Followers

Sunday, November 30, 2008

Hadiah dari Along Roz


Korangggg aku dapat 'kepale mawi'!!! Kahhhhhh Nak pikat si mawi tak leh sbb aku dah dipikat hb ku - sofie. Dpt gambo ala2 kepale mawi & word mengancam ni pun dah kire bagus le...

Terima kasih pada AlongRoz cayang... hadiah ini sangat kuhargai...

Saturday, November 29, 2008

Ni ape kesss???


Korangggg... ni bukan pukul 1+ tengah hari tau... ni kul 1+ pagi. Hb balik main badminton kul 12.10 tgh mlm tadi. Tgk tv, duduk2 dan mandi. Lepas mandi main tepuk2 perut plak sambil pandang2 haku yg masih dok ngadap ini laptop. Aku buat dekkk je. Padahal aku mmg tau sangat kalau dia dok tepuk2 perut tu, tandenye dia nak makan sesuatu la.

Bila binik buat dekk je,terpaksalah dia bukak mulut. "Ma, air tadi habis ke?" "habis le...bekas pun dah basuh." Diam. Dok sambung tgk tv... "Ma, bakar roti, ma..." Aku buat2 tak dengo. "Ma, oo ma... bako roti..." aku gelak. "Saje je buat pekak ye...?"
Ala... I gurau je bang...

Manelah tak sayang ye dak? Minta bakokan roti siap datang pakej dgn air teh. Air teh tu tak minta pun. Tapi dah dkt 10 tahun same, takkanla binik tak reti2 lagi permintaan somi. Buat 3 set roti bako sapu buttercup & tabur gula. mmg fevret hb nih.

5 lagi kul 2 pg kami masuk bilik & zzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Friday, November 28, 2008

Oreo Chilled Cheese Cake


1st time buat cheese cake yg jenis chilled. Waheeeyyyyy menjadi! Syioknye rase nak lompat sampai tingkat 15 nu, hahaha! Lebih seronok bile rasenye tidak mengecewakan. Melt in the mouth youuu, auuu!

Sebenornye kek ni adalah permintaan anak buahku, Fatyn. Dia tak mintala chilled cheese kek. Tapi dia minta 'sumting yg cheese...' (ha, ni ayat dia tau...). Jadi since aku mmg dah lame nak buat chilled cheese cake, inilah masanye kan? Esok cadang nak ke rumah kakak aku kat Sepang. Biaselah... mak ada kat sane dan tak bape sihat. So nampaknye tiap minggu kene jenguk muka la... Tetiap minggu kene lalu itu F1 circuit la nampaknye...

Resipi ni amik kat MyR dari tuan empunye Annie. Terima kasih bebanyak atas resepi yg walllahhhh ni!

Bahan-bahan untuk lapisan bawah
120g biskut Oreo - dihancurkan (blender kering)
70g unsalted butter - (aku pakai marjerin je & tak cairkan pun)

Bahan-bahan untuk lapis atas
250g krim cheese (lembutkan)
120g gula kastor
2 kpg biskut (patah2kan saja)
Krim biskut oreo
150g Dairy Whipping Cream (aku pakai UHT whipping Cream jenama EMBORG & aku letak 200g)
1 1/2 s/b gelatin
80ml full krim milk

Cara-cara untuk lapis bawah
Campurkan biskut dengan marjerin. Sebatikan hingga jadi doh. Tuang dalam acuan saiz 7". Tekan dan padatkan. Masuk dalam peti sejuk. Kalau peti sejuk korang ada bahagian 'chilled' letak dalam bahagian tu. Mmg akan cepat keras & terpelihara. Kalau tak do, korang letak je la kat mana2 bahagian. Asal jgn bahagian freezer ye...

Aku gunakan acuan yang bahagian bawahnya boleh dikeluarkan. (Aduiii tak ingat plak ape panggil jenis acuan ni...korang find out la sendiri ye). Mesti pakai loyang jenis ni sbb kek ni tak boleh diterbalikkan bila dah siap nanti.

Cara-cara untuk lapis atas
Pukul krim cheese dan gula kastor hingga sebati dan adunan nampak licin. Masuk bahan lain - biskut oreo yg hancur, isi biskut dan whipping krim). Pukul lagi.

