Followers

Tuesday, March 31, 2009

Spageti Sosej

Kes teringin tengok pasta kat rumah Noorma
Tapi aku ubah pada spageti
Pakai sos prego jek
Kalau ikut2kan aku tak suka sos merah ni
Tapi sesekali merubah selera tak salah rasenye
Dan memanglah tak sesuai kat tekak aku
Baby dan Boy yang tukang menghabiskan
Aku makan sikit jek
Jangan tak merasa kate orang...

TAG dari Eda Aussie

Akhirnyaaa.... :) Orang yang kemudian dapat TAG ni pun dah settle keje.
Aku baru nak terkedek-kedek menyiapkan assignment yg ttunggak sekian lama ini
Sorry Eda cayang... bukan aku melupakan.
Tidak sesekali... tapi sejak pakai komputer aku jadi manusia yang
pemalas nak meng'upload' dan meng'download' gambo.
Kerana kelembapan sistem yang mengalahkan siput sedut dan
sang kura-kura yang sedang nazak nak goal!
Jom layan gambo aku dalam pantang... Ni masa dalam pantang melahirkan Boy. Masa ni kat kampung abg Sofie.
Sebenarnya aku taklah menghabiskan
tempoh berpantang kat kampung.
Tu aku balik kampung sebab ada
masalah kesihatan.
Emp, klu korang ingat, aku ada ceritakan...

masa berpantang tu aku dikirimkan pelesit melalui bidan yang
mengurut aku.
Jadi aku balik kampung utk berubat.

Alhamdulillah semua baik selepas itu.

Dalam gambo tu aku dah sihat. Tu yang tersenyum bukan main...
Kalau tak aku asyik menangis je Semua dah risau dan takut.
Seriau aku kene angin meroyanlah pulak.

Nauzubillah...


Okey... yang ni plak gambo aku masa berpantang melahirkan Baby.
Gambar atas tu baru seminggu melahirkan. Sambut kecil-kecillan je...
Jangan tak je lahkan... Beza Boy dan Baby seminggu je tapi tahun
yang berlainan (Boy - 11/07/2001) (Baby - 04/07/2003)
Last sekali gambo aku masa dalam pantang melahirkan Mierza.
Masa ni muka pun dah tak touch up dah. Jaga diri sendiri, gitulah... ala kadar jek...
Mak aku cakap, "tunggulah umur 40 thn nnt baru rase sakit sane sini..."
huhuhuuuuu


Aku tak de gambo sorang ah... alah... korang tahukan ruper aku sekarang camne...
aku kan selalu show off diriku yg semakin mengembang ini, wahaha...!

Monday, March 30, 2009

Jumpe Hana!!!



sory ye Kak Ina KL, Kak Inahar, Hana, Kak CT, Kak Intan, Kak Ham dan kak Niza...
Mierza banyak buat hal. Adeh! Baby pun tak kurang hebatnya
sesekali kalah perangai adiknya... huhuhuuuuu
Ni cenderamata dan ole2 yang diterima.
Minta maaf sebab sy tak sediakan apa2 pun...
Sebab pada mulanya saya ingatkan tak nak pergi.
Tapi tiba-tiba je nekad malam semalam
Tu yang sms k CT memalam bute tu...
Insya Allah lain kalilah ye...
2 beradik yang dah tak hingat donia...

Lepas tu Kak Ina KL kata nak singgah rumah Kak CT
Alang2 dah ada sama aku nak ikut samalah
Tapi masa dalam kereta, Mierza dah lentok...
Aku ajak dia nyanyi pun dia buat dekkk jek.
Dia lagi seronok layan mate dia yang dah separuh terbukak tu...
Memang dah tak boleh makanlah tu...penat dah
Sampai umah kak CT aku tak masuk
Keluar dari kereta, bersalaman dan minta diri...
InsyaAllah len kali leh serbu
umah dah tahu
hahaha!!!
(Boleh kak ct eh???)
Apa kat dalam ni???
Mierza punye kerja aduhaiiiii!
Nasib baiklah air tu dah tinggal sikit dan di
penghujung makan-makan...

Yang ni gambo ehsan dari Kak Inahar...
TQ kak Inahar...
Hohohoooo...mak2 ayam sekalian...
lihatlah ape yg tergantung di leherku itew
Jangan jeles weiii wakaka!


