Followers

Monday, June 28, 2010

TEMPAHAN COKLAT DIBUKA


Salam...

TEMPAHAN DI BUKA

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya.....

Fiza Nordin - 017-3113 226
email sofie2_za@yahoo.com


Jom lompat SINI untuk lihat lebih banyak gambar coklat & lain-lain...

Friday, June 25, 2010

Cotton Soft Japanese Cheesecake


Salam...

First time buat kek ni & tak merasa pun walaupun seredaknye... huhuhuuuu syian sungguh bunyinye yek... Iyolah... mane nak merasa sebab buatkan untuk orang.... hahahaaa!!!

Aku buat kek ni untuk Cikgu Zura, salah seorang kenalan aku bersempena dengan beliau mengakhiri zaman daranya bersama jejaka pilihan hati. Tapi syian beno mengenangkan... mane tak... sominya di Pantai Timur nun dan sementara beliau di sini. Kerana tugas membuatkan mereka perlu berpisah. Tapi dengar2nya Cikgu Zura nak berhenti kerja dan cari kerja di belah sane. Supaya dekat dengan suami terchenta. Haruslahkan...

Moh kite tengok resipi Cotton Soft Japanese Cheesecake daripada Alma @ MyR. Terima kasih kepada tuan empunya resipi kerana sudi berkongsi ilmu dan minta izin dari Kak Yani untuk dipanjang2kan resipinya di sini yek...

Bahan A :

250g cream cheese
50g butter
100ml susu segar
6 biji kuning telur
3sb jus lemon
1/4 sudu kecil garam
60g tepung kek / tepung superfine - aku guna tepung gandum
20g tepung jagung

Bahan B :
140g gula kastor
6 biji telur putih
3/4 sudu kecil jus lemon

Cara-cara :

1) Cairkan cream cheese, butter & susu - double boil. Ketepikan dan biarkan sejuk.

2) Campurkan tepung gandum, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon dalam adunan cheese. Gaulkan sebati.

3) Dalam bekas lain, pukul putih telur dan jus lemon hingga berbuih. Tambah gula dan pukul sampai meringue / adunan bertanduk.

4) Campur adunan bahan A dalam adunan bahan B. Kacaukan sebati guna spatula.

5) Tuang dalam loyang yang sudah dilengserkan dengan marjerin dan dilapis kertas baking.

6) Bakar kek +- 2 jam menggunakan kaedah 'bain-merie' - water bath. Aku bakar 50 minit aje guna kepanasan oven 175c. Ikutlah kapasiti oven masing2 ye...

Wednesday, June 23, 2010

Potato Salad


Salam...

Potato Salad yang aku buat minggu lepas. Terlupa nak masukkan n3...

Sedap pulak dok makan camtu aje... dahlah buatnye sikit... heheheee pasti akan repeat buat lagi dalam jangkamasa terdekat ni...

Dalamnye aku letak sayur lettuce, tomato, kentang (of coz...namenye lagi potato salad hahahaa), telur rebus & kacang kuda. Wallah, disiram dengan sos thousand island. Perghhhhh, ngences woooo...!


Tuesday, June 22, 2010

Pastry Marjerin - Tolong Ajarkan...




Salam...

Aku beli dah dekat sebulan dah bende alah ni... tapi cukuplah pandainye aku ni, kan... tak tau camne nak guna/gaya masaknye bende alah ni, tapi memandai-mandai la pulak p beli... hikhikhik....


Kepada korang2 yang tahu camne nak guna/gaya masak pastry marjerin ni, TOLONG beritahu/ajarkan aku...
Terdahulu, ucapan terima kasih & sangat aku menghargai ilmu yang korang2 kongsikan itu... hanya DIA yang dapat membalasnya...

murah je... tu yang sanggup beli dulu baru nak tanye kat kawan2...

Monday, June 21, 2010

Kek Marble Chef Zubaidah


Salam...

Kek marble ni aku buat hari Jumaat minggu lepas. (Saat n3 ini ditaip pun, hari Jumaat jugak. Maknanya ni N3 auto publish lah yek...).

Aku buat kek marble ni 2 buku sebab aku nak bawa balik kampung sebagai buah tangan ke majlis kenduri perkahwinan. Hari Jumaat tu, En Sofie kerja half day sebab nak balik menghadiri perkahwinan seorang kawan kampungnya yang berpangkat adiklah pada En Sofie ni. Tapi abang2nya si pengantin ni berkawan rapat dengan En Sofie aku tu.

