Followers

Thursday, December 24, 2009

Hari Angkut Mengangkut.......


Salam & Selamat Sejahtera....

Seperti yang sedia maklum... kami sekeluarga bakal berpindah ke rumah baru yang terletak di Bandar Bukit Puchong. Jadi untuk seketika (tiada tarikh khusus) saya tidak akan bersiaran di blog ini, di fb mahu pun di YM... InsyaAllah setelah semuanya selesai dan keadaan mengizinkan, saya akan kembali bersiaran.

Mak oiiii skemanye haku!!! Wakakaaaaa Tolonglah jangan muntah yek kengkawan, kakak2 dan bloggers sekalian... heheheee...

25/12/2009 (Jumaat) kami akan mula mengangkut barang2 dari rumah sewa ke rumah baru. Doakan semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala pekerjaan kami nanti.

Amin....

Tuesday, December 22, 2009

Progress Rumah Puchong Lagi...

Salam....

Suka tak suka... hendak tak hendak... cukup bulan ni kena jugak keluar dari rumah sewa ni. Kena jugak pindah ke rumah sendiri kat Puchong tu... hati dan perasaan ni??? Tak tau nak kabo... suker ke, gembira ke, seronok ke, tak sabo ke... sungguh2 tak tahu nak luahkan. Kekadang rase besh gak... tapi biler kenangkan lain2 hal, rase aduh malehnyeeee...

Tapi takpela... moga2 aku dan kami dapat sesuaikan diri di tempat, persekitaran, jiran dan rumah baru nanti. Harap2lah erk...

Hari Sabtu lepas, selepas hantar kek kat Sya aku terus ke rumah Puchong. Hb dan Boy dah pergi dulu ke rumah tu sbb mmg dah appoinment dgn kontraktor nak pasang lantai tu. Takut pulak kontraktor tu tertunggu-tunggu.

Lantai inilah yang kami pasang kat rumah baru tu. Actually pemasangan lantai jenis ni adalah dari cadangan aku. Sebab aku selalu tgk program Deko Bersama Eric tu... mmg terinspirasi sangat. Lebih seronok biler cadangan itu diterima baik oleh hb terchenta. Thanks pa!

Bila kena tang gini,kan... rase syukur pulak rumah baru tu kecik... merase lah gak pakai lantai ni dgn kadar harga yang mampu. Tapi bila kenangkan barang2 aku yang banyak ni, adeh... manelah aku nak letak dgn rumah yang kecik ni.... adoiiii serba tak kena dibuatnye.... Hb kate, mmg banyak barang nak kena tinggal / bagi2 kat jiran yang nak... Apa barang2nye belum tahu lagi....

Kat bawah ni gambo2 in progress masa pemasangan lantai itu...


erh cino neh... elok2 aku tgh snap pulak dia pandang... nak tumpang glem gak... ahahaaa


sedang tekun dan gigih... pasang elok2 erk.....


form putih itu membuatkan apabila lantai itu dipijak terase melanton2 tapak kaki ekekeeee


Pandangan dari pintu depan....




Kosong macam ni rase macam lantai menari pulak...
bang, jom kite menari... tahun depan leh masuk sehati berdansa.
Kahhhhhhhhh macamlah artis!



Woiiiiiiiiiii aku tak duduk lagi, kau dah duduk dulu yek........ hampessss!!!
Kate hb aku lipas2 ni keluar dari lubang floor trap tu mase hb aku tuang tinner untuk bersihkan tiles yg dia pasang tu.... uiks mmg banyak. Mujurlah bininye ni jenis tak geli & takut dgn lipas. Lagi aku geram nak cabut2 sesungut dia tu adelah....... kakakakaaaa

Kat bawah ni gambar kat dapur basah. Berhadapan dengan bilik air dan toilet. Gambar ni ketika belum pasang aluminium blind. Ternganga je... kebanyakkan orang di sini (boleh dikatekan semua kot...) dia orang pasang/buat sliding door. Tapi kami disebabkan tiada bajet dan lagipun aku nak satu suasana dapur yang lebih terbuka, kami hanya pasang aluminium blind je.


Ha, camni... Tapi nampak tak bahagian bawah tu tak sampai plak... takpe, hb akan letak board kat sit sampai separuh dari tingkap tu. So, nanti bila aku memasak, aku tarik alum blind ni ke atas untuk mengeluarkan wap dan haba...


