.

3) Panaskan susu segar. Padamkan api.

4) Ambil kepingan2 biskut marie dan celup dalam susu suam. Jangan lama sangat - 1 saat je. Susun dalam bekas.

5) Sapu adunan cream cheese di atasnye. Ulang langkah (4) hingga selesai. Biarkan lapisan cream cheese di atas sekali.

6) Ramas2kan lebihan biskut dan tabur di permukaan cream cheese.

7) Tekan sikit permukaannya dan masukkan dalam peti sejuk selama 6 jam sebelum dipotong dan dihidangkan.


Cara kite....

- setiap lapisan cheese, sebelum kite lapiskan semula dgn biskut, kite taburkan dengan serbuk milo. Begitu juga dengan lapisan atas sekali. Kite tak ramas biskut marie sebaliknya kite tabur serbuk milo.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 07, 2012

Jalapeno Cheezy Powder

As salam... Sesiapa yang nak beli/nak rasa/nak dapatkan Jalapeno Cheezy Powder ni, sekarang boleh dapatkan terus dari kite. Dengan rasminya kini kita telah menjadi agent menjual powder ini.


Harga - RM12 (200g) * tambahan RM7 untuk kos pos via pos laju *

Cara penyediaannya amat mudah. Hanya dibancuh dengan air suam. Banyak mana air yg hendak digunakan bergantung pada kepekatan mana kesukaan anda. Sos ni boleh dimakan dengan pelbagai cara ikut suka anda. Sama ada nak letak kat burger, cicah dgn nuget mahu pun dicicah dgn cucur ikan bilis. Boleh aje...semuanya bergantung pada kesesuaian tekak sendiri.

Yang pastinya, sos ni sama sejibik rasanya dengan sos cheezy wedges yang ada dijual di restoran terkenal KFC tu. Kalau tak percaya boleh cuba beli sepeket dulu. Kite pasti anda akan repeat order untuk pack yang seterusnya.

Ok... Cakap banyak pun tak guna... Meh beli!!!

Mari melawat n3 lame kite yg menggunakan Jalapeno Cheezy Powder ni... Moga2 korang terliur dan meh pakat2 beli kat kite ye....

http://fizanordin.blogspot.com/2011/02/nugget-wif-cheezy-sos-jalapeno-cheese.html

http://fizanordin.blogspot.com/2011/01/cheeze-wedges.html


Hubungi/sms (FIZA) 017-3113 226 @ email sofie2_za@yahoo.com @ PM fb rafizah nordin (fiza nordin)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 05, 2012

Karipap Kentang

Minggu lepas merajinkan diri buat karipap. Sebenarnya kite ni macam fobia je nak buat karipap ni sbb setiap kali buat mesti mcm tak puas hati dengan kejadian kulitnya. Kali ni kite agak puas hati pulak hihihiii alhamdulillah.

Karipap adalah makanan kegemaran en hubby dan anak2. Suke betui deme bile kate mama nak buat keripap. Bila dah siap sambill2 mengadap, kembang kuncup kembang kuncup hati mama bila anak2 kate, "mama buat karipap hari2 ye..." Oiiii io beno kome kehkehkehhhh

Resipi ni kite amik kat umah Kak Ina KL. Terima kasih, kak... Minta izin kongsikan kat sini ye...

Kulit Karipap

1/2 kg tepung gandum 

2 sudu besar mentega/marjerin 

2 sudu besar minyak masak

Air masak bercampur garam (agak-agaklah sampai jadi doh)

Cara-cara

1. Panaskan minyak masak bersama mentega/margerin. Biarkan mendidih.

2. Masukkan tepung dalam mangkuk tahan panas dan buat lubang kat tengah.

3. Tuang campuran minyak dan kacau dengan sudip kayu dan kacau cepat-cepat sampai minyak bercampur dengan tepung gandum.

4. Tuangkan air masak yang bercampur garam dan ulilah doh seperti biasa.

5. Jangan lembek sangat dan jangan pulak keras sangat. Agak-agaklah dan perap sekejap.(tutup dengan kain basah)

6. Siap untuk di gunakan.

Inti Karipap

>1kg ubi kentang-dadu 

>1 biji bawang besar-dadu 

>3 sudu besar kari daging-ikut suka 

>400gm daging kisar(nak guna ayam pun boleh-kalau lebih lagi sedap) 