Kek ni harum semerbak aje masa membakarnya. Rasanya pun sedap... pada yang rajin2 nak mencuba, aku sertakan resipi kek marble ni kat bawah ni. Kalau malas nak buat, boleh order dari aku yek - RM28 (10 x 10 inc)


Marble Choc Cake - Chef Zubaidah

Bahan-bahan:

250g tepung naik sendiri
1st baking powder - bumbung
200g gula castor - aku letak 180g aje...
6 biji telur - aku letak 5 biji aje...
1 sb ovellette
2 sb susu pekat manis
50 g susu cair / air - aku letak susu cair
90 g minyak / 175 g butter cair - aku letak minyak
1 sb choc emulco

Cara-cara:

1) Pukul semua bahan kecuali minyak hingga gebu dan pekat.
2) Last masuk minyak. Gaul guna spatula/whisker
3) Ambil 1/4 adunan dan campurkan dengan coklat emulco.
4) Marble ikut suka.
5) Guna acuan 10 x 10inc - 175 c - 25 min @ hingga masak

Terima kasih kepada Leen & Mak Lang Azie yang sudi berkongsi2 resipi ini.

Bf yang sihat le konon...


Salam...

Bf yang kononnye sihat. Kenapa nampak macam sihat? Sebab ade sayur hijau. Tapi yang lain2 tu...? Fillet ikan tu, siap deep fry lagik... huh, sihat, kah??? Aahahaa... suker ati aku je...! Kuah black paper masih dari resipi yang sama sebelum2 ni.

Layan ajelah gambo bf kami2 di pagi Jumaat yang lepas yek... pagi ni punye...? sat2 lagi le kot... atau tak sempat nak masuk n3 pun... dah habis kene ngap. Selamat masuk molot dan pewot...


Saturday, June 19, 2010

Jom Layan Selera...


Salam...

Gandingan lauk-pauk yang aku masak beberapa hari lepas. Takde yang istimewanya. Lauk-pauk biasa2 aje... cuma gulai lemak nangka tu ajelah... tu merupakan kali pertama aku masak gulai lemak nangka sendiri. Sebelum ni kalau terasa nak makan, aku pergi je beli kat kedai. Lagi2 kalau gulai lemaknya ada letak babat. Waduh, my feveret tu... tapi En Sofie tak suker. Hikshiks...



Pun rasanya inilah kali pertama dan terakhir aku masak gulai lemak nangka ni. Lepas ni kalau terasa nak makan, aku pe ajelah kedai. Sama dengan gulai asam keladi. Bunyinya senang aje nak masak, tapi aku pernah masak sekali, entah hape2 rasenya... yang kat kedai dan yg tangan orang lain masak yang kene kat tekak aku. Yang aku masak sendiri, tak syedap aku rase. Macam ade something missing somewhere... (huh, udah cakap omputih hakku... ekekekee)


Okey, yang lain2 tu lauk2 biase ajelah. Gulai lemak telur dan suun, feveret nak dara kesayangan hamba. Pekene dengan ikan masin tengiri bersama eksesori (bawang merah,cili api,cili merah dihiris2) wallah!!!

Friday, June 18, 2010

Dulce De Leche Brownies


Salam...

Semalam tayang intinya... sekarang aku tayang kegunaan untuk intinya tu... cewah, macamlah aku paham bebenor pasal dulce de leche ni... ekekekeee aku pun ikut2an aje ni... hahahaaa!!! Ade lebihan lagi intinya tu lepas buat brownies ni. Tak tau nak buat ape... godek2 ajelah nanti. Pepandai ajolah.... tapi yang nyatanye sangat n3 ini ditaip, anak aku si Boy asyik ulang peti ais dengan sudu. Mencakup dulce de leche ni sambil tengok tv. Semalam pun lepas brownies ni masak dan siap2 dipotong, dialah yang makan berulang2... puas hati tengok bile apa yg kita masak/buat, anak2 suka.

En Sofie? Balik2 kerja, duduk kat meja makan sambil tunggu aku siapkan meja makan untuk makan malam (owh, kami memang makan malam awal. Kalau En Sofie sampai umah kul 6.30 ptg, maka pukul 6.30ptglah kami makan untuk makan malam. Hehehee...) satu potong ke satu potong masuk mulutnya.

"Sedap tak, pa?" - aku
"Lapar..." - En Sofie
Haiyoooooo....! Sangat ikhlas jawapannya, kan...???

