Followers

Monday, July 26, 2010

Jem Nenas & Frozen Karipap


Salam...

sebelum meneruskan cerita... iklan dulu ye...
Puasa belum lagi tapi raya dah nak dekat... (camne tu? Faham2 ajelah sendiri ye... hahahaa!!!)

Kepada anda yang nak dapatkan jem nenas homemade, boleh hubungi/sms aku @ 017-3113 226 (Fiza) atau email @ sofie2_za@yahoo.com. Jem nenas ni sangat2 sesuai digunakan untuk buat biskut tat. Haaaa kan aku dah tulis kat atas tu... raya dah dekat.......

1kg - RM12

sekian....

v

v

v

v

v


Salam semua... moga sihat dan ceria ye... aku??? Alhamdulillah sihat walafiat...

Hari Sabtu yang lepas, rumah aku penuh... besh! Hari Ahad semakin penuh. Sangat besh!!! Hehehee...
Sabtu tengahari kakak aku (Lina atau panggilannya Mak Ina) sefamily datang. Dia ni duduk di Bagan Dato'. Kedatangannya kali ini sajo2 dan sekaligus menziarahi pusara arwah mak. Kami adik-beradik bercadang nak buat binaan di pusara arwah mak. Insya Allah andai diizinkan olehNya. Maka mudahlah urusan kami tu...

Hari Ahad +- pukul 3 pagi, kakak aku yang sulong - Kak Yong sefamily pulak datang. Kak Yong ni pula duduk di Sepang. Dekat2 beno rumahnya tu dengan Pantai Bagan Lalang. Kenapa lewat sangat sampainya? Macamkan jauh sangat kalau nak dibandingkan dengan Mak Ina, kan??? Sebab kakak aku ni berniaga di pasar malam. Lepas berniaga, balik rumah dulu. Punggah barang dari dalam kereta dulu. Rehat2 sekejap dan sebagainya, barulah mereka 1 family bertolak ke rumah aku. Alkisahnya... heheheee....


Dah ramai-ramai tu kan... maka kami pun buatlah karipap ni ho.... lagi pun en suami aku dah berhari2 minta buatkan karipap. Teringin roper orang tengah mengidam. Hakhakkkk... ampunlah ye bang.

Aku ni pulak selain sibuk dan bz (lain ke maksudnya???) dengan tempahan, juga malas2 alang. Sebabnya aku selalu dapat kualiti kulit karipap yang berbeza. Kadang2 ruper tak menjadi je... jenuh digelek tapi adunan tepungnya macam liat. Bila dan digoreng, kulitnya tebal sangat. Arghhhh tak sukernye! Lebih tak suker bila karipap adalah salah satu kuih yang aku kurang gemar. Ha, itulah yang iyenye!!! Haish....


Jadinya karipap ni bukanlah aku yang buat ye. Harap maklum. Tapi buatnya di rumah aku dan menggunakan bahan2 aku. Heheheee... Yang membuatnya Kak Yong. Dan yang memasukkan inti adalah Mak Ina. Aku buat apa? Makan... erh, ade goreng 2x. Pastu anak buah aku Shima yang sambung. Pasal aku nak keluar p hantar order.


Dah terbanyak sangat, aku frozenkanlah karipap ni. Atas suruhan Mak Ina, sebelum aku masukkan dalam peti beku, aku bakar sikit karipap ni dalam oven. Kasik kering sikit, bak kata Mak Ina. Heheheee...
Karipap yang dah siap digoreng semalam tak sempat nak tangkap gambo. Ramai,kan... sekejap aje udah finish masuk perot. Nanti2lah dah goreng karipap ni aku kongsikanlah kat sini ye...

Sebab yang buatnya kakak2 aku, jadinya tadeklah resepi ye. Ampun...

Thursday, July 22, 2010

Talam Suji


Salam...

