Followers

Tuesday, October 26, 2010

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...


Salam semua...

Aku ada 1 halaman blog baru - ULAT NOVEL. Blog ni khusus aku updatekan novel2 dalam simpanan aku untuk aku jual murah2 kepada yang berminat. Tak berdaya dah aku nak bawak ke hulu ke hilir. Berpindah-randah. Kotak novel aje lebih 5 kotak. Beratnya tak usah dikenang. Mengeluh orang yang mengangkat tu. Tambah pula dengan kotak baking yang juga lebih 5 kotak. Hakikatnya, barang2 aku je lebih 10 kotak bila dikumpul2kan. Kesian cik abang & kuncu-kuncunya.... ahahahaa!!!

Jadi, kepada yang berminat, boleh hubungi aku melalui email sofie2_za@yahoo.com. Boleh juga add aku di fb. Dan boleh juga terus menghubungi aku di talian hayat 017-3113 226.

Untuk sinopsis, harga dan segala details mengenai novel2 bolehlah menjenguk2kan diri di link yang dinyatakan di atas ok....

* masih terus meng'update'.....

Monday, October 25, 2010

Ayoh Makan Pizza....!


Salam semua....

Yok, yok, yok makan pizza! Crust ready made aje beli kat kedai baking. Sekalian beli barang baking untuk tempahan, selitlah beli crust & cheese tu. Anak2 pun dah lama tak makan pizza. Alahai kesian anak mama... bz hentah hape2 hentah...!

Saje nak selit cerita gak kat sini... cik BM aku yang didapati rosak awal tahun ni aritu, udah aku hantar ke Pensonic untuk repair. Orang Pensonic - Cik Ain pun ada call aku beritahu yang kos membaiki cik BM tu RM125. Tanye pendapat en suami, dia kate buat ajelah. Kalau nak beli lain kena spend RM400++. Aku jarang2 sangat gunakan cik BM tu. Lebih baik bayar RM125 daripada kena bayar RM400++. Hokey.....


Layan ajelah pizze ready made ni ye.... toping apo yang ado aje... hirisan sosej dan nenas. Untuk aku & en suami, tambah hirisan lada hijau. Hambekkkk.... capsicum tak ado, cili ijo pun jadik. Mujurlah cili api tak ado, kalau idak harus aku hiriskan sekali & tabur... kakakaka!!!!

Tuesday, October 19, 2010

Choc Chip Cookies



Salam semua...

Sekarang ni memang dah jarang2 sangat update blog yang satu ni... tapi bukan bermakna tak mahu berblogging dan dibiarkan sepi begitu saja. Kalau aku on9, semestinya aku akan jenguk ke blog ni. Baca message yang ditinggalkan oleh kawan2 (sekiranya ada) di ruangan komen dan di shoutbox. Begitu juga aku tgk bloglist yang tersedia kat bawah tu. Lompat sane sini. Kadang2 ada tinggalkan komen dan selalunya tengok2, baca2 dan lompat2 lagi. Macam katak le pulak, kan...

Sejak dari Ahad (17/10/10) lepas, anakanda aku si Mierza telah dibawa 'lari' oleh kakak aku yang yang sulong - Kak Yong, ke Sepang. Jadinya aku sekarang ini adalah sangat free... bebas ke sane ke mari sendiri2. Mujurlah en hubby tu banyak kerja di opis. Kalau tidak, haruslah aku merengek menggantikan Mierza, minta dia jangan pergi kerja. Tapi ajak dia keluar g jalan2. Hahahaaa!!! Tapi sebenarnya, aku lebih suka jalan sendiri. Sebab en suami tu bukan kaki jalan orangnya. Hehehee....

Duduk sorang2 di rumah, terasa bosan pulak. Itulah yang mengkukis ni... sebenarnya dah lama juga simpan hasrat nak mengkukis. Bukanlah takde masa sangat sebenarnya... tapi yang banyaknya malas. Hah, baguslah tu... kalau dah kena penyakit takde ubat - bak kate en hb selalu. Layan ajelah ye... sengaje aku tak kacau serbok coklat tu rata supaya adunan nampak berbelang2 gitu... seni le konon... kakakakaa


Monday, October 11, 2010

Panduan Untuk Semua......

SENARAI RESTORAN TERKENAL YG DISAHKAN HALAL & dITARIK BALIK SIJIL HALAL OLEH JAKIM

kakliza dapat dalam FB... >>>>> aku dapat dari Kak Liza. Minta izin ye kak... & terima kasih :D

Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station

2) Kam Lun Ta

3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2) Chicken Rice Shop

3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami. Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

** alhamdulillah tak pernah warnakan rambut **


4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

** telan ubat masa sakit je...tak makan supplement pun.... **


5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

>>>> Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

OLD TOWN WHITE COFFEA MACAM MANA??? SELEPAS PENEMUAN KAKI KATAK DALAM SALAH SATU MENUNYE, AKU TERUS TAK JEJAK OLD TOWN WHITE COFFEA DAH.... HUHUHUUU

Friday, October 08, 2010

Gathering & Berhari Raya Bersama Geng Masak.....

bersama mamafami...
nak tengok bagaimanakah rupa mamafami, kena tgk live. Dalam tnet, mamafami booo layan. hahahaa!! Jadinya mamafami kenalah jadi mamabunga di blog aku ni....

