Followers

Monday, June 29, 2009

Gulai Lemak Ayam


Salam kawan-kawan sekalian... semoga, ceria dan gembira hendaknya. Ohohooo skema betul ayat! heheheee

Hari malas2 masih melanda diri aku ni. Aduiduiiii... tapi hari ni aku tetap masak. Cuma apa yang aku masak hari ni tak payoh le masuk n3. Masak biase2 aje tuh. Gulai lemak ayam ni dah beberapa minggu sudah aku masak tapi belum ada space nak menyelit n3. Biler ade space, aku pulak malas nak taip n3. Hahahaaa!!!

Macam mana korang masak gulai lemak ayam? Kalau aku... aku tumbok cili api, cili merah, kunyit hidup dan serai hingga lumat. Walaupun aku ade blender tapi aku lebih suker tumbok pakai lesung batu (saje nak bagi Cik Kiah hangin 1 badan, kahhhh). Dah tu aku tumis dulu bahan2 tumbok ni sampai garing then barulah aku masukkan santan dan ayam. Dan seterusnyalah. Lagi satu aku suka letak potongan tomato bersama selain daripada meletakkan ubi kentang.

So, ini cara aku. Mungkin ada yang sama dengan cara ini dan tidak mustahil juga berlainan caranya. Apa yang penting, ikut tekaklah ye... tepuk dada tanya selera!

Sunday, June 28, 2009

Kek Lapis Alwani - Kukus

Ni projek petang semalam. Hajatnya nak buat dari hari pertama nampak Kak Dayang tepek gambo ngan resipi kat blognye. Tapi susu pekat manis tinggal 1 tin jek. Almaklumlah dah hujung2 bulan ni, kan... itu xde... ini xde... yang hairan tu, barang yang ada tak de pulaknya terfikir nak guna.

Contohnya, aku asyik teringat nak buat ikan bilis ngan kacang tanah tu buat sambal kering. Ikan bilis dah habis.... nak beli malaslah pulak sebab nanti ingat nak beli sekali masa beli barang dapo. Ikan kurung dalam tin tu, bertin2 ade... tin kecik, tin beso, tin sedang, sume ade... dah macam perhiasan lak aku tgk tersusun jek kat gobok bawah tu...haram aku teringin nak buat apa2.

Ish, membebel plaks... jom layan resepi Kak Dayang yang marvelles ini.

Nak cerite gaklah ye... honestlykan... hb aku kalau aku buat kek, tak kirelah kek ape pun, dia tak pandang pun. Bila tak pandang, janganlah mimpi dia nak tanye pulak kek ape ke... itu ke... ini ke... jadinye tadi bile kek aku ni dah sejuk, aku letak dalam tupperware jernih. Letak atas lemari. Masa aku tengah ralit ngadap pc sambil chatting ngan Kak Ayu S'pore, hb aku datang dan cakap, "emp, sedaplah kek yang mama buat ni..." sambil ngunyah2 kek tu...
erk, aku terkedu tau... but then aku cakap, "emp, lapolah tu... tu yang tetibe jek terasa sedap."
"Taklah... ikhlas ni. Sedap..."
Heheheee tersengih sampai ke telingalah aku walaupun resipi tu bukan aku yang punya. Tapi aku yang buat tau... ampun ye Kak Dayang... terUP plaks...

Jadinya nak ucapkan terima kasihlah banyak2 kepada Kak Dayang kerana berkongsi kek yang sedap ni ya... Jasa mu kukenang, kan.. minta izin kopipes ye kak...
:D

Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan horlicks (original)
  • 5 biji telur A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 200 gm marjerin
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan kismis hitam
  • 1 sdt esen vanilla
  • pewarna oren, merah dan hijau
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Panaskan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
  3. Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
  4. Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih.
  5. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  6. Masukkan susu pekat dan putar lagi
  7. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
  8. Masukkan esen vanilla. Ratakan.
  9. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Warnakan merah, hijau dan oren.
  10. Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
  11. Ulangi langkah 10 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
  12. Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak.
***kek ni saiz kecil, gandakan bahan2nya jika nak buat yang saiz besar.

>> Kak Dayang pakai loyang saiz 6". Aku pakai loyang saiz 7" <<

Telur Bercheese & Sosej


Selamat pagi semua!!!! Selamat berhujung minggu!!! Ke mana cadangnya hari ni? Melepak jek kat rumah? Emp, okey gak... tapi kepada yang dah dapat gaji tu mesti nak keluar. Pergi beli barang dapurlah, pergi cuci2 matelah... kan...? Betui tak?

