Followers

Saturday, September 25, 2010

Cerite Akhir Ramadhan yang lalu....


Salam...

Inilah cerita ramadhan aku yang sudah keciciran. Tapi nak juga postkan kat sini dan tepek gambo2 yg wallah agak banyaknya menyenap sampaikan bateri kamera pun naik kong! Hahahaa...

Actually nak berbuka puasa di Sepang ni tiada dalam agenda. Awalnya ke rumah kakak aku- Kak Yong ni sebab nak menghantar anak buah aku si Fafa yang balik dari Politeknik Seberang Perai untuk berhari raya. Dia naik keretapi dan turun di Stesen Sentral. Kerana aku yang paling dekat di situ, akulah yang ambil dia dan bawa ke rumah.



Sampai2 di Sepang, rehat2 sekejap, kak yong dah bersiap2 nak pergi berniaga. Kakak aku berniaga di bazzar ramadhan Sungai Pelek, Sepang. Hari2 biasa dia masuk pasar malam sekitar Sepang jual pizza. Di bazaar ramadhan ni, dia jual pizza & roti john sambil mengambil seorang pekerja - Along dan dibantu oleh anak2nya - Syima dan Ezza. Dala 2 orang anak daranya ni, Ezza lah yang paling boleh diharap dan banyak membantu. Bagus Ezza cayang! Abang ipar aku, abang Mat (suami kak Yong) menguruskan bahagian pizza dan juga dibantu oleh anak2 mereka.

Dah sampai di tempat niaga, hendak tak hendak aku pun tolonglah serba sedikit yang akhirnya aku pun naik seronok. Alhamdulillah maju juga jualan roti john kak yong. Habis semua roti (100pcs) yang dibawanya sebelum jam menunjukkan pukul 7 mlm lagi. Jualan pizza pun tak kurang hebatnya. Sementara mengemas2 barang masuk dalam kereta, sepotong demi sepotong pizza dibeli hingga habis semuanya terjual. Alhamdulillah sangat2...


Kami bergerak ke Pantai Bagan Lalang yang juga dekat dengan rumah Kak Yong. Singgah di restoran seberang jalan mengadap laut - Restoran Wak Lan Ikan Bakar dan Tom Yam. Menu yang Kak Yong dan Abang Mat pesan tak sempat disnap sebab masing2 dah lapar dan waktu berbuka pun dah kelewatan masa tu. Masa berbuka tu minum air aje dulu....

Lepas makan, perut kenyang, aku dan anak2 serta anak2 buah ke pantai. Air surut masa tu. Kalau air pasang pun rasanya tak kuasa nak cecahkan kaki sebab kemudian nanti tentu menyusahkan diri sendiri dengan pasir2 halus yang melekat kat celah2 jari. Tak kuasa!!!! So, kami habiskan malam dengan tangkap gambar sane sini.

first time tangkap gambar on sky... itu pun sebab gelap & tadek orang. Kalau siang hari dan ramai orang, haruslah aku tak buat. Heheheee...

Malam tu juga kami balik ke Puchong. Sebab esok paginya en hubby nak kerja. Kalau tak kerja, haruslah tidur di rumah Kak Yong....

Friday, September 24, 2010

Jalan2 Berhari Raya...

kami wif mak cik...

Salam... Setiap tahun, kalau ada kesempatan kami adik-beradik memang akan berkumpul dan beraya ke rumah mak cik (isteri arwah apak yg ke 3 - arwah mak aku isteri ke 2. Isteri pertama dah meninggal dunia lama dulu). Mak cik aku ni tinggal di PPRT Keramat. Hubungan kami sejak dulu memang baik. Begitu juga hubungan arwah mak aku dan mak cik. Takde masalah... malah ketika aku nikah dulu pun, abang ke 2 (Angah) dari anak mak cik aku ni yang nikahkan. Telahkan kami adik-beradik (1 emak & 1 ayah) semua perempuan.

gambar arwah apak yang aku snap dr dlm album mak cik...
al-fatihah untuk arwah apak...

