Followers

Thursday, April 30, 2009

Award dari Ros aka Onigiri


Arigato....! (Huhuuuu betui ke ni???Ah, belasah ah!) Award yang diterbangkan jauh dari Tokyo, Japan ke Malaysia, bumi bertuah. Ros, sangat gumbira hatiku menerima award dari kamu...

Sebenarnya aku amik award ni di blog Along Roz yang awet muda itu. Thanks tu Along cayang. Entah napenye takleh masuk umah Ros tu. Jenuh dah klik klok sampai terpeleot jari jemari ni ha... Jadi ternampaklah Along dok tayang award dari Ros, aku pun p lah merempit heheheee

Wednesday, April 29, 2009

Aneka Roti


N3 ni boleh dikatakan basi gak la... Sory ye kengkawan... Tapi taklah basi sangat sebab aku buat ni pagi semalam untuk breakfast aku, Boy dan Mierza.

Resepi asal dari Kak Asma tapi cilok dan terinspirasi di blog Hana. Thanks pada mereka berdua sebab merajinkan aku ke dapur. Tapi bab uli menguli aku serahkan kepada BM aku yang terchenta, heheheeee Si Boy (antu pizza) tu reserved 3 keping mini pizza. Sekeping dia makan dalam perjalanan ke sekolah dalam kereta dan dua lagi bekal dia masa di sekolah. So hari ni mama bagi dia duit belanja RM1-00 jek. Bila dah dibakar mmglah lembut roti ni. Even doh dia pun lembut jek. Aku buat 1/2 adunan je. Jom kite layan resepi ni...

500g tepung roti @ tepung high protein
220ml air
75g butter

100g gula

1 bj telur

1/4 sk shortening

1 sk bread softener
1 sk garam
4 sb susu tepung

1 paket mauripan (11g)


Aku gunakan BM. So aku masukkan je semua bahan2 dlm bekas BM tu dimulai dengan air dan bahan2 kering yg lain.
Kalau korang menguli tangan, masukkan air sikit2 sambil diuli sampai dapat doh yang sesuai.

Tips dr Kak Asma/Hana:
1) Yis dan garam jangan diletakkan berdekatan.
2) Nak naikkan doh - Panaskan oven beberapa minit. Masukkan doh. Biarkan naik 2x ganda. Lepas itu barulah dibakar mengikut arahan.

Main Bowling




Huhuhuuuu... siaran tertunda. Tapi nak jugak tepek kat blog aku nih sebagai kenangan dan membanyakkan n3, wahaha!!! Sabtu lepas aku dan mak2 ayam Ila wif Izz, Sya dan Alyn pergi main bowling kat Flamingo Hotel, Ampang untuk main bowling. Dengan rendah dirinya aku mengakui dua frame permainan itu akulah orang yang KALAH! Kakakakaaaa!
Tapi iyolah... udah lebih sepuluh tahun aku meninggalkan permainan ini. Dedolu aku ade main bowling ni dengan kekasih lama. Wakakak takut aku klu2 laki aku dok bace n3 ni. Tak pasal masam muke lak kang. Tapi udah le ye... tutup cerite. Langkah pun udah pincang! Tangan pun sudah bengkok. So aku redha dengan kekalahan ini...!

Award Dari Sue


Terima Kasih banyak-banyak kepada Mak Ayam Sue yang sudi berkongsi award ni. Walaupun lambat aku tak peduli. Aku hangkut jugak dan tepek kat sini. Heheheeee....

Kuih Gelang

Ayoyooooo minta ampun banyak2!!! Bukan UBI KAYU ye.... tapi UBI KELEDEK!

Ubi kayu ni aku beli minggu lepas. Balik saja rumah terus buang kulit dan rebus. Tos dan sejukkan. Masukkan dalam tupperware dan simpan dalam peti sejuk. Memang bercadang nak buat kuih gelang bila ada kesempatan. So hari inilah harinya...

Bila buat kuih ni teringatlah beberapa tahun lepas. Masa mak sihat-sihat dulu. Bulan puase mak ambil tempahan buat kuih ni sampai beratus-ratus biji sehari. Dekat2 nak raya, kumpul2kan duit hasil jualan tu siap mak dapat beli gelang emas beso... huhuhuuuuu beshnye...
Tapi sekarang mak dah tak sihat. Tapi alhamdulillah mak masih punya semangat meneruskan sisa hidup ni walaupun hanya dengan sebelah kaki...