Ketika n3 ni keluar (aku buat autopublish ni... n3 ni sebenarnya aku tulis semalam pukul 12.04tgh malam) aku dan family dalam perjalanan ke Shah Alam untuk menghadiri meeting bersama pembeli-pembeli projek perumahan terbengkalai LaCottage tu.

Petang semalam aku dan hb serta anak2 dah usha tempatnya. Sebab kami tak begitu familiar dengan kawasan Shah Alam, jadi kena riki dulu. Takut esok paginya (hari nilah...) sesat barat sedangkan telah diingatkan oleh pihak AJK LaCottage kalau ada yang terlewat, agenda meeting tetap akan diteruskan. So, aku dan hubby tak naklah jadi orang yang terlewat. Atau ada yang naik hangin pagi2 buta... heheheeee

No, no, no... ini bukan bf kami untuk pagi ini. Tapi bf kami 2 hari yang lepas yakni di pagi Khamis. Terlambat n3 sebab cuma gambo itu jek satu nak didownloadkan, membuatkan aku malazzz... heheheeee

Sedap gak buat camni... len kali bolehkan aku buat lagi. Cuma anak2 tak suka bawang goreng yang aku tabur tu. So lain kali untuk dia orang aku tak letaklah...

Saturday, June 27, 2009

Gift dari Noorma


Cumey ahh...! Geram tau... Gebus nampaknya eh...

Terima kasih banyak-banyak kepada Noorma sebab sudi memberikan aku dan kawan2 blogger lain gift ini... nak jawab apa yang tertulis kat love tu...

Thank you for being my friend too, Noorma!

TAG dari LindaFendi

Terima TAG ni daripada LindaFendi. TAG ni mengenai anak-anak aku dan bakal anak2 heheheee... oh tidak, aku dah tutup kilang! Apa-apa pun jom kite layanzzz..

1. Anda sudah mempunyai berapa org anak & nyatakan Girl Or Boy???
Sudah mempunyai 3 orang anak - 2 lelaki dan seorang perempuan.

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak??
Tiada dalam perancangan untuk menambah anak... sorry!

3. Nyatakan nama anak anda & apa makna nama anak anda dlm Islam??
Mohamad (Nur) Syahmie (Mulia, Bijak, Berani) Isqandar (Nama Seorang Raja)

Auni (Lemah lembutku, ketenanganku) Batrisya (Batrisyia - Cerdik, Pintar)
Irdina
(Kehormatan kami)

Mohamad (Nur) Mierza (Anak baik) Isqandar (Nama Seorang Raja)

* cuma spellingnye berlainan. Aku tak sure boleh diikut maksudnya atau tidak...

4. Siapakah yg memberikan nama anak anda??
Kalau ikutkan perancangan semasa mengandung, seandainya aku melahirkan anak lelaki, aku yang akan bubuh nama dan seandainya aku melahirkan anak perempuan, hb yang bubuh nama. Tapi bila dah lahir anaknya dan aku nak bagi nama, hb macam tak berkenan. Contohnya, masa anak sulong sepatutnya aku nak bubuh Mohamad Syuqry Isqandar tapi hb tukarkan name Syuqry tu kepada Syahmie atas alasan, jiran sebelah umah, anaknya nama Syukri. Heheheee...

Untuk anak kedua pula, dari mengandung lagi aku dah terasa yang aku mengandungkan anak perempuan walaupun pergi scan, doktor siap tunjuk jantina anak aku lelaki. Aku tetap berkeras kata baby aku perempuan. Dah macam nak argue dengan doktor. Naluri keiibuan ni memang dah tahu dah. Jadi kami dah sediakan nama Qadrunnada Qurratu' Ain. Tapi bila baby dah lahir, hb kate takut pula nak letak name tu sebab bunyinya macam berat. Takut baby tak larat nak bawak jadi sakit atau menangis. So hb tak nak ambil risiko kami cari nama lain. Hubby cari dan cadangkan. Aku ikut saja... Isteri mithalilah katekan... kahhhh korang jangan muntah yek!

Untuk Mierza pulak, kami memang dah settkan klu anak lelaki nak kekalkan nama Isqandar di penghujungnya. Kalau anak perempuan pulak kekalkan Irdina.Memandangkan masa itu kedua2 anak kami yang ada ni sgt aktif, hb aku mencarilah nama baby yang berkaitan dengan sikap dan perangai anak. Dia memilih Mierza kerana membawa maksud - anak yang baik. Semoga Mierza menjadi anak yang baik dari semua segi, Insya Allah... Amin...!