Lepas beraya di rumah mak cik, kami beraya di rumah adik aku pula - Izan. Tak jauh, sebelah blok aje. Tapi tingkat 1 dari atas sekali. Total 17 tingkat, umah Iza tingkat 16. Gayat aku! Sebab kami ni sebaya, cuma panggil nama sajalah. Antara kami pun tua bulan aje... Izan ni tak kerja selepas berkahwin dengan suami barunya ni (perkahwinan kedua). Sekarang sedang mengandung anak sulong. Duduk rumah pun bukan duduk saja. Dia ambil tempahan menjahit baju kurung. Adik aku ni jenis kreatif dan rajin berhias. Sampai dalam bilik air & toilet pun siap tampal bunga dan berhias macam2. Hadoiiiii... kalau anak2 aku ni, adelah batu2 sungai tu masuk lobang jamban hagaknye... seriau!!! Di rumah Izan, kami disajikan dengan soto nasi, nasi impit dengan rendang dan kuih2 raya. Terima kasihlah mak yong. Tengah2 sarat pun masih sempat bersilat kat dapur.


picas ni bukan aku yg snap... anak buah aku yg snap... aku tompang enterframekan aje... hahahaa!!!

Lepas rumah Izan, kami ke rumah Angah pula di Ukay Perdana. Kawasan perumahan teres yang mendamaikan pada aku. Depan rumah pokok2. Cuma takutkan anak2 ajelah... almaklum aku mempunyai anak2 yang aktif. Sekejapan berkunjung tu pun aku dah naik fenat memanggil2 name dia orang sorang2 untuk pastikan dia orang ade... hahahaa!!!


Boy dan baby mengabadikan kenangan dengan sepupu2nya - anak2 angah. Yang sebelah boy tu sebaya si Baby. Dan adiknya tu berusia 4 tahun. Tinggi2 anak2 angah ni. Tapi udah ayahnya tinggi....

Popia sempoi aje....


Salam semua....

Mood raya dah tinggal saki baki je ni... tapi kuih masih banyak dalam balang. Hahahaa!!!


Popia goreng yang aku buat pada petang hari Selasa. Simpan dalam fridge. Goreng pada pagi Rabu untuk sarapan diri sendiri dan anak2. Intinya dari sayur kobis, lobak merah dan hirisan crab stick. Goreng dulu dengan taburan serbuk ikan bilis dan sedikit garam hingga agak layu.
Untuk kulitnya aku guna jenama Fritzz (betul ke idak ejaan ni, ntah le). Suggested by Islindah, kawan zaman sekolah. Yes, popia aku tak lembik kebek biler dah sejuk...

Boleh tahan rasanya.... jualan laris, habis. Keeeee........ lapo???



Monday, September 20, 2010

Cuppucino Slice


Salam semua...

Rasa macam dah terlewat nak kongsikan resipi cookies raya... tapi nak jugak kongsikan kat sini. Almaklum hari tu kebizian melampau dengan ntah hape2 ntah... eheheee...
Actually ni bukan kali pertama aku buat cookies ala2 shortbread ni. Tapi ini merupakan kali kedua. 1st dulu punyelah kemaruk nak jugak merasa buat. Takde loyang cutter pun aku p buat jugak. Bila nak potong tu kena pakai pisau yang betul2 tajam. Tapi sebab pisau tak berapa nak tajam (salahkan pisau pulak.... :P), cookies aku banyak yang sompik2... huhuhukkkk

masih dara... hakhakk!

Tapi jangan pulak silap sangka... setelah kali ni buat dengan merasmikan loyang cutter haku tu... cookies aku tetap jugak sompik. I'allah tahun depan buat (itu pun kalau ade umur, ade masa dan ada segala2lah... eheheee) sempurnakan shortbread cookies aku tu... Batak rabit haku neiiii... masalah timbul dari awal sebenarnya.

murah ke mahal??? pada aku murah le ni... saiz pun beso.. 12x12inc

Aku beli loyang cutter tu awal sebulan rasenya dr masa aku nak gunakan tu... tapi dok simpan jela... sbb belum sampai seru nak mengcookies. Jadinya bila nak guna barulah bukak dari plastik dan of cozlah kena basuh dulu, kan... aku pun bukaklah satu2 cutter tu... basuh dan keringkan dulu. Sementara tu aku buat bancuhan tepungnya yang senang ya amat. Guna mixer kejap aje... campak2 tepung bahan2 lain & gaul je sebatikan. Dah tu... bila loyang dan kering & lap2 sikit dengan cutter tu... tang nilah baru timbul masalah.

baru keluar dari plastik...cantik tersusun je cutter dia....