Pertama kali cuba buat talam suji. Geledah gobok MyR yang sudah kembali ke alam maya (sukernye!!!), maka aku cedok resepi daripada
S Shamen di sana. Terima kasih kerana sudi berkongsi resipi yang mudah ni. Kak Yani, tuan tanah MyR, mohon dilinkkan resipinya ye. Terima kasih in advance...

Tapi hasilnya dari tangan aku kureng menjadi. Mungkin sebab buat 1/2 adunan je, makanya ada bahan terlebih. Membuatkan kepalanya lembik. Untuk rekod diri sendiri (dan mungkin orang lain juga) dan tatapan semua yang mengunjungi blog aku ni, aku pastekan juga resipinya kat sini ye. Kepada yang nak mencuba, silekan...


Bahan Atas:-
  • 3 cawan santan pekat
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 3 biji telor
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 sudu besar mocha paste
Bahan Bawah:-
  • 2 cawan tepung suji
  • 6 cawan santan cair
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil pewarna kuning
  • 1 cawan gula
Cara-cara :-
  1. Satukan semua bahan untuk bahagian bawah. Kacau atas api sederhana hingga pekat, jgn sampai keras(edit). Kemudian pindahkan ke dalam loyang. Ratakan. kemudian kukus selama lebih kurang 15 minit (bila tekan dengan tangan, bancuhan tak melekat kat jari).
  2. Sementara itu, sediakan pula bahagian atas. Satukan semua bahan. Tapis. Kemudian Tuang ke dalam loyang (yang dah sedia dengan bahagian bawah tadi). Kukus sehingga masak. (saya lupa nak tengok jam berapa lama saya kukus..tapi lebih kurang sejam

Tuesday, July 20, 2010

Malatop!!!

Salam semua... semoga sihat dan ceria selalu hendaknya.

Mula-mula sekali nak ucap terima kasih atas ucapan dan doa dari kawan2 semua kepada anak2anda yang menyambut hari lahir minggu lepas. Moga doa kalian diperkenankan olehNYA. amin...

Hari Sabtu minggu lepas, kami balik kampung. Biasalah... bila orang tua tak sihat, kenalah kerap2 balik kampung menjenguk, bertanya, melihat dan membantu apa-apa yang patut, apa-apa yang boleh. Mujurlah kampung en hubby tu tak jauh mane... Slim River je... perjalanan dalam 1 jam (lebih sikit) dah boleh sampai... dan selalunya kami balik hari Sabtu dan kembali pada hari Ahad selepas makan tengahari. Ye, walaupun dekat, kena juga balik semula awal. Sebab di rumah pun dah menanti macam-macam kerja. Nak iron baju dan sebagainya... biaselah tu...

.: my mechanic... :.

Hari Ahad lepas, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah daripada kampung, en hubby tu terasa mengantuk. Kebetulan masa tu dah dekat2 nak sampai susur masuk ke Hentian Sebelah Rawang. Konon2nya en hubby nak berhenti sekejap untuk beli air mineral. Setelah beri signal menyusur masuk ke kiri dan perlahankan kenderaan, terdengar bunyi meletop dari bahagian belakang kereta. En hubby tu terus ke tepi dan berhenti. Tengok, tayar belakang dah kurang anginnya. Arghhhh, tayar belakang sebelah kiri meletop. Mujurlah tak menjajau2 ke tengah jalan. Mungkin kerana ketika itu kereta sudah diperlahankan dan tayar belakang pula.

Masa en hubby tukar tayar, aku rase bersyukur sangat. Tayar kereta pecah masa dia ada. Kalaulah masa aku yang bawa kereta dan tayar pecah... Alamatnya???? Nangislah!!!! Memang tak reti aku nak tukar tayar kereta. Tapi kemungkinan untuk tayar pecah masa aku memandu memang ada. Ya Rabbi, minta2lah dijauhkan olehNYA... huhuhuuuu

Jadi, lepas en hubby tukarkan tayar dengan tayar spare, kami meneruskan perjalanan pulang. Perlahan dan penuh hati2. Hehehee.. walaupun tayar sotong tu ok je tapi en hubby kate rase lain mcm aje... geli isi perut bila terlanggar line jalan. Hahahahaa!!!

