Followers

Wednesday, March 30, 2011

Pisang Goreng + Brown Sugar


Breakfast kami, semalam...

Pisang ni pemberian jiran selang sepintu umah aku ni - Kak Yan. Sebelum aku amik tu pun dah siap2 tanya kat dia, pisang ni boleh buat apa... dan sebelum dia jawab dia gelak kat aku. Padan muka aku!!! Buta sungguh... tau makan aje....

Sebab masa tu pisang tu masih hijau, dia kata, goreng camtu aje pun boleh...

Sebelum ni kakak aku - Mak Ina ada bagi pisang. Pun aku tak tau pisang apa yang dia bagi. Aku wat goreng macam ni jugak, tu pun atas saranan Mak Ina. Cara makan cicah dengan brown sugar tu pun atas saranan dia juga. Memang sedap.... anak2 aku makan tak hingat donia. Sampai tak cukup...

Yang nyatanya, pisang yang Mak Ina kasi dengan pisang yang Kak Yan kasi, bukanlah dari pisang yang sama. Rasa dia lain.... tak sama! Namun tetap alhamdulillah, syukur nikmat Allah...

Monday, March 28, 2011

Choc Cheese Oreo Tart


As Salam... Mula2 sekali nak ucap terima kasih pada Noorsha (teman blogger geng masak2 & fb) sebab tak lokek memberikan tips pasal fotografi dan editing. Jasamu ku kenang, terima kasih banyak2.... dan hasilnya adalah gambar2 choc cheese oreo tart ini. Juga gambar2 yg akan dipaparkan di blog ini kemudian nnt.... Insya'Allah.Agak berpuas hati juga dengan penghasilan fotonya...

Buat choc cheese oreo tart ni minggu lepas. Buat tak banyak pun sebab yang ngapnye aku Align Centersorang je. Anak2 tak pandang dah segala macam makanan yang aku dah selalu buat untuk tempahan. Tapi kalau kate saje2 buat untuk dia orang bawa g sekolah dan diperagihkan pada kawan2, memang dia orang melonjak seronok. Mama dia je yang malas... ehehehee. Kalau boleh, ada masa terluang tu nak duduk mengadap komputer je... 'bercinta' sungguh nak masuk dapur.


Resipi Choc Cheese Oreo Tart ni tak banyak beza dengan resipi cheese tart biasa. Hanya tambahkan coklat serbuk saja dalam adunan dan letak sejemput biskut oreo yang dah dihancurkan.

Aku kongsikan di sini jugalah ye....



Bahan2

250 g cream cheese
100 g mentega

80 g gula kastor

1 bj telur

30 g whipping krim

2-3 sb serbuk coklat
Beberapa keping biskut (buang fillin) oreo yg dihancurkan


Cara2
1) Campurkan semua bahan kecuali biskut oreo. Mixer sampai semua bahan sebati.
2) Sudu/pipe dalam tart shell. Taburkan serbuk biskut oreo di atas adunan cheese.
3) Sementara tu panaskan oven 160 c (ikut kapasiti oven masing2) selama 10min.
4) Masukkan tart dan bakar 5 minit.
5) Keluarkan dan tunggu hingga sejuk barulah dihidangkan.


*Makan panas2 memang sedap tapi hati2 sebab adunan cheese boleh me'lebo'kan lidah anda, hahahaa!!!


Selamat mencuba okey...



Thursday, March 24, 2011

Strawbery Crumble Cheesecake


Kelmarin, blogwalking sane sini dan singgah di 'umah' Kak Maz... nampak s'beri crumble cheesecake ni... alahai sangat2lah daku terliur... teringin mengalahkan orang mengidam dah... hohohooo!!!

Tgharinya lepas hantar anak2 ke sekolah agama, aku terus mendapatkan apa2 bahan yang tak ada... yang iyenya, biskutnya aje yg takda hahahahaa cream cheese ada dlm peti ais lebihan tempahan carrot walnut kelmarin2. S'berinya aku guna filling utk cheese tat aje... ngelat tak??? Hahahaa!!!


Dah siap semua... mkn dulu seketui... kan teringin mengalahkan orang mengidam mulanya tu... dan lebihannya aku jadikan model tak berbayarlah, ape lagi... tonggeng sane, panjat sini, jengket sinun.... hadoi, aje benak! Dah 2 kelas photografi yang aku pergi tapi gambar yang terhasil masih tak memuaskan hati. Mencik!!!! Golap dan kabur je pada pandangan mata aku ni... huhuhuuu!!!