Ya rabbi... aku rase maunya lebih 2 jam aku ngadap cutter tu nak disilang2kan balik. Masuk yang ni, yg nun tercabut. Masuk yg nun, yg ni tercabut. Memang mase tu fade up sangat. Mujurlah puasa... sabaq!!!!!! Walaupun dalam hati rase nak tereban dah! Geram haku! Mungkin ade caranya, aku je yg tau... sesape ade xperience dgn cara susun cutter tu, tolonglah kongsikan dengan aku yg blur ni..... thanks in advance :D!!! At last berjayalah jugak menyusun balik cutter besi tu dan acukan dalam loyangnya. Ada yang panjang, sane, pendek sini pulak yang membuatkan cutter tu tersengot takleh nak masuk loyang. Bukak & betulkan balik mane yg panjang dan pendek tu... Sudahnya asal boleh muat aje masuk. Hadoilaaaaa... Aku pun terapkan adunan tepung dalam loyang. Masukkan cutter dan tekan. Proses membakar dan seterusnya takde masalah. Alhamdulillah...

Malam, lepas berbuka dan sebelum masuk tidur, aku cairkan coklat dan tuang dalam loyang aka atas cookies yg dah sejuk tu. Bila coklat dah sejuk, aku tutup dan biarkan atas meja. P tidur.... esok paginya masa bangun sahur, aku tengok coklat dah mengeras tapi mcm lembap2 sikit. Musykil jugak dalam kepale hotak ni... kalau aku tarik cutter ni, takke coklatnya mengikut sekali? Ok, untuk menjawab kemuyskilan dalam hati, aku tarik 1 cutter. Sah dan sahih, kemusykilan aku betul. Coklat melekat kat cutter menjadikan cookies aku nampak terselak dan sopak. Buruk beno... Bengang punye pasal, aku campak loyang ke tepi. Memang down sgt dah rasenye. Hb yg kebetulan lalu kat sebelah aku kate sambil lalu... "kena letak dalam peti ais dulu kot, ma..." ek............ sengih. Akur dengan cadangannya, aku pun p lah letak dalam peti ais...

Lepas 3 jam aku ambil dan keluarkan dr peti ais. Tengah sejuk2 tu, aku hentak2 loyang tu. Keras le pulak. Camne aku nak keluarkan dari loyang? Jangankan nak keluarkan cookies, nak keluarkan cutter pun payah ya amat... Dah terbayang tong sampah dah mase tu. Kahhhhhhh!!! Untuk kedua kalinya aku campak loyang tu ke tepi. Bengang! Frust!
Tapi lepas 1/2 jam aku amik balik dan try keluarkan. Hikhikhikkkk... senang je keluarkan dari loyangnya. Dan proses meleroikan cookies dari loyang & cutter pun bermula :DDDD

Moral of the story....... jgn hanya kata sabar di mulut, tapi juga sabar di hati.... pesanan khas untuk diri sendiri!!!!
Wah... panjang lebar aku membebel... jom layan resipi pulaklah....


Bahan A
210g butter
100g gula perang
1st emulco cuppicino - aku guna nescafe yg dicairkan dgn air panas

Bahan B
250g tepung gandum
90g tepung jagung
50g susu tepung
60g serbuk kacang tanah - aku guna serbuk almond

Cara-cara :-

1) Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga jadi doh yang lembut.
2) Alas loyang dengan kertas minyak. Biarkan kertas lebih 1" dari loyang.
3) Ambil doh seberat 600g dan canaikan doh atas/dalam loyang. Ratakan. Tekan cutter dan cucuk garfu atas permukaan adunan.
4) Bakar hingga kekuningan - 140c - 40 min
5) Dah sejuk, buka cutter dan tuang toping coklat. Ratakan. Letakkan semula cutter di tempat asal. Kalau nak buat corak marble, buat masa coklat masih cair. Kemudian barulah letak cutter. Coklat dah beku, barulah buka cutter.
Toping Coklat
230g coklat masakan - aku guna milk coklat
20g coco butter
- cairkan dengan kaedah double boil -

Sumber: Resipicitarasawan
Asalnya menggunakan jumbo heart & croquant sebagai hiasan. Tapi aku gantikan dengan coklat putih yg diwarnakan hijau.

Monday, September 13, 2010

Kenangan Pagi Syawal 2010






Salam Syawal untuk semua...

