Followers

Saturday, November 28, 2009

Salam Aidil Adha....

Salam...

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua pengunjung blog aku ni... semoga ceria dan gembira hendaknya ye.... ampun dan maaf atas keterlanjuran kata di dalam gurauan... sesungguhnya tidak bermaksud hendak melukakan hati kalian (seandainya ada...).


Okey... tahun ni serba serbi macam serba tak kena. Lihat saja mee goreng aku tu... bogel tak cukup bahan. Pergi kedai semalam, semate2 beli mee dan fishcake. Sayur2 dah habis. Ingatkan nak singgah kedai lain lepas tu tapi aku boleh zoom terus balik rumah dan terus melupakan. Pagi bila nak goreng barulah teringat. Ish, ish, ish...

Disebabkan tahun ni aku takde masak rendang dan lauk2 yang seangkatan dengannya, hendak tak hendak aku memang kena jugak goreng mee tu. Kalau tidak, jawabnya nanti hb balik dari solat hapah satu menda makan pun takde nak dingap. Dengan aku2lah kebulurnya, ye tak...? eheheee...

Kenapa tak masak rendang dan lauk2 seangkatan dengannya? Jawapannya senang, aku malas! Penat dan tak de mood nak masak... boleh gitu...? Boleh je, maka terjadilah seperti seadanya. ekekekeee... teruknye aku!

Alhamdulillah, ketika aku sedang sibuk2 nak memotong bawang segala, gril pagar rumah aku diketuk Kak Norlia (jiran depan rumah aku). Dia bagi sepiring nasi impit dan semangkuk kuah kacang. Terima kasih banyak2... rezeki!

Lepas makan2 yang ala kadar tu... kami bersesi tangkap gambo plak. Disebabkan tiada siapa yang boleh diharapkan untuk meng'snap'kan gambar kami, aku buat time setting. Kami2 dah okey, tapi Mierza... adui...

okeylah tu... erk!

Nasi impitnya dah habis, kuahnya masih banyak berbaki. Cadang2 ngan hb, petang nanti nak buat cekodok tepung. Makan cicah dengan kuah kacang. Tapi tengaharinya, Mierza buat kerja sorang2... habis tumpah kuah kacang ke lantai...
takde rezeki le tu....

Wednesday, November 25, 2009

Biskut Raya.....

Salam...

Jom layan biskut raya yg dah dibuat ni ha... separuhnya untuk memenuhi tempahan. Dan separuhnya untuk makan anak2... sesape rase nak dapatkan 1, 2 botol (1 botol - 55pcs), boleh call / sms aku. Stok terhad. 1st come, 1st serve....


Crunchy Choc Cornflakes
RM15-00
55 pcs


Almond London
RM20-00

55 pcs




Hazelnut Love Ball
RM20.00
55 pcs




Sarang Semut
RM15.00
55pcs

:: NOTA ::

Tempahan TIDAK hanya dibuka pada musim perayaan.
Hari-hari biasa pun boleh order kalau rasa2 teringin nak makan okey....

Monday, November 23, 2009

Choc Indulgent Cake - Order Dari Nik

Salam...

Jom layan gambar2 ni...

*

*

*





*

*

*

Tempahan diterima daripada Mak Hayam Nik untuk meraikan kejayaan adik lelakinya mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang lalu...

Tahniah!!!

Semoga kejayaan terus mengiringi perjalanan hidupmu, dik...

Ayam Bakar wif Sos Cili Thai


Salam...

Emp.... lauk biler tah... aku pun dah tak ingat lauk hari apa. Tapi dalam minggu lepas la... ekekekeeee...


Ayam tu aku lumurkan dengan garam dan kunyit, pastu masukkan aje dalam oven. Bako sampai masak. Dah tu, keluarkan, siramkan dengan sos cili Thai yang ade gambo akak pakai baju putih tu. Aku memang suka beli sos tu. Manis-manis pedas. Anak-anak aku yang kengkadang tak makan pedas pun suka dengan sos tu...

Resipi simple je, tapi anak2 aku sangat suke...

Sunday, November 22, 2009

Kek Gula Hangus

Salam...

