Followers

Monday, January 31, 2011

My Mierza....


Ramai yang tertipu.... sebab rambut saya macam ni... bila mama saya kata, saya lelaki, ada yang tak percaya pulak. Sebab dia orang kata bukan hanya sebab saya berambut panjang, tapi jugak sebab muka saya, macam perempuan... hehehee... tapi sebenar2nya, sy ni lelaki tau... papa & mama bagi nama sy MOHAMAD MIERZA ISQANDAR. Tapi lagi, sbb sy ni ade pelat sikit, sy akan cakap nama sy.....

"MIZA SITANDA"

saje je wat2 muka...

ekekekeee... pelat sikit je tu, kan....

konon2lah si Mierza yang bercakap & taip kat atas tu... bayangkan hisk!
Tu la dia.... masa balik kampung meninggal pak mertua hari tu, ramailah saudara-mara belah en hb berkumpul. "Laaa.... lelaki ke?" & "Ish, biar betul lelaki? Tak percayalah!" dan bermacam2 lagilah ayat2 yang seangkatan dan se'meaning' dengannya terkeluar dari mulut dia orang bila melihatkan anak jantan aku nan seurang ni hohohooo...

kelabu asap plak pic ni....

Dan sememangnya kami ni dah terbalik kot... Dulu masa Boy belum sekolah pun kami bela rambut dia sampai lepas bahu. Bila masuk je sekolah tadika, teruslah potong rambut. Bezanya rambut Boy dulu tak kerinting2 bawahnya macam rambut si Mierza. Rambut dia lurus je, ikut rambut mama dia looo... Hikhikhik....


*perghhhhh nak snap gambo dia mmg memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.... rejan haku!!!

Friday, January 28, 2011

Porch Egg.... suka-suka!


hamboiii suker beno.... berbentuk2 telo aku...
sebenonye bukan baru buat ni.... dah lame.... tp menunggukan masa senggang nak mengupcate blog ngalahkan menteri.... ekekekeee

and sebenonye dr lepas beli acuan ni bulan2 lepas, ni kali kedua buat. kali pertama aritu tak bape menjadi sbb guna telo kecek.... ni baru dapat telo beso sikit. baru le sebok2 nak enterprem dlm blog.... tu pun berabad gambo peram dlm folder... heheheeee

layan ajelah!

Monday, January 24, 2011

33 tahun sudah....


Selamat hari lahir untuk diri sendiri....

Alhamdulillah 33 tahun sudah.... Syukur kepada Ilahi... Terima kasih Allah....

Moga keredhaanMu terus mengiringi perjalanan hidupku....

Amin...

Friday, January 21, 2011

Al-Fatihah Ayah Mertuaku...

Salam petang Jumaat kepada semua....

Al-Fatihah atas pemergian ke rahmatullah ayah mertuaku...

Daud Binti Wok

pada tanggal

20.1.2011 bersamaan hari Khamis
jam 7.10minit malam.

Semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan soleh....

Amin....

Monday, January 17, 2011

Chicken Hartz Sunway Pyramid

.:: gambar di snap oleh fotographer kecil - Baby (anak Ebab). Goyang By.... ::.

Cerita hari Jumaat (14/1/2011) yang lalu...

Petang sebaik saja anak2 & en suami sampai rumah, aku pun keluar. Debab, my ex secondary school mate dah sedia menunggu di bawah. Thanks Bab, sebab sanggup ambil & tumpangkan aku. Gathering yang mengejut tapi suka sangat sebab dapat menjoinkan diri :D

Actually sebelum ni kami dah pernah gathering di Flaming Steamboat, Bandar Sunway. Tapi ada saja halangannya aku nak mengupdate gambar2 yang ada. Memanjang je errornye... naik malaslah pulak. Ni tadi ingatkan nak selitkan aje gambarnya bersama n3 ni, tapi jenuh aku klik sane sini...tah mane dah gambar2 tu... takpelah... nnt2 aje... atau tak payah langsung... heheheee

Yang turut sama menjoinkan diri adalah Rosmaniza (Ogy), Rosmawati (Ros), Mazlina (Ateh), Zureena (Ena) dan Lin (Ebab). Terima kasihlah banyak2 kepada Ogy yang belanja kami2 ni... hari tu masa makan di Flaming Steamboat pun, Ogy jugak yang bayarkan. Hai... murahlah rezeki kawan aku tu...

Tapi di tekak kami2 ni tak kenalah dengan makanan yang disajikan... next time, tak jerulah ke sini! Sorry.... :( Ayam keras kejung, hati hitam legam... tak tahulah dah berapa kali dipanaskan semula. Sup takde rasa & lain2 lagilah.... layanan pun tak memuaskan... pelayannnye cengih beno ropernye... tak mesra pelanggan langsung!