Sunday, March 29, 2009

Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Blok N, Tmn Desaria

En Zul (Pengerusi) sedang bercakap
"Orang atas diingatkan jangan buang sampah,
air dan sebagainya ke bawah. Tolong timbangrasa
pada penduduk2 yang tinggal di bawah"
Yang tengah tu my hb (Setiausaha)
(Gambar kabur, shot dr jauh)Feedback dari penduduk kepada En. Zul

Masa ni hujan dah turun
Kerusi bahagian lelaki dah banyak kosong.
Depe p mane eh...?
En. Anuar yang sangat lantang bersuara
Takut wooo klu dengo dia bercakap
Macam nak ditelannye micr
Ha, kat sinilah kaum2 lelaki melepak.
Kat tepi jek. Dia orang kene duk kat kerusi tu
kene tempias hujan.
En Zul (Pengerusi) sedang bercakap
"Orang atas diingatkan jangan buang sampah,
air dan sebagainya ke bawah. Tolong timbangrasa
pada penduduk2 yang tinggal di bawah"
Yang tengah tu my hb (Setiausaha)
(Gambar kabur, shot dr jauh)
Ain anak Jiran aku
Yang belakang tu My Baby...
Kaum Ibu

En Adzha (Penasihat Dalaman)
sedang berucap. Anak dia sebaya dengan
Mierza. Perempuan... sgt comel.

Saturday, March 28, 2009

TAG dari Eda


TAG ni diterima dari Eda mama Dora. Ada satu lagi TAG Eda ni yang belum dibuat. Aduh...!

TAG ni meminta aku enterframekan gambo spastik aku
sebelum menamatkan zaman bujang aka
gambo semasa masih dara.
Ish... yang bukan!
Tapi enjoy, biokan. Hikhikhik...

Eda, pueh dah aku mengelebek sane sini...
gambo ni jek yang aku jumpe.
Tak tau le mane pergi sume gambo mase zaman
bujang aku...
Tapi gambo yang ni bukan saje bujang tapi
juga sangat fresh.
Mase ni aku di sekolah menengah tau...

Friday, March 27, 2009

Minum Petang Kami....

Pukul 3ptg tadi keluar ke Sentul
Nak hantar manuskrip kat Fajar Pakeer
Perjalanan balik tu hujan, jalan jem... aduh!
Sampai rumah masing-masing kebulur.
Jadi aku buatlah ni
Sekali makan malamlah ni...
:)
Cucur Kentang Ikan Bilis
wif
Onion Ring guna tepung tempura
sedap gak... rangup
tapi tak boleh makan banyak
poning den. Banyak minyak agaknye...
Nasib baik buatnya sikit
kalau tak dah membazir...
;D
Hari ni sangat aktif memasak...
Tapi yang simple...
ape2 yang ada dalam peti sejuk tu
je aku belasahkan.
Kes malas nak g kedai... :D
Sup Tulang yang sekali hadap terus basuh periuk...
Potato Wedges yang bogel tak de mayonis...
Konyang anak beranak!

Caramel Cheese Pudding

Rasanya memang sedap
Tapi something wrong somewhere
Mase terbalikkan ke dalam piring
dia terpelecok
aduh!!!

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • [ Karamel ]
  • 70g gula
  • 2 sudu kecil air
  • 2 sudu besar air suam
  • [ Puding ]
  • 180g cream cheese
  • 70g gula pasir
  • 1 biji telur kuning
  • 3 biji telur
  • 450g susu segar
  • 1 sudu besar jus lemon

Cara-cara

  1. Sediakan karamel : Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.
  2. Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang)
  3. Panaskan susu sehingga hampir mendidih. Kemudian tuang ke dalam no.2 tadi. Kacau sekata.
  4. Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air. Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
  6. Sejukkan sebelum dihidang.

Thursday, March 26, 2009

TAG dari Wahida Epo

TAG dari Wahida Epo. Jom layan...
1) LELAKI NO 1 DLM HIDUP ANDA

Lelaki no.1 dalam hidup aku ade 2 orang -
hb & arwah apak...

2) PERDANA MENTERI MALAYSIA NO 4
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

3) GOSIP DI TANGGA NO 2 SEKARANG
Tak ambil tahu... ;P

4) SELEBRITI PLG COMEL NO 1
Sape eh...? Tak dapek nak jawab!

