Followers

Monday, May 24, 2010

Oven - Nak Minta Pendapat Korang...




Salam...

Aku ni bercadang nak beli oven... jadinya nak mintalah pendapat kawan2 sekalian... kalau korang ade pendapat, pengalaman dan sebagainya, harap dapatlah berkongsi2 pengetahuan dengan aku ye.. silelah tinggalkan pesanan korang kat ruangan komen tu...

Buat masa sekarang, aku menggunakan oven macam kat atas tu... kapisiti 27 liter. Takde masalah. Sangat banyak berjasa. Sayang sangat kat dia... Cadang2 tu nak cari yang besar sikit lagilah... untuk mengurangkan beban dia sekaligus menyenangkan dan mempercepatkan kerja aku dalam baking membaking ni... alhamdulillah... tempahan pun semakin ok dan aku rase aku nak serius dalam bidang ni. InsyaAllah dengan izinNya...


Bajet aku RM1,500 saje... takle banyak sangat... tapi tetap syukur alhamdulillah dapat menyimpan duit baking membaking selama ni...


En hb mencadangkan beli oven yang macam ini aje...kapisiti oven yg kat bawah ni 40liter.
Dan tadi aku search tenet, aku ade jumpe oven jename Faber 50liter. Harga tak jumpe plak...


Tapi aku wish yang macam ini pulak... yang di bawah ni kapitisinya 56liter

Functionnye lebih kurang saja... cuma ruang bakingnye berbeza. Dan yang lebih penting, beza harganya. Yang en hb cadangkan harganya tak sampai pun RM500 tapi yang aku wish ni cecah RM1k dan mungkin melebihi bajet aku...

Ape pandangan korang pulak? Yang mane lebih ok dan berbaloi untuk dimiliki? Atau mungkinkah ade kelebihan lain yang aku terlepas pandang berbanding 2 jenis oven ni???

Cupcakes Hari Guru SK La Salle & SK Assunta 2


Salam...

Moga semua kawan2 sihat & gembira... sekarang agak sibuk sikit. Tu yang payah nak update. Masak tetaplah masak macam biasa tapi masak pun lauk2 biase2 aje... takde yg luar biasa pun. Malu nak enterframe kat sini, heheheee

Nilah nak buat tayangan amal sambil2 kawan2 cuci2 mate... hari Jumaat (21.5.2010) sekolah Boy - SK La Salle mengadakan sambutan Hari Guru. Jadinya anakanda tu request buatkan cupcake untuk cikgunya. Kalaulah anakanda minta gitu, mamanya ikutkan ajelah... lagipun mamanya memang suka pun... sekalian buatkan untuk Boy, kenalah juga buatkan untuk Baby yang bersekolah di Assunta 2. Sementelah masa hari guru hari tu, aku tak buatkan apa2 pun untuk cikgu2 dia. So, buatkan 2 set cuppies looo untuk anak2anda tu bawa ke sekolah masing2.



Deko simple2 aje... Boy minta tuliskan "Selamat Hari Guru" & "Happy Teachers Day". Baby pula minta tuliskan "Selamat Hari Guru" & "Terima Kasih Cikgu"...


Tuesday, May 18, 2010

Pop Cake Ball



Salam...

PRODUK BARU @ fiza-on9booth

Gandingan kek dan coklat yang sedap. Enak... sebiji demi sebiji masuk ke dalam mulut.
Nyump, nyump, nyump!!!

v
v
v

Harga Promosi & Pengenalan

RM52.00 - 50pcs
(minimum order)


Pop Cake Ball juga boleh didapati dalam bentuk stick atau dipanggil "Pop Cake Pahar" - pop cake yang dicucuk dengan lolipop stick.

v
v
v

Harga Promosi & Pengenalan

RM1.60 sebatang
(minimum order - 50 batang)
Pakej lengkap dengan bungkusan jernih individu dan ikatan riben.

gambar contoh hasil carian di google

Harga promosi dan pengenalan akan terus berlangsung hingga diberitahu kelak... cepat-cepat sesiapa yang nak merasa.