5. Dari mana tercetusnya idea memberikan nama anak anda??
Nama Isqandar tu aku yang berikan. Pada aku nama Isqandar tu terlalu unik dan ada ciri2 kepahlawanan. Entahlah... tang mane pahlawannye tu tak tahulah pulak. Tapi untuk pengetahuan jugak ye... nama bos hb aku Rajaskandar... heheheee mcm nak ampu bos jekkan... name anak pun ambik sikit2 nama bos. Tapi hakikatnya bukan itu sebabnya tau!

6. Sekiranya anda dikurniakan seorg lagi cahaya mata...apakah nama yg akan anda beri...
Tak ada dah... habis! Tutup buku!

7. Berapakah perancangan anak yg anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy??? Sebenarnya kami merancang dari masa baru2 kahwin dulu, kalau dah dapat sepasang, kami stop terus. Tapi entah macam manalah si Mierza ni muncul. Alhamdulillah, rezeki... kami terima dan sayangkannya... So lepas ni kami berjaga2lah...

8. Bagi yg mempunyai anak lebih dari seorg...nyatakan jaraknya beza umur anak anda??
Beza antara yang sulong dengan yang kedua - kurang seminggu 2 tahun Beza antara yang kedua dengan yang ketiga - lebih 9 hari 4 tahun Nak aku kongsikan di sini... aku beranak untuk ketiga3 anak2 aku semuanya di bulan Julai.Bulan depanlah... Jadi nampaknya bulan ni aku ada banyak n3 baking keklah yek... heheheee anak sulong - 11-7-2001 (BOY) anak kedua - 4-7-2003 (BABY) anak ketiga - 12-7-2007 (MIERZA) *sape2 yang rase2 nak bagi hadiah, sile sediakan untuk 3 hadiah sekaligus yek eheheeee

9. Untuk kelahiran anak anda yg akan datang..anda nak Girl @ Boy?? Nyatakan sebabnya?? No more beranak!

10. Apa ciri2 persamaan anda & anak anda??
Anak sulong - muka kami sama Anak kedua - muka kami sama, kalau kate nak, naklah! Anak ketiga - muka kami sama jugak

11. Upload gambar anak anda untuk tontonan semua rakan blogger...

12. Nak Tag???
> Love
> Kak Ayu - S'pore
>Noorma
>Kak Zana
>Kak Suzi
>Mak Ayam Irma
>Mak Ayam Ayu Arshad
>Mak Ayam Faizah
>Bio-Nik
>CT Temah


Kepada yang nama2nya di atas silelah buat TAG ni yek... kalau dah buat abaikan. Kalau sibuk aka bz, pun abaikan saja. Tiada paksaan. Just for fun!

Jumpe Wawa!!!

Salam...

Semalam, selepas hantar Boy ke sekolah, aku terus zoommm ke Sunway Pyramid. Buat apa? Dua hari sebelumnya, aku dah siap2 janji dengan Kak Ina KL nak jumpa Wawa, kawan blogger yang tinggal di Kuwait. Cumeykan Wawa... sweet jek...


Wawa balik ke tanah air untuk bercuti selama sebulan. Tapi selepas cukup tempoh sebulan tu nanti hanya encik suaminya seorang yang akan balik ke Kuwait sedangkan Wawa terus tinggal di sini bersama anak2nya. Insya Allah Wawa akan berpuasa dan berhari raya di tanah air. Kalau ada umur dan rezeki, bolehlah aku ke Kepala Batas agaknya. Manalah tahu, kan... sekali jalan nak ke Penang rumah kakak aku, bolehlah menyinggah sekejap jumpe Wawa. Itu pun kalau betul2 satu jalan le... hiks...


Tapi semalam masa macam betul2 cemburukan kami. Rasenye sekejap jek sembang2 kami dah nak kena balik. Kak Ina nak ambil anaknya balik dari sekolah dan aku kene balik sebelum en hubby balik. Dalam masa yang sama aku tensen dengan baby yang tak sudah2 merajuk sebab tak dapat main ice skating. Ayoooo... mama pun tak penah main, camnolah dia nak main lak. And fors surelah kalau dia masuk dalam tu, mama pun sekali nak kena masuk. Abish...? Ish, anak dare sorang ni tau!!!