Ingat tak sebelum ni aku ade cakap hb aku pasang tiles sendiri? Okey, inilah hasil kerja tangan suami terchenta itu. Alhamdulillah walaupun nampak comot sikit tapi ini sebelum touch up. Nanti dah cat, eloklah tu... Daku sangat menghargainya, bang!

Yang ni bahagian dapur basah tu...


Yang ni pun hasil kerja tangan hb gak... ruang yard. For sure di sini jadi tempat hb melepaskan hajatnya. Apa lagi... merokok le.....

Ada lagi satu tempat, depan pintu masuk. Tapi masa aku snap2 ni x dapat nak tangkap gambo tu sebab..........

..........sebab hb sedang bersungguh-sungguh mengecat kat tempat tu...
kale ijoooo youuuu!!!

Sunday, December 20, 2009

Choc Indulgent Order Daripada Sue, Sya & Yam

Salam...

Tiga hari berturut-turut buat choc indulgent tempahan daripada geng mak hayam. Alhamdulillah dan terima kasih. Kalau ada yang tak puas hati, harap maklumkan supaya dapat dijadikan panduan di hari mendatang. Minta halal dan sekali lagi terima kasih diucapkan...

Choc Indulgent - Sue tema kartun Barney...

Khusus untuk menyambut hari lahir anaknya, Alya... yang diraikan bersama2 geng mak hayam di Taman Tasik Titiwangsa pagi hari Jumaat yang lalu. Ianya juga merupakan gathering akhir tahun untuk Mommies.Com... majlis sederhana tapi meriah dan tentulah hevox gilos!!!


Pertama kali lukis free hand. Gigil gak tapi seronok dan puas hati dengan penghasilannya... untuk setakat inilah... aku ni manusia biasa, manusia biasa yang tidak pernah berasa puas. Namun tetap bersyukur... alhamdulillah dipermudahkan segalanya...

*
*
*
*

Choc Indulgent - Sya tema kartun Ultraman

Sya buzz aku di YM dah lame. Bagus gak sekurang2nya aku berasa sangat bersedia. Pun begitu, hasil kartun Ultraman itu pada aku tidak memuaskan. Jenuh dah membega tapi begitu jugalah hasilnya. Thanks Sya... minta maaflah kalau juga tak memuaskan hati ko erk.... tapi tolonglah jangan serik menempah dari aku wakakaaa boleh gitu...???


*

*
*
*
*

Choc Indugent - Yam

Tempahan daripada mak hayam Yam. Actually Yam minta loving2 deco. Tapi.... uwaaaa sory Yam. Hanya ini yang sempat. Ape pasat tak sempat??? Uwaaaa lagi... daku kesiangan!!! Alarm jam tak bunyi! (Tak bunyi atau aku yang tido mam*** ke, tak tahulah!!!) Tapi sedo2 dah terang. Tengok2 dah pukul 8 pagi. Merongkaslah bangun. Mujurlah dari kul 1.30 pagi tadinya kek tu aku dah siap coat dgn choc ganache tu. Huhuhuuu maafkan akak ye Yam kalau dekonya tidak seindah (indah sangat ke...? hahahaaa) yang Yam impikan... Akak dah set time kul 5 pagi nak bangun untuk deko. Tapi apekan daya... (jangan salahkan akak, tapi salahkan alarm hp akak ye Yam... hahahaaa)

Tempahan daripada Yam ni adalah untuk menyambut hari lahir suami terchenta - Cak'on yang ke 27 tahun. Selamat ulang tahun, Cak'on. Moga2 dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan dan bahagia gembira tidak kira semasa di samping mahu pun tidak bersama isterimu & anak yang terchenta itu...

Yam juga menempah 25 pcs cheese tart. Setelah merendek dan meronggeng dari satu blog ke satu blog, selidik dan kelebek dari satu ke satu resipi otai2 kite, akhirnya aku dapat juga tahu bagaimana nak mendapatkan cheese yang kembung biler dah sejuk. Alhamdulillah... sebelum2 ni dalam banyak2 menerima tempahan cheese tart sebenarnya aku masih tak puas hati sebab cheese tart aku tu biler dah sejuk cheesenya jadi kempis... tapi yang ni, okey. Yeahuuuuu!!!

Buat kudap2 dalam perjalanan ke Johor untuk menyambut kepulangan suaminya. Semoga Yam selamat sampai ke destinasi yang dituju...

Testimoni daripada YAM - cheese tart
.....akak sedap la chese tart akak......