Hubungi/sms saya - Fiza Nordin untuk tempahan 017-3113 226 atau email sofie2_za@yahoo.com

Monday, May 17, 2010

Hari Sukan S K La Salle, Petaling Jaya



Salam...

Cerita hari Sabtu - 15.5.2010...

Sekolah Boy - Sekolah Kebangsaan La Salle mengadakan sukan pada hari tu. Seperti tahun2 yang lepas, aku mestilah ke sekolah tu. Kalau tak p, kesian kat Boy. Sebagai ibu bapa kita kena bagi semangat kat anak2kan... Lebih2 lagi kalau anak kita ada masuk acara.

Macam Boy, dia cuma masuk 1 acara saja. Dan walaupun dalam permainan tu dia cuma dapat tempat ke tiga, tapi tetap alhamdulillah... tahun depan cuba lagi! Kalah tak apa... yang penting semangat kesukanan tu sangat kuat.





Acara dimulakan dengan perbarisan dan pakaian beragam oleh warna rumah. Acara perbarisan dan pakaian beragam ni dijayakan pelajar tahap dua saja (darjah 4, 5 & 6)




Sementara Boy bersukan ni, Baby pula di sekolahnya - Sekolah Kebangsaan Assunta 2, Petaling Jaya kerana menghadiri kelas Bahasa Cina. Hari Sabtu tu merupakan hari pertama kelas Bahasa Cina dia. Setiap Sabtu dari pukul 8pg - 10.30 pg. Takde gambar... sebab aku tak masuk dalam. Sekolah Baby ni bukan macam sekolah Boy - ibu bapa bebas masuk. Assunta ni strict banyak. Tapi pada aku ada juga baiknya. Pertamanya anak2 akan berdikari sendiri. Dan yang keduanya, boleh menghalang orang2 yang tak berkenaan keluar masuk sekolah. Maklum ajelah, pelajarnya semua perempuan. Memang nak kena jagalah tu...

Friday, May 14, 2010

Crab Stick Goreng Rangup

Salam...

Separuh buat kudap2... separuh lagi buat makan dengan nasi. Macam makan keropok je rasenye... krup, krap, krup, krap... sedap! Tau2 dah sapan masuk perot.

Mudah je pulak tu nak sediakan. Siat2kan je crab stick tu. Pastu goreng hingga garing. Dah siap.

Sebelum ni pernah buat sekali. Kali ni buat lagi. Pun tengok ramai kawan2 dah buat ni... siapa yang mulakan buatnya aku tak ingat. Tapi ucapan terima kasih diucapkan sebab bagi idea ni...

Thursday, May 13, 2010

Pertandingan Mewarna Anjuran Kelab Nuri, Bank Rakyat


Salam semua...

Kisah dan peristiwa yang berlaku pada hari Sabtu - 8.5.2010 yang lalu di Sekolah Kebangsaan Sri Petaling. Acara bermula pukul 7 pagi katenya dalam surat kepada ibu bapa. Jadinya seawal pukul 6 pagilah aku dah bangun dan siap2kan anak2...


Pada awal tahun persekolahan Baby @ Assunta 2, cikgu kelas dia ada bagi borang untuk mendaftarkan anak membuka akaun bank Kelab Nuri @ Bank Rakyat. Baby ni beria2lah nak buka akaun. Padahal sebelum ni kami dah buka akaun anak2 di CIMB. Kenapa CIMB? Sebab masa tu kami tinggal di Desaria, bank paling dekat adalah CIMB. Jadinya, kami buka akaun yang dekat dengan rumahlah. Supaya memudahkan urusan sama ada nak masukkan duit mahu pun mengeluarkan duit! Hehehe...