Dalam bekas lain, campurkan gelatin dan full krim milk. Masak double boil hingga gelatin sebati dgn susu. Biarkan suam sikit baru campurkan dalam adunan krim cheese tadi. Kaup balik adunan hingga sebati.

Tuang adunan dalam acuan biskut yg dah dipadatkan tadi. Simpan balik dalam peti sejuk selama 3 jam atau lebih. Sedap dimakan ketika dingin....

Mierza Joget Lagi...

video
Ini budak apa bikin? Anak sape ni woiii??? Layannnnnn

Lempeng & Sambal Tumis Ikan Bilis


Inilah makan malam kami. Hari ni hb nak g main badminton, jadi dia tak mau makanan yang berat2. Binik dia pun malas nak masak beria sbb kang makannye tak banyak mana.
Actually, ni request dr hb juga. Aku okey je la. Memang sedaplah kan makan lempeng camni mase ujan2. Pekene lak dgn kopi suam-suam kuku gitu. Wallahhhh!!

Resipi takyah le kot... lempeng? Sape tak pandai wat lempeng? Aku lempang kang!!!Wakaka

Chicken Pie


Buat ni untuk sarapan. Wah, dalam kerajinan 50%, aku menguli doh pastry. Masa masak inti tu pun, dgn bercekak pinggang, diri pun mcm nak tak nak. Tinggal semangat je ni... semangat apa? semangat nak makan! kekekeh
Tapikan... anak2 mcm tak bkenan sangat la pulak. Dorang kate "knp kulit dia ni keras.tak lembut macam yg kat kedai tu punye?" Aku suruh dorang makan je yg ni dulu. "Nanti mama cari resepi yg kulitnye lembut mcm yg kat kedai tu ye..."
So...sape ade resepi yg tu??? angkat tangan!!!!!

Resipi ni dapat MyR - Pu3bay

Bahan-bahan - DOH
150g butter
300g tepung gandum halus
1 bj telur dipukul sedikit
garam
1 s/t gula halus
Bahan-bahan - INTI
1 biji kentang - dipotong dadu
1 bj lobak - dipotong dadu (@ boleh gantikan dgn sayur 3 bradik)
isi ayam dipotong kecil (aku pakai ayam kisar jenama SAUDI)
1 bj bawang besar - dicincang

Bahan-Bahan - TUMIS INTI
2 s/b sos tiram
1 s/k serbuk lada hitam
1 s/b tepung jagung (larutkan tepung jagung dgn 2 s/b air)

Cara-cara - DOH
Gaul tepung dan gula halus - rata. Campurkan semua bahan lain. Uli hingga tak melekat di tangan dan mangkuk.
Canai doh di antara 2 plastik - 1/2 cm tebal.
Perlahan2 tanggalkan plastik atas dan terbalikkan doh dalam acuan.
Ratakan perlahan-lahan hingga menutupi semua bahagian acuan pie.
Tuang inti. Tutup bahagian atas pir dgn kepingan dh. Bahagian Tepi pie ditekan dengan garfu supaya bahagian atas dan bawah melekat. Sapu dgn kuning telur.

Panaskan oven 10 min. Bakar 180 c - 30 minit. Biarkan beberapa min dalam oven sebelum dikeluarkan.

Thursday, November 27, 2008

Serawa Mangga


Pernah dengar 'Serawa Mangga'? Pernah rasa? Rasanya wallahhhh sedapnye. Bila makan serawa ni dok teringat la pulak kat arwah apak yang dah lama meninggal dunia. Sejak aku berusia 9 tahun lagi. Al-Fatihah untuk Allahyarham Nordin Bin Putih Che' Edah. Arwah apak memang suka sangat makan/minum serawa ni. Kalau ada mangga, jadi serawa manggalah. Kalau ada macang, serawa macanglah. Begitu jugalah kalau ada kuinin.

Pada yang nak rasa, cubalah buat. Dan pada yang terliur dan dah lame tak rasa, bleh juga buat. Jom kite kongsi resipi...

Bahan-bahan
2 biji mangga
1 cwn santan fresh
1 cwn air
*1/2 cwn gula
*1 s/k garam

*ikut tekak masing-masing ye...