Alhamdulillah seperti yang dirancangkan, kami akan menyambut lebaran di kampung hb @ Kg Rasau, Slim River. Memang setiap tahun pun akan pulang ke sana. Anak2 pun memang suka. Aku pun suka juga. Al-maklumlah sejak zaman kecik2 sampai anak dara memang berada di taman. Dapat suami yang ada kampung dan kampungnya memang betul2 bersuasana kampung, memang rasa seronok sangatlah.

Pagi Khamis, lepas bersahur, kemas2 apa yang patut. Pukul 7 pg kami bertolak melalui Lebuhraya Guhtrie. Sampai di kampung singgah di market. Beli ayam, daging dan sedikit keperluan dapur untuk buat persiapan menyambut raya. Sampai saja di rumah fil, terus bersilat di dapur.

Biras - Kak Lang, memang bahagian siang-meyiang, potong memotong. Aku ni bahagian masak-memasak aja... Sementara dia potong2 ayam dan daging, aku siapkan bawang, serai dan segala bagai tu. Menu kami untuk pagi raya tu ialah rendag kerisik daging, ayam masak kicap, kuah kacang dan dimakan dengan ketupat nasi. Kami beli yang saiz mini. Senang dan mudah rasanya nak menghidang.

Pagi raya bangun seawal subuh. Mandi sunat Aidil Fitri, aku, hubby dan bil - abang hb (Alang) bersiap-siap ke pusara mil. Pergi berjalan kaki je. Taklah jauh sangat. Tapi perjalanan turun naik bukit buat penat jugek le.... hahaha!!! manja, manja...

Elok2 tengah baca yassin, hujan rintik2... hujan rahmat di pagi syawal gitu... Aku teruskan juga bacaan... elok2 habis baca, hujan pun turun dengan lebatnya. Aku baca doa pun ala kadar ajelah. Moga roh arwah mil aman dan tenang di sisiNYA.

Sedikit gambar yang diabadikan di pagi Syawal. Bil dan biras segan nak bergambar. Jadinya bergambar dengan anaknya ajelah, Tasya. Insya'Allah Tasya akan menduduki peperiksaan UPSR tak lama lagi. Moga sukses!

Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk semua :D

Saturday, September 11, 2010

UCAPAN UNTUK SEMUA...

STICKY MODE N3


Salam kepada semua....

Di kesempatan yang singkat dan ruang yang sempit ini, aku mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada pengunjung blog fizanordin & fiza-on9booth, teman2 bloggers, yang mengenali mahu pun yang baru hendak beramah mesra, rakan2 semua dan kawan2 dari zaman persekolahan. Moga ukhwah antara kita terus berpanjangan hendaknya...

Kepada yang memandu pulang ke kampung halaman, berhati2 ketika memandu. Ingatlah orang yang tersayang. Jangan jadi seorang dari statistik kemalangan jalan raya tahun ini. Ingatan ini juga untuk diri sendiri.

InsyaAllah kami sekeluarga akan pulang berhari raya di Slim River (kampung suami), Perak dan akan bertolak pulang pada hari Khamis (9/9/2010), selepas sahur. Moga perjalanan kalian dan perjalanan kami dipermudahkan olehNYA, amin.

Wednesday, September 08, 2010

My Boy...


Salam dan selamat berpuasa...

Hanya nak berkongsi cerita dan kenangan di blog aku ni pasal anak sulong aku - Boy. Bulan 6 kelmarin aku daftarkan Boy ke kelas teakwando di sekolah dia. Itupun sebab Baby mula kelas Bahasa Cina di sekolahnya di sendiri. Jadinya hari Sabtu, kalau kami hantar Baby ke kelas Bahasa Cina, akan sekalilah hantar Boy ke kelas taekwando. Taklah rasa ralat jauh2 menghantar seorang anak je... heheheee... and actually, Boy minta dimasukkan ke kelas taekwando ni dari dia still darjah 1 lagi. Aku je yang buat dekkkkk... eheheee...


Alhamdulillah setelah 3 bulan, Master kata Boy boleh menghadiri test untuk tukar tali pinggang dari white yellow ke yellow. Master pun cakap dengan hubby, "he learn quit fast. Good!" Sebab minggu pertama masa kami hantar Boy, kami siap rekod pergerakkan tenaga pengajar tu. Di rumah, hb transferkan video tu ke pc. So, boleh tengok lebih jelas & skrin pun of coz lebih besar. Suruh Boy tengok dan praktis the step. So minggu depannya, Boy dah boleh buat step2 tu depan Master. Alhamdulillah sangat2...