Sebab Baby dah beria2 nak buka akaun & since kita pun tahu... kalau buka akaun melalui sekolah ni, adelah keistimewaan2nya yang tersendiri. Salah satunya, pendahuluan yang minumum iaitu RM50 sahaja. Kalau ada lebih, bagilah lebih. Tapi kami buka dengan RM50 saje...
Dan antara lainnya, Baby dilayakkan untuk menyertai pertandingan mewarna yang di adakan hari Sabtu lepas. Menang dan kalah tolak ke tepi. Yang penting ambil bahagian dan biarkan dia berseronok dengan apa yang patut dia dapatlah, kan...

kaunter pendaftaran

Masa mendaftarkan diri tu, dapat sebuah beg berlogo Bank Rakyat. Kat dalam beg tu ada sehelai t-shirt yang Baby pakai tu. Dapat pensel kaler papermate, majalah Kelab Nuri, voucher ayamas dan adelah 2/3 bende lain. Aku pun dah tak ingat. Kat situpun ade diberikan percuma, koko krunch makan dengan fresh milk. Ambillah seberapa mangkuk kome nak... makan sampai muntah! Coklat dengan susu, wallah sedapnya pada yang suka. Jangankan anak2 aku, dengan aku2 sekali sebat bermangkuk2! Kahhhh teruk tul aku! Selain koko krunch, ade demo masakan daripada Adabi. Buat cekodok. Tapi siap goreng aje terus kena serbu. Tak sempat nak tunggu sejuk. Ayamas pun ada sediakan nasi siap pack dalam bekas container jernih tu. Mula2 yg jaga nasi tu skema ya amat... hanya kanak2 bert-shirt kelab Nuri aje yang boleh ambil nasi tu. Tapi bila dah tengahari sikit, nasi dia pun masih berplastik2 kat belakang, sudahnya langsung tak berjaga. Ambik ajelah sesape nak pun... heheheee

Baby & Izzati, rakan sekelas dia. Dr Assunta 2, untuk tahun 1, deme 2 orang ni aje yang mewakilkan diri.

Yang masuk pertandingan mewarna ni pun bukannya sikit2 budak. Ramai loooo... kome tengok ajelah gambo tu... tu pun baru 1/3 dewan. Hakikatnya sampai nak penuh dewan tu dengan peserta pertandingan yang terdiri daripada budak2 sekolah rendah. Kalau tak silap ada dekat 10 buah sekolah yang mengambil bahagian. Atenye tak ramey....?


Di situ juga Bank Rakyat mengambil kesempatan membuka peluang kepada ibu bapa yang nak buka akaun bank Kelab Nuri untuk anak2 yang lain. Minimum RM30 saja. Aku pun tak lepaskan peluang. Tapi sayangnya, aku tak bawa surat beranak Boy. Ye la... adeke ke kome nak bawak surat beranak anak p jenjalan? No surat beranak pun tak ingat. Boy takde My kid mcm Baby dan Mierza sebab tahun kelahirannya masa tu, My Kid belum dilancarkan lagi. My Kid Baby dan Mierza memanglah aku bawak sebab memang ade je dalam beg duit aku. Jadinya aku bukalah akaun untuk Mierza saje. Dapatlah tabung Nuri yang comel. Cuma yang tak beshnye, senang dibuka. Udah jadi bahan mainan pula. Masuk duit, pehtu tonggeng duit tu keluo balik. Berulang2 kali. Sebelum jahanam, terpaksalah mamanya sorokkan...

Majlis2 macam ni kalau takde artis yang turut serta, tak meriahlahkan... jadinya antara artis yang ada hari tu adalah Ropie Cecupak, Rina dan RIni AF?? Tak hingat aku erh..... aksi Ropi Cecupak ni dapat le aku tengok. Tapi Rina dan Rini tu tak nyempat nak tengok. Pukul 11 aku dah balik. Penat dah nak menunggu dengan melayan Mierza yang aktif...

Ropie Cecupak

Menyanyi dan berjoget dengan maskot Nuri dan Ayamas...


Miss my Mierza so much...

Wednesday, May 12, 2010

Miss Him So Much!!!


Salam...

Ape kes???