Cara-cara
Jerang santan yang dicampur dengan air bersama gula dan garam. Gunakan api perlahan dan sentiasa dikacau untuk mengelakkan pecah lemak & santan meruap. Bila gula sudah sebati, tutup api dan ketepikan.
Buang kulit mangga dan dipotong kiub. Masukkan dalam cawan dan tuangkan kuah santan. Boleh juga ditambah ais ketul untuk hidangan dingin.

Roti Telur & Cheese


Ni breakfast kami hari ni. Sebenarnya aku ada nampak roti ni di blog tapi aku tak ingat sungguh blog sape. Mungkin blog Noreen, mungkin auntie Yochana atau blog kawan-kawan lain. Minta maaf banyak-banyak. Betul2 tak ingat nih... kalau empunya resipi ni nampak dan tahu ini resipi dia, tolong beritahu ye.Nanti aku edit kat sini.Tapi kalau ikut resepi tuan empunye tu, dia pakai sebiji telur. So nampak cantik sangat telur merah tu sebiji terletak dalam window roti tu.Tapi aku dadarkan telur tu sbb kene jimat stok telur.hehehe

Bahan-bahan
2 keping roti gardenia/high 5
1 keping cheese dibelah 4
1 biji telur
Sedikit perisa serbuk lada hitam
Sedikit perisa serbuk lada sulah

Cara-cara
Potong tepian roti.
Ambil satu keping dari roti tu dan tebuk 4 segi di bahagian tengahnya.
Susun cheese di sekeling roti yang tidak bertebuk. Tindankan di atas roti dan cheese seperti di dalam gambar.

Tuang telur di bahagian roti yg sudah ditebuk. Renjiskan serbuk lada hitam dan lada sulah untuk bahan perasa.
Bakar dalam oven 150c selama 20 minit

Wednesday, November 26, 2008

Cara Bluberi


Kalau diikut2kan resipi ni untuk kaya ball. Tapi disebabkan kaya tak ada stok, gantikan dengan blueberi. Resipi kaya ada. Dah salin kat blog Noreen tp santan pula tak ada.
Manalah ada acuan kaya ball. Jadi pakailah acuan cara ni. Jadinya jadilah resipinya 'Cara Blueberi' hehehe

Bahan-bahan
250g tepung gandum
1s/k serbuk penaik
Garam secukupnya
125g mentega
75g gula kastor
4 bj telur
200ml susu segar
1/2s/k esen vanila

Cara-cara
Ayak tepung gandum, serbuk penai dan garam.
Dalam mangkuk putar mentega, gla dan telur hingga kembang.
Masukkan 1/4 susu segar dan putar lagi. Kemudian masukkan 1/4 campuran tepung.
Ulangi proses berselangseli hingga habis. Akhir sekali masukkan esen vanila.

Panaskan acuan di atas api dapur. Gunakan api perlahan. Lenserkan acuan dengan minyak. Isi separuh adunan, sudukan bluberi dan sudukan separuh lagi adunan menutup filing. Tutup dengan penutup periuk. Biarkan dalam 3 minit atau hingga bahagian permukaan tepung kekuningan dan masak.

Sambal Tumis Udang dan Petai


Semalam jalan-jalan ke rumah kak Ina KL... mak aiii terliur aku tgk sambal tumis udangnya. Kebetulan udang mmg ada dalam peti sejuk. Pagi tadi pergi cari petai dan tadaaaaa inilah menu ku hari ini...

Tak yah la tepek resipi ye. Buat sambal tumis cam biase je...

Crispy Potato Wedges


Layan sajalah ye. Malas nak menaip, malas nak celoteh sebab mataku mengantuk. Semalam tido kul 3 lebih mengadap laptop menyiapkan keje...
Amik resipi kat MyR dari Noorsha

Bahan-bahan
2 bj kentang - potong berbaji
2 s/t serbuk lada hitam
1 s/t serbuk cili
1 bj putih telur - dikocok-kocok ewah!!
Tepung gandum secukupnya untuk disalut
Garam secukup rasa

Cara-cara
Kentang dibersihkan dengan air suam. Kulit tak perlu dibuang.
Rebus kentang dengan garam hingga empuk. Angkat dan toskan.
Biarkan suam.
Satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili dalam plastik. Masukkan kentang dan goncangkan sebati.
Masuk kentang dalam putih telur dan golekkan dalam tepung gandum.
Goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
Hidang panas2 bersama sos thousand island dan mayonis.