Jom layan gambar yang sempat aku rakamkan. Masa test tak boleh duduk dekat2 sangat. Gambar yang aku ambil terpaksa zoom membuatkan gambar jadi blur....


Hb yg sedang melihat piala2 terkumpul di akademi taekwando milik Master C.W. Yeow.

Sessi warming up sebelum Master sampai...



Test sedang dijalankan. 5 orang sekali jalan... kecik aje anak aku... tapi sebenarnya masih ada yang kecik saiz badannya...

Boy & his friend, Thomas

Mierza pun nak selit jugak...

Budak ni baru darjah 1, sama sekolah dengan Boy. Dia pun ada jugak ajar2kan Boy step pergerakkan yang betul masa rehat kat sekolah. Thanks Imran, :D. Imran test untuk bertukar ke green belt.

I'allah tahun depan nak daftarkan Baby pulak... & nak tengok perkembangan Mierza. Dia nampak teruja tengok abangnya bertaekwando. Mungkin akan daftarkan Mierza juga. Ape2pun tengoklah keadaan camne nanti...

Sunday, September 05, 2010

PROMOSI Coklat Syawal...


Salam semua...

Tempahan biskut raya sudah ditutup. Terima kasih kepada yang sudi menempah.

Bermula 30.8.2010 (Isnin) sehingga 5.9.2010 (Ahad)
fiza-on9booth akan mengadakan PROMOSI COKLAT SYAWAL. Kepada yang berminat nak buat tempahan coklat, bolehlah berbuat demikian bermula tarikh yang dinyatakan di atas.

Pengambilan coklat2 tempahan hanya boleh dibuat bermula
6.9.2010 (Isnin) - 8.9.2010 (Rabu).

Setiap tempahan semestinya disertakan dengan deposit. Boleh bank-in ke akaun maybank atau cimb saya. No. akaun hanya akan diberi melalui sms - 017-3113 226. Sebarang pertanyaan juga digalakkan terus menghubungi sy di no. talian di atas. Atau boleh juga SMS dan email sy di sofie2_za@yahoo.com

filling praline yg disediakan :
- oren
-mint
-strawberi
-blueberi
-yam

inti kekacang yang disediakan :-
- badam
-hazelnut
-walnut
-kismis

bentuk coklat yang disediakan :-
-rose
-4 segi berlorek
-bujur berlorek
-bunga
-ketupat
-kipas
-love
-strawberi
-daun
-epal


v
v
v

loose order
min order 50pcs
bentuk campur-campur (bentuk yg dinyatakan di atas)

RM0.70 per pieces

v
v
v

Coklat Oreo
min order 25pcs

aneka corak
(plain, love, bunga, bola & edible image)

RM1.20 per pieces

*edible image - gambar berkaitan hari raya

v
v
v

Coklat Stick
min order 25 sticks (set)

corak bunga

RM0.90 per stick

v
v
v

Kurma Bersalut Coklat
min order 30pcs

RM0.30 per pieces

* semua tempahan akan diletakkan di dalam kotak @ bekas jernih.
* untuk perbandingan harga boleh berkunjung KE SINI

Meet Point :-

Untuk pengambilan coklat nanti, boleh jumpa saya di....

datang terus ke rumah - Pangsapuri Angsana, Bandar Bukit Puchong 2
(sms - 017-3113 226 utk dptkan alamat penuh & direction)

atau

Sekolah Rendah La Salle, Jalan Gasing, Petaling Jaya
hari persekolahan - 12.00 - 12.30tgahri
(tolong jgn lewat sbb klu budak2 sekolah dah keluar, jalan sesak)

atau

Stesen Petronas Batu 14, Puchong LDP
(menghala ke Putrajaya)

Friday, September 03, 2010

Teringin punya pasal....


Salam...

Ni cerita sahur semalam sebenarnya. Bila bunyi je alarm kat hp, aku pun bangunlah. Pukul 4 pagi yek... sebelum aku bangkit dr atas tilam, en hubby tu cakap... "ma, buat maggie ma... teringin pulak..." huh, maggie...??? Ok ajelah... udah katenye teringin. Kesian le pulak haku ni dengonye. Hihihiii...