>1 stok ayam 

>1 biji bawang besar*  

>4 biji bawang kecil* 

>3 biji bawang putih* 

>1 inci halia* 

>3 tangkai daun kari 

>air secukupnya 

>garam dan sedikit minyak

Cara-cara

Basuh dan potong dadu ubi kentang dan bawang besar. (guna f/p pun boleh)Toskan. Tumbuk/kisar bawang besar,bawang kecil, bawang putih dan halia. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk /kisar bersama daun kari. Setelah naik bau masukkan pulak bawang besar yang telah didadu bersama serbuk kari dan kacau sehingga naik minyak. Masukkan daging kisar dan masukkan sedikit air dan biarkan sebentar. Masukkan pulak ubi kentang, stok ayam, garam dan air sehingga tenggelam semua bahan.(agak-agak yer) Biarkan ubi empuk dengan menggunakan api perlahan, masukkan garam dan kacau sekali sekala. Bila ubi telah empuk , rasa dulu baru tutup api.


Published with Blogger-droid v2.0.4

"mee maggie cepat dimasak,sedap dimakan..."

Morning peeps!!!

Ingat tak lagu kat atas ni...dedolu mase kecit2 mesti ade nyanyi2 lagu ni sambill lari2 main ye tak...? Hikhikkk

Alkisah pg tadi perut merenyot lapo...tapi fikir2 apelah aku nak makan ni. Teringat nuget dlm peties tp mcm tak teringin pula tekak nak menelan nuget. Tup2 nampak kat fb Kak Intan Kamariah tepek gambo maggie. Adoiiii ngences der..... Ingat dlm kepale rasenye maggie dah kehabisan stok. Tapi tak puas hati dgn penuh harapan menyelongkar. Alhamdulillah, jumpe sepeket. Mmg betui2 sepeket! Kahkahhhh rezeki2....

Sedang elok beno le ni... Anak2 sume dah p skul...tinggal awak je sgsorang kat umah ni....

Walaupun ikut tekak ni klu nak makan maggie kene ade aksesori sayur mayur. Bunga kobis aje pun dah cukup. Tapi yg ni kosong je pun sodap jugak. Mun dah perot tgh lapo...telan ajelah labuuuuu huhuuuuu


Sketsa....


Mierza - mama, nak maggie...

Baby - eiii lame tak makan maggie. Nak maggie, ma... Boleh tak...?

Boy - sedapnye klu dapat makan maggie...


Mama -  no, no... Maggie tak elok utk korang. Budak2....


TAPI KLU UNTUK MAK BUDAK TAK PE....................


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 01, 2012

Ikan Masak Kicap

Ade tak agak2nye yang nak kate, "alahai resipi ikan masak kicap pun nak carik kat tenet jugak...?" Mesti ade... Klu tak terkeluar kat mulut pun, mgkn dalam hati berkata2. Ha, silalah mengaku tapi tak perlu mengaku kat kite. Cakap aje kat diri sendiri dan segeralah ingat... Tak semua manusia itu sempurna sifatnya.

Tang kite ni, lepas tgk kak dayang tayang masakan ni kat fb, alhamdulillah terus terinspirasi apa nak masak kelmarin. Padahal sebelumnya dah blur sungguh ape nak masak. Masa berjalan. Kejap2 lg en hubby dan anak sulong akan balik dari sekolah. Balik2 semua pakat serbu nak makan je. Tu yang kite memang akan selalu prepare makanan sebelum dorang balik.

Terima kasih kak dayang. Minta halal resipinya dan minta izin di tepekkan di sini...


Ikan Masak Kicap

resepi : DayangJack@DapurKu SaYang


bahan-bahan : 

6 ekor ikan kembong (dibersihkan)

sedikit serbuk kunyit

sedikit garam


cara-cara : Gaul-gaulkan ikan bersama semua bahan di atas dan perapkan 15 minit. Kemudian digoreng hingga masak. Toskan.


bahan-bahan perencah :

1/2 labu bawang besar (dikisar)

5 biji bawang merah (dikisar)

3 ulas bawang putih (dikisar)

1/2 labu bawang besar (dikisar)

1/2 inci halia (dikisar)

3 sudu besar cili giling

1/2 labu bawang besar (dhiris bulat)

sedikit kicap manis

sedikit sos tiram

sedikit sos tomato

sedikit sos cili

hirisan cili merah


Cara-cara :

Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali atau tinggalkan sedikit minyak lebihan menggoreng ikan tadi.

Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili giling hingga garing dan pecah minyak. 

Masukkan kicap manis, sos tiram, sos cili, sos tomato dan sedikit air.

Kacau sebati dan biarkan ia mendidih.

Masukkan pula cili merah dan kacau lagi.

Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng tadi beserta bawang besar.

Kacau mesra. Apabila kuahnya kelihatan pekat, tutup api dan hidangkan.


Selamat mencuba!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)