Mierza & Boy -U Got 2 Move It

video
Tengokkkk demam sungguh! Memang kuat betul pengaruh lagu tu sampaikan Mierza yg baru berusia setahun lebih ni pun leh terikut2. Tapi Mierza ni mmg suka dgr lagu dan dgn spontannya kepala badan dia akan goyang.

Hah, layanla ek. Korang abaikanla anak pempuan ku yg tgh zzz dan hanya bers****der tu... hehehe

Tuesday, November 25, 2008

Apam Balik


Ni projek petang tadi. Lepas makan nasi, anak-anak asyik membuka peti sejuk. Mencari-cari dalam peti sejuk tu apa yang boleh dimakan. Alah kesianlah pulak mama dia tengok. Nak buat kerja pun jadi tak senang kalau tgk anak2 camtu, kan? Jadi terpaksalah berhenti buat kerja sekejap dan masuk dapur.
Kebetulan bancuhan apam ni dah buat semalam. Memang cadang nak buat apam balik hari ni tapi ingat nak buat petang2 sikit. Dekat2 waktu hb balik kerje. Nampaknya kena buat beberapa keping lebih awal untuk santapan anak-anak.



Bahan-bahan
200g tepung gandum
2 s/k baking powder
3/4 s/k soda bikabonat
1/2 s/k garam
50g gula
160ml air
160ml susu
1 bj telur
40g marjerin - dicairkan
1 1/8 s/k alkaline water (opt - aku tak letak)

Cara-cara
Campurkan semua bahan. Gaul sebati. Simpan dalam peti sejuk 2 ke atas.

Tuangkan lebih kurang sesenduk ke dalam kuali leper. lenserkan dgn minyak sedikit untuk elakkan melekat. Taburkan gula, kacang tanah yang ditumbuk. Boleh tambah jagung krim, sekaya, jem atau apa-apa yang disukai.

Award dr Kak G


Terharu sangat hari ni... Terima kasih sangat2 pada kak G sbb bagi award khas ni.Siap ada nameku lagi terpantak kat situ (maunye aku idak kembang...) Semoga persahabatan dan keakraban kite terus terjalin baik hendaknya...

Monday, November 24, 2008

Award dari K Ct sayang


Dapat award ni dari K Ct. Terima kasih daun keladi. Kalau ada,bolehlah bagi lagi. Hehehe...

Syarat award ni seperti berikut yer:

1. Sape yang dapat award ni leh letak kat blog memasing
2. Link semula kepada orang yang bagi award ni kat korang
3. Bagi award ni kat 7 orang bertuah
4. Tinggalkan ia mesej pemberitahuan yang korang dah bagi award kt orang tu

Dengan berbesar hatinya kite nak memanjangkan award ni kepada

~kak masz~~k G~~k min aka k LG~~k jun~~wanyadnan~~k zai~~her m.com~

Tat Telur


Lepas masak tadi terus buat adunan tuk tart ni. Dapat resipi ni skodeng kat umah untie yochana. Buat dua saiz sbb tak cukup mould yg kecil tu. Masa mula-mula nak buat tak sabo. Dah buat pun tak sabo - tak sabo nak siapkan. hahaha

Jom kongsi resipi...

Bahan-bahan untuk Pastry Crust
100g unsalted butter (aku guna marjerin je...)
40g icing sugar (aku pakai guna kastor...)
sedikit garam (aku tak letak pun...)
1 bj telur
20g susu tepung
220g tepung gandum
1/2 s/k esen vanila

Bahan-bahan untuk Egg Custard
2 bj telur
45g gula kastor
sedikit garam
1 s/k lemon juice (aku gantikan dengan cuka)
80ml susu segar
40ml air
1/2 s/b esen vanilla

Cara-cara untuk membuat Pastri Crust
Campurkan semua bahan kecuali telur. Sebatikan hingga menjadi 'crump'. Masukkan telur dan adunkan sehingga menjadi doh. Biarkan selama 20 minit. Acukan ke dalam acuan tart.