Thanks Yam :D

Friday, December 18, 2009

Aduhai Mierza...................

Salam...

Ni petang Rabu kelmarin punye kes... xde kesempatan nak update. Bukan malas tapi tenet lembap nak mam***!!!
Masa tu dah dekat2 pukul 5 petang. Waktu2 macam ni aku memang sibuk di dapur. Sebab masa tulah hb dah nak balik. Jadi kene bancuh air dan siap2 panas2kan lauk. Sebab dah terbiasa, hb ni balik2 je terus kejar nasi. Jadi memang selalunya dinner kami awal. Paling lewat pun pukul 7.30 malam gitu...

Tengah aku sibuk2 kat dapo, terdengar suara tangisan Mierza dari ruang depan. Aku buat tak dahu jek... Baby pula masa tu kat dalam bilik air. "Kite tak buat..." kata Baby. Kenapa dia kate macam tu...? Sebab sebelum tu aku marah dia. Mana taknye, dia pukul adik dia, then dia tanye adik dia sambil sapu tempat yang dia pukul dan tanye, "alolooo sape buat adik..." haish budak pempuan sorang ni tau...
Bila Baby g depan, dia berlari semula ke belakang dengan muka cemas. "Mama, mama cepat... kecemasan! Kecemasan!" Untuk pengetahuan korang yang tak kenal dak Baby ni, kan... dia suka auta tauuu... so aku ni jeling2 dia dan kate, "jangan main-mainlah, By..." tapi aku tinggalkan juga kerja aku dan berjalan ke depan. Masa tu suara Mierza menangis masih terus kedengaran.



OMG!!!! So, korang tengoklah gambar2 kat bawah ni.... Aku letak minyak kat jari Mierza yang luka tu... tapi darah masih terus mengalir. Tengoklah tisu tu.... So, fikir2 takleh jadi ni... sebelum apa2 yang lebih teruk, lebih baik bawa juga ke klinik. Kalau aku ni doktor, macam Kak Inahar tu, tidak2 pun nurse mcm Kak Maria tu, aku taulah lukanya dalam ke idak... serius ke idak... ini haram tak tau melainkan yg aku tau luka dan darah yang membuak2.... lebih baik bawak gak la g klinik le kan.... Call hb, kami terus jumpa kat Klinik. Sebab klinik yang selalu kami pergi ni di pertengahan antara rumah dan tempat kerja hb. Masa aku sampai, elok2 masuk parking depan klinik, hb pun sampai. Hanya hb yang masuk dalam dengan Mierza. Aku duk luar sbb temankan Baby dan Boy. Dari luar bilik, sepanjang masa aku dengar suara tangisan Mierza. Ohooo dia memang amat fobia dengan doktor. Tapi nasib baik amat senang makan ubat...

Mujurlah... jari yang luka tu tak sampai dijahit. Tapi doktor bagi injection kat bontot dia. Dan balut luka di tangan dia.
Hah, biaselah... lepas tu kena soal selidik dengan hb... gunting yang mana... letak gunting dekat mane... macam mana anak boleh dapat... masa tu mama dekat mana... dah soalan2 cepu emas yang sewaktu dengannya... hahahaaaa

Inilah guntingnya... Gunting ni biasenya aku guna untuk siang ikan dan kegunaan2 am lainnya. Semasa kejadian, gunting itu letaknya di atas meja. Mierza si anak bertuah ni p panjat kerusi dan ambil gunting tu buat main...
close-up sikit... darah dia pun ade lagi kat situ...

Ape2 pun mama jugaklah yang salah, kan... dah guna tak reti letak semula walaupun mama letak kat tempat yang dirasakan sudah selamat dah tu...


Masa n3 ni dipublishkan, luka di tangan Mierza dah kering. Kalau pada pandangan mata kirenya lukanya tu dah eloklah... tapi Mierza masih fobia tgk jari dia yang terbelah tu. Kalau balutan tu terbuka even di tengah malam pun dia akan masuk bilik kami dan nangis2 tunjuk jari dia tu... jadi untuk diamkan dia, hendak tak hendak balutlah balik jarinya tu. Barulah dia sambung tidur semula....

Monday, December 14, 2009

Order! Order! Order!

Salam...