Gambar yang terpublish kat sini yang dah dipilih2 antara yang hokey2 (x ok mane pun benonye :()... klu ikutkan banyak lagi aku snap... memacam roper... sbb tukar2 shutter, apperture dan ISO nye...



Kalau tengok kat 'umah' Kak Maz, beliau menggunakan sudu insted gunakan papercup mcm aku punye tu. Tapi aku manele ade sudu2 gitu bagai... papercup banyaklah aku ni. Jadinya gunakanlah apa2 yang ado... hehehee... Di rumah tuan asal punye idea pun gunakan sudu juga tapi sudunya boleh dimakan, kalau tak silap... boleh tgk sini >> Deliah Deli


Jom layan resipi yg aku copy paste dr blog Kak Maz @ Ilham Dapur. Terima kasih Kak Maz, cayang dierlah!!!

Bahan-bahan :-
  • 65g cream cheese - suhu bilik
  • 2 sudu besar yogurt asli
  • 1/4 sudu kecil jus lemon
  • 1/2 sudu kecil lemon zest (parutan kulit lemon)
  • 1 1/2 sudu besar gula halus
  • 4-5 biji buat straberi - didadu kecil, lenyek sikit dan gaul dengan 1 sudu besar gula
  • biskut secukupnya - maz (aku pun) guna biskut Munchys mcm dalam gambar (oat, strawberi & blackcurrent)

Cara

1. Kisar atau ramas biskut untuk base secukupnya, (biskut ni keping kecik je, maz guna dalam 10-12 keping).

2. Dalam bekas, pukul cream cheese seketika, kemudian masukkan gula dan putar sekejap. Kemudian masukkan yogurt, lemon jus dan parutan kulit lemon. Putar hingga sebati dan berkrim (dalam 1-2 minit)

3. Sediakan sudu atau bekas yang sesuai secukupnya. Letakkan biskut sebagai dasar kek, tekan-tekan sikit biar kemas. Kemudian amik cream cheese dan letak atas biskut tadi.

4. Buat sampai habis, kemudian baru letak sedikit buah strawberi diatas cheese tadi. (aku gunakan filling s'beri aje...) Boleh la dihias mengikut citarasa dan sedia untuk dinikmati. Selamat Mencuba.

P/S : Kalau nak buat sebiji terus, kena gandakan sukatan jadi 3 @ 4 sebab sukatan diatas tu memang sikit. Kemudian bila dah siap masukkan dalam petiais sekejap agar cheese keras sikit, kemudian bila nak makan boleh la discoop ke dalam mangkuk atau bekas yang sesuai. Dalam gelas tu, maz lapis antara biskut dan cream cheese. Mula-mula letak biskut dulu, kemudian lapis dengan cream cheese. Buat sampai 3 lapis. Kemudian baru letak buah strawberi.

Sumber : Kak Maz @Ilhamdapur.blogspot

Wednesday, March 23, 2011

Kuching Sarawak - Part 7 (Pasar Satok, India Street, Ayam Penget Raja)

... pilih2...

Hohoho..... setelah bermacam2 aktiviti berlangsung sampaikan n3 cuti2 Honeymoon Sarawak terpaksa di delaykan... Insya Allah ada 1 n3 lagi.... Kite sambung ye.... hehehee...

Habis ke Gua Angin (n3 lepas) kami ke Pasar Satok. Salah 1 tempat yang aku memang ingin2 nak pergi kalau berpeluang berkunjung ke Sarawak. Sebab ada tengok dalam tv ehehee... Alhamdulillah terlaksana juga. Sepanjang perjalanan tu langit mendung je... matahari malu2 je di balik awan. Bila2 masa je boleh hujan. Huhuhuuu... masa kami pusing2 cari parking, dah mula renyai2. Mujurlah ada payung yang dibeli masa di Pasar Serikin.


Yang pertama sekali, kami beli ikan terubuk masin. Berebut2 penjual menarik perhatian. Ada yang 2 ekor RM10, 3 ekor RM10... bergantung pada saiz. Aku beli total RM40 dapatlah percuma 2 ekor yang bersaiz sederhana. Terima kasih. :D Aku suka packing dia orang. Sangat menyenangkan pelanggan.


Depan sikit dari orang jual ikan terubuk masin tu, ada orang jual udang galah. Wallah... nampak sangat fresh. Tapi sayang sekali tak boleh nak beli. Flight aku pukul 11 malam. Kata penjual tu, kalau flight dalam pukul 3 ptg, boleh dia orang bungkuskan. Pukul 11 mlm, lama sangat. Takut ais mencair. Huhuhuuu Jadinya layan mata ajelah...