Resipi brownies aku kopipes dari rumah Hana. Boleh juga di dapati dari rumah Ijah kat sini. Tapi juga aku kongsikan di sini. Untuk korang dan aku sebagai rujukan di hari kemudian.
Mbak Hana, halal dikongsikan di sini ya... (waduh, tiba2 jadi Indon... motif??) Hehehee...


Bahan-bahan
  • 115g butter
  • 170g semisweet chocolate @ coklat masakan
  • 25g serbuk koko
  • 3 biji telur L
  • 200g gula - leh kurangkan
  • 1 sk esen vanila
  • 140g tepung gandum
  • 100g kekacang - aku letak walnut
  • 250g dulce de leche
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 175. Sediakan loyang empatsegi berukuran 20cm. Alaskan dengan oven paper dan ketepikan.
  • Cairkan semisweets chocolate dan juga butter secara double boiler. Bila sudah cair, angkat dari api dan masukkan serbuk koko. Kacau sebati. Ketepikan sebentar.
  • Pukul telur menggunakan whisk. Masukkan gula dan juga esen. Kacau.
  • Masukkan chocolate cair tadi. Kemudian tepung. Gaul sebati. Last skali masukkan kekacang jika suka.
  • Tuang separuh adunan ke dalam loyang. Ambil dulce sesudu demi sesudu dan taruh ke atas adunan. Tuang baki adunan ke atasnya dan bakar selama 35-40min.
  • Keluarkan dari oven dan potong square. Hidangkan.

Untuk pertama kalinya, berbaik dengan jiran dekat2 rumah. Sepiring dulce de leche brownies ni aku berikan kepada jiran tingkat 2 - Kak Zie. Wah, perkataan 'berbaik'... macamlah bergaduh dengan jiran sekeliling. Hahahaaa!!! Pada yang tahu tu, tahulah, kan...? Betapa masa aku baru2 pindah sini, aku rasa macam tak besh sangat. Masih teringat2 dan bagai tidak boleh meninggalkan persekitaran kehidupan seharian aku semasa tinggal di Tmn Desaria. Jiran2, aktiviti dan sebagainya di sana.

Tapi baru2 ni aku adelah 'bermesyuarat tangga' dengan Kak Zie. Secara kebetulan aje pun. Kak Zie yang tinggal di tingkat 2 turun ambil kain jemuran yang terjatuh dan aku pula keluar yang kononnya nak p tangkap gambar orang atas2 aku ni yang buang air basuhan hape tah terus ke bawah. Tak de sivik betullah!

Dan semalam selepas anak2 aku p hantarkan sepiring dulce de leche brownies kepada Kak Zie, Kak Zie turun ke bawah, p umah aku. Nak tempah kek sempena ulang tahun perkahwinannya dan kek ulang tahunnya sendiri. Ok, terima kasih kak...

Thursday, June 17, 2010

Dulce De Leche


Salam....

Wah... daku yang sudah berjangkit penyakit tiada obat... tapi aku suker dijangkiti penyakiti ini... ekekekeee!!!
1st time tengok dulce de leche ni kat umah AlongRoz cayang tapi aku tak ambil pusing pun. Takat tengok2 gitu aje... rasenya udah beberapa bulan (agaknye...) aku tgk kat umah AlongRoz tu... then kelmarin nampak pulak kat rumah Hana. Udah teruja sikit... And semalam nampak pulak kat rumah Ijah... hadoi!!!! Terus masuk dapolah, ape lagi...

Elok2 pulak pengukus baru je dikeluarkan dari tempat simpanannya sebab ade buat pengalihan barang2 dapur. Terus je la tenggek atas dapor lepas diisikan dengan air. Keluarkan susu dari dalam lemari, buang pembalut dan baringkan aje dalam periuk pengukus tu... biokan dia selama 4 jam!!!!
Dan hasilnya.... tara!!!


Jelly Kelapa


Salam semua...

4/5 hari ni aku memang berangin sungguh...sejak2 FIFA bermula... bukan sebab En Sofie balik2 kerja terus tukar siaran ke channel bola... sampaikan aku tak dapat tengok rancangan tv yg aku suka... bukan pasal tu... bukan jugak sebab En Sofie sanggup berjaga malam semata2 nak mencanguk depan tv... bukan jugak... tapi sebab line tenet aku lembap, sengal dan kengkadang langsung tak leh tembus. Sakit hati, arghhhh!!! Tapi nak buek camno, kan... hakak terimo ajolah qada' & qadarnya... hisk!!!