Alkisahnya... tengahari semalam kakak aku yg sulong - Kak Yong (tinggal kat Sepang) call. Katanya dia kat Putrajaya. Agak dekat jugaklah Putrajaya tu dengan rumah aku ni... dan dia kate lepas selesai urusan dia, dia nak datang rumah aku. Okey, silekanlah...

Dan... dia kate nak 'pinjam' EJ (panggilan untuk Mierza) . Reaksi aku??? "Ha, datanglah ambil...!" Dalam kepale hotak aku ni dah merencana dan merancang dah... nak ke sane, nak ke mari... senangnya nak bergerak tanpa diekori anak kecilkan...? Kakakahhhhh

Lepas minum dan makan dijamukan oleh aku, Kak Yong ni pun bersiap2 nak balik. Pakaian, susu dan pampers EJ memang aku siapkan masuk dalam beg. Memang bersungguhlah nak bawak anak bongsu aku tu. Si Mierza ni pun, biler tengok ibu dia (panggilan anak2 aku pada Kak Yong) dah siap2, menangis sakanlah. Menangis bukan sebab takut kakak aku hangkut dia, okey.... tapi menangis sebab nak ikut ibu dia balik.

Ha, pergilah!!! Masa dah masuk dalam kereta dan kereta bergerak, si Mierza siap babai2 aku lagi. Amboi kauuuu...!

Actually ini bukanlah kali pertama Kak Yong ambil dan jaga Mierza. Tapi merupakan kali kedua. Disebabkan kali pertama tu okey sesaje... sampaikan bile aku dah ambil balik Mierza, Kak Yong, Abang Mat (abang ipo aku) dan anak2nya - Fatin, Eja dan Ima rasa umah dia orang sunyi sesangat. Kak Yong aku ni beranak ceaser ketiga2 anaknya. Semuanya perempuan. Yang bongsu (Ima) pun dah tingkatan 1. Memang dah beso sangat le... Nak beranak lagi, tak boleh la pulak sbb yg last aritu dia dah ikat peranakan atas saranan doktor.

Abang ipo aku ni pun, kalau bab anak lelaki, memang laju ajelah. Maklum le anak sendiri semuanya femfuan... ekekeee... masa nak bawak Mierza tu pun siap pujuk2... "Nanti EJ tido dengan ayah ye..." cewahhhh... tak payah le nak pujuk dan umpan anak aku tu... memang dia nak ngikut pun...

Si Boy dan Baby... balik2 dari sekolah terus cek dari satu bilik ke satu bilik sambil panggil2... "adik, adik..." Bila tahu Mierza dah ikut ibunya, muncunglah masing2. Memang dia orang terasa2 sangat ketiadaan Mierza.

Aku sendiri pun, semalam sebelum nak tidur tu... dok teringat2lah anak bongsu aku tu. Terfikirlah aku, macam manalah orang yang hilang anak tu...? Tiba-tiba terasa insaf sangat...

Anak sulong Kak Yong - Fafa wif Mierza.

Baru lepas SPM tahun lepas. Keputusan? Cukup2 makan. Alhamdulillah dah dapat tawaran kemasukkan ke Politeknik, Bayan Lepas pertengahan Jun ni. I' Allah kalau ada rezeki, kami akan ikut menghantarnya ke politek tu nanti...

Sekali nganto dia, sekalilah menjenguk Nyah Tun (akak aku-lain ayah) yang memang rapat dengan kami. So, orang Penang... i'Allah nak mai la ni noooo...

Monday, May 10, 2010

Kad Cyber "Selamat Hari Ibu"


Salam semua di pagi Isnin yang indah...

Semoga belum terlambat dan terlewat sangat... ingin aku mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan "SELAMAT HARI IBU" untuk semua yang bergelar ibu. Semoga kasih sayang kita kepada ibu kita terus mekar dan harum. Tidak kiralah sama ada ibu kita masih ada atau telah pergi menghadap Allah yang Maha Esa.