... ipad a.k.a. belacan ...

... tambah lagi stok kek lapis. not bad ...

... aneka kuih-muih ...

Selain beli ikan terubuk masin di Pasar Satok ni, aku beli belacan yang en hb gelarkan Ipad (ade2 je u...), beli kain batik corak Sarawak dan tambah stok kek lapis Sarawak yang sedia ada. Tak dapat nak berjalan sangat sebab hujan dah mula turun. Sebab tak ada lagi barang yang aku berkehendak tapi tak beli lagi, aku minta Norlyn hantarkan kami ke India Street. Sementara kami berjalan2, Norlyn & Nushkha balik dulu. Taklah dia orang mengekor je bontot kami. Tak selesalah pulak. Disebabkan India Street dan Main Bazaar tak jauh mana, aku bercadang nak balik ke Main Bazaar. Kalau berdua saja, senang sikit nak bergerak.

Pusing2 di India Street. Masuk keluar dari 1 kedai ke 1 kedai. Beli itu dan ini. Kat situ juga ada kedai menjual bahan & peralatan baking. Aku masuk dan saja tengok2. Tanya dengan pembantu kedai - buttermilk. Bukan hajat nak beli pun. Sekadar nak tengok aje sementelahkan dah sampai ke kedai baking. Dia suruh aku tengok dalam peti ais. Jenuhlah aku mencari segala benda yang ada tulis buttermilk, takde. Aku pergi balik kat dia dan dia bawa aku ke peti ais tu. Then dia keluarkan & unjukkan buttercup... boleh??? Heheheee takpala... terima kasih :)

... India Street ...

... masa ni hujan rintik2. Nak bergambar punya pasal, sanggup ...

Habis pusing2 kat India Street, kami ke Main Bazaar. Barulah terlaksana hajat di hati. Dapat beli Pua Kumbu. Kata en hb tak yahlah... buat tampung habuk je kat umah nnt. Eeee... molot tadak insuren, kan???? Geram je dengar. Arghhhh tak kire, nak jugak!!! Sekali 4 aku beli - 2 kain yg panjang dan 2 kain yg pendek. 2 pendek tu nak kasi kat kakak2 aku dan 2 yg panjang tu nak berhias di rumah sendiri. (tapi sudahnya sampai la ni belum sempat bergantung kat dinding huh!)

Pukul 4.30ptg janji berjumpa kembali dengan Norlyn & Nushkha di tempat dia turunkan kami tadi. Tangan pun dah penuh & sarat dengan barang. Bila bonet kereta dah tak muat nak letak barang dan membawa sampai letak ke depan, barulah terfikir.... hadoi, overload dah ni. Barulah terfikir caj 'belon'. Hohohooo....

Perut dah mula lapar. Tapi bukan akulah... aku kenyang je... sbb makan tak sudah2 rasanya seharian tu. Langkah pun terasa berat semacam! Norlyn bawa kami ke Raja Ayam Penget. Sebelah je dengan Coffea 'o' corner, tempat kami breakfast pagi tadi. Sebab nak merasa, hb order ayam dan aku order ikan. Not bad... tapi sebab perut ni masih kenyang, tak habislah aku makan nasinya. Ikannye aje aku ratah. Tempe tu tak tertelan aku klu dah banyak2 sbb yg en hb punye pun dia campak dalam pinggan aku. Dia tak suka makan tempe... order pisang goreng cheese juga tapi minta bungkus. Nak makan kat situ, perut dah kenyang. Ingatkan nak makan masa menunggu flight nnt... sudahnya tak termakan. Pisangnya dah sejuk, lembek kebek, berpeluh. Panas2 berbungkus dalam polistren, mane idaknya... aku kais2 cheesenya aje dan merasa 2/3 cubit pisangnya. Pom masuk tong! Bazir sungguh.... :( Tengah2 makan, hujan lebat gila... sampai sudah makan pun tak teduh juga. Blur dah nak g mana.



... Norlyn's & Nushkha's ...

... aku punya ...

... en hb's ...

Oh ye... memang ikut perancangan masa nak sewa kereta, Norlyn nak bawa kami ke Cultural Village tapi dengan keadaan hari tu yang mendung dan hujan saja, terpaksa di batalkan. Takpalah... klu ada rezeki dan panjang umur kemudian2 nnt, sampailah lagi ke Sarawak. Insya Allah...

... bersambung ...
~ last n3 cuti2 honeymoon Sarawak ~

Monday, March 21, 2011

Gathering wif mommies...


Kejadian semalam (Ahad - 21.3.2011)...