Separuh dari ubi tu aku buat inti karipap. Dedolu masa belum berinternet aku adelah buat inti pakai keledek tapi aduhai azab sungguh rasanya sebab nak buat dadu pakai keledek bukannya senang berbanding pakai kentang. Betul tak? Keledek ni keras. Tapi kalau pakai kentang lembut jek nak potong2 tu. Hah, nak senang saja...

Okey, ini kali bukan n3 basi ye. Ni breakfast kami bertiga pagi ni. Tapi korang jangan nak minta seketul ke hape sbb Boy dah cakap lebih dia makan tu dia nak bawak bekal ke sekolah. Hahaha, siap warning aku!

Jenuh dah aku menyapu lantai dibuat dek Mierza. Makan sambil berlari, gulanya pun bertabur. Kang bersemut dia juga yang dirisaukan. Mana tahu masuk telinga ke hape. Ish, budak kecik nih...!

Tuesday, April 28, 2009

Nasi Lemak


Sangat berkobar2nya aku... pepagi dah bangun buat nasi lemak. Tapi nasi lemak ni n3 dah basi sebab aku buat hari Sabtu lepas, wakaka!!! Aku kan dah agak lama jugak tak makan nasi...
sebenarnya aku teringin nak makan nasi kandar lauk sotong kari yang piau masakan mamak.
Tapi aku tak tahu mane yang sedap.
Aku asyik terbayang nasi kandar yg pernah aku makan masa kat Penang
- Ebriza Aminuddin - rakan novellis
yang bawakkan untuk aku. Takkanlah aku nak p Penang semata2 p makan nasi kandar jek...
so aku simpan sajalah teringin aku ni entah sampai biler.

Oppsss tolong jangan ade yg lepas ni bagi komen "teringin tu ade isi ke..." no no nehi! Kosong! Tak dak isi! Tutup buku! Tutup kilang! wakaka!!!

Lala Masak Lemak Cili Api


Tertunailah Hasrat Di Hati...
Hahaha... ampun kak Ina KL... pinjam words tu. Tapi memang tau... Setelah sekian lama barulah kali ni dapat menunaikan hasrat dan keinginan nak makan lala ni. Sejak-sejak dari nampak kat umah Kak Ina KL beberapa bulan lepas... pastu rumah orang tu, rumah orang ni... baru la ni kite dapat makan. Barulah berada di rumah sendiri. Puas sungguh makan. Sebab kite makan gitu jek tak makan nasi jadinye lajulah masuk mulut.

Pak Choy Berkuah Oyster Sos


Resepi simple ni memang feveret hb. Even aku belajo buat ni dolu-dolu pun dia yang ajar. Hehehe thanks abang. So resepi ni memang macam ada 'kemistri' antara aku dan hb. Kalau makan dan masak macam teringat-ingat zaman bercinta dulu, hahaha!!!

Nak menyediakan tersangatlah mudahnya. Bahan pun tak seksa nak mengadakan. Cuma gunakan bawang putih yang dipotong dadu kecil. Tumis dengan minyak sikit hingga agak layu pehtu tuang sos tiram. Goreng sekejap. Aku tak suka tambah garam dan serbuk perasa sebab suka dengan rasa original oyster sos tu sendiri. Sementara buat kuahnye, rendam sayur pak choy tu dengan air panas hingga layu. Pehtu susun sayur dalam pinggan dan tuangkan sos tiram kat atasnya. Bahagian atas sos tu terpulanglah nak taburkan ikan bilis goreng atau apa saja yang korang berkenan. Kalau tak de pun tak pe...

Monday, April 27, 2009

TAG dari Eda Melbon

Seperti biasa aku dah lama terima TAG ni tapi sengajalah aku melambat2kannye
hahaha, ampun Eda ye. Tapi yang penting aku tak lupa dan tetap kubuat juga biarpun lambat dan terlewat.

1)Anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang..jgn tipu2 ek..
Tidak, tidak... aku tak tipu...

2)Bagitau kenapa anda suka wallpaper anda..
Hitam... aku memang suker biase2 jek camni...

3)Tag 10 orang
- Ika -
- Hana -
- Noorma -
- Kak Anawahid -
- Kak Zana -
- Ayu S'pore -
- Aymy aka Ayu -
- Cik Manggis -
- Kak Dayang Jack -
- Kak Suzi -

Gulai Lemak Udang & Nenas


Korang jangan tertipu. Sebenarnya ini bukanlah lauk yang aku masak untuk hari ni. Tapi aku sendiri pun tak ingat biler dahnye. Sejak pakai pc yang lombap ni aku terpaksa upload sekali banyak2 gambar dari kamera ke dalam pc ni. Tak leh selalu2 upload sebab tahan kesabaran aku tidak setinggi mane nak menunggu mendealah ni memproses.