Mierza pulak jangan ceritelah. Tapi yang baiknya dia kalau dah duduk kat child chair tu, dia tak meronta nak bangun keluar. Tapi dia ada jugak merengek2 sambil tunjuk kat kakaknya dan Umairah yang tengah main kat taman permainan mini kat situ. Aku lalaikan dia dengan frieslah... nuggetlah... airlah... so dia duduk sajalah dalam kerusi tu... heheheeee

Baby dengan Umairah. Adoiiii... memang terserlahlah kekatikkan anak dara aku ni. Umairah baru 4 tahun sedangkan Baby dah enam tahu. Beza 2 tahun tapi Umairah lebih tinggi dari anak dara aku. Hahaha.... tengok baka jugaklah kan... Wawa tidaklah tinggi sangat orangnya. Biasa2 saja tapi suami Wawa seorang yang tinggi. Jadi tidak hairanlah kalau anaknya pun tinggi. Hb aku? Eheheeee pepaham udah le yek...

Gambar tak banyak. Ini pun ehsan dari Kak Ina KL. Terima kasih, kak...
Aku tak bawa kameralah... bukan sengaja tak bawa tapi terlupa. Lagipun sekarang ni aku memang dah tak ada hati ngan kamera batu bate aku tu... walaupun begitu, diakui juga yang kamera itu banyak jasanya...
Yg ni gambar dari kamera batu bate aku...eh nampak lebih terang gambarnye dari kamera Kak Ina... hahaha ampun kak...

Nak ucap terima kasih banyak2 juga pada Wawa. Dia belanja kami makan tengahhari tu. Begitu juga dengan tanda mata dari Wawa (brooch & fridge magnet) berserta sweets & kurma dari Q8. Aku sempat gak merembat sesuatu masa tengah2 menunggu Wawa dan Kak Ina muncul tu. Tapi barang yang tak seberapalah. Jadilah untuk kenangan buat Wawa.

Thanks juga Wawa untuk baju seksi tu... terkesima hb akak tengok malam tu... wakaka!!! Bukan tak pernah pakai camtu tau tp sebab baju baru tu... eheheee

Friday, June 26, 2009

Bila Mama Bangun...


Salam kawan-kawan semua...

Semalam tak masak... hari ni pun nampak gaya macam tak masak jugak, hahahaaa!!! Bukan poket penuh ye...hb pun tak dapat gaji lagi tu. Tapi sebab bininya ni dah datang mood malas jadi terpaksalah hbnye beli something sebelum balik ke rumah. Kebetulan pulak semalam hari Khamis, ade pasar malam. Hubby balik bawakkan yong tau fu, bihun sup daging dan kebab untuk anak2 dan isterinya yang terchenta ini. Jangan muntah yek... :D :P

Di sebabkan xde n3 masak2, Mierza nak enterframe. Aku kene update gak satu dua bende kat blog ni. Bukan ape... takut korang terLUPEkan aku, wakakaka!!!!

Hah, pantang saje aku bangun, adelah yang akan ambil alih kerusi mama ni. Tak lain dan tak bukan Mierza ku cayang ini. Bukan main lagi tangan kau menekan keyboard yek... ko pun nak berkapet gak ngan mak2 ayam tu sume eh???
Anak daraku yang semakin sihat luka di tangan dan kepala lututnya... Secara tak langsung jugak aku nak tunjukkan... di sinilah tempat paling lama aku menebeng dalam sehari - di hadapan pc ku yang sengal tetapi banyak berjasa ini...

Thursday, June 25, 2009

Selamat Dalam Genggaman...

Ohohooo... tajuknya menggoda tak? Wakakaaaa...


Kepada yang tahu tu, tahulah kan... macam mana ikan ni bertukar-tukar tangan sebelum sampai ke tangan aku. Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mereka2 yang berkenaan (Kak Umi-E, Kak Intan dan Kak Ham - Sayang akak2 semua...!) Sukernye... :D

Berlebih-lebih terima kasih kepada kak Maria lah... ikan terubuk masin ni asalnya pemberian daripada Kak Maria yang berada nun di Sabah itu... Tak tahulah bile nak masak ni... sayanglah! Hahahaha!!!



Terima kasih Kak Maria... Terima kasih Kak Umi-E... Terima kasih Kak Intan... Terima kasih Kak Ham (xde link,akak, buatlah blog!)...

Terima kasih semua!!!

