Followers

Wednesday, February 29, 2012

Kek Batik Aurora

Berdebu! Roti Naik pun dah jadi baja barulah nak mg 'n3' lagi. Bukan takde buat ape2 tapi kemalasan nak mg 'n3' yg membuatkan blog berdebu. Ade sape kesssahhhh ke ponnn??? Hihiii

Kawan blogger masak2 heboh sane sini ber 'aurora'... Kite pun tak nak le ketinggalan. Makanya...!

Tapi kebanyakkan yang kite tengok warna sume meriah2. Kite punye pudar pucat je. Ye, ye... Kite memang sengaja buat kaler pucat2 camni. Sebab klu kite buat kaler meriah2, sure anak2 tak usik. Adela yang buat muka sambil kate "uiiii kaler dia ma... Takut nak maka!" ha koooo! Kang tak pasal2 aurora hilang seri dgn sendiri. Jadi kenalah buat mengikut permintaan isi2 perut dalam rumah ni.

Kite ambil resipi dari blog CMG yg vogue vogue ke???x penah jumpe ponnnn... Main agak2 je... Huhuuu terima kasih banyak2 cik mat. Minta halal resipinya ye...kite nak salin balik kat sini ni....


Bahan2

250g mentega

100g gula kastor

3/4 cwn susu pekat manis

250g tepung gandum

2camca teh baking powder

6 biji telur

1camca teh ovellette

5 jenis perisa & pewarna

- oren / oren

- merah / stoberi

- ungu / yam

- coklat / coklat

- hijau / pandan


Cara2

1) panaskan oven 175c

2) sapu mentega dan lumur tepung pd loyang. Ketuk loyang utk keluarkan lebihan tepung.

* loyang bulat - size 8inc - alas kertas minyak

3) putar mentega, ovelette dan gula halus hingga putih.

4) masuk susu pekat manis dan putar.

5) masuk telur sebiji demi sebiji. Jarak masa sebiji 1 minit.

6) perlahankan kelajuan. Masukkan tepung. Putar rata atau boleh gunakan spatula.

7) bahagikan adunan kepada 5 bahagian sama banyak. Warnakan dan perasakan. Isi dlm piping beg. Gunting bucunya.

8) paip keliling loyang. Buat hingga habis adunan.

9) bajar selama 45 min atau hingga kek masak. Sejukkan sebelum ditelangkung di atas redai untuk sejuk sepenuhnya.

10) ayak sugar ising atau dusting powder sebagai hiasan.


Selamat mencuba!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, February 24, 2012

Roti Naik

Salam petang Jumaat yang dingin. Alhamdulillah. Di rumah baru ni rasenye susah betul nak merasa hujan. Panas melahang je selalunye...

Memang lame sungguhla tak meroti kerana kemalasan melampau. Baru2 ni tiba2 je 'ter' rajin. Bahan2 sume ade, ape lagi....?

Alhamdulillah hasilnya tidak menghampakan. Pagi keesokkannye kite buat sarapan. Klu selalu bancuh milo, pg tu bancuh air kopi. Wallah, nikmatnye cicah roti naik dengan kopi.

Resipi kite ambik kat Cik Mat Gebu. Terima kasih cik mat. Juga usha2 resipi yang sama di Jintan Manis.com aka Ros. Seperti Ros, kite juga buat 1/2 adunan je roti ni.

Di kesempatan ini, kite harap semoga Ros tabah melalui hari2 mendatang bersama anakanda. Kite sebenarnya kurang tahu apa yang sebenarnya berlaku pada anak Ros namun apa2 pun halnye, kite mendoakan yang terbaik saja. Sekaligus setelah semuanya settle nnt, Ros akan kembali update blog seperti dulu. Walaupun kite akui yg kite ni memang kurang 'jalan2' ke sane,kemari. Kurang, bukan tak pergi hihiii. Kadang2 ade singgah tapi tak tinggal jejak... Bukan sombong tapi kadang2 tu takde ape yg nak dikomen. Jadi singgah ajelah dan baca sane sikit, sini sikit. Hihii

Ok, sy minta izin dr tuan empunye resipi untuk tepekkan resipinya di sini, seperti biasa. Minta halal dunia akhirat ye...

Dibawah ini sy senaraikan untuk 1/2 adunan dr resipi asal ye...