Setelah sekian lamanya (mcm berkurun bunyinye, kan.... apekah????) aku tak menjoinkan diri dengan geng mommies, semalam tersejarah semula. Lepas ni hentah bila dapat join lagik, tak tahu!! Almaklum aku ni ala2 bz hentah hape2 hentah, kan..... Tu pun sebab penguatnya kerana ada penghantaran tempahan ke AU5, Lembah Keramat... jadinya aku lajak2kanlah ke umah mommies Ila @ PV10, Setapak nuuu.... hohohooo!
Sampai2 umah Ila dah ada Sya & anak2nya (Dina & Yani the Jepun tembun) dan Eda dgn Aina the gojes. Beramah mesralah setelah sekian lama 'menyisihkan diri' sendiri. Hukhukhuk...
... mommie Alyn sedang mengulum.... aiskrim! hahahaa ...

... mommie sya wif Yani the Jepun tembun ...

... bersama mommie Ila & aiskrim m'sia ...

Sebenarnya gath ni adalah bersempena dengan kedatangan mommie seberang laut, Zie dari Brunei. Datang bercuti sefamily ke Malaysia. Ini merupakan kali kedualah dapat bersua muka dengan mommie Zie yang putih merah ala2 gebu tu.... kedua kali berjumpa Hana yang malu2 miow... Moga dapat jumpa lagi di lain kali - panjang umur, murah rezeki, Insya Allah! Maaflah, udah katenya kedatangan tidak dirancang, takdelah sebarang buah tangan untuk mommie Zie. Sorry selori!!

... anak2 bersama anak Yatie (Rais & Rafiq) ...

Kekdahnya kalau ber 'gath' dengan geng mommies ni menunya adalah port luck. Bawalah sorang sikit. Asal jangan datang bawak perut udah, kehkehhhh..... aku bawa cheese tart dan lolichoc stick untuk anak2.

... wif mommies, Sue & Yatie ...

... mommie Ila, the tuan rumah ...
Kate Zie, Hana suka! Makan sampai 3 batang. Alahai ye ke Hana... :D Nanti untie pija pos ke Brunei, ok! Hehehee Dalam perangkaan nak balik pukul 5 ptg tapi sudahnya pukul 6 baru keluar dari pagar security PV10. Mujur jugaklah hujan di petang hari tu.... adalah alasan cakap kat anak2, tak boleh mandi kolam. Yang benonya, mamanya tak bawak baju salin pun... hehehee.... Pergi dengan anak2 aje... en hb ada mesyuarat agung blok N. Tapi klu takde meeting tu pun, tak ikut le gamaknya. Nnt nak cepat aje baliknya.... huhuuuu...

... all mommies, gambaq gelap g... mencik! ...

Thursday, March 17, 2011

Macarons.... :(


Orang ber MACARON aku pun nak ber MACARON... orang buat cantik jek... aku buat??? Ha, itulah jadinye :( Kesian, kesian!

Tak tak taulah di mana salah dan silapnya... MACARON aku tak keluar kakinya. MACARON kudung! alahai, kesian lagi.... :(



Dah lama teringin nak mencuba buat MACARON ni... tapi macam belum sampai seru. Tapi bila tengok Kak Dzana buat... lepas tu singgah umah Kak Yani... esoknya tengok kat fb, Doc Ina buat tayangan amal kat status... adush!!!! Memang takleh tahan... aku pun dengan penuh semangat menggodek...

Dan kesudahannya... tada!!!! MACARON without feet... :(

... bencinye!!! gambar aku gelap! ...

But at least aku dah tahulah camne rasenye MACARON ni... walau mungkin MACARON yang kejadiannya berkaki tu rasanya akan lebih sedap ke, kan??? Tak palah... mungkin next time aku akan coba lagi... (next time??? hentahlah!!! macam takde je.... kehkehkeh)

... anakanda yang beria2 nak pose dgn MACARON without feet mamanya ...

Kepada kakak2ku sekalian, daku mohon izin meng'copy' dan meng'paste' resipi yang diikuti itu yek... walaupun daku punye tidak menjadi sepertimana kalian (perghhh skema habis!)