Weh... berapa banyak terima kasih daaaa?
:D

Award dari LOVE

LOVE IS ALL AROUND!
Heheheeee...

Terima Kasih Love di atas pemberian award ini. Sangat menghargainya tau...


Syarat untuk menerima award ini adalah seperti di bawah: -

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

> Award ini diterima daripada Love...

2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

> 15 orang? Mak oiii ramai gak eh... semak gak otak nak fikir nih...

1)Eiba
2)Kak Asma
3)Emy-Jepun
4)Mak Ayam Ila
5)Mak Ayam Zura
6)Mak Ayam Aizah - Besan
7)CT - mama Aiman Totey
8)Noorma
9)Kak Maz - Bahrain
10)Kak Mimi
11)Nik - BIO Nik
12)Islindah - Kawan lama,lama,lama....
13)Kak Chik
14)Kak Maria - Sabah bah...
15)Jamie

Butter Prawn wif Gulai Lemak Taugey

Lauk semalam ye kawan-kawan. Sah dan sohihlah dah habis masuk perut. Mungkin ada yang dah keluar balik pun... hiks! Kuali, periuk dan pinggan pun dah basuh. Semalam macam hari-hari sebelumnya... malas nak meng'upload' dan meng'download' gambar ke pc. Lagi2 sibuk buat kerja sikit sambil2 jalan2 cuci mate kat blog kawan2 dan akak2 sekalian.
Butter Prawn

Sebelum ni banyak kali jugak aku try buat butter prawn ni. Udang tu goreng macam biaselah kan... tapi tang telur tu memang blur sangat. Kali pertama aku makan butter prawn ni kat Kelana Seafood. Tapi sekarang tak tahu dah mane pindahnya. Ke... dah tutup Kelana Seafood tu? Alahai... teringat zaman bercinta. Di situlah tempat aku ngan cik abang berbuka puase. Selain Warung Saddam kat Sek. 15, Subang Jaya. Sekarang dua2 tempat kenangan kami dah tak ada. Tak tahulah sama ada dah tutup atau berpindah ke tempat lain.


Terima kasih kepada Kak Nor Ganu atas tunjuk ajar di blognya macam mana nak dapatkan serbuk telur tu. Tapi pun aku buat tak secantik yang Kak Nor buat. Tapi jadilah tukan... daripada yang sebelum2 ni memang tak nampak serbuk langsung. Silapnya aku tak tapis dulu minyak tu. Nampak keladak hitam2. Kerak... but i like that kerak hahahaaa!!!

Minta izin juga dari Kak Nor dan copypes resepi dan cara-cara penyediannya ye kak... Terima kasih banyak2... :D

Bahan2:

12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur ~ K.Nor guna 2 bj sahaja (saya juga...)
sedikit daun kari (tak letak - xde stok)
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah msak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.

Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.

# K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat skit dan acu jala K.Nor tu yg stail lama (tembaga) dan lubang dia kecik jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur.

# boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan

# buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun

# jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia



Wednesday, June 24, 2009

Perkembangan Baby


Lepas saja jatuh hari tu, itulah kali terakhir dapat letak ubat kat tangan dan lutut dia yang luka tu... Lepas tu memang tak boleh usik dah. Papa dia yang amat memahami kesakitannya tu, siap balutkan tangan anakandanya dengan plastik bila nak mandi. Sanggup...

Isnin dan Selasa dia tak sekolah. Pagi semalam aku tengok lukanya tu merening jek air bisanya. Macam nak bernanah pun ada jugak. Jangankan nak bagi aku tengok, usik pun tak bagi. Aku nampak pun sambil2 gitu jek.

So semalam lepas hantar Boy pergi sekolah, aku bawa Baby ke Farmasi Zora. Aku tunjukkan luka tu kat Chin, pharmatician tu. Dia kata pakai krim - ubat sapu. Si Baby pula dengar camtu terus merengek, "takmo...takmo...". Pastu Chin nak sapukan sikit. Suruh dia rase, "sejuk aje... bukan sakit..." Si Baby aku siap melalak dalam farmasi tu. Nasib baik tak ada orang. Kalau tak buat malu aje... Sampai sudah dia tak mo.

Akhirnya Chin suggestkan ubat makan. Aku belilah. Sambil2 tu Chin bisik2 kat aku, "masa dia tidur, u sapu..." Aku pun okey. Beli sekali ubat sapu, siap2 sorok dalam poket seluar dan ubat makan. Ish, teruk betullah budak pempuan ni...