Bahan2

200g tepung roti

50g tepung hong kong (guna tpg gandum pun boleh)

125g air

25g susu tepung

1/4 sk bread improver - fiza tak letak. ikut Ros (jintanmanis) letak 3/4 bj telur

3 sb gula perang

50g mentega

6g yis segera

Sedikit esen vanila

Beberapa titik pewarna kuning


Cara2

Masuk semua bahan dalam 1 bekas besar kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh. Kemudian masukkan mentega sedikit demi sedikit dan uli lagi hingga menjadi doh yang kenyal.

Bulat2kan doh dan biarkan doh selama 45 minit dan naik.

Kaedah lain : masuk semua bahan dalam mangkuk breadmaker dan tekan setting DOH. Tekan on dan tunggu hingga siap.

Tumbok2 doh untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 16 bahagian dan bulat2kan. Susun dalam loyang yang sudah dilengserkan dengan mentega. Tutup dengan kain bersih dan biarkan selama 1 jam dan naik.

Panaskan oven dan bakar pada suhu 190c selama 15-20 minit. Sapu mentega di permukaan roti sejurus keluarkan dari oven. Biarkan sejuk sebelum dihidang.


Selamat mencuba!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 22, 2012

Talam Roti Paun

As salam... Lame tak meng 'n3' masak2 kat sini. Bukan tak masak, tp masak simple dimple je... Ahad kelmarin ade jugak buat nasi lemak ijau... Mase nasi nak kering tu, perghhhh semerbak 1 rumah berbau pandan. Best! Tapi tak berkesempatan nak update. Dan selebihnye malas. Huhuuu teruk betul!

Kite tau dan sedar, dah banyak kite ketinggalan dalam adegan baking membaking. Orang lain dan cuba macam2 resipi tapi kite hanya pakat tengok aje. Asyik2 berhajat nak buat tapi tak kesampaian pun. Impian hanya tinggal impian.

Talam roti paun ni pun kite tak tau camne boleh sampai hajat plak. Alhamdulillah... Menjadi jugak walaupun lapisan atasnye tu tak cantik. Menggerutu je rupenye. Silapnya masa kite masak atas api perlahan tu, sudah terlebih kacau dan pekat. Padahal dalam berjaga2 jugak tu...gitulah kalau mende nak jadi,kan... Yg lapisan hijau tu mmg class cantik. Tapi kecantikkannye tak dapek diunjukkan sbb dah ditimpa dgn lapisan kunen. Hehehee

Ok, yok2 kite tgk resipinya. Ramai yang dah buat talam roti paun ni tp sejak semalam kite asyik mengulang page Kak Ita - Azlita Masam Manis. Menurut pembacaan di blognya, resipi asal dari  Chef Asma yg mana Academy Bakingnya di Putra Perdana ni saja :D. Kemudian dibuat oleh kak Yatie - Yatiememories. Kita dah singgah page Kak Yatie juga. Tapi tak ingat ade tinggal jejak ke tidak. Sorry kak... Then barulah Kak Ita buat dan beberapa blogger lain. Maaf ye, tak tersebut nama.

Kite buat 1/2 adunan je ni macam kak Ita. Dan kita gunakan roti choco raisin, juga macam Kak Ita. Tapi kite tak campurkan dgn roti butterscotch. Sepenuhnya guna choco raisin.

Thanks akak2 semua! Resipi yang best ni.... Kak Ita, mohon kite copy paste resipi dan tepek kat sini ye... Terima kasih sekali lagi!


Lapisan Bawah

4  keping roti Butterscotch ~ resepi asal roti putih

3 keping roti Choco Raisin ~ resepi asal roti putih

1 biji telur

1/4 cwn gula halus

Secubit garam

100 ml santan pekat - fiza guna santan kotak

125 ml air

1/4 sk vanilla essence


Panaskan kukusan. Sediakan loyang bulat berukuran 8 inc. Oleskan minyak makan pada loyang dan lapik dasar loyang dengan plastik. Oleskan juga minyak pada plastik. Roti dipotong kecil atau di carik-carik. Ketepikan.

Satukan semua bahan-bahan dan kacau dengan whisker hingga sebati. Masukkan roti tadi dalam adunan dan rendam roti selama 30 minit atau sehingga roti lembut dan adunan telah meresap kedalam roti. Tuangkan adunan dalam loyang.

Tutup loyang dengan aluminium foil atau balut tutup kukusan dengan kain (utk mengelakkan air menitis atas kuih)

Kukus adunan selama 25 minit.

Sementara menunggu adunan masak kita sediakan lapisan tengah.