Secara jujurnya... aku tak suke makan kek ni. Tak tahulah kenapa... Dulu masa kakak aku yg kedua (Mak Ina) dok sini (sekarang dia dah dok Bagan Datok), dia memang ambil tempahan buat kek ni. Kalau dekat2 nak raye, tak menang tangan dia menerima tempahan buat kek ni. Hari2 biasa pun dia buat kek ni buat jual bersama2 dengan kuih sri ayu dan putu beras. Tapi masa tu aku sikit pun tak terliur tgk kek gula hangus tu sampailah sekarang ni... eheheeee... teruk tul selera aku...!

Tapi yang ni aku buat bukan untuk makan2 sendiri. Bukan juga untuk tempahan. Hari Jumaat, hari terakhir sekolah, Cikgu Noriah (Cikgu sekolah tadika Baby) ada buat bengkel keibubapaan part terakhir. Jadi aku buatlah kek gula hangus ni untuk dibawa ke sekolah tu. Buat jamu2 bebudak dan mak2 budak...

Aku perap pun tak lama... tak sampai pun setengah jam. Ntah nape tah... tak sabo2 rasenye nak mengukus. ekekekeee... tapi ada setengah orang buat, tak perap lame pun still jadi jugak dia punye sarang tu. Aku punye ni, korang tengok ajelah sendiri, kakakkaaaa... warnenya pun tak hangus sangat. Tak seperti namenya, kan? Bolehlah dikategorikan "Indah Khabar Dari Rupe..." Ngeh, ngeh, ngehhhhh!!!

Resipi dari Widad @ MyR
Thanks!

Saturday, November 21, 2009

Bila Che' Abang Ke Dapo...


Salam...

Hari ni seawal pagi aku dah bangun. Nak menyiapkan tempahan kek choc indulgent yang ditempah oleh Mak Hayam Nik. (Gambar dan n3 akan dimasukkan kemudian, InsyaAllah...) Keknya dah siap disalut dengan choc ganache. Cume nak tinggal deko saje... nak buat dan siapakan semalamnya, mengantuk pula rasa mata.

Lepas dah siapkan tempahan kek, dah prepare masuk dalam kotak bagai, aku simpan dalam peti ais. Aku pun siap2... ha, nak ke mana??? Hari Khamis malam yang lepas, Ayu (anak 2nd arwah pak Dolah) yg tinggal kat tingkat 12 same blok ngan aku ni ajak g survey kat Damansara Intan. Aku ni ok ajelah... Ayu memang buat part-time cari-cari orang buat survey ni. Dia pun tahu, kalau weekend aku bolehlah menyebok2kan diri. Tapi kalau hari2 biase ni payah banyak! Eheheee... Aku tak pergi sorang... tapi g bertempat (campo aku ber5). Akula yang drive dan bawa kereta aku... uppppssss... kete laki aku! Ampun bang...!

Survey tu tanye pasal biskut. Dia bagilah 4 keping biskut jenama yang 3 daripadanya dari jenama Jacobs dan satu lagi dari jenama Munchys. Berserta sebotol air mineral. Satu persatu dia suruh bau dulu then makan, rasa. Pastu dia tanyelah soalan. Suke ke tidak baunye, kerangupannya, saiznya dan macam2 lagilah. Haihs... jenuh gak tu nak jawab. Tapi kan korang... pastu habis survery tu... depe bayar RM40!!! Eheheheee sapelah nak bagi gitu2 ajekan...? Part tu yang syiok! Kakakakaaaaa mate duitan tul hakku!

Ok... tutup cerita pasai tu. Balik2 rumah dah kul 1.30 tghari. Sesampai di rumah, aku tgk atas meja ada lauk. Haihssss, laki aku masak!

"I dengan baby dah tangkap gambar ayam blackpaper tu." - Hubby

Kakakaaaaa nak juga menyelit n3 dlm blog haku neiyhhhh laku aku neh!

Layanlah gambo kat atas tu.... ekekekeeee

Friday, November 20, 2009

Tempahan Aidil Adha...

Salam...

Tempahan untuk Aidil Adha dibuka sekarang.

Tarikh Tutup - 20/11/2009 (Jumaat)

Cepat-cepat!!!

Hubungi :

sofie2_za@yahoo.com
atau
sms/call 017-3113 226

Kepada yang belum tahu... jemput2lah ke blog baru aku yek...

http://fiza-on9booth.blogspot.com

CMC - Ila, Komplek Kerajaan Jalan Duta

Salam...

Kek Coklat Moist - Order yang aku terima pada hari Rabu. Eheheee nak jugak menyelit n3 kat sini... Layanzzz!!!