Balik2 saje tu, aku siap umpankan Baby dengan botol susu berisi air milo kesukaan dia. heheheee setelah dia terbang melayang sampai ke Perlis, aku sapu ubat tu kat tangan dia dengan aman...

Berakhirlah hikayat Puteri Auni Batrisya aku nih... Wassalam.... Heheheeee

Mandi-Manda di Sungai Bil

Kembali kepada hujung minggu yang lepas semasa kami pulang ke kampung... ni last n3lah pasal balik kampung hari tu. Barulah puas rasa hati. Sebab semua gambar2 yang aku snap dah dikongsikan bersama cerita2nya... heheee


My Boy...
BoldMy Baby...
Aku tak mandilah... boleh pulak pula nak bawa baju dalam? Huhuhuuuu Seluar dalam aku bawak pulak. Jadinya aku mandi berendam kaki sampai ke pinggang sajelah. Tak dapat menyelam merasa betul2 sejuk air dari gunung tu...
Boy dan Kak Tasya dia...

Kami bermandi-mandi ni sebelum insiden Baby merempit bersama Kak Tasyanya. Jadi memanglah dia orang mandi puas2 masa tu. Sg Bil ni memang dekat jek dengan rumah FIL aku. Tapi dekat tak dekat jugak dalam 10minit perjalanan naik keretalah. Jalannya pulak berbelok2. Maklumlah jalan kampung. Sempit pulaknya. Kalau berselisih dengan bas, lori dan kenderaan yang besar2, memang cuak jugak hati.
Abg Ipar aku - Alang. Anak2 aku kekadang biler tengah gurau2 panggil dia 'Abah Perot Moncet' Hahahaaa tengoklah perutnye... aduiiiii

Ha, korang mesti kenal dengan Mazidul Akma Sidek yang pengacara 999 tu, kan... ha kat sinilah kampung dia. Umah dia memang betul2 mengadap Sg Bil ni. Tapi aku tak le masuk sampai ke dalam sana. Mandi kat luar je. Tapi kat luar pun kena bayo tau... tak le mahal... RM2 jek.

Aku, biras - Kak Lang dan Mierza

Budak ni sangat pandai berlakon tau... dia macam takut2 terjatuh dalam air tu lepas dia jerit, "lolom... lolom... lolom..."
Kengkonon dia jerit2 minta tolonglah! Hahahaaa!!!

Mierza & Ibu...

Sambal Bacang

Bacang ke Macang?
Entahlah... aku pun kurang pasti dan malas pulak nak memastikan. Asalkan korang faham dan tau udahlah ye... hiks!

Semalam adalah hari malas aku nak meng'upload' dan meng'download' gambo. Jadinya n3 semalam aku masukkan hari ini. Sambal bacang ni salah satu lauk dinner semalam. Bacang or macang ni aku bawa balik dari kampung hari tu. Buat sekali dua biji. Jadinya ada lebih dan letak dalam peti ais. Kang makan lagi, boleh makan lagi heheheeee Tapi nak kene tambah cili api. Hb kate kureng pedas daaaaa

Teh 'o' Ais Limau


Salam... :D

Jom layan... tengahri rembang ni kalau dapat minum dan menikmati air yang sewaktu2 dengannya, alangkah syioknye kan...?

Tuesday, June 23, 2009

Cendawan Goreng Tepung


Dah habis dah ni tau... heheheeee. Buat semalam. Anak2 & hb memang suke nih. Ratah macam itu saja. Lepas goreng memang kena asingkan sikit simpan untuk makan dengan nasi. Kalau tak jawabnya terang pinggan kene ratah. Aku pakai tepung goreng ayam yang dalam kotak tu saja. Senang... gomol2 lepas tu terus masukkan dalam minyak panas. Goreng sampai garing. Sedap!

Boleh tengok step by step resipi kat sini ye...

Melawat Kebun

Hajat untuk ada rumah sendiri di kampung ni baru saja terlintas dalam hati hb aku. Sebelum2 ni aku ada cakap kat dia tapi dia kate, "siapalah nak duduk kampung tu?nak buat kerja ape?" Tapi entahlah...tiba2 saja sekarang ni dia sibuk tanye2 kat abahnya kalau2 ada tanah kosong untuk dibuat rumah.