Lapisan tengah

1/4 cwn tepung gandum

1/4 cwn gula halus

Secubit garam

1 biji telur

100 ml santan pekat - fiza guna susu full cream

100 ml air

sedikit pewarna hijau - fiza guna 1 sk emulco pandan 

sedikit perisa pandan


Satukan semua bahan-bahan. Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati. Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil. Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap

~ adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja.

Tutup api Apabila lapisan bawah sudah masak, keluarkan dari kukus. Lap jika ada air pada permukaan kuih. Cakar permukaan kuih dengan garfu.Kemudian tuangkan adunan lapisan tengah. Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit lagi.

Sementara menunggu lapisan tengah masak, kita sediakan lapisan atas pula.


Lapisan atas

1/4 cwn tepung kastard

1/4 cwn gula halus

Secubit garam

1/8 sk vanilla essence

2 biji telur

100 ml santan pekat - fiza guna susu full cream

100 ml air

sedikit pewarna kuning atau oren ~ tak letak pun takpe. Fiza letak pewarna kuning.


Satukan semua bahan-bahan. Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati. Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil. Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap

~ Adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja.

Tutup api Apabila lapisan tengah sudah masak, keluarkan dari kukus. Lap jika ada air pada permukaan kuih. Cakar permukaan kuih dengan garfu Kemudian tuangkan adunan lapisan atasTutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 30  minit atau sehingga talam masak dengan sempurna~ Jika tidak tutup permukaan loyang atau tidak balut tutup kukus dengan kain, lap tutup kukus setiap 5 minit untuk menghasilkan permukaan kuih yang kelihatan licin dan rata. Setelah kuih masak sejukkan hingga benar-benar sejuk barulah di keluarkan dari loyang.


Potong talam dengan menggunakan pisau plastik yang di oleskan dengan sedikit minyak makan, ini untuk mendapatkan potongan talam yang cantik


Selamat mencuba!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, February 17, 2012

Bila anakanda bertanya... "... bersetubuh tu buat apa?"

Salam pagi Jumaat...

Alkisah tengahari semalam anakanda perempuan nan saurang telah bertanya dengan muka selamba berkenaan dengan perkataan "bersetubuh". Huhuhuuu merah padam muka mama nak jawab soalan cepu cemas tu. Nak diterangkan secara terang dan jelas rasanya tak pantas untuk anak seusia itu. Tapi kalau tak diterangkan, rasanya dia harus tahu juga.

Setelah berfikir sejenak, mamanya jawab dengan jawapan selamat rasanya... bersetubuh tu apabila lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin tidur bersama dalam sebuah bilik. "Ooo, macam mama dan papa? Jadi, papa dan mama ada bersetubuhlah?" Hahahaa "Tidur aje?" Soalan yang terus2an buat mama rasa nak sorok muka bawah bantal.

Gitulahkan kalau anak2 dah makin membesar. Dah hantar sekolah, dah belajar. Kite sendiri tak ingatlah, pernah ke kite tanye soklan camtu kat arwah mak dulu? Rasa2 macam takde. Tak taulah kalau tak ingat pulak...

Baby dapat perkataan tu dari dalam buku teks agama sekolah. Semalam kat sekolah dia ada belajar bab2 mandi hadas dan wajib. Haid tu dia tahu sbb anak2 buah kite yg rapat dgn dia dah besar2 panjang. Jadi bila dorang cerita2 dan cakap2 pasal tu, baby pun dengar dan secara tak langsung belajar secara lisan. Tapi perkataan 'bersetubuh' tu mungkin agak baru bagi dia, tu yg dia bertanya. Hihihiii

Lepas ni perkataan apa pulak dia nak tanya? Huhuuu  


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 15, 2012

Alhamdulillah, sy kembali....

As salam semua... Berhabuk bersawang blog ni dek kebizian tuan rumah.

Alhamdulillah, dapat juga kembali menaip di sini. Selama tak on9, memang tak terfikirlah nak biarkan aje blog ni sepi. Malah berkobar2 dlm hati nak berkongsi kisah kat sini. Ada tak ada yang sudi baca, pedulikan. Klu bukan utk org lain baca, coretan ini akan dijadikan kenangan untuk diri sendiri.

Hampir sebulan juga dah selamat berpindah ke rumah ni. Alhamdulillah, tika dan saat ini, rumah kami dah selesai kemas. Semua barang2 dalam kotak dah dipunggah masuk almari. Pakaian anak2, pakaian mama dan papa, buku2 dan satnika barangan semua dah selamat ke tempat2 yang sepatutnya.