Rasanya lebih puas hati makan masa di Flaming Steamboat mula2 haritu... Caj lebih kurang same je... huhuhuuuu tapi tak apelah... sekurang2nya kami tau dah tempat tu mmg tak syiok & makanan tak syedap!

.:: wif Ebab ::.

Thursday, January 13, 2011

Salad Telur


Hari ni baru nak masukkan n3... sebenarnya salad telur ni aku buat lame dah... buat sekali dengan takoyaki aritu... Simple je salad telur ni... bukan apa2 pun... telur tu sengaja rebus tak masak sepenuhnya.... syuke!!! :))

Anak2 dah mula bersekolah semula.... masa & jadual harian memang padatlah sekarang ni.... Untuk tempahan, aku terpaksa berkorban. Tak dapatlah nak buat delivery pada hari2 biasa macam sebelum2 ni... Hujung minggu & hari cuti aje boleh. Tapi pun tengok pada availability jugak... kalau bz sangat, terpaksalah minta customer datang ambil sendiri di rumah aku. Aku hanya boleh tunggu di bawah je... so customer tak perlulah nak naik turun lif.

Itu je yg dapat... nak buek camno.... dah menjawat jawatan supir, supir pada anak2... :D

Pagi untuk ke sekolah kebangsaan, anak2 akan ikut en hubby. Pukul 7 keluar dari rumah. Selalunya aku siapkan sarapan yang ringkas ajelah... ringkas dan sekalian dia orang boleh makan sambil berjalan turun. Paling sesuai roti, burger, hotdog dan seumpamanya. Disebabkan umah ni takde water heater, pagi2 yg paling utama adalah jerang air secerek. Sebahagiannya untuk buatkan air mandian utk anak2 & sebahagiannya lagi untuk bancuh air.

Waktu balik dari sekolah, pukul 11.45pg aku dah keluar dari rumah. Tunggu di sekolah Baby @ Assunta. Kena pergi awal untuk dapatkan parking berdekatan kawasan/pagar sekolah. Kalau lewat alamatnya kenalah parking jauh & b4 that kena queue panjang pulak tu sebab jalan tu sehala je....

& aku pun ada bawa seorang budak perempuan - Shuhada (Shada). Shada ni dulu masa sekolah tadika, sama sekolah tadika dengan Boy (Tadika Semut Comel - depan rumah arwah mak). Kesian pula aku tengok mak Shada - Kak Izan, menghantar anaknya ke sekolah (sesi petang-Assunta 1) naik teksi. Nak naikkan van, lambat sampai ke sekolah. Shada kena sampai ke sekolah sebelum 12.15 tengahari sebab dia pengawas. Jadi sekali harung aku ambil anak2, aku bawakan Shada ni sekali....

Sampai rumah, pukul 1.30 tengahari, bagi anak2 makan, lepas tu terus bersiap untuk ke sekolah agama pulak. Tahun lepas, tinggal di Puchong, anak2 tak sekolah agama. Memang terasa ralat sangat. Sekolah agama ni memang banyak membantu, bukan hanya pelajaran di sekolah agama saja, tapi juga berguna dan digunapakai untuk sekolah kebangsaan. Harap2 tahun ni, mata pelajaran Agama Islam Boy & Baby taklah dapat keputusan teruk dan seteruk tahun lepas... Sejak2 sekolah ni jugak, anak2 makan bersuap. Dari yang Boy sampailah ke Mierza. Kalau biarkan dia orang makan sendiri, nasik sejemput pun mengadap hampir 1/2 jam. Kalau makan bersuap tu, nasi penuh sepinggan, tak sampai 15 minit dah siap makan. Haishhhh!!!

Dah hantar sekolah agama, barulah dapat rest sikit. Itupun kalau takde tempahan. Kalau ada tempahan, kenalah buat2 apa yang patut. Pukul 5.30 petang, kalau tak hujan, en hubby akan ambil anak2 balik dari sekolah agama. Kalau hari hujan, akulah yang kena ambil. Sebab en hubby tu naik motor. Taklah anak2 berhujan.... kesian dia orang. Sampai2 saja rumah, terus bukak kasut & stokin'. Tukar beg... pergi pulak mengaji di blok sebelah. Kadang2 aku tunggu kat bawah. Siap2 bawakkan beg mengaji dia orang.