Jelly kelapa, buat semalam. First time buat, alhamdulillah kena dengan tekak aku, anak2 dan En. Sofie juga. Tapi disebabkan semalam perut En Sofie kurang enak, dia cuma makan 1 bekas saja. Yang banyak makan, Baby. Lepas 1 ke 1 bekas. Asyik bukak tutup peti ais je kejenye. Makan sejuk2, wallah!!!

Resipi? Sebenarnya aku buat ni main campak2 aje dalam periuk. Beli 2 biji kelapa muda dan aku tambahkan 2 cawan air. Letak 5g agar2 serbuk dan gula secukup manis di tekak masing2. Itu saja...

Monday, June 14, 2010

Lagenda Budak Setan - Hatiku Disentuh Cinta si Farid Kamil


Salam...

Tu dia aihhhh.... tajuk n3 takley blah... tolonglah jangan ade yang jelik, getik dan muntah ijo noooo.... sekadar bersuke-suki sajork...

Semalam - Ahad (13.6.2010) anak2 buah aku - Fafa, Eja & Ima (anak2 Kak Yong) datang sini. Jadinya aku menggunakanlah kesempatan ini untuk keluar tengok2 wayang. En. Sofie tu kalau aku keluar dengan anak2 buah, keizinan adalah di tahap maksimum. Tak payah nak pujuk2 malah disuruhnya lagi ade...

Plan untuk tengok wayang filem LBS ni memanglah dah lame - sejak filem ni diuar2kan di sane sini sinun... tapi En Sofie tu tak suker tengok wayang. Biar cerite dari genre yang dia suka pun... pokoknya dia memang tak suker tengok wayang. Dulu2 mase bercinta pun, kalau kami p tengok wayang, dia betul2 sekadar menemankan aku saje... aku yang tengok sedangkan dia..... zzzzzzzzz!!!

Ok ye... dari kacamata aku yang memanglah suke beno tengok cerite2 gini, memanglah tersentuh hati aku tengok filem ni... Lebih2 lagi bab romantika de amour tu kan... eheheee. Tersengih2 le aku nengoknye... wahhhh alangkah!

And bab Azmi lakonan Que Haidar, memang tak dinafikan lagilah, kan dengan lakonan laki Kak Linda5,6,7, 8! tu... memang mantop. Nampak beno si Lisa 'Sughihani' tu kene belasah betoi... kene pukui kat kepalelah... hadoi... siannye...

Tapi dalam gitu... ade gak yang buat aku, anak2 buah aku dan beberapa penonton lain ketawa bila dialog Lisa menyebut beberapa perkataan ada penggunaan huruf 'r' tu dengan bunyi 'oghang' (orang) & 'cughang' (curang). Tapi Lisa 'Sughihani' tu memang kiut... rase macam padan2 aje dengan 'Faghid' Kamil tu... hikhikhik memandai2 je jodoh2kan 'oghang'...

Last sekali sebelum angkat montot meninggalkan kosi P14, P15, P16 & P17, aku baca kat skrin pawagan tu... "BERAKHIRNYA BAHAGIAN SATU"... apekah ade bahagian kedua dan kesinambungan kisah budak setan ni?

Rase2 akulah macam ada sebab kalau ikut2kan dalam novel LBS tu, memang ada kisah Kasyah dan Cat pulak lepas Ayu meninggal dunia... Ape lagi dugaan kisah hidup budak setan ni??? Yang tu nak kasik suspen le... ni pun macam aku dah pecah lobang kat korang2 yang belum p tengok filem ni... Tunggu ajolah....

Tuesday, June 08, 2010

Apam Blossom Fillin Blueberi


Salam...


Actually apam blossom ni aku wat untuk minum petang aku dan anak2 semalam. Letak inti blueberi je... tang inti tu sebenarnya boleh je dipelbagaikan... ikut tekak sendirilah, kan...

Sane sini sinun aku tengok orang buat apam blossom ni... Kak Am kat JB tu, sampai aku rase nak bagi mahkota ratu apam blossom dah... banyak betul dia terima tempahan apam blossom ni... seronok sungguh aku tengok... cantik2 pulaknye tu apam blossom hasil tangannya. Yang bercorak ade... yang plain pun ade... baru2 ni pulak aku tengok kat umah sape tah (tak ingat) ade pulak apam blossom dot dot dot... ekekekeee

Semuanya terpulanglah kepada kekreatifan sendiri. Yang aku buat ni macam biase aje...Sebab sambil2 tu aku sedang mengulit dengan doh tart.