Bagi aku yang telah ketiadaan emak ni, memanglah terasa sikit. Tapi alhamdulillah, keterasaan itu terubat dengan adanya anak2 di sisi. Sungguhpun tiada hadiah daripada anak2, tapi ucapan mereka pun sudah cukup menyebakkan hati ini.

"Boy takde hadiah untuk mama... tapi hari ni Boy akan berperangai baik. Boy tak buat mama marah...itulah hadiah dari Boy untuk mama..." - Boy (anakanda sulong)

Huh, maunye tak baik...? Dari pagi sampai ke malam dok ngadap pc je kejenye. Main games!!!

Kad & bunga tanda ingatan daripada adik/rakan/kakak blogger tersayang, aku tepekkan di sini. Terima kasih tidak terhingga kerana mengingatiku...

Kad beriring doa...
Ros putih cantik mulus...
Thanks Azie...

Ros merah pemberian Mak Yong Ros.
Terima kasih Ros...

Juga ros merah pemberian Along Roz. Diterbangkan jauh dari Sarawak...
Terima kasih along...

:: Edit 11.5.2010 ::

Sejambak bunga pemberian Kak Azatie Sayang

Kad cantik pemberian Kak Inahar cumey...

Thursday, May 06, 2010

Biz Sticker & Kad...

Salam...

Saje nak berkongsi cerite kat sini...

Aku ade tempah design sticker daripada Jiya. Cantik di mata aku dan aku puas hati. Rasa tak sabar2lah jugak nak hanTapi hajat nak hantar p print out. Tapi sayangnya semua tu menjadi kenyataanlah agaknya. Sebab...???

Kos nak print tu agak mahal (40 sen sekeping) dengan kuantiti yang besar. Tak boleh nak print sikit2. Paling kurang pun 1000pcs. Haiya... aku ni bukan biznes besar2an yang nak print sticker bebanyak camtu. Apatah lagi punya modal yang besar sekadar untuk memprint sticker aje....

Tempah dari jiya. Tapi ada edit sikit kat gambo cc. Silap upload pic plak...

Kalau kawan2 ade tempat yang murah dan berbaloi untuk print sticker, tolong beritahu aku ye... aku dahulukan dengan ucapan terima kasih.

One of the day beberapa minggu lepas, aku ke Tesco, Puchong. Sebenarnya aku memang dah lama perasan gerai kecil tingkat bawah dekat kaki lima Tesco tu memberikan khidmat printing sticker dan sebagainya. Dan sebenarnya aku dah 2x pergi gerai tu. Tapi orang yang menjaga kedai tu entah ke mana pun tak tau... aku ni tak bolehlah nak menunggu beria sbb mase aku ni sangat berharga. Heheheee... tak la... payahlah nak menunggu sebab bawak Mierza yang aktif tu...

Tapi hari tu aku pergi, elok je aku tengok amoi tu tgh meneleku ngadap lappy dia. Hehehe... ape lagi lor.... dan hasilnya... aku print 100pcs - RM15



Dan bercerita tentang kad biz pulak...


Design kad biz ni jugak aku order dari Jiya. Thanks Jiya... tapi pun ada masalah masa nak print out tu.

Aku print online di sini. Berurusan dengan Puan Malia Zainal. Nak pickup pun tak jauh sangat sebab Puan Malia ni kat area Subang Airport saja. Meet up point kami pun kat depan Subang Airport tu.

Masalahnya ialah bila Puan Malia kata ukuran kad aku tu tak standard dengan kad biz yang biasa - kecil. Aku kate, tak apa. Teruskan saja. Sebab masa tu tengah drive menghantar anak2 ke sekolah. Malasla nak beria sangat. Kang gedebum langgo bontot kete orang lagi. Tapi bila dah balik umah dan aku lukis ukuran kad yg dikatakan tak standard tu, aku nampak memanglah kecil. Comel memanglah comel... tapi kemudiannya aku terfikir... kalau kadnya dah kecil, apatah lagilah fontnya, kan... walaupun aku bukanlah nak bagi kad biz tu pada orang rabun. Tak puas hati, aku p lah amik kad2 biz orang lain, mmglah ukuran lebih kurang 9cm x 6 cm.