Cerita nak beli perabut hari tu penyudahnya kami men'soping' kat kedai perabut di Putra Perdana ni aje... Hajat2 hati nak soping di Cavenci, Wescort dan seangkatan dengannya tidak kesampaian sebab masalah pengangkutan. Kebanyakkan kedai2 perabut ni hanya akan boleh hantar perabut2 yang diminta selepas 6hb Februari atas alasan, kilang dan stor tutup, pekerja cuti dan macam2 hal lain. Sorylah, tak boleh nak tunggu. Tak daya nak tidur atas toto je. Sakit badan, rasa macam tidur atas lantai huhuhuuu

1hb Feb, anak2 dah start sekolah kat SK Cyberjaya. Mujurlah hari tu, en hubby cuti sebab Hari Wilayah, kan... Jadi taklah gagau sangat. Dan nasib baik lagi bila, Mierza masih di rumah kakak kite kat Sepang. Hanya 2 hari selepasnya barulah Mierza balik ke rumah kami dihantar oleh Kak Yong.

Di rumah baru ni, Maxis bb adalah sangat2 lembap. Huhuu memang tak sanggup nak on9. Panas hati tunggu dan terus menunggu but then, no connection pula yg keluar. So, sepakat dengan en hubby pasang unifi. Mujurlah kat sekitar sini ade pancarannya. Masa p Mydin, USJ untuk beli barang dapur, singgah kat booth Unifi dan cek kawasan liputan. Rupanya budak Unifi tu pun tinggal berdekatan kawasan kite. Dan dia sendiri pun tentulah guna Unifi.

14 Feb, (semalam) installation. Setakat ini servis yang diterima tak menghampakan. Dapatlah lepas keinginan nak tonton drama korea. Pagi tadi lepas siap semua kerja rumah, tengok 90 days falling in love. Tapi episod 2 broken pulak. Hilang mood dibuatnya. Orang baru nak feeling2 hahahaa!

Pasal Mierza dan sekolah tadikanya... Kite masukkan Mierza ke Pasti Al-Husna kat Ruvena Villa. Tak jauh sangatlah dari rumah. Tapi sebab rumah kite jauh ke dalam, kena jugalah ada kenderaan. Mula2 hari tu ke hulu ke hilir jugaklah mencari sekolah. Sebab dia baru 5 tahun, kite ingat nak masukkan je dia sekolah Kemas tapi semua yang kite pergi, dah penuh. Tak apalah... Sebelum ni gila2 nak sekolah, bila dah sekolah, tak nak sekolah pulak mamat bongsu ni. Geram betul... Tapi mujurlah makan dipujuk. Siap umpan setiap kali balik sekolah, kite dah siap belikan dia keropok ke, sweet ke, atau air kotak. Kite kate tu hadiah sebab dia dah habiskan persekolahan untuk hari tu.

3 orang anak, yang inilah satu2nya anak yang menangis bila ke sekolah. Abang dan kakaknya haritu siap suruh mamanya balik lagi. Mamanya pulak yang tak reti2 nak balik sbb xcited tgk anaknya baru masuk sekolah kahhhhh!

I'Allah, perpindahan kali ini kekal sebelum perpindahan abadi bertemu denganNYA kelak. Walaupun belum ramai yang tinggal dan pindah masuk tapi kite rasa seronok. Anak2 lebih bebas bermain. Ada halaman, kereta boleh parking depan rumah, depan mata. Sebab belum ramai yang pindah, anak2 bebas bermain kat luar. Kadang2 petang2 bawa dorang ke taman permainan. Sekarang nak ajak en hubby keluar hujung2 minggu pun senang sikit. Takdelah nak fikir nnt susah nak paking kereta dan sebagainya seperti sebelum ni.

Seronok, seronok jugak... Tapi kite memang selalu alert. Pintu2 utama dan pintu dapur memang akan sentiasa bertutup. Tingkap2 yang dibuka pun ikut yang betul2 perlu saje. Sebab kite ni penakut dan geli geleman dengan binatang kecil yang berbulu dan bermuncung tirus tu. Apalagi, 'kak ti***' la... Kalau dah ade seekor, memang teruklah. Mau tak jejak dapur klu 'dia' ada di dapur. Tak masuk bilik klu 'dia' ada kat dalam bilik. Hahahaa

Ok, kite berhenti di sini dulu. Moga jumpa lagi kemudian nanti..

Wassalam :D


Published with Blogger-droid v2.0.4

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)