Jadik korang layan jek lah gambo2 tertunggak ni ye. Ada lagi tu yang tertunggak macam nasi lemak yang aku buat di pagi Sabtu lepas. Mangga Cemuti yang aku buat kalau tak silap Khamis minggu lepas dan macam2 lagi. Aku upload nanti dan tepek kat sini perlahan-lahan ye...


Korang jangan jemu datang blog aku ye...
Nak jugak aku minta maaf. Korang jangan ingat aku tak mai jenjalan blog korang.
Aku ade g tapi kdg2 aku tak boleh tinggal jejak kerana kelampauan pc aku yg lombap ni.
Harap maklum...

Friday, April 24, 2009

Burger Aku


Hahaha!!! Tajuk n3 punyelah... Ni BF aku dan Boy.
Macam biasa aku macam 3/4 geget je. Boy tukang habiskan.
Tapi Boy tak suker roti tu.
Dia makan 3/4 geget pehtu roti tu dia campak tepi.
Dia makan isinye saje.
Akulah yang jadi tukang menghabiskan roti tu...

Thursday, April 23, 2009

Salad Buah-Buahan


Salad buah-buahan lagik... jangan jeles u... hehehe... kali ni lebih banyak bahan dan yang penting habis dah jadi kegemaran satu keluarga le pulak siap potong2 kasar sayur salad
jugak potong2 kasar lada benggala
tabur kacang merah yang dalam tin tu
Guna dua jenis sos Sos Thousand Island yang kaler oren Sos Salad Buah-Buahan yang kaler putih

Baby Bread Puding


Buat untuk breakfast. Resepi ambil kat MyR oleh Kak Fida.
Ada lebihnya Boy bawa bekal ke sekolah.



TAG - Masihkah Kau Ingat...

TAG ni dah lama terima dari Iera - Kulim.
Tengah2 kemalasan melanda jadi TAG ni terpaksa dipandang sepi buat seketika.
Sorry Iera. Tapi sekarang ni akan kutunaikan TAG dari kau ni ye...

1) Tempat pertemuan anda dan suami untuk pertama kalinya...
Dulu aku dan dia satu office tapi lain-lain company. Kebetulan meja dia dekat dengan toilet. So everytime aku nak g toilet aku kene lalu tempat dia dulu la. Tapi dia tak pandang aku dan aku pun tak pandang dia.
Kalau ikut2kan dari rumah aku ke office ni xde bas. Kalau nak naik bas kene naik 2 bas. Jadi aku kene naik teksi untuk terus sampai ke rumah. Selalunya aku balik ade yang jemput. X-boyfriend la...
One day tu xde yg jemput. Jadi aku tunggu kat hentian bas depan office tu jek. And ade la pulak orang 'suit' (betul ke ejaan ni) dari belakang. Aku toleh dan tengok dia lambai tangan kat aku.
Aku segan gak sebab sebelum ni bertegur sape pun tak penah. Cuma ade la dok cerite-ceriti dengan budak office dia. Aku tau dia dok Sunway. Jadi perjalanan dia tu memang lalulah tempat tinggal aku. Di situlah bermulanya perkenalan kami...

2) Pandangan peribadi anda terhadap sikap atau ciri2 pada dirinya ketika mula2 berkenalan...
Aku suka dia. Dia kelakar, suka buat joke. Jarak beza usia kami 10 tahun. Masa tu aku berusia 18 tahun dan dia 28 tahun. Dia ada banyak pengalaman dan selalu ceritakan pengalaman2 dulu dia dengan kawan2 dia. Aku pun suka dengar dia bercerita.

3) Tempat 'dating' di mana dia meluahkan perasaan pada anda...
Masa tu baru lepas makan malam kat 'Warung Saddam' Subang Jaya. Sekarang kedai tu dah tak ada. Tak tau pindah mana tah...
Lepas makan, duduk dalam kereta sekejap. Then dia cakap dia nak serius dengan aku. Tapi masa tu aku ada masalah sikit & aku tolaklah... "Habis tu takkan kita nak kawan macam ni je sampai bila-bila?" Itu soalan dia yang aku masih ingat sampai sekarang. hahaha!!!
Aku minta dia bagi aku masa...