Eh, eh, eh... tak boleh jadi. Aku terus call Puan Malia. Katanya kalau dia tarik ukuran ikut ukuran standard, gambar kat design kad tu akan kabur. Tapi apa yang boleh dibuat adalah trace balik. Ikut design tu balik tapi ubah ukuran standard kad biz. Oklah... ape2lah asalkan jadi seperti yang sepatutnya.

Dikatakan kad ukuran 9cm x 6cm tu terlalu besar. Tapi kebanyakkan kad biz dalam simpanan aku lebih kurang bersaiz begitu. Dan dikatakan kad biz bersaiz 9cm x 6cm tu tak muat simpan dalam dompet duit. Tapi alhamdulillah, muat aja... malah masih ada ruang... tak perlu sampai nak gantung kat leher pun kalau tak muat!


:: Sekadar keluhan dan renungan ::

Kadang2... kita taip berulang kali... kita fikir banyak kali... kita olah ayat berkali-kali... sebab kita takut/segan/tak mau kalau ayat2 kita menyakitkan hati orang lain. Tapi kenapa orang tak buat begitu... dan tak fikir begitu?

Renung2kan dan selamat beramal...

Putu Beras

Salam korang...

Ade ke yang rindu same aku ni??? Ade? Ade? Hehehe... sebenonya aku idak le bz beno. Biase2 aje... tapi tadek modal nak mengentri tu yang membuatkan aku diam seribu bahase je. Malas tu dah ade kureng sikit lo... Ni ade modal sikit... moh le mengn3 yek...

Hari Sabtu lepas kami pulang ke kampung menjenguk abah. Keadaan abah macam biase aje... kekadang ade selera makan... kekadang tadek. Sebelum sampai umah kampung tu, kami singgah pasaraya TF kat Behrang 2020. Belikan buah anggur, buah tangan untuk abah. Abah suka, alhamdulillah... hb kate next time bila balik, kami belikan lagi.

Berbalik pada gambo yang terpantak kat atas tu. Kome kenal dan pernah ke dengo name kuih ni? Panggilan aku - Putu Beras. Ade panggilan lain tak? Ade kot... Putu Jawa? Ade lagi??? Kuih ni aku beli kat pasar pagi kat Slim River tu hoh... Actually kuih ni ade nostalgianya kat aku.

Teringat masa aku mengandungkan Boy (anak sulong). Aku ni fesyennya biler ngandung je, berenti kerja. Pasalnya aku punye morning sickness amatlah mengada2. Pepagi tak boleh bangun. Dalam erti kate lain, tidur tinggi hari! Haihsss teruk!!! Nak minum air kopi aje... mujurlah Boy tak itam legam macam kopi. Kakakakaaa!!!

Okey, okey.... berbalik pada kisah putu beras ni. Masa aku mengandungkan Boy, disebabkan tak kerja, aku punya banyak masa terluanglahkan. Kakak aku, Mak Ina memang suka makan kuih ni. Dia terjumpalah satu gerai kat Taman Medan tu menjual putu beras ni. Dan tanpa segan silu akak aku ni p tanye kat akak tu camne nak buat kuih ni. Dan dengan ramahnya akak ni memberitahu akak aku cara2nya. Dengan tak malunya pula akak aku bertanya lebih lanjut dan lanjut lagi. Dan akak ni yang membahasakan dirinya "Kak Esyah" menawarkan diri nak mengajar akak aku. Sanggup tu Kak Esyah p umah aku untuk mengajar akak aku camne nak buat. Aku yang memang banyak mase senggang pun belajo le same...

Memang agak payah jugak membuat putu beras ni. Banyak kerjanya. Remeh dan leceh. Tapi hasilnya, kelas! Jadinya sepanjang aku mengandungkan Boy, dari perut tak nampak sampailah dah memboyot, aku dan Mak Ina buat kuih ni untuk dihantar ke gerai2 menjual nasi lemak. Itulah pendapatan sampingan aku dulu dengan membuat kuih ni.