Kesian 'umah' aku nan satu ni... macam terbiar aje erh... tapi sebenarnya tidak. Dalam sibuk2 minggu lepas tu, aku jenguk gak 'umah' ni... juga jenguk2 umah kawan2 yg baru diupdate tu. Cuma kengkadang aku tak tinggalkan jejak le... eheheee

Minggu lepas memang agak membizikan aku le... menyiapkan tempahan yang diterima. Alhamdulillah aku panjatkan kesyukuran atas limpah rezeki dariNYA. Pertama kali aku terima tempahan sederap sekali banyak macam ni. Cupcakes untuk majlis perkahwinan sebanyak 550 pcs.

Sebenarnya akak (dari Segamat, Johor) ni nak tempah 1000pcs. Beliau dah bank-inkan deposit. Tapi lepas 1 minggu dia call balik kate buat setakat jumlah deposit tu aje sebab sepupunya yang nak kahwin tu dah buat tempahan sendiri. Kiranya akak ni nak sponserlah tuk sepupunya yang kahwin tu.
Cuppies siap pack + sticker 'Terima Kasih'
Pelbagai perisa
(strawberi, oren, pandan, coklat, vanila)
:: 90 sen / paket ::

Terima kasih ye kak... Harap berpuas hatilah dengan hasil tempahannya tu. Terima kasih juga atas jemputan ke majlis perkahwinan yang diadakan di Dewan Ampang Hilir tu. Tapi saya tak dapat hadir sebab emergency balik kampung malam Sabtu tu. Fil sakit pulak...
*
*
*
Almond Choc Brownies
RM35.00
Loyang 10cm x 10cm
60 potongan + simple deco


Yang ini pula tempahan daripada Hawa kat Shah Alam. Kalau ikutkan Hawa nak Almond Choc Brownies ni hari Jumaat tapi sebab masa tu aku masih busy menyiapkan persiapan terakhir untuk cupcakes tu, aku minta pospond ke hari Sabtu. Terima kasih Hawa, kerana memahami dan membuat tempahan. Minta halal kalau ada yang tak puas hati dengan tempahannya. Kalau ok, len kali bolehlah tempah lagi ye...
*
*
*
Tempahan akhir sebelum aku balik kampung malam hari Sabtu tu pulak daripada Nana. Dekat je dengan rumah aku. Kat Taman Medan ni saja. Nana dapat contact aku daripada Teacher Nini yang dah 2x buat tempahan cuppies daripada aku. Terima kasih kepada Nana dan tidak ketinggalan kepada Teacher Nini juga...

Nana order 10 pcs jek utk diberikan kepada seseorang. Deco ape2 aje katenya...

Wednesday, December 09, 2009

Bingka Roti Kacang Merah


Salam...

Sebenarnya resepi asal bingka roti ni ialah 'Bingka Roti Berjagung' tapi aku pepandai p ubah letak kacang merah. Eheheee... Bukan stok jagung tin takde tapi sesaje p tukaq amik tin kacang merah. Boleh sajelah erk...

Aku salin resipinya daripada blog dapur akak awet mude kite tu... sape lagik kalau bukan Kak CT cayang... (epi belated bday tuk Aqim cayang & cumey tu...) Pernah dan selalu juga nampak di blog kak Ita yang dok di Johor sane nunnnn... tak pasti pulaknye resipi yang same ke tidak...

Memang sedap dan lemak jek bingka roti ni. Aku buat untuk jamu jiran2 tetangga yang merewang bagi majlis berkhatan kelmarin. Ramai gak yang puji akan kesedapannya tu, hisk... sampai ada yang minta resipi dan cara2 nak buatnya. Boleh je aku bagitau dan nak jugaklah aku tepek resipinya di sini. Selain untuk rujukan sendiri di kemudian hari, juga untuk tatapan anda semua. Rajin2 nanti bolehlah korang pun coba erk...

Bahan2
3 biji telur
150g gula kastor
100g mentega - dicairkan
1/2 sb garam
300g roti
200g tepung gandum
1 liter santan @ 1 liter susu segar @ 500ml santan & 500ml susu segar (optional)
200g jagung tin ~ aku tukar pada kacang merah

Cara-cara
1) Pukul sebati telur dan gula. Masukkan mentega cair, santan/susu, tepung gandum dan garam.
2) Lengserkan tin pembakar dengan marjerin dan lapikkan dengan kertas baking.
3) Carik-carikkan roti ke dalam tin pembakar.
4) Tuang bancuhan adunan cair ke dalam roti (tin pembakar) . Biarkan 15-20 minit.
5) Masukkan jagung krim dan kacau sebati.
6) Bakar 180c - 1 jam atau sehingga apabila dicucuk, lidi yang dikeluarkan kelihatan kering dan tidak melekit.