4) Jika anda masih ingat, ayat yang dia gunakan ketika meluahkan perasaannya...
Huh, aku tak ingat dia cakap camne tapi lebih maksud kata-kata dia tu terus pada rumahtangga, ada anak, dapat simpan duit untuk saving kami kemudian hari. Umur dia kan dah banyak. So dia memang dah terfikir ke arah berumahtangga.

5) Berapa lama hubungan anda hingga ke jinjang pelamin?
Lebih kurang 4 tahun.
Berkawan, bercinta...
Bertunang 2 tahun lebih...
2/6/2000 kami bernikah
3/6/2000 kami naik pelamin

6) Berapa lama usia perkahwinan anda sekarang?
9 tahun...

7) Kejutan yang dia pernah buat pada anda...
Dia bukanlah seroang yang suka buat kejutan sangat. Tapi kalau masa bercinta, tiba-tiba aje dia terpacul depan rumah nak ajak aku keluar. Aku dengan belum mandinye... adeh!

8) Perancangan anda dan dia dalam rumahtangga...
Setakat ini alhamdulillah banyak perancangan kami yang dah tercapai. Yang still pending tu harap2 dapat dilunaskan segera, InsyaAllah...
Rezeki kami boleh dikatakan murah juga. Dulu2 dia naik proton saga biase tu saja. Anak pertama kami tukar Perdana. Lepas tu sekarang ni pakai Waja. Dulu tak da rumah tapi sekarang dah ada 2 biji rumah walaupun 1 darinya terbengkalai. Saving pun adalah sikit2 untuk diri sendiri dan anak2...
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

9) Bagaimana dia melayani karenah anak-anak?
Ada okey ada tak okey...
Bab basuh botol dan buat susu dia memang rajin sangat2. Mandikan anak2 dan basuhkan berak pun boleh diharap. Dia lebih rela duduk rumah jaga anak2 dari keluar ke shopping complex atau tengok wayang. Itu sebab kadang2 tu aku dok jalan bujang jek.
Dia selalu berharap anak2 dia behave depan orang ramai tp anak2 kami ni terlebih aktif. Lagi ditegur lagi menjadik. Tang tu dia jadi tension dan aku pun naik tension biler tengok dia tension.

10) Hubungan suami anda dengan keluarga sebelah anda?
Sangat baik. Suami aku ni jenis senang bergaul dan mesra alam. Boleh je sembang-sembang walaupun baru pertama kali jumpe. Tapi kalau ada yang dia tak boleh masuk pun dia tak jenis yang blah macam itu saja. Salam dulu. Sembang lebih kurang pastu baru dia blah. Taklah orang terasa hati...

Hua hua hua....
Lenguh aku menaip TAG ko ni Iera oiiii...
Ko bace tau... jangan tak bace....

Wednesday, April 22, 2009

n3 campur aduk.......


Semalam tak masakkan...
hb balik bawak char kuey teow yang menjadi feveret aku anak beranak
hb tak bape suker.
dia kalau boleh nak makan nasi semedang.
tp tak pela... badan dia maintain jek makan nasi semedang pun.
badan binik dia ni yang cepat beno naiknye kalau asyik makan nasik jek kojenye
wahaha!
Sebungkus RM3.50. Okey le tu kan...
tengok udang tu...
menggiurkan tak...? hehehe

Yang ni lak nak tayang fridge magnet pemberian Ayu dan Kak Ina KL semalam.
Thanks pada kedua-duanya. Love it!

Dalam pengumpulan... sekarang dah ada 4 fm. Harap2 bertambah lagi. So sesape yang nak gather2 pas ni dan terfikir nak carik ape tuk souvenir, cariklah fm ye...hehehe demandlah pulak hahaha!!!

Tuesday, April 21, 2009

Jumpe Aymy aka Ayu


Pukul 11.15am keluar dari rumah dengan Boy & Mierza.
Pergi ambil Baby kat sekolah.
Terus hantar Boy ke sekolah. Hari ni dia ada kelas Mandarin.
So hantar dia awal.
Lepas tu terus ke KL - lokasi SOGO.
Dah janji dengan Kak Ina KL untuk jumpa Aymy atau Ayu yang tinggal di Kuwait mengikut suaminya. Seronok...
Kali ni aku dapat sediakan cenderahati sebab memang dah taget nak pergi. Masa jumpa Hana hari tu tak sempat nak sediakan sebab tak taget pun nak g.