Actually aku tak menggalakkan sangat anak2 makan maggie ni. Tapi biasalah budak2kan... mane yg kita tak suka tu, itulah yang deme suka bebeno. Walaupun stok maggie memang sentiasa ada je dalam gobok buruk aku tu. Standy untuk masa2 teringin, bukan standby untuk masa2 malas, hokey!!!

Bila buatkan untuk papanya, kena jugaklah buatkan untuk anak2nya. Tak gitu... Masa kejutkan bangun tidur si anak2 tu, bukan mainlah payahnya. Ngeliat sane, pusing sini... tapi bila aku cakap, "bangun sahur... mama ada masak maggie." Wahhhhhh celik mate masing2! Tu dia penangan maggie!

Tapi yg aku masak ni (semalam) Maggie Kari Letup. Memang agak pedaslah. Sot set, deme makan. Kesian le pulak aku tengok. Jadinya untuk subuh hari aku repeat buatkan maggie lagi. Tapi kali ni Indomie Hou Liou punya. Tak pedas sangat. Anak2 makan pun nampak ok aje. Takdelah sot set, sot set tarik air idung. Hahahaaa

"Mama, esok mama masak hou liou lagi ye..." - Baby
Banyak santek!!!!!

.::. aku makan 2 sudu je maggie ni. bukan tak suker beno...tp klu aku masak maggie, aku suka maggie yg banyak aksesori.bukan nak fishball,fishcake segala...aku suka yg banyak sayur-mayur.kobis bunga,karot dan mcm2 sayur.kalu kosong je gini,huh nggak selera haku!!! peti ais aku kosong!!! stok abish!!! .::.

Thursday, September 02, 2010

Coklat 3 cavities - Souvenir Untuk Cikgu2


Salam semua...

Hari ni merupakan hari terakhir persekolahan. Pastu cuti sampailah raya nanti.... beshnye deme yang keje sebagai cikgu. Sesetengah cikgu le kot.... hehehee sesetengahnya mungkin tak besh dan tak rasa apa-apa pun sebab walaupun dah coti tapi masih ada kerja yang perlu diselesaikan. Biasalah, namenye pun koje ye tak.... yang penting lakukanlah kerja anda dengan ikhlas. Nescaya anda akan memperolehi keberkatan dariNYA.

Chewah... usrah pagi pulak aku! ekekekeee...

Nilah semalam... atas permintaan anak2. Nak bagi kat cikgu2 deme kat sekolah sempena hari raya. Masa aku sibuk buatkan coklat tempahan daripada Ija. Oklah... aku pun buatkan lebih. Masa beli kotak untuk coklat Ija, aku belikan sekali untuk anak2 bagi sourvenir pada cikgu2 deme kat sekolah.

Untuk cikgu2 sekolah Boy, aku ikatkan dengan riben biru. Since sekolah dia semua lelaki le konon. Dan untuk Baby pulak, ikat dengan riben kaler pink. Sekolah femfuan... hekhekhekkk...

Moga2lah cikgu2 tu gembira dengan pemberian anak2anda aku tu. Terima kasih kerana mencurahkan ilmu dan memberikan tunjuk ajar kepada anak2ku. Moga ilmu yang dicurahkan akan digunakan ke jalan kebaikkan. Amin....


Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya...
tak lame dah weiiii!


Wednesday, September 01, 2010

Jomlah order TART...

.::. ready stok .::.

Salam semua...

Stok kulit tart sedang banyak. Jom le order... hahahaaa!!!

Semalam kan coti merdeka. Jadinya adalah bantuan daripada en suami tu menggentel kulit tart ni ha... aku tekan, dia tolong rapikan tepi2annya dan susun dalam loyang pembakar tu. Terima kasih ye cik abang sayang...

I'allah tak akan menghampakan anda... :D

Fresh Fruit Tart
(Stawberi, Anggur, Kiwi, Blueberi - 3 jenis buah mengikut stok di pasaran)
1 set - 36pcs - RM50

Cocktail Tart
1 set - 50pcs - RM35
Choc Cheese Tart
1 set - 50pcs - RM38
Choc Cheese Tart
1 set - 50pcs - RM38* 2 item di atas boleh mix 1/2 (means 25pcs choc de choco & 25pcs choc cheese tart)

Mix Cheese Tart
(fillin blueberi & strawberi filling)
1 set - 50pcs - RM38

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)