:: Ila berpuas hati dengan kek ni. Full rase coklat katanya. ::

Thanks Ila. Kalau sedap, len kali orderlah lagi ye... pada yang lenlain tu, klu nak order pun bolehlah ye...silekan :D

Wednesday, November 18, 2009

Hari Penyampaian Sijil Dan Persembahan Sekolah Tadika Nur Gemilang

Anak daraku nan saurang... manje lebeyh budak ni...

Salam...


Ni cerita hari Sabtu lepas... bukan lupa nak upload tapi disebabkan tenet yg kejung dan kejang buat aku xde mood nak upload gambo. Sekolah tadika baby buat majlis penyampaian sijil untuk murid2nya. Biaselah hujung2 tahun ni... Baby ambil bahagian dalam tarian agogo...haih bukan main lagi anak dara aku nan saorang tu goyang. eheheheee....

Tapi aku ada rasa tak puas hati sikit. Hampir setahun jugak aku latih Baby membaca buku cerita bahasa Inggeris yang bertajuk "The Birds Have Colourful Feathers" untuk dibacakan di majlis ini. Tapi aku terlupa nak bawa kamera dan tak dapatlah aku nak rekodkan persembahan dia tu. Aku dah minta hubby tolong bawakan kamera tapi hubby sampai sejurus lepas habis persembahan tu... hukhukhukkkk...


Tapi alhamdulillah... bersyukur juga kepadaNYA... berbaloi rasanya. Baby baca cerita itu dengan lancar. Adalah satu dua perkataan yang dia gagap sebut tapi dia dapat juga sebut kemudiannya. Cuma last tu aje... aku dah cakap, ucap "Thank you..." tapi dia sebuat "terima kasih..." heheheee...
So, jomlah layan gambar2 yang sempat disnap sepanjang majlis berlangsung Sabtu lepas...

Wif kawan dia, Azika. Mak Azika ni cikgu kraftangan menggunakan surat khabar.
Buat pasu dan bakul. Silap pandang ingatkan dari rotan.

Terima sijil dan hadiah daripada Puan Noraini, Penyelia Kemas Petaling Jaya Selatan.
Anak Puan Noraini ni pun sekolah kat sini - Nisha.


Wif Ida. Anak pembantu sekolah tadika ni - Kak Foziah.

Ha, ni dia... acara agogo ala pom pom girl!!!

Anak dara dan papanya...

Wif teacher Rina... Guru bahasa Inggeris yang akan berangkat ke Australia untuk menyambung pelajarannya di sana awal tahun depan...

3 of us...
Tengok, tengok... Baby banyak ikut muka siapa?
:D

Tuesday, November 17, 2009

Nasi Goreng Tom Yam


Salam & selamat pagi...

Bekpes ape korang arini? Aku dan anak2 bekpes nasi goreng tomyam. Since nasi semalam banyak berbaki, jadi buatlah nasi goreng ni. Lagipun dah lame tak buat neh... sedap... anak2 pun suker. Rencahannya hanyalah sotong dan telur saje. Sayurnya pula hanyalah lobak merah yang dipotong halus. Bila dah campur dengan nasi tu, hilang tak nampak lobak merahnya. Tak pe... lagi elok. Kalau tak nampak, Baby akan makan saja. Tapi kalau dia nampak, sure dia dok terkais-kais. Paling fenin kalau dia merengek sambil cakap, "mama... pilihkan sayur ni keluar..."


Haish budak neh!!!

Resepi daripada Hana Kanazawa. Dah pernah buat sebelum ni. Kalau sesape nak cube dan nak tau resepinya, rajin2kanlah klik2 kat tag sebelah yek... carik sampai jumpe...

Monday, November 16, 2009

Takoyaki

Salam...

Takoyaki... arwah mak aku panggil 'cekodok Jepun'... Al-Fatihah untuk arwah mak...

Dah lame gak tak buat takoyaki ni... Bila anak2 (lebih2 lagi Boy...) nampak mamanya buat takoyaki ni, dia melompat seronok... suka sangat! Ish, macam beranakkan anak Jepun plak rasenye, eheheheee...

Percubaan, aku campurkan 1 cawan tepung gandum dan 1/2 cwn tepung kentang bersama 2 biji telur. Dibancuh dengan air hingga agak cair (mcm bancuhan nak buat kuih ketayap/dadar). Intinya cuma bubuh hirisan crab stik. Kobis pun xde nak diracik2. Emp, memang macam tak bape puas hati. Tapi kenyang gak la perut...