Sampai-sampai depa dah habis makan. Aku memanglah terlambat sebb depa ni dok janji kul 11.30pg nak jumpe sedangkan aku kul 11.30pg tu, si Baby baru keluar dari sekolah.
Aku belikan nasi ayam tuk anak2. Tapi anak2 aku makan tak seberapa. Disebabkan sayang nasi tu, aku yang belasah nasi tu. Aku ni dah la tengah diet. So hari ini aku mungkir diet ku sehari. huh!
Sembang2... kami saling bertukar cenderamata. Thanks to Ayu and Kak Ina.
Sebelum ni aku memang tak simpang fridge magnet ni tp sejak akhir2 ni jadi minat lak. Samelah kite ye kak Ina.... lagi2 klu kwn2 yg bagi. Bersusun2 jek kat pintu peti ais. Santekkkk jek...
Anak2 amik buat main maunye sore aku mcm petir marahkan dorang! sayang tau...!
Gambo barangan cenderamate tu nanti2 le aku tepek ye...belum tangkap gambo lagi hehehe

Okey le ye... che abang nak balik dah ni. Air tak masak lagi. Udah le arini tak masak nasi & lauk. SMS jek suruh che abang tu beli ape2 tuk dia makan ngan anak2 kang. Kang dia balik2 air pun tak bancuh kene semish lak haku! Hihihiiii

Roti Goreng Bercheese


Breakfast Boy...
Mama pun makan gak 2/3 gigit...
cheeseeeeeeee....
mama dietlah!
hahaha...

Saturday, April 18, 2009

Pavlova Coklat


Ohohoooo.... teringin dan ada sikit rajin. Anak-anak tido... mama kebosanan dan teringin nak makan sesuatu yang tak terlalu manis & berbuah. So, pavlova inilah yang menjadi pilihan tekak. Buah2 pun ada. Dulu buat pertama kali plain jek tp lepas tu nampak kat rumah K Inahar, dia buat coklat pavlova. Jadi aku pun menempek le...

Buat dari 1 biji telur putih saja. Gulanya aku letak sikit2 agar tak ter'over' manis.Pueh mama makan...! Ahaks!

Karnival Semai Minat Anjuran KEMAS

Program ni dijalankan petang tadi.
Lepas hantar Boy g sekolah aku pun bergegaslah ke Bandar Sunway Padang PJS 8/9.
Baby ambil bahagian dalam acara bola jaring.
Hah, bola jaring kau... aku pun tak caye anak dara aku yang kementot tu boleh terpilih. Tapi aku tahu pastinya pemilihan tu atas dasar suka-suka jek.
Tapi tadi aku tak dapat nak lama-lama.
Sebab Mierza tak bape sihatlah pulak. Mulut dia ulser, badan pun panas.
Aku tak dapat tunggu acara baby. Mierza dah menangis sakan. Cuaca pun panas. Aku sendiri tak boleh tahan. Adehhhh!
Baby dengan kawan dia, Alya. Tengok... pendeknya anak dare aku!
Huhuhuuuuu
Salah satu acara - FUTSAL.
Baju merah kuning tu dari KEMAS NUR GEMILANG,
sekolah tadika Baby.
Dapat tempat kedua. So depa dapat piala...
Congrats!
Tengoklah budak kecik ni...
Menangis dah...
Hadiah-hadiah yang disediakan...
Hahaha... jadiklah Baby oiii!!!
Dapat saguhati saja...

Friday, April 17, 2009

Sambal Sotong


Sotong adalah salah satu makanan laut yang menjadi kegemaran aku dan anak-anak. Hb tak berapa berkenan. Udang pun baru-baru ni jek dia suka. Sebelum ni tak suka gak. Tapi kalau ikan bilis memanglah kesukaan dia. Goreng ngan bawang & cili api pun dia leh makan nasi bertambah-tambah. Hehehe... cuma binik dia jek tak sanggup nak masak camtu selalu. Bukan ape... kesian lak rasenye. Macam saje dok menaya laki pulaknye...

Sotong ni aku beli 5 ekor dan kesemuanya gemuk2 bertelur. Memang aku suker! Dah masak tu, telur tu dulu aku korek keluar. Itu dulu aku ngap. Anak2 aku makan sotong nye ajelah. Wakaka... dia orang pun tak perasan. Tak tau pun... kahhhhh! Naya sungguh mama dia orang nih!