MACARONS

(Sumber : Yani Deco Choco)


Bahan-bahan(+-24 set,48 keping):
  • 2 biji (80gm) telur putih L size
  • 60gm gula kastor
  • 80gm almond powder
  • 120gm gula aising
  • sedikit esen vanila
inti :- sy guna chocolate filling je.. ;)


Cara-cara:
  1. Ayak almond powder dengan gula aising.
  2. Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)
  3. Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan macam buat kek.
  4. Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag ( sy guna plastik putih biasa ja.. pehtu gunting bucu dia yg kat bawah tu ;)) . Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)
  5. Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering. Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
  6. Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. ( Rasa mcm x terlebih bakarlah pulak haritu.. nak kena kurangkan suhu ataupun time tu lain kali ). Pastu sejukkan sebelum letak inti.
** utk rujukkan sendiri lain kali:

  • kisar serbuk almond bg lebih halus sebelum diayak.
  • kurangkan suhu atau masa bakar..

Wednesday, March 16, 2011

Pizza Sardin Segera...


Beberapa hari sudah...

Buat pizza untuk dinner. Dan keesokkan paginya repeat lagi buat untuk breakfast pulak.

Buat malam untuk dinner tu buat 2 pizza - sosej & chicken nugget dan sardin. Yang sardin tu memang aku buat prefer untuk mama & papa yang makan. Jadinya aku hiris halus2 cili api beberapa biji dan tabur di atas sardin sebelum diselimutkan dengan mozzarella cheese. Memang syiok bangat! Syiok sebab anak2 tak kacau... hish, teruk punye mama! Ekekekeee...

Semua pakat beli yang ready aje... cik BM dok diam2 je atas lemari tu... jangan sampai rosak dalam bersimpan, ya udah!


... sebelum 'kebakaran'...

Tuesday, March 15, 2011

AF Academy - Workshop Photography


Cerita hari Ahad (13.3.2011) yang lalu...

Aku bersama Ogy dan Aisyah join kelas fotografi percuma di Shah Alam. Adik ipar sedara - (Rosmawati), Adik dari Ampang, pun turut serta. Bertempat di Laman Budaya, Shah Alam bermula pukul 7.30pg. Tapi kelas dimulakan agak lewat sikit, biasalah tu... dan aku pun tak kisah! eheheee...



Kalau ikutkan jarak Shah Alam dengan Taman Medan taklah jauh mana. Tapi kami keluar awal pagi juga sebab tak sure di mana letaknya Laman Budaya. Berani juga redah sendiri sebab tau area Shah Alam ni ada banyak signboard. Alhamdulillah, taklah sesat barat. Kawasan letak kereta pun tak jauh, di seberang jalan saja. Walaupun jalannya tak rata, berlekuk-lekuk. Mujurlah my Waja tu kereta orang tua, tak lowed. Kalau tak... haruslah menyagat tanah je kejenya... melintang pukang nak elak lopak.

t-shirt yang HARUS dibeli untuk menyertai bengkel ini berharga RM50... beli sekali je then for the next series workshop tak perlu beli lagi. I'Allah, adelah NEXT tu...

Dalam kelas ni kami diajar basic (shuttle speed, ISO & aperture) tentang DSLR which is rasanya cukup banyak membantu aku dalam mengendalikan DSLR ni... sebab aku memang tak tahu apa2 pun pasal DSLR ni... tahu snap sane sini je... bila gambo gelap, udah gelabah! Hahahaa... tapi bukanlah bermakna lepas menghadirkan diri dalam bengkel ni, lepas ni gambo aku jadi meletup mahu pun ok2 je pun... masih banyak yang perlu dipelajari...

cuba-cuba... (Apperture)

1/400
f22

1/400
f16

1/400
f8

1/400
f5.6

1/400
f3.5


cuba-cuba (Shuttle Speed)

1/1000
f8

1/250
f8

1/100
f8

1/5
f8

cuba-cuba (ISO)

1/500
f8

1/800
f8

1/1600
f8

Bak kata cikgu Ahmad Fairus, kamera ni menyusahkan sebenarnya. Ekekeke.... jangan salah faham akan maksudnya kerana kata2 itu sebenarnya mempunyai maksud yang sangat mendalam ertinya! Selami dan carilah sendiri occay.... Jom ajelah layan gambo2 yang di snap sepanjang sessi pembelajaran ini...

Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan dan diminta snap gambar di tempat kami berkumpul tu. Aku, Ogy, Adik, Aishah dan lain2 (semua lelaki) dalam kumpulan 3. Objek kami adalah tong sampah. Kami diminta snap gambar mengikut keadaan yang dilihat oleh pandangan mata ketika itu. Suasana redup...


... bergambar kenangan dengan sifu AF @ Ahmad Fairus ...

Sukak2 mau capture...


bergambar kenangan...

Last sekali... aktiviti makan2... brucnh @ Seksyen 11, Shah Alam. Nasi Ayam Pak Mal... bolehlah... perut pun tengah lapar. Sapu aje...

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)