Monday, July 12, 2010

Happy Birthday EJ...


Salam...

Minggu lepas birthday kakaknya... semalam birthday abangnya... hari ni pulak birthday adiknya... hakikatnya begitulah. Bulan 7 - Julai, adalah bulan menyambut birthday anak2. Hehehe...

Happy Birthday EJ!!! Mama cayang EJ banyak-banyak-banyak!!!

Mohamad Mierza Isqandar Bin Mohamad Sofie

Tarikh Lahir - 12.7.2007

Masa Lahir - 11.15 pm
Tempat Lahir - Hospital Serdang

Moga anak mama membesar bagai johan, ok...! Segala doa kebaikkan mengiringi perjalanan hidup mu, sayang...

Ya Allah ya tuhanku, peliharalah anak-anakku dari segala keburukkan, hindarkan dari segala kejahatan dan selamatkanlah mereka dari malapetaka. Amin!

Sunday, July 11, 2010

Happy Birthday Boy...




Happy Birthday untuk anakanda sulongku - Boy.

Mohamad Syahmie Isqandar - 9 tahun.

Tarikh lahir - 11.7.2001
Masa Kelahiran - 7.11pg
Tempat Kelahiran - Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga menjadi anak yang soleh dan disenangi semua orang. Amin...

Saturday, July 10, 2010

Setahun Pemergianmu Bonda...

Arwah dalam kenangan bersama semua cucu-cucunya...

Salam...

Al-Fatihah buat allahyarhamah Zainah Binti Som. Moga rohnya ditempat bersama orang2 yang soleh dan beriman.

Diam tak diam masa terus berlalu. Hari ni (10/7/2009 - 9/7/2010), genap arwah mak meninggalkan kami, meninggalkan dunia yang fana ini. Hanya kenangan yang tinggal bersama kami. Hakikatnya kami tidak pernah melupakan mu. Diiringi doa dan sebak di dada apabila terkadang memori indah semalam tatkala bersamamu bermain di ruang fikiran. Gurauanmu, gelak ketawamu, usikkanmu, segar dalam ingatan kami.

Kami merindui mu dan hanya bacaan Al-Fatihah dapat kami titipkan sebagai pengubat rindu itu. Tenanglah emak di sana, di sisinya Yang Maha Esa.

Kami sayang mak!

Tuesday, July 06, 2010

Order Dari Kak Madihaa


Salam...

Ni bukan aku buat... ni aku order! Hah, pandai kau mengorder-order... hahahaaa! Aku order tempeyek ni daripada Kak Madihaa @ Kak Ratna. Sedap, boleh tahan. Krup-krap makan semalam sambil tengok tv. Dah habis sepeket yang kacang ikan bilis punya. Anak2 aku termasuklah si Mierza, lepas satu keping ke satu keping. Seronok tengok dia orang suka makan.

Aku order 2 peket berlainan filling - dhal dan kacang ikan bilis. Sebungkus RM10 aje. Kalau sesape teringin nak merasa bolehlah jenguk blog Kak Madihaa @ Kak Ratna dan berurusanlah dengan beliau. Ramah orangnya. Dah 3 kali aku bersua muka dengan Kak Madihaa ni.

Kak Madihaa, terima kasih ye...


Kuah Durian


Salam...

Jom makan roti cicah dengan kuah durian! Sesape yang ngences tengok, bolehlah datang umah den. Den kasik semangkuk yek... nak dua pun boleh... bisa diatur. Nak tiga? Boleh saja.... Hahahaa!!!

Minggu lepas balik kampung, memang banyak rezeki bawak balik. Alhamdulillah. Walaupun balik kampung tu dengan niat sebenar nak mengjenguk abah (fil) yang tak sihat. Ketika n3 ini ditaip, fil masih berada diHospital Slim River untuk menerima rawatan setelah dimasukkan ke hospital itu pada hari Jumaat malam ketika kami dalam perjalanan pulang ke kampung. Semoga fil cepat sembuh.