Thursday, April 16, 2009

Terima Gift & Award dari......................

Aku rangkumkan dalam 1 n3 ni untuk 2 award dan 1 gift yang diterima. Thanks a lot pada yang sudi memberi dan dengan senang hatinya aku menerima...

Gift pertama diterima dari mak ayam L yang berada di Penang. Aku tak pernah jumpe Mak Ayam ni. Selalunya dok nyembang dalam kapet jek... tp yang aku amat pasti, otak dia pun gilos huru hara gak mcm mak-mak ayam kl. Hahaha!!!
Award ni pulak di terima dari Aishah yang berada di Jepun nun... Yang ni pun aku tak pernah jumpa. Hari tu dia ada balik ke tanah air tercinta ni tapi masa tu aku belum berkenal-kenalan dengan dia lagik. Hehehe thanks ye Aishah....

Award yang ni plak aku terima dari Noor. Ya, betul. Sebelum ni aku dah terima award yang same camni dari Farah. Tapi hari ni aku ada sikit rajin nak tepek semula. Lagipun alang-alanglah kan... aku pun memang nak tepek menepek gift & award jadi aku buatlah ulang tayang. Thanks to Noor yang begitu pemurah nak berkongsi award dgn kite ye...

Wednesday, April 15, 2009

Sesekali Teringin...

Hari Sabtu lepas Boy sekolah untuk gantikan cuti hari raya. Hb mmg cuti hari Sabtu & Ahad. Lepas hantar Boy pergi sekolah, kami terus ke Restoran Jaring kat Bandar Sunway. Restoran tu memang menjadi restoran kegemaran aku dan hb. Lauk-lauknya bukan main banyak. Makanan lain pun ada macam mee kari, sup, laksa, nasi ayam dll. Di sebabkan aku dlm proses diet, aku makan mee hoon sup sementara hb makan nasi campur le. Bila ke Restoran Jaring niaku memang tak lepaskan peluang beli puding karamel. Sepotong RM1.30. Mahal gak la pada aku tapi entah le... klu pergi sane mesti nak beli gak huhuhuuuu

Jarak antara Restoran Jaring dengan Sunway Pyramid ni idak le jauh, seberang jalan je. Kebetulan hb nak cari kasut keje. So, singgahlah sane plak. Pusing punya pusing tapi kasut yang berkenan di hati tak do. Uhhh hb den ni memang cerewet sikit lagi plak kalau nak beli bende yang beratus2 RM nih... Sudahnya aku g JJ beli puting susu Mierza. And sebelum balik aku singgah JJ sekali lagi untuk beli Tako Tou ni ha... Puasssnye makan sebab 3 ketui ni aku melantak sengsorang Yeeeeha!
Psst... daku masih sabar menanti sesuatu yg berkaitan dengan makanan ni sampai ke tangan aku. Huhuhuuuu bilerkah akan jadi nyata???

Tuesday, April 14, 2009

TAG dari Mommi Ila

Rules: Here’s a chance to see how well you really know your husband. Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do.

The real challenge is to send it to your husband to see how right you really are.

He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
Sport, AXN

You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Ape2 jek...

What’s one food he doesn’t like?Doesn't like?
Makanan yang ber'cheese'... uiii banyak yang dia tak suker benonye...tak ter'list' aku...

You go out to eat and have a drink. What does he order?
Makan, burung puyuh goreng cili kering. Minum, nescafe tarik...

Where did he go to high school?
SMK Aminuddin Baki, Tjg Malim, Perak

What size shoes does he wear?
8/9

What is his favorite type of sandwich?
Tuna

What would this person eat every day if he could?
Nasi bersama masakan ala kampung

What is his favorite cereal?
Tak gemo...

What would he never wear?
Warna yang terang. Ohhh dia memang cerewet ttg bpakaian...

What is his favorite sports team?
Alamak... ape eh... aku tengok dia layan jek sume, hahaha!

Who did he vote for?
Dia tak suker ngabihkan kredit utk bende2 camtu...

Who is his best friend?
Abg Man - Kajang

What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
Ngadap pc setiap masa... kikikikkkkk

What is his heritage?
Aku dan anak-anaklah... ye tak bang??? Oh, kerje dia jugak...

What is his favorite colour?
Biru dan hitam

What is his habit?
Berak sambil hisap rokok! Eiiii, biler dia keluar bau asap jekkk

What is he proud off?
Kerja dia... ada anak dr benih sendiri... ada isteri yang boleh ke tengah ke tepi (bukan Up ye...tp dia yg ckp ngan aku gitu...)