Cara-cara untuk membuat Egg Custard
Campurkan semua bahan dan sebatikan. Tuang dalam tart.

Bakar 175c - 20 minit - Lebihkan api bawah.

New Toy


Tadaaaaa... akhirnye berjaya juga daku miliki menda ni. Tapi idakle yang mahai cam K G dan K Ct Delima tu. Kite beli yg murah2 je setelah fikir semasak-masaknya. Tak pelah yang manual pun. Tak yahla yg digital tu. Yang penting hasilnya. hehehehe Beli kat Mydin USJ - RM15.90 sahaja...

Gulai Lemak Nenas & Udang


Aritu tgk sape eh masak gulai nih... kalau tak silap kak Masz. Terliur sungguh. Tu yang arini buat pulak. Selalunya kalau buat gulail lemak nenas ni, aku campurkan dengan ikan masin (ikan talang & ikan duri). Tapi amat jarang membuatnya sbb malas nak buang kulit nenas tu. Dah buat kulit yg keras tu, nak kena buang matanya pula. (Hehehe kalau dah dasar pemalas tu... banyak merungut kahhhh).

Sepatut amik gambar sebaik saja dah siap. Tapi lepas siap masak dok ralit membuat kulit tart sampai terlupa nak tangkap gambo. Bila hb dah balik keje, kene terus siapkan meja makan. Manalah ada masa nak snap gambo bagai. Kang hb jeling, gigil kepala lutut kahhhhh

Jalan-jalan ke Taman Jaya


Nak gak tangkap gambo berdua. Anak-anak sibuk main kat padang permaianan depan kita orang...


Wah Mierza ni... jalan sambil goyang kepala. "I'm free..." Iyelah... kalau tak asyik terkurung dalam rumah je...


"Papa... mama..."


Hb mengikut Mierza berjalan dari belakang. Dah dapat kaki tak reti duk diam la pulak...



Petang semalam rasa sangat boring. So ajak hb keluar. Anak-anak buah pun boring gak. Nak pergi akutik Shah Alam, sorang lg anak buah tak de. Kalau pergi gak nanti yg tinggal tu mesti merajuk dan marah2.

Demi 'Eja' mama batalkan hasrat tu tau...

Kami pergi Taman Jaya. Sebuah taman rekreasi yang tidak berapa jauh dari rumah aku. Jauh tak jauh pun lebih kurang 15 minit perjalanan berkereta jugalah. hehehe... tp mmg amat dekat kalau dari sekolah Boy.

Jom kite layan gambar-gambar yang sempat di snap

Sunday, November 23, 2008

Agar-agar Cocktail


Ni pencuci mulut kami... sedap dimakan ketika sejuk. Dingin je masuk tekak sampai ke perut. Hehehe... Resepi dpat dari mane? resipi pepandai sendiri je... yang penting sedap dan ada rasa!

Bahan-bahan
1 bungkus agar2 tali
Banyak air disukat melalui bungkusan plastik agar2 sebanyak 1 1/2 paket
1 cwn gula @ ikut kemanisan tekak sendiri
1 tin buah-buahan cocktail berserta air jusnya
1 tin susu cair

Cara-cara
Didihkan air bersama dengan agar-agar dan gula. Agak-agak bila agar-agar sudah hancur, masukkan susu dan air jus cocktail. Gunakan api perlahan dan selalu dikacau sbb takut meruap. Pastikan agar-agar dah btul2 mencair barulah tutup api dan tuang dalam acuan. Lepas tu barulah ditaburkan buah2an cocktail dan biarkan agar2 mengeras. bila dah sejuk masukkan dalam peti sejuk.

Roti Gulung Sardin


Buat ni untuk sarapan pagi. Ya Allah... jangan tak caya...2 buku roti yg saiz besar tu tau.Tapi iyelah... mulutnya ramai. hehehe....

Bahan-bahan
1 buku roti
sambal ikan sardin
telur
garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Buat sambal ikan sardin. Macam biasalah, macam buat sambal tumis tu. Pastu hancur2kan ikan tu. Sudukan dalam roti. Roti tu digulung. Celupkan dalam roti yang dah diletak garam dan tekan-tekan sikit roti tu supaya nanti masa menggoreng, gulungan roti tak terbuka.