: Note :
Sebenonye aku buat n3 pada hari Sabtu (malam) lagi... tapi tenet sangatlah cemburu... jadi aku buat auto-publishkan utk siaran hari ini...
harap maklumlah yek...jgn mintak2...tentu2 dah jadi baje neh...

Friday, November 13, 2009

Homemade Coklat


Salam...

Percubaan pertama dan menjadi... alhamdulillah... Menantikan hasilnya, berdebar2 rasa hati.

Aku mendapat resipinya dari seorang kawan blogger berpangkat kakak. Terima kasih tidak terhingga. Jasamu akan tetap kukenang sampai bila2 kak...

Untuk pertama kali ini, aku mencuba untuk membuat coklat compound berintikan kekacang (badam dan hazelnut). Buat pun tak banyak sebab masih dalam proses percubaan - 8 ketul. Anak2 dan aku sendirilah jadi tukang makan dan menghabiskannya. Eheheheee...

InsyaAllah selepas ini, aku nak mencuba resipi coklat dari conventure pula.
Bertatih2 dahulu...

Thursday, November 12, 2009

Salad Bebola Sotong

Salam...

Selalu2 sebelum ni aku buat salad buah-buahan. Sekarang ni macam susah pulak nak dapat buah yang berkenan di hati dan membuka selera. So ubah selera sikit. Buat salad bebola sotong yang simple as possible ni ha... sedap gak neh... just hiris-hiris cabbage dan lada benggala. Apa-apa yang ada dalam esbok le... Then goreng bebola sotong, tos minyak dan campak je dalam sayur2 hirisan tu. Pas tu siramkan dengan sos salad buah-buahan dan sos thousand island.


Yummy!!!


: Note :
Seksa kejung aku nak upload gambo salad ni...
tenet hampeh tulll...
Kematu montot aku nunggu...
Sabo ajela....

Sunday, November 08, 2009

Ayam Masak Oyster & Cili Kering

Salam...

Actually hari ni aku tak masak. Hujung-hujung minggu ni besola kan... siang makan kat kenduri orang kawin. Malam kang pulak ade baca yassin kat umah Kak Rosni di tingkat 12. Eheheee... jadi maknenye arini piuk belanga gantung dan dok sengap2.

Ayam masak oyster & cili kering ni aku buat lame dah... so, janganlah ade sesape yang mintak yek... dah jadi baja dah ni... eheheee... tapi sebab nak update dan nak berceloteh, rase tak syiok plak kalau n3 ni bolen aje... (korang tau ke 'bolen' tu ape?) kakakakaaaa...

Dari semalam hb g umah Puchong. Dia bersemangat nak pasang tiles lantai kat umah tu. Tapi bukanlah buat semua. Cuma bahagian2 tertentu aje... Sebenonye dia tak pandai nak buat. Tapi semalam Cik Haris (jiran/kawan melepak hb) yg duduk tingkat 10 tu dah ajo dia buat. So arini hb g pepagi tadi dan buat sengsorang la. Ala ciann laki aku tu... tapi semangat punye pasal... apo pun buleh jadi, yo tak???

Hasil kerja keras tangan laki terchentaku itu nanti akan aku kongsikan di sini nanti yek... harus membangga dengan hasil kerja keras tangannya itu... kalau nak upah bukan sikit2 duit tu. Tapi dek kerana semangat yang membuak2 dan teruja, sanggup dia buat sendiri. Sayangggggg abang!!!

Okeylah... budak pempuan ni dah merengek kat sebelah. Nak milo...

Chiow!!!

Saturday, November 07, 2009

Choc Indulgent Cake - Order Dari Faiz

Choc Moist Cake + 3 layer + Coklat Ganache

Salam...


Alhamdulillah dapat tempahan Choc Indulgent Ala2 SR daripada Faiz untuk celebrate suprise party untuk geng mak ayam, Sya.


Hepy belated bday Sya...

Senang2 jomlah jenguk sini...

Thursday, November 05, 2009

My Boy...

Salam...

Ini anakanda aku yang sulong punye cerite... dan cerite ini sebenarnya berlaku minggu lepas. Semasa jamuan sambutan Hari Kanak-Kanak di sekolahnya. Beberapa hari sebelumnya, Boy cakap teacher dia kate, pada jamuan itu nanti ade buat lukisan di muka. Tapi kena bayar RM3/=.