5) KAKAK NO 4
akak den ado 2 orang jek...

6) TEMAN RAPAT NO 10
Memang ada teman rapat
tapi idak le sampai 10 orang atau lebih....

7) KAWAN PALING KEDEKUT NO 6
Hehehe... entah!

8) KEKASIH NO 2 ANDA
Mohamad Syahmie Isqandar
Allo... ape kaba?Oh, dia kene chicken pox
proses akhir...
anakanda sulong la...

9) ARTIS LELAKI NO 1 DI HATI ANDA
Tak tahu...

10) ADIK NO 3
xde adik...

Rasanye dah ramai yang buat tag ni
tapi aku letak gaklah name teman2 blogger kat sini ye.
Kalau dah buat abaikan tp kalau belum buat
& xde mood nak buat pun xpe... tiada paksaan okeyh...

Wednesday, March 25, 2009

Awards..........

Award yang pertama diterima dari Miss Wahida yang kiut-miut. Terima kasih dik...

Award yang kedua pula dari mummy baru - Catlina. Terima kasih jugak...

Untuk kedua2 orang adik ni semoga bahagia dan gembira selalu. Semoga ikatan persahabatan ini kekal berpanjangan hendaknya, Insya Allah...

Aku pun macam Wahida dan Catlina nak award ini diberikan kepada semua pengunjung blog aku ni. Tak kiralah yang jarang-jarang datang dan yang baru menjenguk pun. Kite kongsi ramai2 yok! :)

Tuesday, March 24, 2009

TAG dari Ela Qatar

Dah lame dapat TAG ni dari Ela yang duk kat Doha, Qatar ni tapi sejak dua menjak ni sangat bz menyiapkan manuskrip. Alhamdulillah idea tengah banyak dan mood nak menulis pun tengah rajin. Jadi tak maulah lepaskan peluang menulis, menulis dan menulis. Ok, jom kite layan TAG dari Ela ni...

4 NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:
- Fiza
- Za
- Ja
- Fizah

4 MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:
- 24 January... my birthday
-12 Jun... my hb birthday
- 2 Jun... Ulangtahun Perkahwinan
-7 Julai... Boy birthday

4 THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
- edit surat nak hantar manuskrip
- tgk Kasanova XXL kat TV3
- Makan Cheese Karamel Puding
- Simpan Cheese Karamel Puding dalam peti es

4 GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
- stand mixer
- canon/nikon dslr
- nozle set
- jeweleries

4 YOUR FAVORITE HOBBIES:
- masak2
- tengok orang
- blogging
-chatting

4 PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:
- langkawi
- bali
- gold coast
-korea

4 FAVORITE DRINKS:
- teh ais
- kopi
- hot coklat
- ice blended

4 THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR ROOM:
- kipas
- katil
- almari baju
- tilam

4 FAVORITE COLORS:
- merah
-hitam
-biru
-pink

4 TOP FOR HANGOUTS:
- Subang Parade
- Sunway Pyramid
- Mid Valley
- Sogo

4 persons U LOVE SO MUCH:
- hubby
- anak2
- mak
-kakak2

4"THINGS" SPECIAL TO YOU:
- barangan kemas
- kasut
- laptop
- kamera

4 YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY:
- wahida epo
- zie brunei
- irma sabah
- k ct delima


REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY:
- tak baik tak wat tag....heeeee
- ada gak n3 baru kat blog kan..tq2
- lebih mengenali antara satu sama lain
- eratkan psahabatan
(Ela, yg ni akak amik ko punye ye...reason yg same... :) )

Sunday, March 22, 2009

Gather @ Taman KLCC wif Zie (Brunei)

Sangat seronok! Pagi2 lagi aku dah bangun. Mandi2 dan kejutkan Baby. kalau ikutkan aku nak bawa Boy sekali tp sbb dia dah kene jangkitan CP, jadi dia terpaksadikuarantinkan bersama2 dgn hb dan Mierza. Meleleh2 air matanya tadi dan aku terpaksa tipu dgn mengatakan aku nak ke sekolah Baby - ada program. Hahaha... kalau dia tahu aku nak pergi gather2 dgn untie2 ayam ni mesti dia menangis giler babun nak ngikut. Sory ye nak... nnt bday adik Aqila kite g meronggeng dgn untie2 ayam ni. Hehehe...