Salam...

Gambar2 & cerita2 aku tentang gathering & berhari raya bersama geng masak2 ni dah agak basi sebenarnya. Tapi nak juga aku tepek kat sini sebagai kenangan untuk aku dan para pengunjung blog aku yang tak seberapa ni... minta maaf ye... gambar yang bertutup dengan bunga sekuntum tu terpaksa dilakukan demi menghormati privasi dan permintaan tuan yang empunya diri. Kalau nak tengok muka mereka, bolehlah sertai gathering bila2 nnt... hehehee

bergambar kenangan bersama Kak Nony, Kak Wan resipicitarasawan & Kak Hanieliza

wif kak Ina KL yang glemeres.....

Hari kejadian adalah pada hari Khamis - 29hb October, 2010 yang lalu. Hari Rabu petangnya aku dapat sms undangan daripada Kak Maz Bahrain. Terima kasih banyak2 kerana mengingati adikmu ini Kak Maz... masa baca sms tu pun aku dah teruja nak pergi. Apalagi bila Kak Maz kate ada jemput beberapa blogger lain. Walaupun Kak Maz tak cakap pun siapa, tapi hati ni meronta juga nak pergi. Tak kira dan tak kisahlah siapa pun bloggernye tu. Tapi terfikir, ish, esok banyak order... camne ni...? Demi untuk melunaskan juga kehendak hati, aku bangun seawal 3 pagi bikin tempahan customer dan alhamdulillah, berjaya siapkan sebelum aku keluar dari rumah untuk hantar anak2 ke sekolah dan sekaligus bawa tempahan customer untuk delivery.

Dessert wallahhhh di rumah Kak Maz bahrain... yummy!!!

siap ber'takoyaki' kak maz... kelazzzzz!!!

Lepas hantar anak2 p sekolah, aku terus ke Bangsar, menghantar tempahan daripada Zila @ Muzium Negara. Tengok2 jam dah pukul 12.45 tghari. Kak Maz kate dalam sms undangannya, pukul 1, makan time. Sahlah, aku lewat sampai. Dalam hati dan berdolak-dalik... nak pergi ke tak nak pergi... balik umah aje ke... aku sms kak Maz, takde reply. Adeh....

pemanis mulut dari Bahrain. Sedap... aku dan Kak Ina KL siap tapau. Balik tu aku je ngunyah mengabiskan... manis2 lemak rasanya...

Akhirnya dan sudahnya, aku nekad aje redah p umah Kak Maz kat Putra Heights tu... +- pukul 1.30tghari baru sampai. Tengok2 pintu pagar bertutup rapat. Pintu rumah pun begitu juga. Cuak aku... tengok depan pintu banyak kasut. Sahlah tu, ramai dah kawan2 yang sampai. Akulah yang terlewat sekali ni....

bersama Kak hanieliza dan Kak Maz Bahrain di rumah Mamafami....

Aku call Kak Maz, pintu pagar automatik dia terbuka. Hahahaaa! Masa aku nak masuk tu, adalah sebiji kancil berhenti depan pagar rumah Kak Maz. Tengok pemandunya, tak kenal. Mungkin blogger jemputan Kak Maz. Aku pun menononglah masuk ke dalam rumah. Adik bongsu Kak Maz yang sambut kedatangan aku. Terus ke dapur jumpa Kak Maz yang sedang sibuk nak menyiapkan takoyakinya. Sambil dibantu oleh Kak Wan yang sedang memotong buah tembikai. First time bertemu dan bersua muka dengan Kak Wan.

bergambar kenangan bersama Princess Yatt, Kak Wan dan Kak Ina KL

Kemudian Kak Hanieliza pula sampai. Hahaha... rupanye kereta kancil yang berhenti depan pagar Kak Maz tadi tu Kak Hanieliza yang fofular itulah... yang aku pandang tak kenal tu adalah anak beliau - memandu.

Itulah dia... yang aku ingatkan aku dah terlewat tu, rupanya antara yang terawal juga sampai... Sedang menjamu selera di meja makan, Kak Ina KL sampai bersama 2 orang anaknya dan Yatt bersama seorang daripada 2 anaknya. Yatt yang tinggal di Finland pulang ke tanah air untuk bercuti sehingga December kalau tak silap katanya... Seperti Kak Wan dan Kak Hanieliza, Yatt pun pertama kali aku bertemu muka. Dan aku tak sangka rupanya Yatt ni muda lagi. Selama ni kalau aku singgah blog dia, aku mesti panggil dia "Kak Yatt". Hambik akuuuu... rupernye dia lagi muda dari aku. Kahhhhhhhhh!!!!