"Mama mesti tak kasi..." - Boy

Align Center Dengan muka sedih. (Dia tahu mama dia kedukut banyak kalau satu2 hal yang berkaitan dengan duit, hahahaaa! Mama bukan kedukut, tapi mama berjimat cermat okeyyyy...). Tapi hari tu mood aku tengah baik, atau mungkin sbb aku tengok dia punye muncung mengalahkan muncung cencorot. So, aku terus kate,

"Okey, nanti sebelum pergi sekolah mama bagi RM3/=. Bayarlah dekat teacher." - mama/aku
"Ha?!! Mama kasik?" Mama/aku angkat kening sambil sengih2.

"Yeay!!!" Lompat2 seronok.

"Hah, bilerlah kite nak sekolah assunta ni? Kita pun nak mama bayar RM3/= jugak dekat cikgu kite. kite pun nak conteng2 muka jugak!" - Baby menyampuk sambil peluk tubuh dan muncung bibir. Dengki budak perempuan sorang nih....


Dan hasilnya...
Boy buka2 pintu, dengan muka bengisnya, dengan lukisan di muka yang ala-ala kadar tu menunjukkan mukanya kat aku. Kengkonon jadi lanun...

Eiiii takutnyeeee!!!

Ni apehal rope orang nak menyondol aje neh...?

Kwang3x...

Ikan Gelama Masin Berselimut Cili & Bawang Potong

Aman je ikan ni baring berselimut... kayu balak pun dah siap susun kat depan nu.. kalau masih sejuk bolehlah buat unggun api... hai gelama...

Salam...

Okey tak tajuk aku tu...? Okeylah ye tak... wakaka!!!


Aku tak tahulah erk... sejak akhir2 ni mood masak2 aku merudum jatuh dalam gaung nan dalam. Masak tetap masak tapi sangatlah simple as possiblenye... hb aku pun cakap, "janji u masak..." Gitulah kalau dapat en somi yang amatlah tidak suker makan di luar. Tenggek nasi, goreng ikan garing2 dan buat air asam kicap potong2 cili api, cili merah, bawang kecik dan dadu tomato... pun dia boleh balun nasi 1/2 piuk... heheheee...


Aku, sebagai seorang isteri yang melihat begitu berseleranya en somi tu makan hasil air tangan isterinya ini, amatlah terharunya (statement nak kasik korang muntah!) :P . Apa yang penting? Mesti ada cili api! Kalau tadek, jangankan dia... aku pun tadek selere!

Tuesday, November 03, 2009

Order Dari AtieChumel - Segambut



Salam...

Terima tempahan ni daripada Atie di Segambut. Atie order coklat brownies, aneka filling cheese tart dan kek lapis asam manis untuk meraikan majlis perkahwinan kakaknya. Thanks Atie... dan kepada kakak Atie, Selamat Pengantin Baru...


Kepada yang nak order bolehlah ke SINI ye...

!!!PENGUMUMAN!!!

## STICKY MOOD ##

Salam...


Ni nak habaq mai... aku dah buka 1 halaman baru yang aku khususkan untuk n3 tempahan/order yang aku terima. So kalau korang ade mase bolehlah p jenguk sane...

Pstttt, 2 orang pertama yang tinggalkan jejak kat shoutmix akan dapat hadiah. Abih... nak tunggu ape lagi? P lah cepat!

Ikhlas dari tuan rumah...

FizaNordin

Monday, November 02, 2009

Tart Buah2an - Order Dari Syura

Nak tengok ni...?

Boleh pergi sini ye...




2 Orang Yang Bertuah Di Pagi Isnin...


Salam...

Seperti yang dijanjikan... 2 orang pertama yang berjaya meninggalkan jejak di shoutmix kat halaman baru aku tu akan menerima hadiah daripada aku. Bertuah sangat ke dapat hadiah dari aku ni??? Eheheheee... eh, kira bertuahlah kan... hari Isnin ni selalunya orang bluueeesssss jek... semoga dengan berita gembira ini, akan buat mereka tersenyum. Itupun kalau dia orang tengah mood bluuueeeessss la... kalau tak dalam mood bluuuueeessss, semoga hadiah tidak seberapa ini akan menambah rasa gumbira mereka itu...

Okey, kepada 2 orang itu iaitu ZIE FAUZI & TUYA, minta berhubung dengan aku di sofie2_za@yahoo.com atau boleh terus menghubungi aku melalui sms/call 017-3113 226 untuk urusan penyerahan hadiah.

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)