Aku buat kuah durian ni atas permintaan birthday girl - Baby. Nak makan cicah dengan roti katanya. Since dah buat kuah durian ni, mamanya tak adelah tanak nasi sebab tahu dah mesti tak laku nasi nanti. Membazir aje... Jadinya, inilah makan malam kami semalam.

Pagi ni, masih bersarapan dengan kuah durian. Tapi aku ada kukus pulut tu. Dah lama sangat tak makan kuah durian dengan pulut. Terasa2 pulak kat tekak. Bila makan camni, teringat pula dekat arwah apak yang dah lama sangat meninggal dunia. Al-Fatihah untuk arwah apak - Nordin Bin Alang Gandu. Faveret arwah apak aku ni - makan pulut dengan kuah durian.

Monday, July 05, 2010

Cik Ros Enterframe...


Salam...

Sebenarnya aku ni jarang beli Majalah Mingguan Wanita ni... sebabnya??? Sebab majalah tu banyak sangat iklan. Macam2 iklan penjagaan muka ada kat dalam tu. Dan mungkin sebab aku tak minat dengan benda2 macam ni membuatkan aku rasa bosan, menyelak muka demi muka dengan iklan penjagaan kulit yang bermacam nama dan jenama ni. Minta maaflah pada yang minat dengan majalah ni ye... bukan mengutuk tapi ini sekadar pandangan peribadi.

Tapi Jumaat (2.7.2010) lepas, masa dalam perjalanan nak balik kampung sebab dapat call yang abah (my fil) tak sihat, kami singgah kat Restoran Jejantas, Sungai Buloh. Hajat sebenar aku nak cari majalah Mastika. Dah lama tak baca dan selalunya aku baca free je... sebab kakak aku - Mak Ina, memang tak pernah mis beli setiap keluaran. Tapi penjual kedai tu kata majalah Mastika dan habis.

Tengok muka depan Majalah Mingguan Wanita ni, tertariklah aku nak pegang sebab...??? Sebab tertarik dengan wajah manis Anne Ngasri tu. Lembut je... rase macam tak puas direnung. Selak2 sikit2... sampailah ke muka sisipan resipi dan aku pula tersengih tengok muka ni.... di kalangan blogger, siapalah yang tak kenal Cik Ros kita ni, kan...???


Tahniah Ros... walaupun jauh di perantauan, wajah terpampang dalam majalah tanah air. Bangga sungguh... dan dengan bangganyalah aku p tunjuk kat hb sambil berkata, "bang, kawan blog I keluar majalah. Ni... kawan2 blog panggil dia ni tokey roti. Tengok semua resipi kat sini resipi roti2 je." Hb aku pun belek2lah...

Suka-suka nak bawak keluar Majalah Mingguan Wanita tu keluar dari kedai? Belilah... Pertama beli majalah tu sebab kawan blog ade dalam tu. Kedua sebab suka tengok muka Mak Yong Anne Ngasri.

Tahniah untuk Ros. Moga Ros cepat sembuh dan kembali ke rumah. Dapat kembali berkumpul dengan anak-anak tersayang dan suami tercinta.

Tak ketinggalan moga ketabahan mengiringi langkah Anne Ngasri mengharungi hidup sebagai seorang ibu tunggal. Sedihnya, ketika berbadan dua, suami tiada di sisi... Moga Anne tabah. Apapun punca penceraian itu, anggaplah semua itu sudah takdir dariNYA.


Sunday, July 04, 2010

Happy Birthday Baby...



Salam...

Yeayyyy!!! Baby mama dah makin besar!

Hari ni - 4.7.2010 merupakan tarikh hari lahir Baby - Auni Batrisya Irdina - yang ke 8 tahun. Moga anak mama membesar jadi anak yang baik dan soleh. Jangan nakal2 dan jangan loyar buruk yek...

Mama sayang Baby!!!

Gambar lama... arghhhh muka mama nampak sangat teruja. Terujekan ape tah...????

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)