Lastly, do you think he will read this?
Tak... klu aku paksa pun belum tentu dia nak bace...melainkan dia dgn rela hati nak mmbacanye...

I want to tag all the wifey below :

Pn. Hana isteri En. Hamzah

Pn. Farah isteri En. Eddy

Pn. Vimmi Yasmin isteri En. Chef Farid

Gulai Lemak Udang & Kacang Panjang

Korang...
ni lauk aku semalam tau...
bukan hari ni...

Hari ni aku tak masak
Tadi dah sms hb suh belikan goreng pisang jek sebelum balik

Tadi lepas anta Boy g sekolah
aku terus g hospital serdang
mak aku masuk hospital lagi
semalam pukul 11 mlm
dia sesak nafas.

Doakan mak aku cepat sembuh ye....

chioww

Award dari.............

Semalam terima 2 award... Thank you so much pada.....

Farah Mommyotai kat Paka, Trengganu. 1.The winner can put the logo on his/her awesome blog

2. Link the person you received your award from..

3. Nominate at least 7 other blogs.

4. Put links of those blogs on yours.

Award yang kedua daripada......

Mak Ayam Teha yang berada di Riyard, Arab Saudi
Untuk Kedua2 award ni aku nak berkongsi dengan mereka2 yang ditaipkan nama berserta linknya di bawah...


Kepada nama2nye yang tertulis di atas berserta linknye tu... silelah ambil ye. Kepada yang namanye tak tersenarai jangan risau. More award to come... hehehe...

Monday, April 13, 2009

Spageti Cabonara ke... spageti vers mama?

Tak baikkan... tipu budak2...
Pagi Sabtu kelmarin aku rebus sup chambell yg dalam tin tu.
Sambil tu rebus spageti. Lepas salinkan spageti, rebus telur 1/2 masak plak. Sampai kat meja makan, aku letak spageti, letak sup chambell & pecahkan telur 1/2 masak tu.
Baby & Boy sngat teruja...

Boy: Ni resepi baru ye, ma?
Mama : A'ah... (nak tergelak)
Baby: Yeaaa! Mama buat resepi baru...
Boy: Apa nama resepi ni, ma?
Mama: Emp, spageti cabonara (vers mama)
kikikikkkkk!!!!

Hambekkk
bertambah2 anak-anak aku makan

Mama sarapan apa?
1 gelas low fat milk...
1 keping roti wholemeal gardenia...

diet, diet, diet!!!!

Tomyam Campur


Ekceli aku masak tomyam ni hari
Jumaat lepas. Tapi lupa nak hantar repot
hehehe...
Alkisahnya mase aku baru nak panaskan air,
gas aku habis. Uwaaa
Tong spare pun tak berganti. Kalau tau dek
hb aku mmg cari nahas nih.
Tengok2 jam kul 1.30 tghari. Kedai tutup sbb
tgh sembahyang Jumaat, kan? Aku pun tunggulah
sampai kul 3 baru call kedai.
Masalah lagi biler bini tokey kedai tu kate
laki dia tak mo anto umah flat. Selalu yg hanto adik dia, yg
jugak kuli kat kedai dia tu. Nak tak nak kene jugaklah aku
tpon hb aku. Dia balik keje suh singgah kedai beli gas.
Aku nak turun malaslah. Nak kene heret anak2 lagi...
Habis tu camne ngan tomyam aku ni?
Masak tetap kena masak. Kalau tak bertohorlah aku anak banak, kan...
Mujurlah masa tu belum masak nasi lagi.
Aku pun dgn idea yg sgt bernas, tuang air rebusan tu dalam periuk nasi letrik. Masuk semua bahan & biarkan jek dia menggelegak.
Yeayyy dah masak!

Alkisah....
hikssss!

Friday, April 10, 2009

Mochacino

Sudah jatuh cinta...
Kelmarin buat Milo shake
Hari ni buat Mochacino shake lak
Atasnye tu aku taburkan dengan milo
Ni aku minum tghari tadi
Minum saja... tak makan apa2...