Tapi resipi apam blossom yang akan aku kongsikan di bawah ni aku copy paste dari blog Kak Ita cayang juga kat Johor nun... terima kasih akak... berkongsi2 resipi...

Bahan-bahan (lebih 100 biji papercup kecil) :
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.


Kalau rajin, bolehlah cuba resipi kat atas tu... tapi kalau malas, boleh order aje dari aku yek... 50pcs - RM14 saje.... moh order!

Monday, June 07, 2010

Cucur Bilis Adabi


Salam...

Pagi ni buatkan sarapan untuk anak2 cucur ikan bilis aka cekodok aka jemput2 je... coti2 sekolah ni mama kenalah merajin2kan diri ke dapur, ye tak...? Untuk minum petang ni pun dah ade menu dalam kepale hotak ni... tapi tak taulah terlaksana ke idak... eheheee biaselah... kita hanya merancang, tuhan yang menentukan... ekekekeeee alasan kalau tiba2 jadi pemalas!

Cucur ikan bilis ni aku buat yang ready made tu aje. Kalau ikutkan aku dan hb tak suka yang ready made gini. Lebih suka yang buat sendiri tu. Tapi aritu mase Baby pergi karnival Bank Rakyat, adelah buka gerai jualan produk makanan keluaran Adabi. Agak murahlah juga satu paket tepung cucur adabi ni... Ada pulak dia orang buat demo goreng2 kat situ kasik orang rasa... anak2 aku pun ape lagi loooo... omaknya ni belikan ajelah kalau dah anak2nye beria nak... omak nye tompanglah makan sekali... eheheeee


Sunday, June 06, 2010

Bawal Masam Manis


Salam...

Cuti sekolah dah hooo... ape perancangan kome? Aku tadek perancangan pun nak ke mane2... habiskan mase kat umah aje... tapi takleh cakap gak le kan... sebab kekadang en hb tu tetibe je wat perancangannye... haku ikut jek....

Hokey... bawal masam manis ni bukan aku masak hari... bukan lauk kami arini... tapi tak tau bile tah... lupe doh... meaning??? n3 terlepas pandang le ni... sowyyy seloryyy...!

Layan je lor heheeee...

Friday, June 04, 2010

Europa 688E - Jetcook System


Salam...

Tada.... ni lah dia.... 'kekasih hati' baru aku... akhirnya terlaksana juga impian di hati... alhamdulillah syukur kepadaNYA.

Sebenarnya dah seminggu beli oven ni... tapi barulah sekarang ada peluang nak masukkan n3. Bizi le kononnya... hahahaaa!!! Kalau nak tau aku membizikan hape, boleh le korang jenguk2 aktiviti kebizian aku kat blog aku yang ni...

Aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada teman2 yang memberikan pandangan dan pendapat di n3 ni... pendapat, pandangan dan cadangan kalian amat2lah aku hargai. Sayang sangat kat korang semua... lebih2 lagi kepada Kak Dzana yang rajin melayan sms aku dari satu soalan ke satu soalan. Maaf le ye kak.... andai soalan daku ala2 bengap ke hape2... sesungguhnya daku amat memerlukan info daripada seseorang yang ada pengalaman memiliki oven sejibik sebijun macam tu...

Juga tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada teman2 bloggers yang mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan aku dan en hb semalam. Moga ucapan dan doa kalian diperkenankan olehNYA...

... pecah dara ...

... close up cikit ...

aku beli kat sini...

HOME NET ELECTRONIC
20 & 22, JALAN PUTERI 1/1,
BANDAR PUTERI PUCHONG,
47100 SELANGOR DARUL EHSAN
Tel : 03-8068 4348

Harga buka : RM1,250.00

Setelah tawar menawar :
RM1,030.00

Thursday, June 03, 2010

Ulang Tahun Perkahwinan Kami...




Salam untuk semua...

Hari ini - 3.6.2010 (Khamis), genaplah usia perkahwinan aku dan en hb selama 10 tahun... alhamdulillah semoga bahagia dan gembira terus mengiringi perjalanan hidup kami di samping anak2, harta tidak ternilai dalam hidup.

Ya Allah... limpahkanlah berkat Mu, rezeki Mu dan kasih sayang Mu. Kekalkan kebahagiaan rumahtangga ini hingga hembusan nafas kami yang terakhir. Biarkan dia menjadi suamiku dan aku menjadi isterinya hingga kami kembali kepada Mu nanti... Amin!

... gambar kenangan di Bukit Bendera, Penang. Masa ni baru mengandungkan anak sulong...

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)