So baru2 ni yang aku balik kampung, FIL aku bagi tahu kat hb, dia baru dapat tanah 8 ekar. Kami pun pergilah tengok. Tanah ni baru buat tanam semula pokok getah. Sebelum ni tanah ni FIL aku pajakkan pada Cina. Cina tu buat tanam terung dan kacang panjang. Sekarang Cina tu dah habis kontrak dan ditanamkan pokok getah pula.
Sempadan tanah FIL dan tanah orang. Pokok getah baru tanam semula dengan pokok kelapa sawit yang bakal ditebang.

Hb aku ni macam bengang gak kat FIL aku ni sebenarnya. Tapi apelah yang dimarahkan sangat, harta dia, ye tak... Orang tua tu suka sangat jual2 tanah. Jual murah2 pulak tu. Udahnye tak bagitau kat anak2. Tau2 dah jual aje. Bukanlah hb aku nak bolot tanah tu, tapi kalau nak jual bagitaulah kat anak sendiri. Laki aku pun boleh beli kalau dah jual murah2 gitu. Hb aku ni jenisnya nak mulanya cerita payah. Dia takut abah dia fikir lain. Tapi gitu pulak jadinya. Lepas ni hb aku cakap dia nak pakat dengan adik dia. Dia orang nak buat rumah kat situ. Sebelum tanah tu pun kene jual hahaha!!!

Tapi di side FIL aku pulak... katenye dia tengok anak2 dia macam tak ada yang berminat kat tanah kampung. Itu pasallah dia jual tanah2 tu. Lorrrr.... gitu pulak jadinyakan. Misunderstanding! Yang anak tak nak bertanya takut bapaknya kecil hati. Yang bapaknya pulak ingat anaknya tak berminat. Hambik korang anak beranak!
So, FIL aku cakap haritu... kalau hb aku memang betul2 nak tanah tu, dia reserved untuk anak2. Kalau dia nak jual pun dia akan jual tanah yang lain. Banyak tanah orang tua nih!

Aku? Aku tak kisah. Malah lagi seronok kalau ada rumah kat kampung. Walaupun bukan kampung sendiri. Aku memang suka suasana kampung. Kalau boring2 nanti aku baliklah KL. Rumah kat KL pun ado... heheheeee dah berangan dah ni! Wakaka Tapi gitu jugaklah yang hb aku cakap. Semua ni aset kami di hari tua.

Bakal penoreh getah 10 tahun akan datang... boleh gitu?

Ramai jugak yang bertanyakan... kat manelah kampung hb aku ni... Kampung hb aku tau... bukan kampung aku! Aku ni menumpang saja.

Kampungnya terletak di Kampung Rasau, Slim River, Perak.
Kat kampung ni memang banyak dusun. Macam2 buah2an ade. Cumanya ada musim dan menjadik dan tidak sajalah.

Monday, June 22, 2009

Gulai Tempoyak Ikan Kembung


Salam... ini n3 untuk hari ini ye... maaf le lambat masukkan. Selalu pun memang lambat ye tak... heheeee Ini tempoyak Cikgu Noriah. Last ni.... bekasnya pun dah basuh tadi. Terima kasih le bebanyak ye Cikgu... agak puas jugak makan tempoyak yang cikgu bagi walaupun bendenye sikit jek.

Hari ini Baby tak sekolah. Bukan sebab masih penat balik kampung semalam tau... bukan jugak sebab luka di tangan tu. Tapi semalam dapat tahu ada penduduk tingkat 9, Blok G, emaknya meninggal dunia. Jadi depe pakat ramai2 turunkan jenazah dan letakkan di dewan. Alkisahnya sekolah KEMAS Baby ni di dewan itulah. Abisnye bebudak tak sekolahlah hari ni...
Cikgu Noriah pun agak keberatan juga sebenarnya tapi macam tak boleh nak buat apa2. Ini soal kematian, nanti kalau ditentang dan banyak cakap apa pula kata orang... manusia ni kan...

Emp... pada aku pula... aku rase macam tak kene sikit keadaan ni. Bukan sebab anak aku bersekolah di situ dan mengganggu persekolahan anak2 saja... tapi... korang fikirlah sendiri. Memang... semua orang akan meninggal dunia tapi kalau diletakkan/ditumpangkan jenazah tu di tempat budak2 kecil bersekolah sehari2... macam... huhuuuu payah nak terangkan perasaan ni. Rasanya korang paham kot eh..

Resepi gulai tompayak ni aku rase tak payah le nak kongsikan ye. Masak macam biase aje tu... tak ada yang istimewa. Macamlah yang lain2 tu istimewa ye dak...?
Hahahaha!!!