** aku menggunakan loyang empat segi tepat bersaiz 9" dan mendapat puding roti yang just nice tingginya.
** rasanya lebih baik masukkan jagung/kacang merah ke dalam bancuhan adunan cair semasa di no.1 daripada dibiarkan berterabur di atas adunan roti kerana didapati apabila kacang itu dibiarkan dibakar di permukaan, ianya menjadi kering dan keras.

Monday, December 07, 2009

Majlis Berkhatan - Mohamad Syahmie Isqandar (Boy)


Salam...

Semalam (Ahad - 6/12/2009) merupakan salah satu hari bersejarah untuk kami sekeluarga. Bila mana anak sulong kami, Mohamad Syahmie Isqandar (BOY) berkhatan. Majlis dianjurkan oleh Persatuan Blok N, tempat tinggal kami ni. Ianya diadakan dalam keadaan meriah juga. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan teratur. Seramai 19 orang kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam berkhatan. (Act 20 orang yg mendaftar tapi seorang dah lari. Lari ke rumah mak saudara dan langsung tak nak balik, heheheee). Belum bersedia lagilah tu, kan...


Alhamdulillah anak aku, Boy sudah bersedia untuk dikhatankan. Lebih-lebih lagi bila yang bersama-sama dengan dia untuk berkhatan adalah geng2 bermain dia juga. Pagi ni, saat aku menulis dan mengupload gambar (7/12/2009 - Isnin - 10.30pg), suasana di luar rumah sunyi dan pengap. Kenape??? Sebab semua geng yang selalu buat bising dok dalam rumah diam2. Hahahaaaa!!! Aman2...


Jom layan gambar2 yang sempat aku rakamkan sekitar majlis berkhatan tu berlangsung...



Bingka Roti Kacang Merah... buat utk makan2 sambil masak2 tu...

Mierza pun tangkap gambo jugak... InsyaAllah 5/6 tahun akan datang, giliran dia le pulak...

My hb sebagai setiausaha menyambut ketibaan ahli bomba. Terima kasih yek abang bomba... rela datang bawak air... heheheee meriah majlis kami...seronok budak2 tu kene sembur...

YB Nik Nazmi yang sudi hadir... Terima kasih :D

YB Nik Nazmi diapit pengerusi (En. Zul) dan naib pengerusi (En. Haris)

Para peserta berkhatan dan bapa2 bergambar kenangan dengan YB Nik Nazmi. Terima kasih kepada YB kerana sudi hadir dan meluangkan masa di awal pagi untuk merasmikan majlis berkhatan anak2 kami serta merasmikan majlis itu...

Boy menerima cenderahati daripada YB Nik Nazmi. Terima kasih...

Isi dalam beg cenderahati tu...

Mierza wif Kak Nor (akak tingkat 10) ahhhh anak aku ni kan memang mesra alam... mau je dengan sesape pun...


Berarak...

Suker Boy time ni... Tengoklah tu sengihnye sampai ke telinga... Adalah 2/3 orang bapa yang junjung anak2 diaorang ni. Tapi my hb nak je junjung anak dia. Dia nak anak dia merasa macam yang dia pernah merasa dulu...


diiringi paluan kompang...

YB Nik Nazmi 'memandikan' anak2 kami...

Tengok budak 2 orang yang pakai baju melayu warna putih tu... Dia orang tu adik beradik. Kata mak dia, Yana (tingkat 5) yang beria nak bersunat adalah si adik (yang tekup mulut dgn tuala tu). Abang dia setuju nak sunat pun sebab adik dia nak sunat. Dalam senarai giliran, abang dia yang akan disunatkan dulu tapi si adik minta nak dulu. Memang berani budak ni...

At last mmglah adiknya yang sunat dulu. Keluar dari bilik operasi sambil senyum2. Steady je budak tu. Tapi abangnya... lepas beberapa minit dok dalam bilik operasi, keluar nangis2. Bawa naik atas mandikan dulu. Pujuk2 pun tak jalan. Sampailah sudah...

Last2 dia tak jadi disunatkan. Sebab doktor pun tak nak amik risiko. Kalau budak tak bersedia, doktor memang tak nak buat. Takut apa2 jadi. Kalau di hospital takpe... peralatan lengkap...

So, adiknye ajelah yang bersunat...


Bilik 'operasi'...


Latest pic of him...

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)