Selesai mengaji barulah dia orang rest sekejap. Mandi2 & lepas tu buat kerja sekolah. Kalau tak de kerja (selalunya ade je... lebih2 lagi Boy), baca2lah apa2 yang patut. Kemas buku ikut jadual esoknya. Then suruh dia orang tidur. Seawal pukul 9.30mlm selalunya dah masuk bilik. Itu pun ditahan2 mata...

Hahh.... memang penat dan jerih... tapi bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian... harap2 semua dirahmati & diredhai olehNYA... amin...

Tuesday, January 11, 2011

Cheeze Wedges


Wallah!!! Lepas ni kalau terasa nak makan cheezy wedges yg macam kat KFC tu, tak payah le bersusah payah... (kecuali sedang dilanda tahap MALAS melampau! hahahaa!!!) Sekarang dah boleh buat cheezy wedges sendiri... sosnya aku dah jumpa. Ada jual online...

Mulanya 'jalan-jalang blogger' ke blog Bibu - kawan Mak Hayam aka M.Com... gambar tak keluar tapi aku baca textnye kat sos cheezy wedges ni Bibu beli melalui kawannya. Dan boleh juga cari di mudah.com... maka dengan rajinnyalah daku ke web itu. Cari, punya cari, punya cari....maka berjumpalah... terus sent email & dpt reply keesokkan harinya. Hari Sabtu, sambil2 menghantar order di Shah Alam, aku ambil cheezy wedges powder ni sekali. Meet point kat luar Giant Shah Alam Seksyen 13....

En hubby & anak2 termasuk aku memang suka bebeno makan cheezy wedges ni. Kalau p makan kat KFC tu, memang mengorder satu sorang... sos ni memang same sejibik sejibun mcm kat KFC tu.
Kentangnya tu buat sendiri boleh, nak beli dah siap pun boleh. Ada jual kat pasaraya... Tapi aku buat sendiri je kentang wedges tu... letak lada hitam sikit, tepung gandum sikit, garam secukup rasa dan pecahkan telur sikit... goreng sampai garing....

Inilah serbuknya... 200g - RM10.00

Tuesday, January 04, 2011

Takoyaki




Dah lame sangat tak men'tako'.... sesekali buat tu memang sedap bebenolah rasenye... 2 hari berturut2 buatnya... betui2 makan sampai lebam! Hahahaaa...

Mula2 buat tu guna inti hirisan sosej & cheese aje... kali kedua buat barulah letak sotong yang direbus terlebih dahulu seketika. Kemudian masak dengan sedikit sos tiram, beberapa titis minyak bijan dan sedikit pewarna merah. Adunan tepung cuma guna tepung gandum biasa saja. Bancuh cair2 bersama sebiji telur dan sedikit garam.
Untuk sos siram, aku campurkan sedikit sos pekat soya dengan kicap cair bersama sedikit air.

Puas hati, wallah!!!!!



Sessi Persekolahan 2011...



Salam semua... Ni cerita semalam... semalam tak sempat nak menghapdet, jadi pospondlah ke hari ni...

Tengok gambar pun dah dapat agak... betapa cerianya 2 orang ni nak ke sekolah. Kejutkan bangun pagi pun sekali panggil aje... dah merongkas bangunnya. Senang kije makcik! Begitu excitednya nak ke sekolah. Sure anak2 kome pun gitu, kan... maklumlah, dah lame beno cotinye kan..... udah bohsan deme dok rumah.

Lagi2 semuanya pakat2 baru belake... semangat le!!! Kasut baru, baju baru, beg sekolah baru.... takde yang lame, sume baru sesaje! Yang kopak, mak ayah!!! Tapi tak apa... asal anak gumbira, mak ayah pun sinang ati... cari duit lagi!!!!


Saturday, January 01, 2011

Toys...


N3 permulaan tahun 2011...

Toys ni bukanlah aku beli masa cuti umum (menang bola). Beli dari minggu lepas lagi tapi baru nilah ada peluang nak n3kan di sini... Beli di Daiso, Sunway Pyramid masa p tgk wayang cerite Janin tu... 1 barang Rm5... Porch Egg tu dia pack dlm plastik. So 2 pcs tu RM5. Botol sos muncung/lubang 3 tu yang ada saiz kecil saja. Tak pastilah pulak ada saiz yang besar ke tidak. Hajat hati tu kalau ada saiz besar, nak rembat sekali. Tapi dah tengok kat rack tu takde. Dah tanya dengan pembantu kedai tu, dia kate takde. Tak taulah betui ka dak... macam tak percaye je... ekekekeee....

Puas hati... orang ada, aku pun nak gak... tapi orang dah buat 3/4 kali roti jala guna botol ni... aku??? Belum ada masa nak merasmi... hikhikhikkkk Bz tah hape2 tah!!!

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)