Masa aku sampai tadi Sya, Sara, Ai besan dan Tok Dalang - Ila dah datang. Pastu seorang demi seoranglah datang. Jadi moh le kite tgk gambo2 yg sempat aku rakamkan... ape yang penting... hevox gilos! (Ikut tune WonderPets...)

Aku & besanku... lihat taringnya... menakutkan kan??? Hahaha!!!
Ha... inilah Zie. Mak ayam yang berasal jauh di Brunei sana. Seronokdapat jumpa Zie yang putih melepuk! Tengoklah Hana nya yg comey tu...
Ini laki sape kawan2??? Aku ambil gamba ni sbb aku nak tangkap gambo Aqila je sebenarnya. Tapi alang2 aku tangkap le sekali mat wataniah ni ha... kang kecik ati plak. Wahaha!!!
Tok Dalang gather2 ni...
Mak Ayam Ila dan anakandanya -
Izz...
Zie & Sara Banu yang masih dalam pantang.
Makan je la Sara oii usah takut2.
Makan je... jgn mentekedarah udah...
:D
Aku & Sya
Aduh... leher aku berlapis-lapis!

4 mak ayam ...
abaikan anak dara aku yg merajuk
sbb tak dapat p mandi
kat kolam KLCC belakang tu.
Mamanya malas nak melayan...
:O
Aku dan Mak Ayam Zura aka Teddy aka Zura Mak Jun Wakaka, ampun!!!Tak ada apa yang dapat aku titipkan buat Zie
sebagai tandamatanya.
Sorry Zie tak dapat nak buatkan apa2 makanan
tuk Zie sbb di rumah aku masa ni tgh
diserang virus. Nanti tak pasal2 kau balik
Brunei, bawak penyakit pula.
Utk port luck tadi pun aku bawa air kotak
saja.

Mak2 ayam vouge...
hahaha vouge ke kite???
Baby & Sofia
2/2 bengang tak dapat terjun
kolam :P
Ija (adik sya), Baby, Sofia, Izz dan Airiel
Anak2 yg comel... :D
Secomel mama/mummy nya...
heeee....
Lagi gambo depe ni...
Izz yg dah penat dan mengantuk.
Dah tak boleh senyum dah....
terpacak jek...
My menantu... bad mood... nak susu!!!!Apalah yang digelakkan si Sue...
Yatie... aku ikut bontot dia tadi dan terfikir,
mungkinkah aku berpeluang dan merasa bawa
kereta macam kau ni???
Adeh...
Aku dan Faiz
Kemudian si Sya datang.
Nak jugakkkk enterframe...
Sangatlah aku jelez... mane hb aku? Hb aku dikuarantinkan... :((
Wah cantik gak gambar ni. Betul2 kat center.
Eh, Sofia siap buat muka kat depan...
Ish, anak sape ni???
Mak Saleh Celup! Mohd Akil Hairy (betul ke spelling ni Zura?)Alya... Sue's princess...

Cenderahati dari Zie...
Cantik2 scrap hasil kerja tangan Zie...
Hajat & permintaanku tertunai
Tqsm Zie!!!
Yang ini pula untuk hb
Thanks Zie sbb tak lupe pada
bapak2 ayam yg tak dpt mghadirkan
diri...
Ni nak cerita sikit. Aku pernah pergi KLCC tapi lama dulu. Dan masa tu bukan aku yg drive. Jadi aku memang tak berapa faham jalan kat sana. Tadi aku dah tersilap termasuk parking bawah tanah KLCC. Bila dah masuk parking, aku keluar g autopay parking . Aku nak keluar dari tempat tu sbb nak cari parking kat luar. Aku memang dah bajet mesti bayaran parkingnya mahal.
Selalunya (mcm The Curve - pernah kena sekali) dalam 15 minit pertama , percuma. Tak payah bayar. Tapi kat KLCC ni dia minta aku RM4.00 dan aku hanya berada di dalam kawasan parking tu untuk jangkamasa 2 minit!!!!
So, korang bayangkanlah klu aku terus je parking kat situ tadi dan g gather tu. Aku masuk +- pukul 8.30pg hingga pukul +-12 tghari.
Berapalah agaknya yang aku kena bayar ek???
Uhhhh sakit betul hati aku!

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)