Bun Coklat Berinti Krim Coklat


Kite berhenti dulu pasal n3 balik kampung. Kalau diikut2kan masih ada 2 n3 tertangguh tentang kampung yang nak aku kongsikan kat sini tapi nanti2lah ya. Takut korang muak pula. Jadiknya aku jamukan korang dengan roti cekelet ni. Resepi dari
Onigiri aka Ros kat MyR. Terima kasih ye Ros kerana resipi yang sedap dan roti yang lembut. Tapi akak tak letak filling sebab.........malaz! Uhuk, ampun! Jawapan sejujur dan seikhlas hati ni.. akak gantikan dengan meletakkan coklat cip kat dalam adunan tu...

Roti ni aku buat malam sebelum balik kampung tu. Dapatlah abg ipo, FIL dan biras aku merasa roti aku buat sendiri ni. Sedap katanya. Ikhlas ke idak tak taulah kan... heheheeee

Ni kalau ada mood nak tangkap gambo.Atas tutup bekas pun jadik wakaka!

Baby Merempit & Xcident lah!

Adoidoidoiiiii!!! Seronok sangat balik kampung sampai berdukalara! Tengoklah ape dah jadi??? Habis rabak tangan dan lutut si Baby ngan anak buah aku - Tasya. Dia orang naik basikal. Nak elakkan si Boy kat depan, jalan tu pulak menurun bukit dan berpasir. Apelagi... Nasib baiklah tak masuk parit. Betul2lah kat sebelah tu ada parit tempat orang kat kebun sebelah tu amik air nak sirap pokok bendi & kacang dia...
Anak2 aku ni kalau balik kampong bebas. Tu yang dia orang suka sesangat. Dan itulah yang hb aku takut nak tinggalkan anak2 tinggal kat kampung kalau cuti sekolah. Depan rumah tu ada kolam ikan, kalau dibiarkan maulah silap2nya anak2 aku berkubang dalam kolam tu. Habis!!!Tapikan... anak dara aku ni memang cengeng banyak kalau bab luka2 ni. Dia menurun papa dia, heheeee Betui... bukan nak bergurau ni. Hb aku pun kalau luka yang sampai nampak darah walau setitik, dia punye balut tgn dia mcm luka beso beno. Anak dara nilah penurunnya...! Luka sikit pun meraung mcm kena potong jari. Kalau luka beso camni korang bayangkanlah dia punye nangis???

Si Tasya siap cium jalan. Dahi, hidung dan dagu luka. Lengannya pun ada luka jugak.Tapi mujurlah tak teruk sangat luka yang di muka tu. Kalau tak... turunlah saham kau Tasya!!!
Tengok muka Tasya... aduilah....


Luka kat lutut Tasya...

Boy rasa bersalah bila aku tanya2 dia, "Kenapa tak jaga adik?" Daripada mula Baby dan Tasya jatuh lagi dia memang dah menangis2, kata Tasya. Padahal bukannya dia yang jatuh. Dia kata dia takut papa marah. "Papa mesti bantai kite...!" Sebenarnya yang dia paling takut ialah hb akan gantung basikal dia!
Kat sinilah tempat kejadian tu...
Huhuhuuuu sadis tul!

I Nak Pergi Memancing!


Okey... pergilah memancing. Pancing ikan ye... jangan pancing orang sudah! heheheee... Kalau balik kampung ada sajalah xtvt hb aku ni. Malam pun nak pergi memancing. Tapi bukannya jauh. Dekat sungai atas sikit dari umah FIL aje. Tengoklah... siap dengan bekas ubat nyamuk kat tepi pinggang. Abang ipar (Alang) aku pulak lampu suluh kat atas kepala. Memacam korang ni...

Tapi jangan tak caya... perginya tak sampai 1 jam dah balik. Nasib baiklah balik ade bawak ikan. Dapatlah 2 ekor. Satu ikan manyit, kecik jek. Satu lagi ikan ape eh... alamak dah lupe pulak. Tengoklah gambar ni. Yang aku ingat Alang cakap ikan ni adik-beradik ngan ikan keli. Tapi ikan keli lagi keras isinya. Ikan ni lembut je. Aku makan gak... sedap... manis... lembut!
Bap siang-menyiang orang ni punye kerja. Aku goreng jek... heheheee
Inilah rupa ikannya sebelum disiang dan digoreng....
Dah siap goreng. Goreng garing2... mmg sedap!

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)