Friday, November 21, 2008

Marble Cheese Brownies


Wakakak!!! apa sudah jadi dengan ini kek? Ada banyak kesilapan pada kek ni.
pertama sbb sepatutnya dia lapis, bukan marble. tp boleh ampunlah sbb ada gak kek marble kan. tp kalau bahagiannya garing tak hingat dalam erti kata lainnya adalah ape? HANGIT!!! hahaha ni sume anak buah aku punye penangan. padahal oven tu depan aku je.punyelah aku tak perasan...tetibe nampak asap jek.ingatkan casper,eh berantu ke hape dapo aku ni.hantu bendenye,oven aku kuar asap hangit. hahaha
Tapi nasiblah rasanya tak mengganggu gugat tekak. Tapi bahagian atas tu jadi garing.Rasa hangit tu mmg ada tp tak kuat sangat.jadi sedap lak.kahkahkah

Bahan-bahan
125g marjerin
150g coklat masakan
1 bj telur
150g gula kastor
110g tepung gandum
35g tepung naik sendiri

250g krim cheese
1 s/k esen vanila
75g gula kastor
1 bj telur
125g whiping cream (tak letak)

panaskan oven 180c. Lenserkan loyang bersaiz 8" dengan marjerin dan lapik kertas minyak.

Cara - brownies
Campurkan marjerin dan coklat masakan. Double boil cairkan.
Pukul marjerin dan telur hingga jadi bentuk krim. Campurkan coklat & marjerin yg dah dicairkan tadi serta bahan-bahan tepung.
Masuk dalam loyang dan bakar 10-15 minit.

Cara - Cheese
Pukul cheese, esen, gula dan telur sampai lembut.
Tuang atas brownies. Bakar selama 15-20 minit atau hingga masak. Sejukkan dalam oven yang terbuka.

Anak-anak buah kata sedap... masa masukkan n3 ni pun dah nak abis kek tu dikerjakan bebudak tu. hehehe
bebudak tak menipu,kan?jadi betuila tu sedap.jadi korang kene cuba resipi tp jangan ikut bahagian hangit tu ye....

Nasi Ayam Chinesse Style


Sebenarnya hidangan nasi ayam yang aku buat ni ikut resipi "nasi ayam chinese style" yang di ambil resipinye dr mana tah...tak ingat dah. Tapi bila tadi masa nak buat aku main campak2 je.tgk kitab (buku himpunan resipi) sekali imbas je.pehtu memandai sendiri. Bahan-bahan mmg exactly ikut resipi.Cuma caranye saja tak ikut step sangat. Layanzzz je la k...

Ayam
1 ekor ayam (potong kecil)
sedikit kicap
minyak bijan
garam

Sambal
5 biji lada merah
1 bj bawang putih
sedikit cuka
gula & garam secukupnya

Nasi
Beras dibasuh da ditos
1/2 biji bawang besar - dipotong bulat
i inci halia - kisar
1 biji bawang putih - dikisar
marjerin untuk menumis

sup
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 inci halia
tulang ayam (leher & kaki)
daun saderi, karot & bawang goreng

Cara - Ayam
Didihkan air rebusan ayam. Bahagi 2 untuk nasi & sup.
Perap ayam dengan kicap, minyak bijan dan garam - 1 jam.

Cara - Nasi
Tumis bawang besar dengan marjerin. Masuk bahan kisar. Bila dah naik bau, masukkan beras dan air rbusan ayam. Tambah air biasa secukupnya macam memasak nasi.
Titikkan beberapa titik minyak bijam dalam nasi bila nasi hampir masak.

Wednesday, November 19, 2008

Hadiah dr K CT Delima


Wawaweeeeee dapat hadiah dari K Ct Delima cayang!!! Muah muah cupppp!!! Hahaha 1 tag masih tunggak tp K Ct dah bagi hadiah lak. Time kasih k ct cayang....

Tuesday, November 18, 2008

Mak Admit @ Hospital Putrajaya


Ada tak yang perasan... hari ni aku on9 sekejap je.Tak sampai 1/2 jam pun. Itu pun pagi2 tadi. Lepas tu aku lesap. Dah malam dekat-dekat pukul 8 barulah aku on9 balik. Ada ke yg tertanya-tanya aku pergi? emppp tak de pun... tapi aku nak gtau gak ni.