Itulah... bila tengok kuih ni, terasa sangatlah nostalgiknya... dan bila nampak kuih ni, aku terus beli. Boy pun suka makan... emp... dia dah makan kuih ni dari dalam perut lagi...

Saturday, May 01, 2010

Bila Kami Berkumpul....

Salam...

Haihsss.... semakin menjadi2 pulak kemalasan aku menghapdet blog ni... tak pela... yang penting aku masih di sini dan tiada terniat pun berhenti dari blogging. InsyaAllah virus malas ni akan berlalu pergi nantinya. Tiap2 hari masuk jugak blog ni. Kengkadang p jugak jenguk2 blog kawan2. Kalau aku tak tinggal jejak tu, bukan bermakna aku tak klik2 ke blog korang ye... harap maklum! Heheheee...


Ni cerita dan gambar hari Ahad lepas. Ha, kan terserlah kemalasan aku. Cerita Ahad lepas, baru hari ni nak update kat sini. Dah nak sampai Ahad balik dah... ish, ish, ish...!

Kami adik-beradik berkumpul kat rumah arwah mak. Sebab Cik Din dan Cik Esah (jiran sebelah rumah) mengahwinkan anak sulongnya - Hafiz atau name panggilan lebih tepatnya, Apis. Kirenya kawan sepermainan akulah ni. Dia lebih tua setahun dari aku (klu tak silap). Huhuhuuuu... aku dah beranak 3, dia baru nak kahwin... Gambo perantin tadek... tak menyempat aku nak snap gambo, perantin dah jalan. Tak koselah pulak aku nak jadi ala2 paparazi. Hahahaaa!!!


Alhamdulillah, hikmah di sebalik majlis perkahwinan Apis dan pasangannya ni, aku dan kakak2 aku juga semua anak2 buah dapat dikumpulkan. Lame betul tak berkumpul2 macam ni.
Kalau ikutkan kami2 ni bukanlah duduk jauh2 sangat. Takdelah sampai dok luo negara. Lebih2 lagi antara aku dengan akak sulong aku, Kak Yong. Kak Yong & family tinggal kat Sepang je... Sepang dengan Puchong bukan jauh mane pun, kan...? Sementara akak aku yg kedua, Mak Ina dok Bagan Dato', Perak. Actually dedolu (mase aku kecik2 la...) aku panggil Mak Ina ni dengan panggilan Kak Chik. Tapi aku pun tak tau dan tak sedar dari mane datangnye panggilan Mak Ina. Melekat pulak panggilan tu sampaikan Kak Yong pun panggil dia, Mak Ina. Even arwah mak dulu pun kalau membahasakan, sebut Mak Ina. Hehehee...

Masing2 sibuk dan punye komitment sendiri, membuatkan kami jarang2lah dapat berkumpul semua. Dan bila dah berkumpul tu, wallah seronoknya... tapi dalam seronok2 tu, tentulah teringatkan arwah mak. Arwah mak memang sukelah kalau kami semua berkumpul2 ni...arhgg, mak manelah yang tak suka dan rasa gembira bahagia bila lihat anak2nya bergurau senda depan mata, kan...?

Kami 3 beradik... seibu dan sebapak...
Tudung putih - Mak Ina. Tudung Biru - Kak Yong
Aku??? Yang tak pakai tudung la... wargggh tembamnye aku... macam tak sedo je selame ni...hahaha!!!


Bersama Fatin, anak buah pertama (anak Kak Yong). Cucu pertama arwah mak bersama arwah apak, Allahyarham Nordin.

Al-Fatihah untuk arwah mak...

:: note ::
n3 ni merupakan auto-publish. I'Allah mengikut perancangan, ketika n3 ini dipublishkan, aku dan family dalam perjalanan pulang ke kampung hb, menjenguk abah (my fil). Doakan perjalanan kami selamat pergi dan selamat balik ye... terima kasih :D

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)