Duduk bersembang dan bercerita di rumah Kak Maz lama-lama. Ambil gambar dan bergelak ketawa. Seronok.... berkongsi2 pandangan dan pendapat. Bercerita tentang itu dan ini... Kak Maz pun lepas 1 ke satu makan yang keluar. Kenyang sungguh perut ni...

Lepas tu kami bertolak ke rumah mamafami pula. Teruja sungguh masa pertama kali nampak mamafami di rumah Kak Maz. Selama ni baca dia punya ramblings aje kat blog. Pertama kali jumpa dan bersua muka, macam malu2 kucing pulak aku nak bercakap dan bersembang. Hahahaa!!!

Tembosa Turkey air tangan mamafami....
sedap, tapi sbb perut kenyang, makan sepotong aje....

Tak taulah pukul berapa baru bertolak balik. Tapi mujurlah Putra Heights dengan Bukit Puchong tak jauh mana pun. Jalan pun tak jem masa aku balik tu... sempatlah balik memasak untuk encik suami dan anak2. Dan yang nyatanya, malam tu aku tak makan pun. Kenyang sangat.........

agar2 yang disajikan di rumah mamafami......

kek buah2an mamafami.... yang sepotong kat atas tu, akulah yang makan. Tak tau siapanya lebihan. Perut kenyang tapi nak juga merasa... dapat merasa sikit pun jadiklah.... hehehee

Terima kasih kepada Kak Maz dan Mamafami kerana sudi menerima kunjungan. Minta maaf andai ada terkasar bahasa semasa bergurau senda. Terima kasih juga kepada Kak Hanieliza kerana bagi rempah, bagi keropok sebagai buah tangan. Kita ni kosong aje... datang melenggang kangkung aje.... teruknye haku!!!!

sebelum balik, tangkap gambar beramai2.... mamafami tak tahu hilang ke mana masa ni....

Acar buah air tangan Kak Hanieliza. Sedap....

Wednesday, October 06, 2010

Gagal......... Tewas............


Salam semua....

Ketika n3 ini ditaip, aku dan keluarga sudah selamat berpindah ke Taman Desaria. Sudah dua malam tidur di rumah ini. Lambat aku memasukkan perkembangan diri kerana kesibukkan yang melanda.

Keputusan untuk berpindah kembali ke kawasan kejiranan lama sudah sebulat suara kami (aku dan suami) ambil dari +- 2 minggu sebelum ramadhan sebenarnya. Setelah itu kami terus mencari2 rumah di blok tempat tinggal kami (sebelum berpindah ke rumah Puchong). Malangnya, tak dapat. Setelah jarak Ramadhan semakin hampir, barulah dapat rumah. Tapi terpaksa membatalkan niat untuk berpindah masa tu sebab aku pun sibuk dengan tempahan ketika itu. Juga ada sedikit masalah dengan tuan rumah yang hendak menyewakan rumahnya itu kepada kami.

kotak sane, sini, sinun.......

Alhamdulillah selepas hampir berakhirnya Syawal, kami sudah selamat berpindah ke sini. Terima kasih banyak-banyak kepada Abg Man & isteri - Kak Seni (sepupu en hubby) sebab carikan lori & jadi driver sambil tolong angkut barang, Cik Haris & Cik Zul (member en hubby dari blok N). Kalau tak de mereka2 ni, memang lunyailah en hubby tu nak angkut barang2 semua.

rumah baru yang lama... sebelum masuk barang2....

Sampai2 di Blok N, kawan2 hubby (geng melepak di wakaf setiap malam) dah ramai menunggu - Omar, Soon, Mat dan lain2. Yang seronoknya kawan2 Boy (anakanda sulong) ni pun sama2 menunggu. Mereka pun sama2 menolong angkat barang2 mana yang ringan dan larat diangkat. Aku tunggu aje dalam rumah, sambut barang2 tu daripada dia orang dan letak dalam bilik yang sepatutnya.

office baru syaye.... ade sopak kat dinding tu. Tilenye tercabut. Dah panggil orang buat & tuan rumah tanggung kosnya... alhamdulillah!

Selesai angkat barang semua, hubby bawa kawan2nya tu pergi makan. Aku pula sediakan air (air botol je la...) dan beri upah RM5 pada budak2 tu. Ada 6 orang semuanya. Seronoklah masing2 dapat duit... heheheee Aku pun gembira juga tengok budak2 tu....

Alkisahnya.....
permandangan dari dalam bilik.... klu malam memang cantik dengan lampu di kejauhan.... dengan bunyi deru air. Silap2 ingat mcm duduk tepi air tojun pulak... tapi bila siang, nampaklah 'swimming pool' ni ha.....

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)