Mak aku masuk wad. Masuknya tengahari semalam tapi aku tak dapat nak g tgk sbb hb kerja. Jadi hari ni hb aku amik coti dan pg tadi +- kul 9 kami pergi hospital Putrajaya.

Ha... disebabkan luka kat atas nilah mak aku admit dlm hospital. Eiii takutkan?Kesian... Pada mulanya luka tu adalah luka lama yang dah baik beberapa tahun lalu. Tapi tiba-tiba saja luka tu berkepala dan mak kata rasa gatal. Mak gosok2 je tadi sampai jadi mcm ni. Mak aku ni diabetes (kencing manis).Luka walaupun kecil mmglah musuh utama untuk penghidap penyakit kencing manis. Pergi klinik dah banyak kali. Macam2 klinik dah pergi. Ubat dah macam2 ubat dimakan. Tapi bukan tambah baik melainkan semakin teruk.

Harap-harap luka kat kaki mak cepat sembuh. Dan harap2 apa yg kami gambarkan dalam kepala ni tak menjadi kenyataan...

Korangggg... tolong doakan mak aku ye... TERIMA KASIH!

TAG dr K CT Delima

Time kasih ye kak CT kerana TAG daku.

WHAT IF YOUR EX SAID THESE TO YOU??? atau dalam Bahasa Malaysia antara lainnya berbunyi, camne kalau bekas kekasih engko tanya soklan-soklan camni??

Aku lepeh kawin ni tak pernah le jumpe kekasih lame.tp kalo jumpe pun aku rase,dia idak le tanye aku soklan omputih ni.sbb dolu2 aku cakap melayu jek ngan dia.hehehe
tapi demi memenuhi TAG kak CT cayang nih... aku layan je la... arap korang pun layan le jugok ye...

1. hi, how are ya?
baik....

2. hey! you wanna go to mall?
emppp,tak pe lah.

3. i love you..
aah...iyelah tu!

4. do you want some cookies??
cookies yg mane? famous amos tu?boleh gak...tp beli banyak sikit ek...sbb anak2 I pun suker...


5. can you take me a picture?
boleh.tp pakai kamera you dan gambar tu you simpanla sendiri...

6. help me in my homework!
ish malehlah.banyak keje lain lagi i nak buat

7. here's my gift to you..
ohhhh time kasih.

8. let's just be textmates
tak mo la...nnt lakiku sure cemburu.

9. do you want me to buy you an ipod??
ok gak tu...nnt leh i hadiahkan pada hb i plak...

10.let's sit together in the bus
laaaa you masih naik bas ke?i dah lame tak naik bas sbb suami i ade kete.i pun ada lesen,leh bawak kete sendiri.ish,nasib baik kite tak jadi kawin aritu ek...

11. hi baby..
oh...tu name panggilan anak pempuan i.

12. you still cute..
eh,mestila.laki i jage baikkkkk punye tauuu

13. i still love you..
erkkk sory la...but i love my hb

14. can i visit your house??
silalah...klu ko brani jumpe hb i

15. do you love me??
haram...(sambil cemek muker,ngeh ngeh ngeh)

Follow this instruction:
1. named 5 candidates on your list
2. ask them to complete this tag
3. repost on their blog
4. write the title "what if your ex said this to you"

kir
Suel
Wilda
Yam
Aziemas

Monday, November 17, 2008

TAG dr Suel

TAG ni dah lame dapat tp lame tul terperam. Bukan tak ingat tapi sengaja dilupe2kan.hahaha! sowy suel...ni kutunaikan permintaan mu...baca jangan tak baca ye...

1. Sudah pukul berapa sekarang?
11.23 malam... jiran bawah rumah aku baru pas menjerit. Tak tau le kenapa. Angin meroyan dia naik ke kepela agaknya.

2. Apa mood sekarang?
Sleepy... penat... bontot rase kematu.dr pagi tadi dok atas kusi ni. Mujurlah kusi ni tak bersore...