Gulai Asam Batang Keladi

Uhhh teruja sungguh
Ni 1st time masak gulai asam batang keladi ni tau
Kalau ikut2kan bukan susah sangatkan
Tapi sebelum2 ni kalau nak makan aku g makan kat kedai jek
Sebab seriau nak masak sendiri
Takut gatai tekak oiiii
camne nak garuk??
Wakaka!
Alhamdulillah tak gatai lak
Tapi kuahnya cair sangat
Sangat tak kene dgn selera aku
Mujur aku tak makan nasi.
Hb balik keje singgah pasar malam
Dia belikan Char Kuey Teow 2 bungkus
untuk aku dan anak2.
Ups dan buat limau sunkist
yang sangat masam!

Thursday, April 09, 2009

TAG dar Eda Melbourne

1. Letakkan gambar anak yg baru lahir..Gambar kalau boleh mestilah yg masih dalam wad maknanya gambar anak hari yg PERTAMA.
Ni gambo si Boy atau Syahmie. Anak sulong. Memang gambar ni di tangkap ketika di hospital. Anak sulong jadi sangatlah xcited mengabadikan gambonye hehehe
Aku tak payah sangat menjaga Boy ni sebab kakak2 aku ada. Dia orang yang banyak membantu menguruskan dia. Telahkan pulak Boy ni cucu lelaki pertama mak aku yang ketika itu mak aku dah ada 5 orang cucu yang semuanya perempuan. Jadi Boy memang menjadi idola mak dan kakak2 aku. Sume sibuk nak uruskan dia. Aku jaga diri aku sendiri je...

2.Letakkan butir ini:

Nama penuh: Mohamad Syahmie Isqandar
Nama Panggilan: Boy & Syahmie
Jantina: Lelaki
Tarikh Lahir: 11-07-2001 @ 07.11pg (Cantik tak combination nos ni?)
Tempat Lahir: Hospital Universiti Petaling Jaya
Berat Lahir: 3.18kg
Kelahiran: Vakum & epidhural

3. Harapan korang pada anak ni. Jadi ape besar nanti n KENAPA?

Sebagai orang yang menerankan dia keluar dari perut aku ni dan dapat melihat dunia, tentulah aku nak dia jadi manusia yang berguna. Berguna dari semua aspek. Tak perlu jadi yang terbaik (klu jadi alhamdulillah). Cukup kalau dia tidak terlibat dengan segala macam gejala tak elok dalam dunia ni.
Boy sekarang dah berusia 8 tahun. Dalam usia itu dia dah tahu berfikir dah besar nanti nak jadi apa. So, setakat ini cita-cita Boy hendak jadi ANGGOTA BOMBA. Aku sokong dia. Mungkin dia terinspirasi daripada abang ipar aku yang kat Penang tu sebab abang ipar aku tu Pegawai Bomba.
Dan apa yang aku nampak, boy ni suka dan teruja dengan pasukan berpakaian seragam. Dia suka tengok polis, askar, bomba dan lain-lain pekerjaan yang memakai pakaian seragam. Dedulu mase umur dia 3/4 tahun, pak guard tu pun dia panggil polis wakaka! Tapi sekarang dia dah kenal & dia tak mo jadi macam 'polis' yang tu...
:D

Aku nak TAG dia orang ni...

Ika - Bangkok
Wawa - Q8
Wilda Bibu

Wednesday, April 08, 2009

Salad Buah-Buahan


Buat lagi...
Aku memang dah jatuh cinta dgn salad buah2an
Hb & anak2 pun suker
Jadi kalau buat kena buat 1 mangkuk
Itupun hb aku je yg kongker
Nasib baik jenis makan ingat bini
Kalau tak maunye aku topikan kepala dia dgn mangkuk
pyrex aku nih!

Kali ni buat buah2nya lebih sikit
Sebab stok baru isi semalam...

Epal merah
Lai
Strawberi
Kiwi
Betik
Tembikai

Yummy!!!

Kerabu Mangga


Ni kes teringin terlio meleleh tengok kat umah dak farah
Tak boleh tahan.
Semalam pergi Checkers nampak ada mangga lemak
Aku pun sambarlah 2 biji. Timbang - RM2.31
Oklah tu...tak mahal sangatkan...
Aku dok meratah jek la kerabu mangga ni
kalau pekene dengan nasi memang kau gilos
tapi tak bley! aku diet tak makan nasi ni
yang lain2 aku belasah tak hingat donia
wakaka!

ikut suker ati kaulah pizah oiii!

Kari Ayam

Nilah lauk untuk makan tadi
Lama dah tak masak kari rasanya
Sajalah pun masak lebih sikit
Esok pagi boleh panaskan
dan makan bercicah dengan roti

Dasar peMALAS tegar!

Chioww

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)