3. Rasa hendak buat apa sekarang?
Nak tido... zzzzzzzz tp nak siapkan TAG ni dulu.dah lame sangat peramnye...

4. Kalau ada 'magic' sekarang rasa hendak buat apa?
nak soh keyboard ni taip sendiri mengikut imaginasi dalam otak sampailah terhasilnya satu manuskrip. jadi esok idaklah ngadap nb ni untuk satu jangkamasa terdekat.

5. Rasa hendak tengok cerita apa sekarang?
nak tidola... nak tgk cite ape plak?? nak buat cerite ade la...dalam mimpi...

6. Keluarga sedang buat apa sekarang?
hb ngan mierza dah tido dalam bilik. boy ngan baby dah masuk bilik. lampu pasang, tak taulah dah tido ke belum.sonyapppp yo...

7. Apakah waktu makan sekarang?
Dah tengah malam...xde waktu makan dah.tadi makan malam kul 7... pastu minum je...

8. Rasa hendak duduk bersama siapa sekarang?
dengan hb.tp bukan duduk la...baring...nak zzzzzz

9. Dan Dia/Mereka sedang buat apa sekarang?
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

10. Macam mana cuaca sekarang?
sejuk.baru lepas ujan

11. Kalau ada tunai sejuta di tangan sekarang, hendak buat apa?
nak beli rumah, barang kemas, baju, hb, makan...wahhh materialistiknya aku.semuanya keduniaan....(sambil geleng kepale)

12. Rasa hendak souvenir daripada siapa sekarang?
tak terase punnnnn

13. Setelah menjawab beberapa soalan survey ni, apa mood anda?
borink giler...abih dah eh? x sabo aku dah....

14. Jadinya, sudah pukul berapa sekarang?
11.36 malam

15.Akhir sekali, rasa hendak tag siapa sekarang?
tak ada sesape. sbb TAG ini sangatlah memboringkan.so aku tak mo menyusahkan orang lain.tak pasal2 aku kene maki lak.muakakah!!!

ewah...kontrol ngantuk.senyum bukan main lebo!

Hadiah dr Cik Min


Terima Kasih Cik Min... Murahlah rezeki Cik Min sudi bagi cincin berlian ni.Ish daku ni asyik menerima je...biler nak memberinye. Nanti2lah...bile ade kesempatan nak memberi gak...

Terima kasih sekali lagi ye Cik Min cayang.... Muah! muah!

Pineapple Upside Down Cake


Ha...! Akhirnya terlaksana juga impian di hati nak buat kek ni. Hari tu tgk Cik Mat Gebu buat, alahaiiii rase tak sabar juga nak mencuba buat kek ni. Geram sungguh... Hari ni segala-galanya terlerai...

Sedapnyeeee... tp aku tak ikut resepi Cik Mat Gebu. Amik resepi ni kat sini. Tapi rasanya same je kot... Cumenya adunan tuk Cik Mat tu banyak sikit. Yang ni pakai loyang saiz 8" je...

Jom kite layan resepi ni. Mane la tau kalau-kalau korang pun tak cuba...

Bahan-bahan
Toping
6 keping nenas bulat dalam tin - toskan
6 biji ceri merah
4 s/b butter - di cairkan
4 s/b gula merah (tak letak sebab tak de stok)

Kek
3/4 cawan gula kastor
3/4 cawan butter
3 bj telur
2 1/4 cawan tepung gandum
1 1/2 s/k baking powder
garam
1 s/k esen vanila
1/4 cawan jus nenas (jus dalam tin)

Cara-cara
Topping - Butter yang dah dicairkan tuang dalam loyang. Tabur gula merah. Susun nenas dan ceri. Ketepikan.
Kek - Campurkan tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
Dalam mangkuk lain, pukul butter dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sebati dan masukkan esen vanilla.
Campurkan adunan tepung berselang seli dengan jus nenas sambil dipukul. Pukul betul-betul sebati. Tuang dalam loyang yang disusun dengan nenas tadi.
Bakar 45-55 minit atau sehingga kek masak. Biarkan kek sejuk +-15 mini baru keluarkan dari loyang.

Perkahwinan Kami Bersama 3 Cahayamata

Daisypath Next Aniversary PicDaisypath Next Aniversary Ticker

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
email : sofie2_za@yahoo.com & call 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)